Friday, December 4, 2015

NAM : One Step Ahead

Assalamualaikum wbh..

Hari ke hari, Mommy happy betul tengok perkembangan Adam.  Makin Adam maju setapak, makin berkurangan barang dalam rumah kita.You know why Adam?  Sebab sebelum Adam meniarap, barang rumah kita macam sebuah rumah.  Then, Adam pandai seret dada.  Mommy dah start kena clearkan setiap bucu rumah.. dan rajinkan diri mengemop hari-hari.

Tapi, Mommy tak mampu nak serajin ituuu... so, mop rumah 2 hari sekali je.  Hihi.. disebabkan kita ni duk apartmen, jadinya seluas mana sangatlah rumah kita kan, Adam?  Alhamdulillah... cukup dan selamat untuk berteduh dan menginap.  Tapi itulah... nak simpan barang tang mana sangat..

Ma Tok suggest suh simpan barang-barang dalam tong je.  Katanya, kuarkan pinggan 2, gelas 2, piring 2, mangkuk 2... pendek kata, serba dua lah.  Duk berdua je katanya... buat apa banyak-banyak.  And since tetamu pun bukan selalu datang beramai-ramai rumah kita jadi, memang ekonomi sikitlah pinggan mangkuk kita.  Patutlah rumah Papa Fiq macam padang jarak padang tekukur je... sebab Abang Aryan ngan Arfan lettew.  Hihi...  soon, our home gonna be the same as well.

Tapi Mommy kennot la Adam duk rumah kosong macam tu.  Huhu... jadi Mommy harap Adam kompromi sikitlah kalau rasa-rasa nak gigit dan makan apa-apa tu..tang sepahkan rumah Mommy okey je.  Buat lah nak..its your time.  Mommy dulu entah-entah lagi teruk bab sepahkan barang Mama Tok.  Hihi... so, have your own time, sweetheart.

Syukur Alhamdulillah.. every single steps dalam tumbesaran Adam.. Mommy tengok satu persatu..  bahagia rasanya.  Alhamdulillah...

Good boy..Mommy tinggal gi mandi kejap..tgk2dah tidur sambilcium sweeter Mommy.. i'm touched!

25 November 2015..

Adam mengengsot for the first time,
at the age of 7 month.
Mommy tahu, Adam happy because I can hear your screaming of happiness
when you reach something that you aimed for..
Disitu..
Mommy belajar sesuatu Adam..
At the time i feel lost and down,
i knew.. you'll be there,
At the time I wanna quit,
i knew.. you are hoping that I keep on standing..
Betul kata orang,
Because of you,
Mommy is the strongest person ever.
and
Every moms did too..

Saturday, November 28, 2015

Kerja Dari Rumah :: Suri Rumah Mampu Pakai Range Rover Evoque

Assalamualaikum wbh...

Lately memang sering aku terbaca pasal debat yang tak ada kesudahan antaranya ialah ibu bekerja VS ibu surirumah, vaksin vs tak vaksin, bersalin normal vs bersalin caesar, kerja swasta vs kerja gomen, kurus vs gemuk (hihi)...  Apa la korang ni.  Benda-benda macam ni, memang tak akan ada penyudahnya sebab debat berdasarkan emosi je semua tu.  Kalau debat berdasarkan fakta dan kajian, ada jugak penyelesaiannya!  Haish..macam tak ada keje lain je.

tak de kaitan ngan pos ni.. haha... saje tepek gambar lepak di Bukit Tinggi di hujung minggu
Aku sendiri pun fulltime housewife tapi tidaklah terasa jeles sangat dengan ibu-ibu yang bekerja. Rezeki masing-masing.  Diorang ada la cara diorang nak survive, ko ada cara ko nak survive. Memang aku akui, kalau duk rumah je, steghess gak kalau tengok syoknya diorang boleh shopping barang-barang yang memang kita dah aim dengan duit gaji.  Bestnya diorang dapat lepak-lepak dengan kawan-kawan sekerja... lunch together-gether!

Tapi sebagai surirumah yang pernah bekerja makan gaji 60 jam seminggu, haa.. haaa... haa!  Aku rasa nikmatnya duk rumah walaupun perkara-perkara di atas tu sekali sekala datang merasuk!  Memang aku pun wanita sejati yang suka membeli belah apatah lagi bila duk rumah, nak menjengah dunia luar tu melalui online je makanya, shopping online la menjadi pilihan!  Sekarang pun, Ig bukan main havoc lagi.  Ko nak beli barang ori dari oversea pun dah boleh dengan sekadar duk umah je.  Itu belum lagi online store yang hari-hari naik kat Newsfeed FB.  Tutup FB kuar ikut TV pulak!  Adoi, nak elak mana lagi... rasukan, rasukan, rasukan!  Itu belum lagi benda-benda idaman sejak kecik.  Nak rumah..nak kete..nak gi haji, nak gi holiday.



Jadi, mana tak stress kalau duk rumah tak keje, duit xdek kan?..  nak harapkan duit suami kasi memang lagi haru la... kita ni isteri, kesian juga nak minta-minta dengan suami belikan hal-hal ngengada tu..  sekadar nak beli barang-barang napsu, isk!  Tak sampai ati lak...  sebab musabab macam ni la yang menjadikan ada ibu-ibu yang duk rumah ni 'jeles' dengan ibu yang bekerja.  Hurrmm...  i paham!

Sekarang ni, bila ada anak, rasa syok giler shopping barang baby. Semua nampak comel, nampak cute!  Kadang-kadang aku bukak je website untuk pompuan tetapi bukak juga tab untuk barang Adam.  Lastly, barang Adam jugak yang dibelinya.  Elok-elok aku nekad nak beli barang aku, hummpph... Adam juga tukang perabes bajet!

produk yang sangat berkesan untuk turunkan paras gula

Tapi itulah... bila kita biasa keje, bila tak ada duit masuk akaun tiap-tiap bulan ni rasa macam 'kosong' je.  Walaupun suami kasi duit, tapi aku ni jenis nak duit sendiri.  Nak keje buat kek semua, kadang masa kita tak ngam. Mana nak jaga Adam, mana nak buat tempahan.  Jadi, hari weekdays tu kebanyakannya memang sepenuh masa dengan Adam.  Bila dia tidur, haaa...melangut la aku sorang-sorang.

Jadi, aku kena proaktif!

Aku usha satu bisnes ni.  Hurmm.. mula-mula macam takut nak join sebab 'bisikan negatif' pasal bisnes jenis ni memang terlalu banyak dan aku pun jenis yang ber'fikir' tentang akibat lebih dari segalanya.  Huhu.. tapi aku terjah juga buat.  Sebab apa?



Sebab aku tengok produk dia berkesan betul dan memang menjadilah dengan kebanyakan yang dah cuba.  Tambah pula, sistem pemasaran dia senang nak hadam untuk perempuan yang bukan jenis kritikal minded.  Direct dan jelas je dia punya sistem.  Ko boleh nampak perjalanan dan aturan income kau!  Macam keje la.. gaji sekian-sekian, pastu potong KWSP, SOCSO semua tu.. bersihnya ko dapat berapa.  Tiada nilai tersembunyi.  Haaa... macam tu la bisnes ni.  Lagipun, research aku membuktikan yang company ni kukuh.  Liabiliti saje dah RM3 juta weih...

