Sunday, July 21, 2013

Entri Masakan | Popia Pucuk Rebung Tomyam

Assalamualaikum wbh...


Raya tahun ni aku beli je biskut-biskut raya untuk keluarga.  Sebab tak ada orang kat rumah.  Ma Abah ngan adik bongsu je pun.  Tak ada orang nak menggentel biskut.  Raya, wajib ada biskut walaupun kitorang jarang beraya biskut.  Biasanya Ma akan masak makanan-makanan berat untuk tiga empat hari raya.  Tapi, aku suka biskut.  Tahun ni entah kenapa aku teringin sangat nak makan Almond London.  Nanti nak kena g cari.  Nak buat, bukan tak reti.  Senang.  Tapi al masalah problemnya ialah, duk kuarters ni mana nak cekau oven?  Huhu..

Tapi, ada satu lagi santapan yang boleh dibuat ala-ala biskut raya ataupun kalau dah habis raya tu, boleh kudap-kudap depan TV.  Aku dah lama tak buat tapi rasanya tahun ni nak buatlah.  Bahan-bahan dia mudah sangatlah ringkas.  Macam main masak-masak.

Seswai sangat untuk orang-orang yang suka kerepek macam aku ni.  Dia ala-ala kerepek jugaklah ni.  Aku tak tahu nak bagi nama amende so, ikut sukalah aku nak letak nama apa pun.  Sebab ni resepi yang asalnya memang tak ada nama pun.  Hehee...

Tapi mintak maaf awai-awai pasal gambar proses tak dapat diletak buat masa sekarang... sebab aku tulis ni before aku buat.  Bahan-bahan pun tak beli lagi.  Hari ni cuti keje.. insyaAllah tengah hari sikit aku gi Tesco Nilai.  Huhu...  so, kalau rasa agak-agak tak konfiden baca resepi ni, nak kena ada ilustrasi jugak, boleh bookmark dulu.  Lepas aku hapdet boleh cuba.

Bahan-bahan :
Kulit popia saiz kecik
Perencah Tomyam Maggi
2,3 ulas bawang putih
Sedikit air
Garam
Gula
Daun Limau Purut
Minyak masak

Cara Penyediaan Popia Pucuk Rebung :

Gulung kulit popia dan lekatkan dengan air atau putih telur.

Kemudian, potong serong seperti pucuk rebung.

Goreng hingga kekuningan.  Asingkan.


Cara Penyediaan Tumis:

Memula sekali, tumis bawang putih hingga kekuningan.  

Kemudian, masukkan perencah tomyam Maggi dan air.  

Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Aku suka manis-manis pedas, jadi aku letak banyak sikit gula.  Tapi terpulanglah pada korang.

Kemudian masukkan daun limau purut dan popia yang sudah digoreng tadi.  Gaul bersama hingga semua popia sudah tersalut dengan bahan tumis.  

Okey, itu aje!  Senang kan?...

Mana ada susah... resepi aku kan resepi orang bekerjaya... bhahaha... kena cepat dan ringkas!  Selamat mencuba.

p/s: Tunggu update untuk gambar yer!  

Tuesday, March 12, 2013

Doa Elak Dirogol

Assalamualaikum wbh.

Sewaktu aku keluar membeli-belah tempoh hari, ramai juga penduduk di Kota Bharu ini mempunyai keinginan yang serentak.  Hampir penuh tempat parking kereta di bahagian basement.  Aku tak suka parking di bahagian roof top sebab aku terpaksa pusing-pusing-pusing sebelum sampai ke tempat parking.  
Sungguh membosankan bermain roller coaster sendirian.

Nak tak nak, aku terpaksa parking kereta di bahagian yang agak jauh dari pintu masuk mall.  Waktu nak keluar dari kereta, aku pastikan tiada barang-barang yang menarik berada jelas di mata mereka yang berniat jahat.  Walaupun beg sandang tiada barang-barang berharga, tapi risiko kereta dipecahkan amatlah besar.  Satu hal pulak nak membaiki cermin yang pecah.  Kelak, bukan setakat cermin kereta yang hancur, hatiku juga bakal retak seribu.  Jadi, sila kosongkan seat kereta anda dengan segala barang yang mencurigakan.

By the way, aku bukan suka sangat shopping.  [hehehe…berbau nada hipokrit disitu]  Lagipun, sejak kerja ni, peluang bershopping macam terhad.  Haishh.. masa duit sengkek, rajin benar bershopping.  Bila dah ada seposen dua ni, masa pulak tak ada.  Malas pun ada bila penat seharian membanting tulang empat kerat ni.

