Saturday, February 11, 2012

Ayat Pasrah :: "Ada Jodoh Ada Laaa.."

Assalamualaikum.

Waahh..cuti dah berakhir dan kembali ke semester baru. Permulaan cuti semester, macam dua tiga semester yang lepas, kepulangan aku pasti akan bersambut dengan kelahiran anak kucing. Dah dekat tiga semester rasanya asal balik jek jadik bidan. Huff… pandai betul family planning kucing-kucing aku nieh. Huhuhu… tapi, belum sempat membesar pasti dah ke alam barzakh. Sebab paling utama ialah, anak-anak kucing tu akan mati dipijak kereta. Huhu..budak-budak tengah membesar, kalau dikurung pun, diorang akan berusaha keluar jugak. Dan biasanya bila aku dah kembali ke kampus, tak dek sape nak jaga sebab mak kucing kat umah tu aku. So, mak ayah keje…adik sekolah… sape la nak bukak tutup cage tu… last-last, lepas je dan pengakhirannya, dalam tanah belakang rumah.

Cuti jugak membawa aku ke majlis-majlis kenduri kawen kawan-kawan. Well… standard la tu kalau dah sampai umur jubli perak nie. Kehkeh… kalau dulu kan, bila orang tanya, “Bila nak kawen?” aku akan cakap “Tunggu kau dulu lah” atau pun, “Lepas kaulah!”. Tapi sekarang nie, aku saje je tanya dorang dulu. Then bila jawapan diorang “kau dululah..” Ameeenn… hahaha. Sekarang bukan masa nak pass-pass lagi dah. Tak nakkk…

Itu kalau yang jenis dah berpunya tapi belum bersedia nak ke alam rumah tangga (tak elok tau…). Ada jugak yang jawab macam ni, “Entah, malas lah nak pikir!”-eh, macam aku jek? Thehehee…- Tak pun… “Biar masa je la yang menentukan.” Huhu..nampak benar pasrahnya. Ehem, pasrah itu menyerah! Menyerah itu tak salah, tapi biarlah lepas kita berusaha gigih-gigih dulu. Ramai betul yang cakap, ada jodoh, adalah… Errmm…pada aku kan, betul la kalau ada jodoh tu adalah. Tapi jodoh atau takdir itu ada dua. Satu, takdir/jodoh yang memang kekal. Contohnya, kalau ditetapkan di Loh Mahfuz jodoh kita dengan orang sekampung, duduk la ceruk England pun, pasti akan berkahwin dengan orang yang ditetapkan itu. Atau pun, takdir kematian kita begitu-begini. Itu memang tak leh nak ubah lah…

Tapi, takdir/jodoh itu juga boleh berubah kalau kita berusaha. Katalah kita ni jenis tak suka nak berkawan atau pun, jenis yang perumah. Pegi keje, balik keje, terperap kat umah… Tak de pun nak keluar beriadah atau bersama kawan-kawan. Pastu, umur dah meningkat dan tak jumpa jua pasangan hidup. Then bila orang tanya, kita jawab “Dah tak de jodoh lagi, nak buat macam mana…”. Haaa..itu tak kena lah. Allah pun ada berfirman yang bermaksud lebih kurang begini. “Telah Aku jadikan lelaki dan wanita untuk mereka saling berkenalan.” Kalau gitulah gamaknya rutin kita, sape yang nak kenal kita kan? Jadikan diri anda terjual (bukan jual diri yang tu). Jadi takdir yang sebenarnya ialah, takdir sama ada kita nak berusaha atau tidak. Begitu jugalah dengan jodoh. Kalau kita bersama dengan seseorang itu, kita kenalah jaga dan berusaha agar jodoh itu berkekalan. Tidak mustahil jodoh menjadi singkat kerana kita yang memilih supaya ia tertakdir begitu. Pokoknya, usaha itu perlu. Kalau sudah berusaha tetapi sesuatu perkara itu tetap berlaku, barulah kita boleh cakap itulah TAKDIR. Takdir yang pasti.

Jadi, kepada mereka-mereka yang putus cinta atau cinta tidak seperti yang diinginkan itu, redhalah…andai kita telah berusaha memilikinya. Redha itu, bak kata Ombak Rindu, ikhlassssss… Orang yang ikhlas dan meredhai sesuatu berlaku dengan penuh keyakinan ada yang terbaik kelak, pasti akan merasa tenang jiwanya. Allah tidak pernah memberikan sesuatu keburukan untuk hambaNYA. Allah itu Maha Kaya Kasih Sayang.

Aku ni pun bukanlah orang yang terbaik nak bercakap pasal rawatan putus cinta. Ngeh3… Tapi pengalaman dan kematangan yang membawa kepada catatan ini…



1) Korang kena yakin bahawa setiap permulaan..akan ada pengakhirannya. Sama ada ia awal atau lambat, kita harus sentiasa bersedia. Seeloknya, mulakan sesuatu hubungan dengan redha Illahi…agar ia terus diberkahiNYA.

2) Selain redha Allah, dapatkan juga restu kedua ibu bapa. Kalau sesuatu hubungan yang dibina itu tidak direstui oleh mak ayah, hurmm… susah nak dapat keberkatan rumah tangga. Perkenalkan dengan ibu bapa kita siapa kawan-kawan kita… Orang tua biasanya dapat ‘baca’ adakah si dia itu sesuai atau tidk dengan kita kerana mereka dah bersama kita bertahun lama. Ofkos la semua baik buruk kita diorang lebih tahu.

3) Jangan terlalu berusaha memiliki semula sehingga menjatuhkan martabat diri. Bolehlah kalau hendak memujuk kembali hati si dia yang dah tawar atau mungkin kerana kesilapan yang tak disengajakan itu tapi, seandainya dia sudah katakan… “Its over between us” atau bahasa yang mudah terasanya, “Kita putus”, so..berhentilah merendahkan diri anda. Kadang kita terlalu yakin itulah yang terbaik dan memang sudah menjadi satu fenomena, susah melupakan si dia. Tapi bukalah pintu hati buat insan lain yang mungkin lebih mencintai anda berbanding dia. Jangan terpaku andai satu pintu tertutup sedangkan masih ada banyak pintu yang masih terbuka.

4) