Monday, February 25, 2019

Kenaikan Gaji Tahunan : Manfaatkan Dengan Melabur


Assalamualaikum wbh.

Hari ini, saya nak share bagaimana kenaikan gaji tahunan yang dinikmati oleh penjawat awam sebenarnya boleh menjadi modal untuk membesarkan lagi jumlah pencen anda.  Sebenarnya, tak ada rahsia cuma ianya memerlukan kesedaran sahaja.

Biasanya kakitangan awam terlepas pandang nak buat 'force saving' begini sebab selesa dengan ganjaran pencen. Jadi, kenaikan gaji tahunan (KGT) tu ramai yang buat pengiraan untuk tambahkan pinjaman atau loan. Sudahnya, dari mula kerja sampai ke pencen, kerja sekadar untuk lepaskan hutang sahaja. 

 Nak bercuti, nak tunaikan umrah atau haji, berharap saat usia pencen kelak. Jika berharap begitu, jagalah kesihatan baik-baik. Tapi soal hidup mati, ajal pertemuan Allah jua yang pegang. Apa salahnya kita berusaha untuk pergi lebih awal? 

Dari RM150 sebulan.. up lagi saving ke RM300 sebab suami isteri naik gaji. 

Jadi, ada klien ini.. sebab istiqomah guna KGT untuk saving dalam unit trust atau unit amanah, dari jumlah plan asal dapat RM93,000 terus melonjak jadi RM174,000. Itu kalau beliau teruskan RM300 selama 19 tahun kemudian. Kalau tahun depan upgrade lagi ke RM450 sebulan, simpanan melonjak lagi jadi RM246,000. Kalau istiqomah saving KGT setiap tahun, tak ke jadi jutawan waktu bersara? 

Jadi, nak jadi jutawan tu bukan mustahil pun nak jadi cuma korang kena jumpa mereka yang bertauliah sahaja. Rasa bermanfaat? Silalah #SHARE dengan gembira!! Semoga kita mendapat keberkatan diatas perkongsian ini.

Sekian.  Selamat melabur dengan bijak!

Untuk mulakan pelaburan unit amanah, boleh hubungi saya.

KLIK SINI.

Its Been 3 Awesome Years!

Assalamualaikum wbh.



Hai there.  Sebenarnya aku dah lama giler tak menulis di blog ni.  Jarang sangat nak buka laptop untuk menulis sebab kebanyakan entri aku sekarang ni di medium FB saje sebab FB pakai telefon pun dah selesa untuk up status.  Di Fb, aku tak perlu nak mengarang panjang-panjang macam kat blog ni, sakit mata nak ngadap skrin lama-lama.

So guys.. hek eleh, guys bagai!  Macam ramai betul follower kau kat blog, khenn?  Kahkah!  Lantaklah.  Blog aku ni memang hidup segan mati tak mahu.  Tapi yelah, aku cuba untuk nukilkan sedikit sebanyak life aku kat sini so kalau esok-esok anak-anak aku terGoogle nama aku atau nama diorang, at least diorang tahu la yang Mommy diorang ni pernah wujud di dunia maya.  eceh!

So actually, life aku sejak akhir-akhir ini dah berubah dah.  Im being so busy working my dreams.  Betullah kata orang, kalau kau nakkan sesuatu, kau kena ubah kebiasaan dalam hidup kau.  Aku dah lama sebenarnya plan nak share kat media begini.  Jadi, adalah aku wujudkan blog baru khas untuk khidmat rundingan aku tapi yelah, aku tak mampu nak urus dua, tiga blog in the same time.  

Lagipun, aku rasa sayang la dengan blog ini eventhough ianya kelam dan bersawang.  Haha.  Aku malas dah berjanji kenkonon nak update selalu kat sini sebab kekangan masa aku la.  Aku banyak di alam nyata dah sekarang ni.  Dulu-dulu ye lah jugak sebab aku tak dek life mana.  Pergi kuliah, balik bilik.  Pastu masa tu bujang.  Bila ada anak pun, kau suri rumah solehah.  Anak pun baru sorang.  Bila dah start kerja semula, barulah kau tahu betapa masa itu emas.  Sangat tak berbaloi kalau duduk-duduk saje.

So, aku matikan niat nak buat blog baru tu dan aku rasa, aku nak fokus kat sini sajelah.

Here goes my new transformation!

Aku akan lebih banyakkan berkongsi tentang khidmat rundingan yang dah aku bina sejak 3 tahun lalu.  Alhamdulillah, satu bidang yang sangat masuk dengan jiwa aku.  Harap korang boleh doakan aku berjaya dalam bidang ini ye.  Ameen.