Tuesday, June 19, 2012

Doa Mengelakkan Berbuat Kejahatan

Assalamualaikum wbh. 

Kehidupan seharian kita, memang takkan lari dari yin dan yang. Ada yang baik, ada yang kurang enak. Dan sebagai seorang manusia, kita memang sentiasa inginkan yang terbaik buat diri kita…untuk keluarga kita dan untuk orang-orang yang kita sayang, kan? 

Hari ni kita cuba buat yang terbaik..dan kita rasa mungkin kita dah buat pun yang terbaik tapi dekat-dekat waktu nak tidur, kita rasa macam, “Eh, tadi aku dah terkuat suara pulak dekat dia.” Lalu kita muhasabah supaya esok kita takkan ulangi perkara itu. Mungkin esok kita berjaya elak untuk marah orang tapi…alamak! Terlewat pulak dengan temu janji… Apa nak buat… hidup memang takkan pernah sempurna. 

Tapi tahniah saya ucapkan pada mereka yang sentiasa cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya kerana mereka yang hari ini lebih baik dari semalam lebih cemerlang dari mereka yang sama dan mungkin hari ini lagi teruk dari semalam. Itu kita mintak jauhlah… 

Setiap agama mengajar penganutnya supaya berdoa apabila memohon sesuatu. Tuhan sentiasa ada disisi kita untuk mendengar setiap permintaan kita, sama ada secara zahir mahupun batin. Dan bagi orang-orang Mukmin, doa adalah senjata yang paling ampuh. Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan (Al-Mukmin, ayat 60). 

Kita tak nakkan menjadi seorang yang suka menzalimi? Bukan sekadar kepada orang lain malah kepada diri sendiri. Dan untuk mengelakkan perkara itu, Rasulullah saw ketika diminta oleh Abu Hurairah ra, katanya; 

Wahai Rasulullah, ajarkan saya mengucapkan beberapa kalimah apabila saya memasuki pagi dan petang.” 

Jawab Baginda Rasul, “Ucapkanlah (doa di bawah).” 

klik utk besarkan lagi
 Maksud : Ya Allah Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui yang ghaib dan nyata, Tuhan segala sesuatu dan Rajanya.  Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau.  Aku berlindung kepadaMU daripada kejahatan diriku serta daripada kejahatan syaitan dan ajakannya untuk berbuat syirik. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Jadi, marilah kita sama-sama amalkan doa ini semoga hari-hari kita dilindungi oleh Allah daripada kejahatan diri dan syaitan.  Amin.


sumber : Majalah al-Ustaz