Pastu, bila aku try produk dia, waktu tu tengah menyusukan Adam jadi aku nak cuba bf Adam seberapa lama yang boleh.  Jadi kena jaga stok susu.  Kadang merundum, kadang cantik je dia supply.  Sekali tu, aku demam maka susu memang drop habis!  Huhu... sedihnye.  Kalau pam pun berapa oz je dapat, dalam 2 oz kot.  Serius sedih!  Lepas tu aku minum salah satu produk dia..  Alhamdulillah, naik jugak akhirnya!  Dapat 10oz so bolehlah aku buat stok.  Kulit dan aset pun makin aummm.. hihi.

gambar pengguna NANO CENTA

Disebabkan perubahan tu, aku nak la kasi suami aku pun ganteng gak!  Lepas kahwin, korang paham-paham la lelaki.. elok-elok nama Fitri jadi Abang Roi.  Menyampah~  Tak masak kang, isteri durhaka... kurang kasih sayang lak jadinya.  Masak kang, makan bertambah-tambah.  Adoi.. dilemma seorang suri rumah~~

Tapi, suami aku jenis keje kat luar.  Bukan duk opis jadi nak sekat-sekat makan macam kesian lak.  Balik penat-penat, makan je la sayang.  Jadi, aku ambil solusi terbaik.  Makan tu makan la.. tapi kawal kandungan gulanya.  Sebab apa... sebab gula la penyebab badan kita mudah naik.  Suami pula ada sejarah keluarga kencing manis jadi aku risau juga dari kegemukan dek kerana makan banyak, jadi ke arah kencing manis pula.  nauzubillah!  Jadi aku kasi dia GCTEA.. Malam-malam, sebelum tidur dia minum.. pastu pagi breakfast pun minum.  Siap aku bekalkan juga untuk dia minum waktu keje.  Makanya... selain daripada bekalkan tenaga, GCTEA juga kawal berat badan dia.


testimoni grup aku

Resultnya... dalam masa 6 minggu, hasben aku dari 85kg turun kepada 78kg.  Tu slow la sikit berbanding testimoni yang lain sebab dia makan malam gak and exercise memang hampeh, seminggu tu sekali je.  Kalau 3,4 kali harus jadi Aaron Aziz!  hahaha...  So, disebabkan result yang bagus, aku ambil keputusan untuk jadi agen terus!  Hehehe...

Sekarang, akulah suri rumah yang happy sebab suami dari bambam dah kurus dengan sihat, aku yang kulit kusam dan bermasalah dah tak de masalah tu (cakap cantik kang korang muntah lak.. hihi) dan yang paling penting, dari rumah saje aku leh dapat income juga...  Syukur...syukur!  Jadi, aku boleh menyimpan untuk kecemasan dan paling penting, tak payah risau kalau nak bukak TV dan FB lagi.  hahaha... One day, aku harap aku boleh pakai kereta idaman aku Range Rover dengan duit hasil usaha aku sebagai suri rumah berijazah yang berpendapatan dari rumah!  Aminn... haha.  Walawei, kena buat stamp pad letak jawatan cenggitu.  Baru kerlasss.. kikiki.

So, korang para suri rumah ada yang rasa nak hidup bahagia tanpa tekanan macam aku tak?..  Jom join team aku... relax sudah.  Suri rumah best jugak sekarang ni..  belajar tinggi-tinggi jadi suri rumah, ni lah hikmahnya.  Pandai juga cari duit sendiri.  Pandai masak, pandai jaga anak, pandai kemas rumah, pandai bla..bla..bla!  Hihi...  sudahlah.  Jangan mengeluh lagi okey?... kita indahkan apa yang kita miliki... jangan terlalu memandang indah apa yang orang punya. :) smile emoticon!

korang nak tak macam ni?
Korang boleh cekidaut DISINI atau terus WA 013.9342778

Tuesday, November 24, 2015

Pasangan Itu... Anugerah Allah.

Assalamualaikum wbh..

Hidup ini bukan seindah bayangan dan impian.  Dahulu, aku lebih suka bergaul dengan orang yang lebih dewasa; baik dari usia atau perwatakannya.  Aku tidak pandai untuk bergaul macam orang muda yang lain.  Tak pandai nak melepak, tak pandai nak bercerita gaya orang muda.  Pemikiran aku terkadang lebih 'kolot' dan macam makcik-makcik sikit.

Aku dah biasa mendengar dan hadam kisah-kisah rumah tangga sebelum aku sendiri menjengah ke alam rumah tangga.  Sebab itu, aku tidaklah terkejar-kejar sangat nak kahwin dulu meskipun diasak dengan macam-macam pertanyaan dan momokan sebab aku secara pengalamannya 'dah kahwin' dengan kisah-kisah rumah tangga.  Terkadang, aku jadi takut kerana walau banyak yang indah, ada juga yang pahitnya.  Paling aku takut dulu, terkahwin dengan lelaki yang jahil agama.  Allah!  Itu memang menjadi 'igauan' buat aku.

Tapi, nak mengharapkan orang lain mendidik kita, nak tunggu datang seseorang untuk jadi 'Suamiku Ustaz' untuk perbetulkan kita, rasanya tidak adil.  Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.  Daripada menanti datangnya 'dia', kenapa tidak kita sendiri yang bimbing diri kita?.. ilmu agama itu fardhu ain.  Setiap orang wajib belajar untuk diri dia sendiri.  Jangan kata ustaz-ustaz nak pandang kita, orang yang jahat pun.. kalau nak buat pasangan, dia akan cari yang baik-baik.  Lagipun, perkahwinan itu ibarat satu pasukan.  Bila ada yang tercedera, sorang lagi boleh bantu pimpinkan.  Kalau seorang tidak tahu, yang sorang lagi ajarkan.  Lebih indah jika suami boleh membimbing tapi jika suami terbabas dan isteri menegur, terimalah dengan hati yang lapang.  

Bukanlah mengharapkan pasangan yang sempurna, tetapi andai dapat yang berusaha untuk menjadi yang terbaik pun itu sudah memadai.  Yang sentiasa memantapkan diri untuk kebaikan rumah tangga kerana tanpa agama yang baik, mahligai akan musnah.  Hari ini berdepan dengan pasangan, esok-esok anak-anak melihat sikap kita dalam diam.  Walau pun ibu bapa mesra di depan anak-anak, saya percaya 'link perasaan' tu tetap diasai oleh anak-anak.  Kita tak akan mampu sorok benda-benda kejiwaan ini.  Keluarga terlahir dari ikatan jiwa-jiwa.  

Hari ini, terbaca tentang kes penceraian disebabkan oleh lafaz yang tidak disengajakan.  Aku tak tahu apa nak rasa.  Geram, marah, sedih...  talaq itu, bukan sekadar lafaz kata-kata tetapi ia melibatkan hukum dan kebencian dari Allah.  Aku tak tahu apa sebenarnya masalah diorang tetapi, banyak yang telah aku temui dan baca... rumah tangga yang aman damai, yang sentiasa penuh dengan sakinah dan mawaddah..kata-kata cinta dan kerinduan memanjang, jarang benar berlaku kes sebegini.

Suami atau isteri yang perasaan kasih pada isteri atau suami yang menebal, tidak akan sesekali membiarkan 'ilusi jahat' tentang pasangan menerobos fikiran mereka hatta berjauhan sekalipun.  Ada suami yang baik, bila berjauhan atau out station dengan keluarga, susah mahu makan, susah mahu tidur. 

Habis mesyuarat sekejap tadi, Taufiq menelefon isterinya.

"Sayang makan apa lunch ni?," 
"Makan ayam goreng sahaja abang.  Tak sempat masak.  Aiman asyik merengek-rengek rindukan abang," jawab Sarah.
"Oh.. ye ke..  Esok abang balik ye," balas Taufiq kembali.
"Abang dah habis meeting?  Dah makan?," Sarah mengembalikan semula soalan sama.
"Baru habis.  Kejap lagi abang makan."

Usai berbicara, Taufiq mencari ayam goreng juga di meja buffet.  Dia tak boleh telan makanan sedap-sedap jika isterinya sekadar makan ayam goreng kosong.

Iye.  Itu tanda kasih yang tak nampak tapi perasaan cinta pada isteri dan anak-anak membuatkan Taufiq rasa tak mampu untuk 'makan sedap' sedangkan di rumah, isteri bertungkus lumus menjaga anak-anak dan harta sepeninggalannya.  Bukan dia tak tahu, nampak sahaja Sarah tu suri rumah tangga tapi sibuknya mengalahkan Taufiq sendiri.  Pernah satu hari Taufiq MC kerana demam.  Ya Allah.. kalau tengok pada keributan di rumah, rasanya lebih 'selesa' dia berehat di ofis sahaja.

