Thursday, July 10, 2014

Resepi Puding Karamel Yang Senang Dan Sedap

Assalamualaikum wbh..

Hari tu nampak kawan aku post dalam Facebook Puding Karamel. Pergghh.. terbayang pudding tu tergedek-gedek dengan penuh kelembutan dan kelemakan.  Tak boleh jadi.  Puding Karamel adalah pudding faveret aku yang merupakan antara pudding pertama aku belajar buat.  Hihi.. rasanya masa tu umur awal belasan la kot.

Ingat lagi, masa tu baru je belajar buat pudding ni.  Mana la aku tahu gula tu nak cair dengan perlahan.. tapi kendian bila dah start cair, laju pulak cair kesemuanya.  Jadi, gula aku tu bukan setakat kaler caramel.. dah jadi arangmel dah.  Berani ko nak makan?  Pahit nak mamp!  Pastu, lambat cuci periuk terus berkerak boleh baling terus.

Bising mak aku!  Alaa Ma, periuk boleh dibeli.. ilmu dan pengalaman tu tiada nilainya.  Hehehe…

Terus fobia nak buat pudding caramel lagi.  Dan kalau teringin dan nampak kat kedai, aku beli je sebab tak nak lagi mengenang kisah pahit tu.  Tapi, setelah bertahun aku tak buat pudding ni, aku tiba-tiba jadi teringin yang amat untuk puasa kali ni.  Dengan ingatan yang ingat tak ingat tu, aku cuba google balik nak tengok sama ada resepi yang sedia aku tahu tu sama tak dengan dengan resepi orang lain  Yelah, kot-kot la aku terbubuh bahan extra ke, terkurang ke.

Bila dah confident bahan yang diguna oleh foodlogger lain pun lebih kurang je, aku pun teruskan dengan keinginan aku nak buat pudding ni.  Bukan apa, bulan puasa ni.. makanan kat bazaar tu selain mahal nak arwah, kandungan gula tu macam nak suh potong kaki jek.. hoho..  tak sanggup nak bayar untuk sesuatu yang aku tak puas hati.  Lagipun, boleh je buatkan.. ada masa jugak.. kenapa nak membazir membeli di luar?

Okey, pudding ni aku akui sangat senang nak membuatnya.  Antara bahan-bahannya ialah :

1 tin susu cair
1 tin air
½ tin susu pekat manis
5-6 biji telur gred B
1 ½ cawan Gula
2 sudu tepung jagung
Air 
Esen vanilla

(1)    Masak gula dalam periuk dengan api perlahan.  Kacau selalu hingga gula jadi warna perang.  Masukkan sedikit air.  Kemudian, masukkan dalam bekas pudding.



(2)    Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau perlahan-lahan hingga telur kuning dan putih bergabung bersama.  Kemudian, masukkan susu cair, air dan susu pekat manis.  Gaul sebati semua sekali.  Masukkan esen vanilla dalam satu sudu teh.



(3)    Ambil sedikit campuran (2) dan gaul bersama tepung jagung.

(4)    Akhir sekali, tuang bahan-bahan campuran tu ke dalam bekas pudding yang ada gula hangus tadi. 

(5)    Masukkan dalam kukusan yang telah didihkan air sebentar tadi. 

abaikan rupa kedut dia... hihi.. nnt benda ni kat bawah gak.. yg penting rasa beb! Hihihi...

(6)    Kukus untuk 15-20 minit.

(7)    Keluar dan sejukkan sebelum terbalikkan pudding tu ke atas piring untuk makan.



Senang kan?  Biasa kat bazaar satu slice dah RM2.50.. =_=  Tak mahulah.. Kalau makan mesti nak banyak.. huhu..  selamat mencuba!

*bekas bentuk love macam ni boleh pakai bekas kek coklat moist Anis tu je.  Hihi..


Resepi Kuzi Ayam Mama Yang Sedap


Assalamualaikum wbh..

Minggu pertama puasa, ramai yang dah menyinggah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk cari baju raya.  Tahun ni macam meriah benar raya sebab macam-macam fesyen baju, tudung dan kasut yang muncul.  Ramai kawan-kawan aku yang berniaga sekarang jadi, senang sangat kalau setakat nak cari baju ke, tudung ke, handbag.. mak aihh, memang semuanya dihujung jari.  Walau pun begitu, jangan pula kita lupa dengan saudara seagama kita yang sedang berperang berjihad di Palestin sana.  Berdoalah dan bertindaklah agar perjuangan mereka dipermudahkan.

