Sunday, October 7, 2012

Entri Masakan | Puding Roti Dengan Sos Kastad

Assalamualaikum...

Semua orang mesti ada cara nak release stress kan?  Ada yang menangis-nangis (aku pun... tengok keadaan), ada yang buat-buat lupa padahal dalam kepala berselirat dengan tekanan, ada yang pergi bersukan dan ada yang suka buat amal jariah...  Sebab ada kata hikmah yang berbunyi begini, 

"Cara terbaik memberikan kegembiraan pada hati sendiri ialah dengan memberikan kegembiraan pada hati orang lain."

Hebatkan?

Tapi aku juga ada satu penyakit penghilang stress yang mungkin menguntungkan dan mungkin juga merugikan.  Aku suka makan dan buat makan bila aku kecewa.  Sebab sekarang ni aku duk rumah, so lagi senang untuk aku aplikasikan perangai yang kedua itu.  Membuat makanan!

Dan sebagai seorang perempuan, masak memang tak boleh lari dalam hidup cuma sedap tak sedap je la penghujungnya.  Haha.. Opps!  Tapi satu rahsia pakar masakan ialah, bila kita memasak dengan gembira, orang yang makan makanan kita akan rasa gembira.  Kalau kita masak dalam keadaan marah atau sedih, orang yang makan hasil tangan kita juga akan rasa macam tu.  So, berhati-hati.  Huhuhu...

Aku suka buat something yang comel-comel... kalau ada yang dah baca entri yang lepas pasal penyediaan makanan untuk si kecil tu, haaa...  korang mesti dah bleh agak aku punye minatkan?..  Memang betullah...aku suka buat sesuatu yang cute dan kecik-kecik je.  Hehehe... macam cupcakes, biskut or kek dalam portion yang kecil sahaja.  Yang bertingkat-tingkat bagai tu... aku mohon sangat jangan gatal mulut suh aku wat.  Aku tak reti.

So disebabkan aku frust sket malam ni, aku pun dengan gatal tangannya pergi shopping dan bawak balik beberapa bahan untuk aku sepahkan dapur-yang-baru-dikemas-mama dengan puding roti.  Yup!  Aku suka buat dessert ni..  Ringkas, comel dan sedap.  Heheh.. yang terbaru aku baru applykan pancake ngan coklat cair untuk sarapan pagi hari tu.  Tapi entri ni bukan pasal tu, ni untuk puding roti sahaja.

Mula-mula aku buat puding roti Butterscotch masa majlis akikah anak menakan aku masa raya aritu.  Lepas mendapat sambutan dari kawan-kawan dan tetamu yang datang, aku lebih yakin nak buat lagi.  Sebenarnya, hari tu aku pun tak tahu rasanya jadik apa.  First time buat.  Tapi bila lihat hasil dia sebijik macam dalam resepi yang diberi, hahaha... aku hidangkan je la.  Aku rasa pun masa dah last-last pieces dah.  Well.. not bad! :D

Orang kata, dah jadi sekali janganlah pulak rasa dah terrer kan?  So, aku berlatih lagi sampailah segala jenis bahan yang nak digunakan itu lekat dalam kepala.  Tak salahkan mencuba masakan ni...  Untung sedap, kenyang...untung tak sedap, cuba lagi! 

Okeylah..korang pun mesti nak cuba buat gak resepi yang senang ni kan?  Memang senang pun.. masa pembuatan kurang dari dua jam je pun.  Dan bahan-bahan yang nak digunakan pun tak adalah sampai cecah puluh hengget...  dua puluh hengget pun tak sampai...  hehe... tapi kalau menjadi bleh bisnes puluh hengget. 

Baiklah..ini resepinya...  resepi asal bleh tengok kat sini.


Untuk puding (Bahan A), korang memerlukan;

8 keping roti gardenia Butterscotch (boleh juga ganti ngan roti lain... aku guna Gardenia biasa tu sebab tak suka manis sangat.  Butterscotch dah cukup manis kot!) 
 2 cwn susu Full cream UHT / fresh milk / susu cair 

Bahan B pulak... 

2 biji telur 
4 sudu besar gula halus 
1 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar mentega 
1 sudu kecil esen vanilla 
Sedikit kismis 

Cara untuk membuat puding roti ni...masyaAllah, senang je!  Mula-mula sekali korang carik-carikkan roti menjadi kecil.  Kemudian rendam roti tu dalam susu lebih kurang setengah jam.  Hari tu ada sekali aku rendam lebih dari setengah jam..aiii..dekat sejam gak la.  Tak dek masalah pun malah puding jadi lebih lembut dan gebu.  

Sambil-sambil tu korang boleh layan entri-entri lain kat blog ni.  Hahaha... dah agak-agak nak dekat setengah jam, gaul kesemua bahan B (kecuali kismis).  Kemudian, dah cukup 30 minit, campurkan semua bahan A dan B dan masukkan kismis (tinggalkan sikit untuk tabur).  Gaul bagi rata.  Bila dah sekata, tuangkan ke dalam loyang dan tabur baki kismis tadi atas adunan tadi.  Sebab aku ni suka yang colourful sket, so aku tabur gak bintang-bintang dan love-love atas tu... hikhikhik.  

Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 45 minit atau sehingga masak.  Nak tahu sama ada korang punyer puding tu dah betul-betul masak atau pun tak, cucukkan garfu.  kalau tak ada yang melekat, maknanya dah masak sempurna.  Eleh, suka lettew~~  

Sejukkan di dalam peti ais dan nanti boleh hidangkan bersama-sama dengan sos kastad.  

Macam mana nak buat sos kastad?  Begini caranya...  Korang memerlukan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula pasir dan 2 sudu besar tepung kastad.  Korang campurkan semuanya sekali dan masak di atas api perlahan sampailah kuah tu jadi pekat.  Haaa.. pastu bolehlah makan ngan puding tadi.  Percayalah, rasanya memang mabeles! 


Jangan lupa, sambil-sambil makan tu baca-bacalah entri kat sini... hehehe... sekian.  So, untungkan kalau stress gaya camni?  Hikhikhik.

Selamat mencuba!