Bukan semua orang beruntung dapat pasangan yang boleh memahami dan mengerti perasaan pasangannya tanpa perlu si isteri atau suami buka mulut.  Tak ramai yang pandai 'membaca' isi hati. Kalau si isteri diam, si suami malas ambil pusing.  Kalau si suami marah-marah, si isteri juga naik hantu.  Memanglah kalau siapa yang buat peel macam ni, sampai kesudah rumah tangga 'makan dalam'.  Semua nak orang paham isi hati dia tanpa dia sendiri bukak mulut.  Kalau pasangan susah nak mulakan bicara, trylah peluk dia... duduk sebelah dia. Diam pun tak apa... sekurang-kurangnya, kehadiran kita tu buat pasangan rasa cool sikit.  Tang isteri, silap-silap hari bulan... nangis terus pastu peluk suami.  Hah, settle masalah.  Tak tanya pun tak apa, janji kita ada!  Sebab kadang-kadang maslaah ni susah nak diluah dengan kata-kata tapi tindakan kita boleh meredakan gelora tu.  

Sesekali, buatlah macam dalam drama tu. Beli bunga untuk isteri merajuk, buat-buatkan kopi untuk suami yang tengah meredam api perasaan tu, ajak mandi bersama ke...  Walaupun rasa macam 'menyampahnya nak layan orang tua peel budak ni'... hihi... tapi biarlah.  Buat sahaja...  Saya pun, kadang-kadang ambil masa juga nak pujuk si suami merajuk.. tapi biasanya tak sempat pujuk dia dah sejuk sendiri. Alhamdulillah... hihi.  Saya bukan pakar rumah tangga tapi macam yang saya katakan di awal tadi, perkongsian ini hasil dari pembacaan dan pengalaman saya menjadi pendengar dan penasihat tak bertauliah rakan-rakan yang mungkin 'belum ada cahaya bahagia' di dalam rumah tangga.  Tak reti nak pujuk.. tak reti nak ikut rentak... itu alasan kita je.  Google ler!  Mahal nak beli itu ini?  Memang lah gaduh-gaduh ni costly.  Huhu... kos masa, kos idea nak mogok macam mana, kos tenaga nak kuarkan air mata, kos duit nak memujuk atau makan kat luar, kos beb..kos!  Jadi, jangan la gaduh... huhu. 

Sebenarnya takut juga nak bercakap sebab orang kita jenis suka membandingkan!  Kalau kita bukan siapa-siapa... pandangan kita tak ada makna.  Orang kita mudah lupa, atau buat-buat lupa atau memang tak tahu...  yang bercakap tu jatuh nombor dua, nombor wahidnya intipati percakapan dia.  Saya pun manusia biasa.  Tambah-tambah bila kita kenal si polan yang bercakap tu macam mana tapi kita cubalah.. cuba buang ego dan tanam pemikiran baru.  Ilmu ni, boleh datang dari sesiapa sahaja.  Justeru, siapa yang memerhatikan alam, banyak ilmu dan kebesaran Allah yang dapat dia cedok dan hadam. 

happy 22nd monthsary, dear.


=============

Adam,
Mommy akan cuba didik Adam jadi anak soleh yang faham agama.
Semoga Adam menjadi ummat Muhammad yang menjadi buah hati
penghuni langit dan bumi.
Aminn.

Saturday, August 29, 2015

Supplemen Dan Milk Booster Terbaik

Assalamualaikum wbh..

Hari ni terasa macam nak share pengalaman mencuba milk booster pulak since sepanjang 4 bulan pertama menjadi mummy ni, aku dah cuba pelbagai jenis supplement untuk kesihatan dalaman sekaligus ada yang jadi milk booster jugak.

Cuma pengalaman ni pengalaman aku la. Tak adalah nak kata produk A super duper bagus dan menjadi, produk B tidak bagus dan sebagainya.  Sebagai pengguna, kita ada hak untuk memilih dan sebagai seorang mak, aku cuba la nak susukan Adam sampai dua tahun cukup.  InsyaAllah.

Alhamdulillah.  Masa Adam belum lahir lagi, memang susu badan aku dah ada.  Seingat aku, masa masuk tujuh bulan lebih.. dalam 29 atau 30 minggu macam tu, pagi-pagi kalau bangun tidur adalah sikit macam kerak-kerak susu.  Mula-mula ingatkan keruping apa... huhu.. lepas tu bila buat check up, nurse cakap itu susu.  Ooo... awal jugak dia keluar eh?  Tapi tak adalah selalu dan tiap-tiap pagi pun.  Selang dua tiga hari, dia ada la.

Lepas tu, masa first day lahirkan Adam pun susu dah keluar dengan banyak sampai aku nangis-nangis kesakitan.  Tapi waktu tu Adam kecik lagi (Adam lahir 35wk+6d) jadi dia pun tak menyusu banyak.  Lagipun, aku malu jugak nak menyusu sebab dah ada pelawat yang datang melawat right after aku delivered Adam.  Dalam mamai-mamai ubat bius, aku terpaksa layan tetamu.  Huhu..  So, lepas ni aku harap aku lebih pandai bahagikan masa dan focus pada baby kalau ada rezeki dapat anak lagi lepas ni.  **Sepatutnya kita kena susukan bayi dalam masa sejam selepas dia lahir ye.  Jangan ulang kekhilafan aku**  

Kesian pulak bila mengenangkan Adam yang tidur dalam kelaparan tu.  Dan untuk sesiapa yang nak menjenguk orang bersalin, tanya dulu sebelum datang sebab melahirkan anak ni penat sangat-sangat.  Pastu kalau korang datang jugak kat spital tu, dengan letih bersalin lagi, dengan ubat bius yang tak habis lagi, mana dia nak uruskan bayi lagi... sepatutnya korang lebih peka soal ni.  Tambah-tambah kalau ada komplikasi waktu bersalin tu... lagi kesian pada si ibu.  Nak dapat privasi pun tak boleh. 

Baiklah.  Melalut pulak.  Berbalik pada milk booster tu, sebab Adam tak ada masalah mendapatkan bekalan susu, jadi aku tak adalah focus nakkan milk booster lagi.  Apa yang aku perlu ialah supplement untuk tambah tenaga sebab ketika aku bersalin, urusan tu semua antara aku dengan suami sahaja.  Parents aku, hari aku masuk wad tu, hari diorang baru berangkat pergi umrah.  Berpantang sendiri, makan minum pun sendiri.  Jadi aku rasa sangat letih.  Memang adik aku ada tapi dah nama ‘adik’... mana la reti nak buat itu ini.  Lagi pula, menjaga orang baru lepas bersalin ni bukan nye mudah walaupun kau cuba buat nampak mudah.  Makan minum kena jaga betul-betul.. tak leh main masak ikut apa yang kau reti.  Kena belajar biar reti.  Suami yang tak reti masak tu pun aku tolong Google kan apa yang patut dia masak.  Yelah, mana sempat dia nak buat semua tu at least, dapat tolong masak pun syukur sangat-sangat!

Jadi, supplement yang aku perlu sangat-sangat ialah untuk tambah tenaga.  Dengan Adam kena jaundis selama sebulan lebih, maka bayangkanlah... selama sebulan lebih tu la aku dok gi spital, tiap-tiap hari.  Nasib baik bersalin normal.  Tidaklah menyakitkan sangat.  Cuma jauh sangatlah kalau nak cakap berpantang macam orang dulu-dulu.  Baring sahaja di rumah.. makan pun orang hantarkan.  Memang tak!  Tapi dalam dok cari supplement untuk tambah tenaga, dapat bonus jadi milk booster.  Lepas aku buat searching, aku come out dengan beberapa supplement.