Actually, bagus jugak bila ada kawan-kawan yang buat bisnes ni.. selain jadi pelanggan diorang, menambahkan pendapatan, boleh jugak menambahkan ikatan persahabatan.  Tapi ada juga kes yang menyedihkan bila sama-sama berbisnes, sibuk hendak mempromosikan barangan sendiri sampai menjatuhkan barang orang lain.  Kalau ada kawan-kawan aku yang macam tu, slow-slow aku tarik diri.. tak mahu beli ngan mana-mana pihak.  Bukan tak de pendirian, tapi itu salah satu cara nak kekalkan persahabatan la.. tapi, tegurlah mana yang boleh kan?  Yelah, tak mahulah jadi orang yang duk atas pagar, penakut macam tu.. kita kan ada iman?... serendah-rendah iman ialah menegur dengan hati.

Buat masa sekarang ni, macam tak ada mood lagi nak cari baju raya.  Walau pun tahun ni raya pertama dengan Encik Suami, tapi entahlah.. tak dek rasa ghairah nak berdondon-dondon lagi.  Ngeh3..  tapi hari tu Tanya, Encik Suami kata nak baju raya tahun ni kaler merah.. mak aii, mak ngah pak ngah la ni!  Tapi ada bezanya puasa tahun ni dengan yang lepas-lepas.  Puasa kali ni buat aku lebih kreatif dalam masak-memasak.  Kalau dulu, masaklah perkara yang paling malas dalam bulan puasa tapi kali ni tidak.  Kita macam suka pulak nak masak.. hehe.. bazaar Ramadhan tak jejak lagi untuk cari lauk pauk.  Kalau singgah pun, cari kuih muih.  Itu pun, dah masuk Ramadhan kesepuluh ni, baru sekali ke bazaar.  Waah!  Azam tahun ni, nak kurangkan ke bazaar sebab nak jaga kesihatan.  Jadi tak sedap hati tiap kali nak ke bazaar apatah lagi, akbar-akhbar pun duk beritakan tentang kebersihan bazaar yang teruk sekaligus membawa penyakit.

Minggu pertama puasa itu hari, kami terpaksa balik ke kampung halaman sebab bapa mertua tiba-tiba diserang sakit.  Mulanya kami berdua merancang untuk jimatkan cuti dan balik raya lama sikit tapi tak apalah, ada hikmah la tu.  Kita hanya merancang…  yang penting, ayah mertua sihat-sihat hendaknya.

Dah alang-alang balik tu, beli terus rempah kuzi dengan kerutup.  Rasa macam nak cuba masak dua perkara ni yang selalu aku anggap leceh.  Tapi rupanyaaa..  hehehe!  Okeylah, dah terlebih-lebih pulak cakapnya.  Jom lihat resepi untuk buat kuzi.  Ini adalah resepi asal dari Mama aku.  Ni memang hidangan kegemaran kami adik-beradik di pagi raya terutama sekali kalau ada roti jala atau roti bun.  Memang menyengat!  Kawan-kawan yang selalu datang beraya pun, pasti tercari-cari kuzi ayam Mama.

BAHAN-BAHAN :

(1)
Halia
Seekor ayam



Perap ayam dengan halia.  Biarkan seketika.  Kemudian, goreng separuh masak.  Biasanya, Mama akan goreng betul-betul setengah masak sebab bila dimasukkan dalam kuzi nanti, rasa macam rempah tu terserap betul-betul ke dalam ayam.  Siap goreng, ketepikan.


(2)
3 biji Bawang besar - mayang
Sekotak Kismis
Gajus
Sesudu minyak sapi
Minyak masak



Panaskan minyak masak dengan minyak sapi.  Goreng bawang besar hingga layu.  Angkat dan letak tepi.


Kemudian, goreng gajus hingga kekuningan.  Angkat dan letak tepi.


Akhir sekali, goreng pula kismis hingga kembang.  Angkat dan letak tepi.


(3)
         i.            (i) Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
       ii.            (ii) 4 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah – dimayang halus
      iii.            (iii) Rempah kuzi – dicampur dengan air
     iv.            (iv) 1 tin tomato puri , 1 tin susu cair, 1 tin air – dicampurkan bersama semua sekali
       v.            (v) Gula Melaka



Tumis (i) hingga naik bau.  Kemudian, masukkan pula (ii) hingga layu dan naik bau.  Lepas tu, masukkan perlahan-lahan (iii) dan tumis lama sikit hingga nampak macam dah masak.  Akhir sekali, masukkan bahan (iv).  Untuk bagi rasa berlemak sikit masukkan (v) dan stabilkan dengan garam mengikut citarasa.  Biasanya kuzi ni akan jadi pekat sikit jadi saya suka masukkan sikit air mengikut kepekatan yang sesuai sebab nanti nak cicah ngan roti jala pulak.  Kalau sikit sangat, tak puas makan. 