Lalu, aku cepat-cepat menuju ke lokasi tujuan.  Kedai kasut.  Dah lama aku nak beli kasut, dekat dua bulan sudah hajat tu tak tertunai.  Entahlah, sekarang ni aku sangat cerewet dalam soal pemilihan kasut.  Susah betul mahu jumpa yang berkenan.  Aku rasa fesyen sekarang tidak sesuai dengan jiwa aku.  Kalau dulu aku suka memakai heels dengan tumit sebatang tu, [maaf, aku buta fesyen kot2 ada nama tertentu kasut jenis itu] sekarang ni aku suka jenis yang flat.  Oh, sebelum tu minat sangat dengan wedges.  Ah, sekarang pun masih minat cuma sukar nak jumpa yang eye catchy.

Jalan punya jalan; keluar kedai A masuk kedai B; dari aras satu sampai aras empat; satu hape pun tak melekat di mata.  Frust.  Disebabkan sudah hampir Maghrib, maka aku ambil keputusan untuk balik sahaja dan menambahkan lagi tempoh pencarian mencecah tiga bulan pula.  Fuiyyyooo…

Sampai kat aras bawah, tetiba aku rasa nak singgah kat booth yang ada.  Well… belek sana, belek yang ni..  Maka, dari mencari sepasang kasut, aku terbeli sepasang, eh silap… dua pasang blouse.  Oppss..

Heh..heh..heh… senang pulak rasa hati yang gundah tadi.  Shopping is the best therapy.

Tapi, dalam pada aku bergembira dalam hati, tetiba rasa cuak nak menuju kembali ke kereta.  Maklumlah, kereta aku kat hujung basement kot.  Aaa…aaa…aaa… scarynya!  Dan satu lagi kemahiran aku yang melemahkan ialah, selalu bila tiba saat-saat kecemasan, kepala aku akan pikir yang bukan-bukan.  Laju je nak mengarut.  Segala babak dalam tv mula terbayang.  Ni lah masalah televisyen sekarang, suka sangat menayangkan babak-babak jenayah.  Ciss!

Tapi, aku beranikan diri jugak.  Huhu.. nak balik solat.  Karang duk main takut-takut, terlepas Maghrib aku, naya…

Jengket-jengket… pandang kiri kanan… nampak ada seorang dua budak perempuan, cepat-cepat aku lari sambil membimbit plastic baju baruku menuju ke kereta.  Sungguh, kepala aku dah sampai klimaks.  Kalau dalam drama, time ni musik background dah bunyi dah ni.

Cepat-cepat aku masuk dalam kereta dan tap!  Kunci.  Fuhhh.. selamatt~

Balik tu, sambil aku online.. terbaca doa pelindung untuk elakkan kita si perempuan ni dari kena rogol.  Ni doa yang dibaca oleh Siti Sarah untuk melindungi dirinya sewaktu ditinggalkan Nabi Ibrahim kalau tak salah aku.  Yelah, kita kena amalkan benda-benda ni pasal kita tak tahu apa yang akan terjadi.  Sekurang-kurangnya, kita berusaha.



Semoga kita sang wanita ni dijauhkan dari pandangan orang-orang yang berniat jahat.  Amiiinn. 
   

Monday, March 4, 2013

Entri Masakan | Aiskrim Hoorey Hoorey

Assalamualaikum wbh. 

Haiii.. Oh, ini ucapan baru dalam penulisanku (Sebab hari ni terasa mahu melambai).

Aku ada satu perangai yang aku rasa tak patut aku reveal untuk tatapan umum.  Tapi, perasaan teruja ini tak dapat disembunyikan dan hasilnya, aku terasa berbesar hati nak bagitahu perangai itu.

Aiskrim.

Ye, hari ni entrinya berkisarkan tentang aiskrim.   

ni gambar aku masa dok Australia dulu... ekeke!


Suatu hari, Abah Tanya harga aiskrim Cornetto yang sedang aku makan.

“Berapa harga aiskrim tu sekarang?,”

Aku tak ingat perisa apa yang sedang aku nikmati tu.  Mungkin vanilla, perisa kegemaran.  Berkemungkinan besarlah.  Waktu tu tahun 2002, kot!

“RM2.60,” jawab aku.

“Owh, dulu masa zaman Abah sekolah aiskrim tu 50 sen je,” kata Abah.