EPHYRA



Masa dalam pantang, aku totally amalkan Ephyra.  Pada aku, Ephyra memang sedap dan bagus kalau nak cari supplement tenaga.  Rasa buah oren gitu memang boleh buat kita hilang rasa mual-mual dan sebu sebab telan makanan pantang.  Hikhik.. lagipun, ia juga baik untuk elakkan sembelit.  Seriously aku memang tak ada sembelit masa dalam pantang walaupun makan biskut kering cicah Milo tiap-tiap hari!  Tak cukup dengan tu, biskut Munchy’s yang coklat tu pun boleh dikatakan hari-hari jugak makan.  Sobs.  Sebab nak makan kek-kek da tak boleh kan.. biskut pun jadi laaa...

Susu pulak memang sakan la baqhang!  Sampaikan mak aku cakap suruh jangan minum lagi Ephyra sebab peti ais kat rumah tu dah penuh berlambak ngan susu yang diperah. Hahaha.. stress nenek!  So, Ephyra is suggested la untuk korang yang nak jaga kulit sebab ia juga bagus untuk kulit dan memberi tenaga yang hilang selepas bersalin. J

VCOA TREENEA



Minyak kelapa dara daripada Treenea ni memang aku dah amalkan lama.  Sebelum kahwin lagi dan diteruskan masa pregnant pun amalkan Treenea untuk mudahkan bersalin.  Alhamdulillah, memang mudah.  Sakit tu sakit la siapa cakap tak sakit bersalin tapi Alhamdulillah... proses tu berlangsung dalam 15 minit sahaja seingat aku.  Aku push dalam 3 ke 4 kali je sebelum Adam menggelongsor keluar dengan bersih!  Syukur Ya Allah... bila dikenangkan saat nak bersalin, tak adalah seriau sangat cuma bab contraction je tak sanggup.  Uwaaaa..

So, aku makan Treenea masa dalam pantang juga untuk cepat sembuhkan luka jahitan dan beri kelembapan pada kulit supaya aku tak kusam.  Bab susu, Treenea tak mengganggu penyusuan pun tapi untuk cakap milk booster, rasanya tak membantu sangat.  Tapi untuk elak anak dan mak mudah selsema, kulit kering, sembelit, yes.. Treenea helps!

MOMS



Haaaa... coklat ni boleh aku katakan coklat magik!  Huhu.. tak sangka jugak dengan makan coklat seketul, susu boleh melimpah sakan!  Al kisahnya, dah masuk 4 bulan ni, susu macam makin nak menyusut.  Aaa.. so mommy is worried.  Risau la kot-kot tak dapat nak susukan Adam sampai 2 tahun.  Adehh.. takkan la Mummy leh susukan Adam sekejap je sedangkan Mummy boleh bagi on demand.  Tak nak, tak nak!  Actually, susu menyusut sebab minggu sebelumnya tu, aku tak sihat.  Demam... sakit urat jadi Adam pun jarang menyusu jugak.  Mungkin dia faham Mummy tak larat and nak rehat.

Jadi bila Adam macam dah ‘stop’ kejap tu, kilang susu mungkin detect Adam dah tak mau.  Alaaa.. sedihnya! Tapi, memandangkan Adam makin besar dan dia pun makin aktif, keperluan pada makanan berzat tu sangat-sangat kritikal la.  Jadi, hasben aku suruh makan MOMS.  Belilah kitorang MOMS sekotak...

Lepas dinner malam tu, aku terus kunyah coklat tu seketul.  Coklat tak adalah smooth dan sedap giler macam coklat komersil lain tapi tak adalah jugak tak sedap sangat sampai tak leh telan.  Cuma tak smooth je.. rasa la tekstur dia kasar-kasar.  Tapi pedulikan..yang penting khasiat dia tu.  So, tidur la aku dengan harapan pagi esok susu banyak dan boleh mula perah balik. (Dah lama tak ada stok baru)
Jam 4 pagi.. terjaga dari tidur lepas Adam merengek dan Alhamdulillah.. lepas Adam menyusu sebelah pastu dah tak nak.. sebelah lagi boleh perah dan dapat simpan 5oz.  Alhamdulillah.. at least, ada stok baru!  So, aku recommend jugak untuk mak-mak yang suka coklat.  Hihi.. dua dalam satu!  Korang leh enjoy release stress dan di masa yang sama, boostkan susu!

NANO CENTA



This is the newest and the best milk booster yang aku cadangkan!  Semenjak aku diperkenalkan dengan NC ni, memang puas hati.  Lepas aku try MOMS seketul.. aku stop la.  Sebab susu dah banyak semula.  Jadi, aku tak risau dah pasal susu.  Alang-alang dah dapat stok NC, aku cuba NC ni.  Niatnya sebab nak ceriakan balik wajah yang kusam sebab berjaga malam pastu siang pun tak tidur sangat ni.  Dah macam mata panda kena tumbuk dah rasa.  Lebam besau betul... huhu.  Dark circle memang susah nak hilang tapi itulah tanda seorang mak yang bertanggungjawab.  Muehehe...

Kandungan NC ni bagus untuk kita sebab dia ada delima, habbatus sauda, Arabic gum, vitamin C dan yang menjadi penyebab utama nak try, sebab ada COLLAGEN. Kah! Perempuan sangat~

So, aku minum pagi tu sebelum sarapan.  Sambil-sambil siapkan bekal hasben, aku bancuh la NC ni.  Mula-mula tu steady je tak de apa-apa.  Tengah-tengah aku uruskan stok barang, alamak... tak sedar baju dah basah.  Huhu.. rupa-rupanya susu dah bengkak sangat tanpa aku sedar.  Nak tak nak, terpaksa gi kejut Adam yang tengah syok tidur.  Paksa dia minum dulu sebelum aku perah.  Adam minum sebelah je lepas tu tolak dan menggeleng-geleng.  Aduhh... sebelah pun tak habis ni sayang!  Nak tak nak, terpaksalah aku gi pam.  Syukur... rezeki Adam.  Dapat 10oz!  Allahuakbar.. nak menangis rasa... yelah, sebelum ni paling banyak pun 8oz lepas tu dua tiga minggu ni merundum, memang terharu sangat.

Esoknya aku stop pulak minum sebab Adam macam dah cukup susu.  Sendawa besar dia lepas minum.  Hihi.. lusanya tu, aku minum balik.  Ye lah.. terbukti kot.. NC ni sangat bagus untuk milk booster.  Aku perasan, lepas je dua jam minum, mesti bengkak.  Susu melimpah-limpah.  Syukurlah.. akhirnya aku dah jumpa supplement yang boleh boost susu sekaligus buat kulit aku lebih sihat dan cantik. Sebabnya... aku minum tak habis sekotak pun lagi, parut jerawat yang berlubang-lubang tu dah makin kurang dan tak jelas sangat dah.  Pastu, kulit main halus.  Best pulak pegang pipi sendiri.  Haha... :P  Siapa tak nak cantik beb.. nanti baru best hasben nak ngadap bidadari dia yang rupawan. Kahkah!

Kalau korang nak beli NC ni, boleh terus ke link ni.. KLIK SINI.

Harapnya... entri ni membantu mommies di luar sana yang confuse nak cari milk booster yang mana.  Tapi apa-apa pun, pilihlah mana yang sesuai dan mampu dengan diri kita...  Try and error. J  Allah pasti bantu!  Semoga semua ibu-ibu di luar sana sentiasa segar, sihat, cantik dan rupawan walaupun dah beranak soploh.  Hehe.. bye!  Terima kasih sudi baca.  Jangan lupa LIKE page DARI MATA HATI di FB ye.  :P


22 Ogos 2015.. 4 bulan 4 hari
Kapal terbang landing baek punyaaa.. hihi

   

Saturday, August 22, 2015

Adam's Busy Book

Assalamualaikum wbh. 