Akhir sekali, masukkan (1) dan (2) serta gaullah hingga semuanya sudah sebati.



Bila tengok ada lagi lebihan tomato puri dalam tin, terlebih rajin pula buatkan sekali nasi tomato untuk dimakan dengan kuzi ayam ni.  Memang terangkat habislah.  Suami dan adik ipar makan bertambah-tambah.  Berbaloi rasa siapkan lauk-pauk ni dekat 3 jam.  Hihi..  Alhamdulillah.  Tapi, lupa pula nak ambil gambar Nasi Tomato tu.  Untuk resepi, nanti update okey?

Selamat berpuasa semua.  Raya ni bolehlah cuba Kuzi Ayam Mama saya.. hihi.. confirm tahun depan giliran beraya hak korang!  Hihi..

Tuesday, May 6, 2014

1 Mei Yang Indah

Assalamualaikum wbh…

Aku sedang melipat kain yang baru diangkat.  Fitri pula baru siap mandi.  Dia pulang kerja lambat hari ni.  Kami sudah siap makan malam sejam yang lepas.  Dia sedang bersiap sedia untuk solat Isyak waktu aku bangun dan menutup tingkap yang terbuka tadi.  Malam ni angin agak kuat, mungkin nak hujan.  Aku siap melipat semua pakaian bila Fitri di rakaat terakhir.  Aku bangun dan menyimpan pakaian di dalam almari.

“Arrghh… lenguhnya belakang abang ni, sayang,” dia menggeliat di atas katil sambil memandang aku. 

Eleh, dah faham da.. nak suh picit la tu.  Aku duduk di sebelah dia dan mula memicit belakang badannya.  Tak lama pun, sebab tangan aku ni cepat betul lenguh kalau picit badan orang.  Aku pun tak tahu.. kalau menaip entri lama-lama tak apa pulak.  Hihi..  tak adalah.  Dulu pun aku memang cepat lenguh.  Tangan aku tak kuat walaupun dulu aku wakil rumah sukan main lontar peluru.  Perghh.. macam tak caye je.  Tapi terimalah hakikat itu.  Hihi.. dulu aku kuat, kalau aku genggam tangan orang mesti sakit punya.  Tapi mungkin tenaga dah kurang dah sekarang.. kalau genggam tangan adik aku pun, dia kata ni nak usap ke apa ni.. krik,krik,krik!

Sejak kahwin ni, pergaulan aku dengan kawan-kawan dah bertukar.  Bukan nak tukar sangat tapi mungkin secara semulajadi kot…  aku kawan dengan geng-geng bini orang jugak.  Huhu.. bukan aku yang tak sudi nak keluar dengan kawan-kawan bujang, tapi diorang yang tak mahu keluar lagi.  =_=  Katanya, aku dah kahwin, susah nak keluar sama.  Eh, sebenarnya siapa yang susah nak ajak keluar ni?  Huhu..  so, one day, kawan baik suami aku ni plan untuk kitorang gi bercuti ke Pulau Batak, if I’m not mistaken la.. dekat-dekat dengan Pulau Perhentian.  Plan punya plan, akhirnya putuskan nak pergi 17 & 18 Mei ini..  Punyalah kitorang semangat atur jadual kitorang.  Yelah, tiap minggu kitorang mesti ada agenda lain punya..  so, kalau dah plan macam tu, kena adjust la plan kitorang.  Pastu, tetiba dia kata tak jadi pulakkkk… alahai.. aku dah on mood nak gi bercuti ni!

Jadi sambil duk picit belakang suami aku tu, aku usha-usha la masa dia..

“Abang, 1 Mei nanti abang keje ke?,” aku bertanya sambil tangan duk letak minyak panas. 

Maklumlah, keje swasta ni kadang-kadang public holiday pun kena kerja jugak, tambah-tambah sector pembinaan.  Lagi mau cepat siap.  Sebab dulu aku keje bahagian processing, so cuti ke tak memang tak adanya dalam kalendar.  Semua hari samaaa saje memaksa aku putuskan untuk berhenti kerja.  Bosan hidup dalam rutin.  Orang kata, kalau buta dan pekak pun dah boleh buat dah keje tu.. huhu..  tak mencabar langsung.  Hahaha…

Dia berpaling mengadap aku.