Okeylah tu.  Kenaikan harga sebanyak 3 kali ganda selepas hampir 50 tahun di pasaran.  Eh, pandai-pandai pula aku cakap.  Entah, itu mengikut usia zaman sekolah Abah aku la.  

Aku tak rasa Cornetto terlalu mahal sebab aku pun jarang makan Cornetto.  Aku lebih suka aiskrim yang ada rasa masam-masam sikit campur ngan ada rasa buah-buahan.  So, Mat Kool best.  Simple dan multi flavor.  Haha.  Kalau makan Cornetto pun, pasal nak dia punya kerepek tu.  Ahaks.

Aku suka makan aiskrim bila hati sedang rasa tak best atau pun sebab happy.  Kenapa aiskrim boleh buat kita rasa lebih baik?

Mungkin kerana bila kita nikmati aiskrim tu, kita jarang makan dengan gopoh gapah.  Malah, kita makan aiskrim dengan cara yang paling sopan.  Jilat satu-satu.  Jarang aku tengok orang makan aiskrim, bukak plastic ke kertas… terus ngap sekelip mata.  Hoho..

Dulu aku selalu beli Sundae kalau tak Mat Kool tuh. 

Tapi, sekarang aku dah pandai buat aiskrim sendiri.  Hehehe.  Tak sangka pula, senang je sebenarnya.  Tak pe, berdasarkan pengalaman dan kepakaran aku dalam mengesan kesedapan dan kehebatan makan aiskrim selama bertahun dulu, rasanya aiskrim buatan sendiri ni standard yang boleh diniagakan.  Cuma, mungkin aku perlu sedikit identiti tersendiri kalau betul mahu dipatenkan.  Wakaka.

Macam biasa, benda baik dan sedap harus dikongsi. 

Aiskrim Hoorey Hoorey
 



1 biji telur
1 tin susu cair
½ tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovallette
Pelbagai jenis perisa kegemaran

Cara-caranya :

Korang campurkan semua bahan tu dalam bekas mixer (kecuali perisa kegemaran) dan putar dengan kelajuan maksima selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga adunan menjadi likat dan kelihatan berkrim.




Kemudian, asingkan dalam beberapa bekas untuk dicampur dengan perisa peberet.  Kalau aku, memandangkan masih ada sebijik mempelam nenek aku, maka aku hiris dan ramas kasi hancur.  



Satu perisa lagi, aku buat perisa coklat oreo.  




Dapatkan beberapa keping biskut Oreo.  Buang inti putih dia dan hancurkan sedikit.  Jangan sampai hancur lebur tinggal debu, biar ada kepingan sikit.  



Kemudian, gaul sekali dengan adunan tadi.  Lepas tu, bolehlah korang masukkan dalam peti ais bahagian beku untuk dinikmati nanti.  Hehe..



Selamat mencuba!

P/S : Jadi nama Hoorey Hoorey pasal aku berjaya buat.  Suka hati koranglah nak panggil ni aiskrim apa pun.  Tapi, tak payahlah nak Haagen Dasz bagai kan??.... puff~

Sunday, February 17, 2013

Entri Masakan :: Muffin Jagung

Assalamualaikum wbh.

Sudah masuk pertengahan bulan Februari dah ek kita ni?.. Mak aii bukan mak yuuu… rasa macam sekejap je bulan Januari berlalu.  Ada lagi sepuluh bulan ke depan untuk mengatur hidup di tahun 2013 ni.  Tahun ni aku rasa macam awal je kawan-kawan aku kahwin.  Biasanya awal tahun macam ni aku jarang dapat wedding invitations ni.  Fuihh… korang memang sengaja mengusik sudut hati aku yang buat-buat lupa sudah dengan umur sendiri.  Sentap!

eceh.. sama2 lak pegang bunga.. nak amek berkat lettew~


Ah, jangan dok sibuk tengok padang orang lain.  Lain padang lain belalang, lain orang lain ketentuan!

So, menyingkap hari cuti hujung minggu aku kali ni, aku sebenarnya tengah mood nak buat Kek Salju Keju.  Amboihh… cintailah bahasa Malaysia kita.  Snowcheese Cake.  Tapi masa aku singgah di mall dua hari lepas, aku tengok-tengok kat ruang sejuk beku cheese tu, kepala aku dok berkira-kira jugak nanti kalau aku buat, sape lah yang nak habiskan sebijik kek yang penuh dengan keju tu?  Semua orang yang ada dalam rumah aku semua diet.  No fat please.  Cuma aku je dengan berlapang dada yang selalu kasih dan sayang dengan lemak.  Tapi aku pun bukan jenis kaki keju.  Sket-sket bleh la…

Aku pun beli la jagung tin.  Pasal aku rasa aku nak makan puding jagung.  Lagipun, simple jek buat pudding jagung kastad tu kan?  Tapi… ni lah aku.  Lain yang dirancang, lain yang jadinya.