Mula-mula sekali, kepada sesiapa yang ada anak dan selalu bagi iPad ke tepon kat anak-anak, mohon jangan baca entri ni sebab idea aku kali ni sangat bertentangan dengan amalan korang. Huhu.. Sejak ada anak ni, aku selalu fikir apa bentuk mainan dan didikan yang aku nak bagi sebagai pendidikan awal pada dia.  Aduuhh... susah juga ni.  Cabaran besar.  Ibarat kain putih yang kita corakkan.. salah lukis atau buruk lukis, alamak, buruklah pandangannya.  Aku kalau boleh, tak mahu dan tak suka anak-anak diberi jenis-jenis iPad bagai tu... Aku cuba. Bukan aku cakap aku tak akan buat benda tu semua. Mana tahu kalau terdesak aku perlukan bantuan robot tv untuk menenangkan anak aku, tapi sebolehnya aku cuba nak elakkan. Aku terseksa hidup sebagai budak rabun sejak usia 9 tahun. Hukhuk... Tapi Alhamdulillah, aku syukur kerana aku masih boleh melihat. T_T Ya Allah, besar sungguh rahmatMU. 

Selain daripada masalah kerabunan, aku tengok budak yang diberi iPad ni biasanya pasif dan tak peramah. Aku suka budak yang becok.  Budak yang potpet-potpet ni biasanya cerdik. Aku tak tahulah memang kena bagi atau pun stail, ataupun dah tak ada pilihan..  Ye, mungkin mak bapak diorang nak senang makan... nak senang borak tapi, still... pada aku, there must be another way out rather than bagi anak-anak ngadap iPad! Mungkin aku sedikit ortodoks la. Tak maju dalam mengajar anak era millennium ni. Aku ikut cara makpak aku kot. Bawak mainan macam Lego ke, drawing pad ke, atau kete kecik-kecik untuk hilangkan daya amukan. iPad pada aku, tetap a BIG NO. 



Lagipun, menurut kajian psikologi dan paediatric, tak elok kasi benda-benda tu semua sebab ia akan mengurangkan daya sensitive budak-budak tu. Mengadap skrin terlalu lama boleh mengurangkan perhatian kanak-kanak sebab mata mereka tertumpu pada satu titik tumpu dan cahaya dari skrin tu boleh buat rabun. Satu lagi, bila anak-anak tak belajar guna anggota, mereka tidak akan reti nak guna anggota badan. Bunyi macam tak logik. Anggota badan sendiri, otomatik kita pandai guna kan?  Nerves diorang akan lambat detect sebab tiada latihan kerap.  Lagipun sebenarnya banyak permainan untuk kanak-kanak sekarang like Magnetic Sand.  Menarik jugak tuuu... dalam rumah pun boleh main pasir! 

Ada satu kes yang aku terbaca, kanak-kanak tu tak pandai nak pegang sudu pun sebab tidak dilatih macam tu. Jari dia tak boleh dilipat dan menggenggam kemas sudu untuk makan. Yelah, bayangkan kalau mata si anak mengadap laptop atau iPad, pastu nak makan mak suapkan. Anak tunggu nganga.. bila dia nak pandai? Budak.. bila diajar makan sambil tengok cerita, selagi tak bukak iPad selagi tu la tak mau makan. Its happened. I saw it! Pada aku, its good to train kids main puzzles or something like that. I likeeeee. Tapi itulah, lain orang, lain cara didikan. Jangan marah aku. Kan dah cakap awal-awal, kalau tak setuju jangan baca. Huhu... 



Sekarang ni, cabaran aku ialah mendidik Adam. For now, Adam kecik lagi.. kalau kat luar, dia tak ada buat perangai pun. Baru 5 bulan. So far, kalau aku bukak booth ke.. keluar jumpa client ke.. pergi makan ke.. Adam jarang buat perangai. Kalau habis-habis terik pun, dia akan menangis mintak susu. Itupun tak de meraung-raung. Merengek sekejap, terus aku bagi and dah kenyang nanti, dia main sendiri lah. Alhamdulillah... mudah sangat jaga Adam. Rasanya, kalau anak-anak macam ni, ramai-ramai pun insyaAllah takde hal la. Hihi... Kalau kitorang stay dekat luar, dia tak meragam jugak malam-malam. Standard la budak kalau nangis nak mintak tukarkan pampers ke, nak susu ke, nak mintak alihkan tempat tidur ke... dah memang bahasa dia menangis, kau nak marah buat apa? As long as aku dan hasben dapat sambung tidur dan kitorang tak terganggu, its okey. Mata aku pun dah lebam. Eye bag tak usah cakap tapi dah anak kita. Rezeki dan amanah dari Allah. Jaga je la. Huhu... semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Alaaa... kita dulu tak tahu tahap mana meragam ngan mak pak kan? 

Sementara Adam masih toddler ni, aku cuba sediakan bahan-bahan pembelajaran yang aku rasa itu yang aku nak terapkan. Cari punya cari, hari tu terjumpa pasal Quiet Book atau Busy Book, atau Craft Book ni. Aku dah lama nak buat macam ni cuma sebab aku tak kreatif sangat, jadi kena amek idea dari orang lain la. Dulu aku buat benda ni untuk simpan gambar-gambar Adam... tapi rasanya bolehlah kerja keras sikit buat Quiet Book Alphabet, Numbering, Iqra’ dan sebagainya untuk Adam. Aku bajet kena siapkan sebelum umur dia setahun. Sebab nanti dah setahun dia dah start nak explore macam-macam, dari situ kena latih biar dia minat something yang educating. Aku simpan kat blog la contoh-contoh Quiet Book ni supaya korang yang nak buat jugak dapat sedut dan kongsi idea ni sama-sama. Sumber dia dari macam-macam. Aku Google je pastu kumpul dan masukkan kat sini. Simpan. Ada masa buat sikit-sikit. Lagi 7 bulan to go! Chaiyok mummy! Adam is waiting.. 


















Credit to : 
www.quietbookblog.blogspot.com 
www.lapappadolce.net 
www.so-sew.easy.com

Wednesday, August 19, 2015

Resepi Pop Corn Caramel

Assalamualaikum wbh.

Teringat dulu masa mengandungkan Adam, kalau boleh hari-hari nak makan pop corn wayang.  Selalu jugaklah pergi panggung wayang bukan sebab nak tengok cerita, tapi sebab nak beli pop corn jek.  Yang best ialah pop corn GSC.. TGV tak berapa rangup sangat.  Hihi...

Pastu, bila IOI City Mall dekat Putrajaya tu bukak, try pulak pop corn kat sana. CORNERY.  Sedap.. sangat sedap tambah-tambah yang perisa coklat.  Tapi sesedap mana pun perisa lain, popcorn karamel tetap menjadi pojaan hatiku.

Makan gula banyak pun masa mengandung, alhamdulillah tak pernah kena GDM.  Tapi, MGTT tu terminum jugaklah sebab berat naik mendadak dalam masa satu bulan.  Alaa.. time tu tak aci sebab lepas loya dan alahan tiga minggu, lepas tu lah baru ada selera nak makan banyak-banyak, signature ibu-ibu mengandung.  Hihi.. (padahal sebelum ni lagi banyak makan).

Sampailah Adam keluar, kegilaan pada pop corn tak habis.  Jadi boleh dikatakan ni bukan mengidam, tapi memang pelahap pop corn. Haha...


Minggu lepas, buat julung-julung kalinya after 10 years macam tu, aku jejakkan kaki kembali ke KLCC walaupun dok KL dah dekat 6 tahun.  Hahah... bukan apa, malaslah nak menyinggah ke KLCC tu.  Rumah aku area Cheras, kalau tak ke Mid Valley, ke The Mines.  Tak pun gi IOI City Mall tu..  Tak ada jem, tak serabut ngan manusia yang berpusu-pusu entah buat apa.