“Tak keje sayang, kenapa?  Ada nak gi jalan-jalan?,” tanya dia balik.  Eh, macam orang mengantuk disorongkan bantal.  Tapi, aku cover kemahuan aku yang melonjak-lonjak tu.  Hihi.. jual mahal la sikit.

“Boleh ke?.. takut abang penat je, nak rehat,” balas aku selamba.  Padahal dalam hati duk doa mintak-mintak dia kata no hal!

“Eh, boleh jeee.. tak ada masalah.. nak gi mana?,” soal dia balik.  Aku dah tak leh tahan rasa nak tersengih.  Heeeeeee, lebar je aku sengih kali ni.

“Kita gi Melaka nak?  Dekat-dekat dah la… abang tak payah mintak cuti,” usul aku akhirnya.  Memang nak pergi jalan-jalan pun, nak keluar dari Kuala Lumpur ni.  Nak ambil auralah katakan…

“Okey, boleh!  Nanti esok sayang kemas baju siap-siap, abang balik keje je kita terus gerak, okey?,” beria-ia dia merancang.  Waah.. aku rangkul tubuhnya dan peluk erat-erat.  Rasa macam mula-mula jatuh cinta pulak.  Haha.. over!


Esoknya, aku survey-survey hotel ikut Agoda.com.  Mulanya ingat nak gamble aje pergi Melaka tu, dah sampai nanti baru cari hotel.  Tapi aku teringat yang kitorang pegi 1 Mei, Hari Pekerja.  Melaka tu pulak destinasi pelancongan.  Kang tak pasal-pasal tidur dalam kereta.  Memang travel habis arr…  Ikut Agoda.com memang sangat mudah.  Pastu, ada diskaun pulak tu.  Aku cari hotel bajet sahaja.  Sebabnya, kitorang sampai dah malam, maybe around 10pm, pastu esoknya of course kitorang nak keluar jenjalan kan?..  so, buat apa nak perabeh duit ratus-ratus untuk tidur yang tak sampai pun beberapa jam?  Tak berbaloi!  For me, prestige letak nombor dua asalkan memenuhi keperluan sudah… hoho…  lainlah kalau aku pergi ke satu pulau yang memang tak ada langsung tempat nak pergi and memang duk kat hotel sahaja pun dah rasa macam perfect as syurga dunia, baru ambil yang mahal-mahal..  lepak sampai lebam dalam tu ha..  so, aku decide nak pre-booking Hotel Prima je.  Tengok dalam Agoda.com tu RM85 semalaman with breakfast.  Okey la tu..  tapi, bila aku dah start isi boring booking, dapat lagi diskaun harga bilik termurah.  We all dapat RM75 untuk satu malam dengan sarapan pagi.  Okey, bolehlah!

gambar dr website dia.. tapi cenggini je la lebih kurang cuma susunan meja je lain.. :)

Petang 30hb tu kami terus bertolak ke Melaka dan check in hotel dalam jam 10.30 malam... huhu.. pastu, terus keluar makan malam dengan adik ipar aku yang belajar kat UTeM, Melaka.  Lepas pekena dinner yang agak melampau malam tu, kami terus balik dan tidur mati sampailah esoknya.  

Agenda pertama kami ialah, nak naik River Cruise.  Ini Fitri yang beria pasal nak romantik-romantik.  Haha.. so aku layan je.  Tapi itu bukan port pertama la.  Nak cari parking dah jenuh satu hal... akhirnya, kami parking dekat Menara Taming Sari dan jalan kaki ke sekitar tu.  Mujurlah Taming Sari tu dekat dengan semua tempat.  Jalan kaki saje.. exercise di tengah panas...


Naik atas bukit apa ntah, kawasan kubur omputehs tuu.. rehat kejap.  Penat naik tangga.. encik suami dah mandi peluh.  Aku semput jek.. hihi...  relax jap, kami amek-amek gambar.  Rasa rugi pulak tak bawak kamera.. huhu.. main amek ngan kamera henset yang tak berapa canggih camni la hasilnya... tak clear sangat..  untuk masuk dalam blog buat kenangan, kualiti gambar ni memang sangat failed!  Uhukk...