Bangun pagi-pagi Ahad yang mendamaikan tadi, samak semua baju yang dah seminggu aku kumpul tu dulu sebelum mandi.  Kira boleh sakit pinggang jugaklah nak basuh tujuh kali basuhan tu kan..  tapi itulah, sape suh kumpul sampai seminggu kan?

Tapi aku suka kerja aku so, tak apalah.  Aku tak kisah sangatlah nak menyamak kain baju tu.  Sehari memang tak akan free dari kena sentuh anjing tu.  Dulu aku nak sangat main ngan anjing tapi takut nak pegang.  Tapi bila dah belajar ni and kerja pulak tu, rasa macam puas jugaklah dapat belai-belai diorang.  Huhuhu.. aku tahu benda ni sensitive buat sesetengah orang.  Tapi, jangan kerana adat, kita lupa pada agama.  Agama tak melarang pun kita pegang dan terutamanya merawat anjing cuma adat orang kita, bila Melayu-Islam pegang anjing, nampak yang memegang tu pulak jahil agama.  Huhu… ubah persepsi, tambah ilmu dalam koleksi. :)

Bawak pesakit berak...

So berbalik pada hari cuti aku yang damai tapi chaos, lepas basuh baju, budak bulus pulak buat hal.  Meraung-raung keluar dari dapur.  Terkejut jugak aku.  Terus keluar dari bilik tengok apa yang jadi.  Terbalik habis periuk belanga haaaa…  lorr, terlompat-lompat ni apasal? 

Kahkahkah… lekat gam tikus!

Hah!  Tahu sakit…

Aku baru je nak makan tadi masa dengar dia meraung tu.  Bila pikir balik, sama ada nak bersihkan dia dulu atau makan, aku pilih makan!  Sebab kalau aku uruskan dia dengan perut aku tengah keroncong, takut nanti ada yang kena cubit.  So, aku makan cepat-cepat.  Budak bulus monyok jek.  Sakit la tuuuu…

Masa kat klinik, ada la makcik ni bawak kucing yang kena gam tikus jugak.  Tapi ni versi kena simbah.  Habis satu badan melekat.  Aduuhh… kesian aku ngan anak kucing tu.  Huhu… so, aku amek budak bulus dan sapu-sapu ngan minyak masak.  Habis satu badan dia macam tu, aku biarkan kejap sebelum mandikan dia.  Sedih je dengar dia mengiau…  apo nak buek…  jadikan ini pengajaran iyo…

Lepas dah setel mandikan dia dan yang lain (sebab alang-alang dah mandikan sekor, mandikan jugak la yang lain sekali), barulah tercapai matlamat cuti aku.

Jom!  Let’s bake some muffin!

So minggu ni aku decide nak buat Muffin Jagung Manis je la daripada dok buat Snowcheese Cake tu kan?..

Bahan-bahan dia sangatlah mudah.

 SweetCorn Muffin

(Bahan kering)
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
½ cawan gula
150 gram tepung gandum

(Bahan basah)
¾ cawan Jagung Manis Ala Krim
1 biji telur ayam
50 gram mentega cair
1 sudu teh vanilla paste
 


Cara-caranya;

Mula-mula sekali korang panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.

Gaulkan bahan kering bersama-sama.  Boleh putar untuk pastikan diorang tercampur sekali.

Kemudian, gaulkan pula bahan-bahan basah.  Boleh putar jugak untuk kehidupan yang lebih harmoni.

Pastu, masukkan bahan kering ke dalam bahan basah.  Putar sekali lagi.

Oleskan tray muffin dengan mentega sikit untuk elakkan diorang melekat.  Boleh jugak kalau nak masukkan dalam paper cup.



Lepas tu, bakar untuk tempoh lebih kurang 20-30 minit.  Untuk tahu sama ada muffin korang dah betul-betul masak atau tak, boleh cucuk dengan lidi yang bersih.  Kalau tak melekat tu kira dah boleh keluar dan sejukkan sebelum dihidang.

Itu jek.. senang je kan?  Buat la..  aku buat pun tak sampai sejam lah!  Hahaha…  barulah syok nak makan…. Benda senang dan sedap!  Gebuuuuu…



Okey, boleh cuba ya!  Babai…