So, hari tu sebab nak jumpa kawan.. dia pulak stay area centre KL nak tak nak jumpa je lah di KLCC.  Jakun giler masuk dalam tu.  Hahaha...  tapi buat-buat tahu.  I orang key ell uols!  Meeting apa lagi, bisnes meeting la.  Dia nak buat bisnes GCTea jugak.  Alhamdulillah.. dah nampak jalan lettew... hihi.

Lepas habis keje, aku reward diri sendiri untuk makan pop corn.  Ada terbaca pasal pop corn sedap kat sini.  Aku terbaca dalam FB pasal cikgu sekolah yang bawak murid dia gi lawatan ke KLCC tu.  Nama popcorn tu, GARRET.  First time ni aku tahu.  Okey, aku jakun.  Tapi buat-buat tahu.  Korang diam.  Jangan gelak.  Huhu...

So, belilah yang perisa karamel macadamia + cheese.  Waaaa... sedap la jugak karamel macadamia tu sebab kacang dia besar-besar dan popcorn pun rangup.  Tapi popcorn cheese tak best.  Lemau.  Huhu... kalau rangup, mesti best jugak.  Rasa macam makan Twisties pun ada.  Hewhew...



Masa dalam kereta balik tu, hasben tanya macam mana eh nak buat popcorn?.. Ha ah, aku pun tak tahu.  Tahu lah orang pakai jagung sebab popCORN tapi cara betul nak buat ikut turutan aku tak tahu.  Yang aku tahu, masak jagung dalam periuk sambil dia letup-letup, pastu gaul ngan karamellah.  Step nak buat?  Aiyooo...

Bila dapat resepi ni, terus aku copy untuk buat entri.  Mana tahu, tahun-tahun depan nak makan popcorn wayang lagi.  Eh?!  Lain macam ni... choii!


RESEPI POPCORN KARAMEL
Sumber Asal : Page FB 'Mamak Haji' 

Bahan-Bahan :
 1/ 2 cawan biji jagung kering. 
 1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak. 

Bahan-Bahan Untuk Karamel:
125 gm butter 
1 cawan gula pasir.

 Cara Penyediaan : 

1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking. 

 2. Dapatkan satu periuk agak dalam yang ada penutup yang baik. 

 3. Masukkan minyak masak dan panaskan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan biji jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung, kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukkan minyak dah panas. Jaga yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. *Orang latah dilarang buat resipi ini atau duk jauh sikit. 

 4. Masukkan 1/2 cawan biji jagung. Bila dengar jagung meletup-letup, goncang perlahan periuk untuk biji jagung yang atas turun kebawah. 

 5. Bila bunyi meletup-letup dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan karamel. Kutip buang biji jagung yang tidak menjadi bertih. 

Penyediaan Karamel:

 1. Adunkan butter atau marjerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter atau marjerin cair dengan gula. 

 2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup. 

 3. keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati karamel dengan bertih sehingga salut betul-betul. 

 4. keluarkan pop corn yang telah salut dan ratakan di tray yang kita sediakan dgn kertas baking atau aluminium. Biarkan karamel sejuk dan keras. Lepas itu anda ramas-ramaskan bertih itu. Sudah siap OP CORN anda yang lazat. 

 Jom buaaaaatt!

Thursday, June 25, 2015

NAM :: Saya Nak Epidural, Doktor! (3 - ending)

Assalamualaikum wbh.

18-APRIL-2015, SABTU, 1.00 PETANG...

Waktu ni, ubat induced ikut drip tu dah merayap-rayap dalam badan aku.  Sakit dia memang kaw-kaw ah!  Tapi aku boleh lagi bertahan walaupun dah berpeluh dan kepala dah mula tingtong tak boleh fikir sangat dah.  Oh ya, masa nurse pasangkan drip semua tu, dia ada bagitau aku tong besar sebelah aku ni ialah ubat bius versi inhale.  So, kalau tiap kali aku rasa sakit contraction tu, boleh sedut la kalau rasa tak tahan.  Dia ajar aku cara nak guna alat tu.  Kiranya dalam sakit-sakit kena induce tu boleh lagi la terima ilmu.  Huhu..  Bayangkan, kat perut CTG melekat, kat tangan belah kanan drip, kiranya kalau nak guna ubat bius tu sambar ngan tangan kiri.  Tapi waktu tu tak ada rasa serabut ke apa.  Alhamdulillah, everything smooth je aku rasa.  

Dalam keadaan macam tu, datang seseorang yang aku tak pasti doktor atau jururawat sebab diorang semua pakai baju nak sama je.. eh, atau aku yang dah tak leh tengok betul-betul.

"Puan Suhaila, untuk makluman Puan, kita ada 3 jenis ubat bius.  Pertama, yang Puan pegang ni, iaitu kita sedut.  Yang kedua ialah yang kita inject dekat paha dan ketiga ialah epidural.  Puan pernah dengar?," tanya dia ramah.  Aku angguk.

"Jadi, yang pertama ni kita memang bagi lah.  Nanti nak bersalin nanti, Puan ada pilihan nak inject di paha atau epidural?," tanya dia.

Aku tahu ketiga-tiga jenis ubat bius tu cuma kompius kesan epidural.

"Err.. kalau saya inject epidural, dia berfungsi macam mana?,"

"Kita akan inject di bahagian tulang belakang.  Nanti Puan akan rasa kebas dari pinggang ke bawah," terang dia ringkas.

"Side effect nanti?," aku tanya lagi.

"Ada sesetengah orang akan sakit pinggang dalam sejam dua macam tu tapi biasanya tak lama."

Kemudian dia menuju ke hujung katil aku.  Kat situ ada Yaasin, pamplet serta buku doa.  Dia capai beberapa keping pamplet dan serahkan pada aku.

"Kat sini ada diterangkan tentang jenis-jenis bius tu.  Harap Puan baca betul-betul dan buat pilihanlah.  Nanti saya datang lagi.  Oh ya... satu lagi.  Kalau Puan mahu suntikan epidural, pastikan sebelum bukaan 6cm sebab lepas 6cm kita tak akan bagi epidural lagi.  Pakar akan datang dari Hospital Serdang sebab kat sini kita tak ada pakar untuk suntikan ni.  Boleh faham ke Puan?," soal dia.  Aku angguk sambil mencapai pamplet tentang epidural dan lain-lain tu beserta helaian-helaian doa.

Suami di sebelah aku turut baca sama.  

"Macam mana sayang?  Nak amek yang mana?," tanya dia.  Aku sesekali berdesis menahan contraction yang datang.  Aku tak dapat fikir yang mana menjadi pilihan.  Sebenarnya, kepala aku lebih kepada suntikan epidural sebab kakak ipar aku ambik epidural untuk anak kedua dia yang lahir Februari hari tu.  Aku pun selalu dengar tentang suntikan epidural ni sangat membantu ibu-ibu yang bersalin.  Kira tak sakit arr..  dalam hati memang nak pilih epidural dah berbanding suntikan kat paha tu.  Sakit pulak rasa kena inject kat paha.  Huhu.. takut!

Tak semena-mena, aku sakit yang teramat sangat secara tiba-tiba.  Aku terjerit kesakitan.  Eh, meraung la senang citer.  Nurse dekat luar terus meluru masuk.  Aku genggam tangan suami aku sambil badan aku dah terangkat-angkat sedikit kerana menahan kesakitan.  Aku kalau boleh tak nak la menjerit kuat sangat.  Maluuuu...  tapi sebab aku dengar ada jugak ibu bilik sebelah yang meraung, aku pun lepaskan jugak perasaan yang terbuku tu.  Daripada kau duk ketap gigi, bila lepaskan suara tu rasa kurang sikit sakit.  Huhu...

Suami aku usap kepala aku sambil berzikir lihat keadaan aku macam tu.  Tudung kepala dah senget-senget.  Nasib baik pakai tudung syria gitu.. kalau pakai bawal, confirm melantun kerongsang.  Nurse terus check bacaan CTG dan dia panggil doktor bertugas.  Masuk la dua tiga orang doktor muda untuk check laluan.

"Masih 4cm ni..  sabar ye Puan," katanya.  