Kemudian, kami turun dan makan-makan buah depan bangunan merah.  Time-time tu pulaklah ada segerombolan warga Jepun ni nak buat intebiu.  Mulanya aku menolak, tapi bila mengenangkan dulu masa aku belajar pun pernah main redah interviu orang jugak untuk subjek Tamadun Asia kat Batu Caves tu, so aku cukup faham jerit perih diorang nak mendapatkan seorang mangsa tu.. ahahak!  Tak apalah, semoga adik-adik cemerlang dalam pelajaran.. heeeee...

Dah macam Jepun jugak aku tengok mamat sebelah ni.. theheeee...

Last port tu barulah naik Cruise menyusuri Sungai Melaka...  sebenarnya kami nak tunggu malam sikit sebab nak tengok keindahan Kampung Morten tu tapi sebab fikir takut nanti lambat pulak nak balik semula ke KL, jadi kami ambil keputusan naik sahajalah siang-siang hari pun.  Waktu tu lepas Asar.. jadi suasana pun dah redup sikit dan angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa...

Dengan kadar RM10 sekepala, perjalanan selama 40-45 minit menyusuri Sungai Melaka ni sangat berbaloi.  Kejap je rasa eh, dah patah balik?  Huhu.. sebelum naik cruise tu, kita akan diminta untuk ambil gambar dulu kemudian bila dah turun tu, bolehlah kalau kau nak beli atau ignore je... sape suh print siap-siap.. kang dah rugi.. hihihi...  kitorang tak ambil pun gambar tu sebab nampak photoshop sangat~

Sebelum balik, kami singgah beli cencaluk.  Eh, cencaluk pun dah keluar versi baru.. ohoi!  Ada perisa sotong pulak cencaluk sekarang.. dulu aku makan cencaluk udang kecik-kecik tu je... udang apa eh orang panggil?   So, we all beli dua jenis tu untuk rasa mana lagi best!  RM10!

So, cuti 1 Mei kami sangatlah bermakna.  Rasa macam lama giler cuti sebab habiskan masa berdua dengan betul-betul padat!  Sebenarnya, bukan susah pun untuk kita buat satu memori.. yang penting, cari waktu dan kena saling menyokong antara satu sama lain.  Aku cukup bimbang kalau kehangatan kami cuma sebentar tapi mintak jauhlah.  Semoga ikatan yang dibina ni kekal hingga ke syurga.

Semoga dia terbaik untukku dan aku terbaik untuknya!  Aminnn...



Monday, March 17, 2014

You Will Always Be My Prince! [Walimatul Urus Suhaila & Fitri :: Entri Bergambar]

Assalamualaikum wbh..


Perkahwinan adalah sesuatu yang indah, apatah lagi jika diijabkabulkan dengan orang yang kita sayangi dan cintai.  Entri kali ni entri bergambar so, jom layan gambar yang pure dari kamera.  Non-edited!  Huhu.. nanti dah ada gambar edited, masukkan lagi banyak-banyak.  Heeee...

Kalau nak tahu kesudahan bagaimana jodoh aku dan dia bersatu, boleh follow up entri Perjalanan Cinta.  Huhu.. walaupun agak lambat entri tu nak dimasukkan, tungguuuu.. sebab pernikahan kami tidak bermula sebagai pasangan kekasih.  Haha.. orang kata, lelaki gentleman punya cerita.  Ihikhik...

31 Januari 2014.

Alhamdulillah...  aku bersyukur bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang dinanti.  Sesuatu yang tak diduga, sesuatu yang tak dijangka namun pengakhiran penantian itu, ternyata indah.


Memang sukar untuk melafazkan apa yang terbuku dalam sanubari tapi apa yang pasti, syukur, syukur dan syukur kepada pemberi cinta.


Apa pun, pesanan ringkas dariku buat mereka yang masih mencari dan terus menanti...

Jaga akhlak, jaga peribadi.  Jodoh yang baik, datang dalam keadaan baik.



(Walaupun aku tak pasti perjalanan jodoh aku dengan dia bagaimana, tapi doa dan harapan ku panjatkan agar kesucian yang dijaga sedari awal mampu mempertahankan jodoh yang telah terbina.  Semoga kami berdua bahagia hingga ke syurga. Amiinn)  


Akanku jaga hati ini, hanya untukmu...


 Kaulah teman, kaulah kekasih, kaulah suami... kaulah abadi di dalam hati...
  


Pasti ada sendu dan ketawa, namun percayalah... takkan berubah hati ini selagi sandaran pada DIA dalam doa kita berdua..


Moga dikau yang terbaik untukku, 
dan aku terbaik buatmu.. :")