Apa?  4cm pun dah sakit macam ni.  Aduhh.. aku tak tahu la macam mana sakitnya nanti 10cm.  Uwaaaa...  aku rasa macam nak nangis tapi ajaibnya, kesakitan ni langsung tak buat aku keluarkan air mata.  Aku rasa, semua ibu yang bersalin sakit macam ni tapi air mata tak keluar.  Episod kesakitan untuk bersalin aku akhirnya bermula mulai saat ini.  Kesakitan yang berpanjangan terus berlangsung.  Aku hanya mampu berzikir kuat-kuat sambil tangan memaut lengan suami.  Ubat bius tu aku sedut dalam-dalam.  

Tiba-tiba datang contraction yang pada aku gelombang yang sangat kuat.  Aku meraung kesakitan.  Mata aku tak tentu hala lagi dah.  Aku tak tahu nak pandang mana sebab terlalu sakit sampai pandangan dah tak leh fokus.  Nurse masuk sekali lagi dan bertanya tentang keputusan aku.

"Saya nak inject epidural... epidural," aku buat keputusan segera.  Aku harap sangat epidural boleh redakan kesakitan ni.  Suami aku menegaskan lagi keputusan aku.  Nurse kemudian memanggil doktor pakar,seorang doktor lelaki yang sangat budiman pada aku.  



"Assalamualaikum Puan Suhaila...  saya Dr.(sori aku tak ingat nama dia) dari Hospital Serdang.  Puan nak suntikan epidural ya?," dia bertanya untuk mengesahkan.  Aku mengangguk sambil tangan menggenggam kuat lengan suami aku.  Aku cuba bersopan dengan doktor ini.

"Okey.  Puan bertenang ye.. saya akan jelaskan apa itu epidural dan bagaimana proses nanti.  Puan boleh bagi perhatian?," tanya dia.  Aku yang kesakitan ni tak leh tahan lagi.  Aku meraung.  Dia diam melihat keadaan aku.

"Sorry doktor.. sekejap, sekejap.  Saya... saya sakit sangat.  Allahhh..,"aku meraung lagi.  Sungguh kali ni aku tak mampu nak bertahan.  Doktor pakar tu sangat sabar.  Dia angguk dan diam.  Sebenarnya, aku tak jangka reaksi dia macam tu.  Aku dah bersedia untuk dimarahi tapi dia sedikit pun tidak menunjukkan reaksi sebegitu.

Dalam kesakitan, aku cuba juga berterus terang dengan doktor.

"Doktor, saya ada scoliosis.  Boleh buat ke?," tanya aku.

"Scoliosis sejak bila?  Di bahagian mana?," tanya dia.

"Sejak dulu.  Masa umur 14 macam tu saya perasan, kat bawah, dekat dengan pelvis.  Tapi rasanya dah stop dia punya bengkok sebab 36 degree tak gerak-gerak lagi," jawab aku.  Doktor mengangguk.

"Tak apa.. kalau 36 degree masih boleh buat tapi saya tak jamin keberkesanan dia sebab awak pun tahu, kita akan inject di dalam tulang.  Kemungkinan besar, failed tu tinggi," balasnya.  Aku angguk.  
Tak semena-mena, datang lagi contraction dengan kuat.  Aku meraung lagi.  Kemudian, masuk seorang nurse ketika aku masih dalam keadaan macam tu.  Suami aku membantu melekatkan corong ubat bius tu.  Aku bernafas dalam-dalam lagi ibarat kalau boleh satu tong tu aku nak sedut kasi hilang sakit.

"Eh Puan.. doktor ni bukan doktor sini.  Dia cuma datang sekejap.  Kalau Puan buang masa macam ni, doktor tak boleh lama-lama.  Dia perlu balik ke Serdang," katanya.  Aku jadi bengang tambah sedih.  Ya Allah.. bukan aku sengaja nak berlama-lama macam ni.

Doktor tadi keluar sekejap bila nurse cakap macam tu.

"Kejap nurse..isteri saya tengah sakit ni," ujar suami aku.  Aku memang duk tahan sakit gitu ah.

Aku mengaduh lagi.

"Sabar la Puan... bukan Puan sorang sakit nak bersalin.  Semua orang pun sakit.. tak denya tak sakit kalau nak bersalin ni Puan.  Tapi, kalau Puan asyik macam ni, tak leh nak buat apa la..  Doktor tu bukan nak tunggu," bebel nurse tu.  Suami aku mula panas duduk juga.  Dia bingkas bangun.

"Nurse!  Sabar la.. dia tengah sakit.  Bukan dia sengaja.. Nurse pun saya minta sabar jugaklah," tegasnya.  Aku terkejut suami aku cakap macam tu tapi biar lah.. memang betul pun.  Huhu...

Nurse terus diam.  Kemudian, doktor pakar tu masuk balik bersama seorang doktor perempuan.

"U think, kita boleh buat ke epidural dekat dia?," tanya doktor pakar.  Aku nampak doktor perempuan tu geleng.  Iye, aku tahu harapan aku untuk suntikan epidural tu dah tipis sebab jangan harap aku boleh duduk diam-diam lagi.  Kalau boleh, aku nak berguling-guling dah ni.  Aku kesakitan yang amat kali ini hingga hilang rasa malu untuk menangis.  Iya.  Aku menangis.  Kira mengalir air mata ah.. bukan nangis teresak-esak tuuuuu.

Doktor pakar tu nampak gelisah dengan keadaan aku.

"Patient ni under anestetic apa?," tanya dia pada nurse di luar bilik.  "Apa?  Entonox?  Dah nampak keadaan dia macam ni dari tadi, kenapa tak bagi Pethidine je?  Ya Allah...," akhirnya dia bersuara.  Pethidine, ubat injection di bahagian punggung.

Dia keluar.  Tak lama lepas tu, masuk seorang nurse membawa jarum suntikan.  Aku masih dalam keadaan yang sama.  Menangis dan menggigil-gigil menahan kesakitan.  

"Okey Puan... saya nak inject di paha Puan ni.  Puan luruskan kaki, jangan angkat," pintanya. Aku gagahkan diri untuk melunjur seketika.  Dari awal tadi lagi sebenarnya kaki aku dalam keadaan lipat lutut tu.. macam terkangkang.  Sebab keadaan macam tu buat aku kurang sikit sakit.  Ni nak berlunjur memang tambah sakit la tapi aku tahankan hati.

Nurse inject paha aku.  Tak lama lepas tu, aku mula khayal.  Kesakitan aku tiba-tiba perlahan-lahan menghilang.  Aku jadi mengantuk.  Aku ambil kesempatan ni untuk berehat.  Legaaaaa..

Masuk beberapa orang nurse lihat keadaan aku.  Dalam khayal, aku masih mampu dengar diorang cakap.

"Haaa.. diam pun.  Tu kesan dia la tu.. dia akan mengantuk dan khayal macam tu," agaknya dia menjelaskan situasi tu pada suami aku.  Aku dengar suami aku tergelak.  Ciss.  Kurang asam.  Pedulikan.  Janji aku dapat rehat.

***********************************************************************

Aku tak tahu aku rehat berapa lama sebab kemudian aku tersedar bila kesakitan datang lagi.  Tapi kali ni aku boleh bertahan dah.  Tidak lagi rasa sakit yang mencucuk-cucuk macam tadi.  Aku rasa, ni contraction semulajadi.  Sakit, tapi boleh bertahan.  Sakit, tapi tawar-tawar gitu.  Doktor dan nurse sudah mula memenuhi bilik aku.  CTG juga berbunyi makin kuat.  Tiap kali CTG rancak, aku pun menyeringa kesakitan.

"Puan, kalau Puan rasa nak meneran, beritahu ya," pesan nurse.  Aku angguk.  Aku rasa macam nak meneran tapi tak berapa kuat.  Jadi aku tahan dulu.

Aku dan suami berhempas pulas mengurangkan kesakitan secara berdua sahaja dalam bilik tu.  Okey juga.  Tidaklah malu aku nak mengada-ngada dengan suami.  Aku minta dia picitkan paha aku.  Lurut dari atas ke bawah.  Pada aku, cara begitu mengurangkan rasa sakit dan ngilu di bahagian pinggang aku.  Rasa masa lama betul berlalu.

Kadang-kadang, aku terlelap sendiri dalam kesakitan.  Aku tidak tahu bila nurse datang masuk dan check laluan aku.  Keadaan aku memang khayal habis.  Aku ikut sahaja apa yang diorang minta sebab kesakitan pun sudah berkurangan sikit walau sakit tu tetap sakit.

"Okey Puan.. laluan dah bukak ni..  Puan boleh start teran sekarang.  Angkat kaki, letak rapat ke punggung.  Mari tangan Puan.. pegang buku lali.  Punggung jangan angkat ye!," aku buat apa yang disuruh.

Dalam keadaan khayal, aku disuruh meneran.  Aku teran, tapi tak kuat.  

"Kuat Puan.. jalan dah bukak ni," ujar nurse.  Aku tahan nafas dan teran, pun masih tak mencapai piawaian.

"Puan teran macam nak berak Puan.. cepat Puan, laluan dah bukak ni," gesa nurse.  Tiba-tiba aku rasa macam bahagian bawah aku digunting.  Prapp..prapp.. prapp... aku dengar tapi tak ada rasa sakit.  Mungkin kesakitan nak keluarkan bayi lebih kuat maka sakit kena gunting tu tak rasa sangat.

Sebenarnya, aku malu nak teran kuat-kuat takut terberak.  Tapi bila nurse cakap macam tu, dan tetiba datang dalam kepala aku,"Alaa.. kalau terberak pun biarlah.  Bayar kot."  Sekuat hati, aku terus teran ibarat aku sembelit.  Memang kali ni menjadi.

"Okey Puan.. bagus.  Macam tu.  Kuat lagi, kuat lagi!"

Aku teran lagi dan lagi.

"Bagus Puan.. pandai,pandai.  Curi nafas, curi nafas," ujar nurse.  "Ni kepala anak Puan dah nampak ni."

Suami aku tukang sorak kedua lepas si nurse.  Hihi.. "Boleh sayang, sikit lagi..sikit lagi.  Ha ah, memang dah nampak dah kepala baby kita.  Cepat sayang."

Tiba-tiba nurse tarik tangan aku dan letak di bawah untuk aku rasa kepala yang dimaksudkan.  Betul, aku dapat rasa rambut anakku.  Terus naik semangat untuk meneran lebih kuat.

Kali ni, aku nekad.  Aku nak teran setakat tiga kali.  Memang aku all out habis dah. Satu.. Tarik nafas.  Dua.. tarik nafas.  Kali ketiga, aku tahan nafas kaw-kaw sebelum teran habis kuat.  Akhirnya, baby aku keluar dengan lafaz Alhamdulillah daripada semua yang ada.  Aku helanafas kelegaan.  Aku pejam mata.  Betul kata orang, bila dah keluar bayi... rasa kosong terus perut.  Macam berak yang lawas giler tu. Hahaha...

Nurse tunjuk jantina bayi aku, letak di dada aku seketika sebelum dibersihkan dan suami aku mengekor nurse untuk mengazankan zuriat kami.  Aku yang keletihan hampir tertidur bila nurse menarik keluar uri dan mengorek darah-darah yang ada. 



Suami aku masuk semula membawa bayi kami.

"Encik.. Puan.. ini sekadar permintaan secara mulut je lah ye.. kita tak sediakan hitam putih.  Uri bayi Puan ni kita akan ambil sedikit untuk di bawa ke makmal.  Sebab bayi Puan prem dan Puan juga leaking, jadi kita akan check la sama ada ada kuman atau tidak.  Harap Puan dan Encik tidak terkejutlah bila lihat uri tu tak sempurna ya?," beritahu nurse.  Aku dan suami mengangguk sahaja. 
       
"Kalau macam tu, encik boleh keluar dan tunggu di luar sementara kami jahit isteri encik," ujar dia lagi.  Suami aku patuh.

Saat tu, aku rasa bahagian vagina aku dijahit kembali.  Sakit?  Tak adalah.  Sakit lagi contraction.  Huhu...  iya.  Itulah pengalaman aku bersalin anak sulung.  Alhamdulillah.  Kalau difikirkan balik, kesakitan aku tidaklah lama sebagaimana orang lain.  Ada yang hingga berjam-jam dalam bilik bersalin sebab laluan tak bukak sedangkan aku, alhamdulillah... dalam dua jam sahaja aku sudah bersalin.  Syukur sangat-sangat.  Semuanya dipermudahkan oleh Allah.  Walaupun waktu check up bulanan tu aku diingatkan tentang betapa asma aku mungkin mengganggu proses kelahiran, tapi Alhamdulillah.. aku tak semput pun waktu bersalin.  Tak perlu pakai gas pun melainkan gas untuk bius tu.

Ditolak masuk jam 12.30 tengah hari ke bilik bersalin.. 2.53 petang aku selamat lahirkan seorang putera yang sempurna dan sihat.  Allahuakbar.. Alhamdulillah ya Allah!


Nik Adam Mukhlis
2.11 kg
35+6 Weeks
2.53 petang
18-April-2015
Normal delivery SVD
HUKM, Cheras

Semoga anakku Nik Adam Mukhlis menjadi insan yang berakhlak mulia, cerdas akal fikirannya, beriman, memiliki kefahaman agama yang baik, gentleman, hensem dan segala kebaikan seorang ummah.  Aminnn.

Walaupun aku bersalin Sabtu, tetapi kami berdua keluar daripada wad pada Rabu 22 April tu sebab Adam pada hari pertama tu didiagnos hypoglicemia sebelum pada hari ketiga tu pulak jaundis.  Duk dalam wad sangatlah menguji perasaan tambah-tambah pula setiap 4jam Adam akan diambil darah di tangan.  Sangat-sangat tertekan bila aku tengok tangan Adam lebam kebiruan.  Aku tak ada sesiapa di KL ni, suami pula langsung tak dapat cuti untuk isteri bersalin.  Ya Allah, stress giler!  Dengan keadaan aku yang sentiasa lapar, sebab makanan yang disediakan... haaa, kali ni aku tak sentuh makanan yang dihantar.  Gila nak makan ayam awal-awal ni... dengan sayur timun la.. kangkung la... aduhh, boleh tumpah darah!  Fitri pulak bukannya chef... uwaaaa... masak pun ala kadar je lah.  Nasib baik ada Marsyitah kawan satu wad yang sama keadaan ngan aku bezanya, dia ada mak dan suami datang jenguk selalu.  Tapi its okey la..at least aku ada kawan seusia yang boleh diajak berbual.

Malam kedua dalam wad, aku kena bengkak susu.  Mula-mula tu aku tahan je tapi masuk jam 1.30 pagi sakitnya dah tak tahan.  Rasa panas je badan aku dengan breast yang mengeras.  Adam kan baru lahir, prem and jaundis jadi dia akan tidur banyak.  Walaupun aku kejut setiap sejam, dia masih menyusu biasa-biasa je.. tak kuat.  Susu aku pula, alhamdulillah hari pertama Adam lahir dah ada.  Nak tak nak, aku telefon jugak suamiku dan paksa dia hantar alat pengepam susu.  Pukul 2.30 pagi dia sampai di wad.  Kami tak peduli pandangan nurse bertugas bila nampak ada lelaki masuk wad yang penting, aku nak cepat-cepat pam susu.  Menggeletar habis badan aku.  Nasib baik suami aku ada tolong pasangkan alat.  Dah la time tu baru nak belajar pasang... huhuhu...

Apa-apa pun, syukur kerana semuanya telah selamat kini.  Alhamdulillah. :)  Thanks for reading!  End of NAM.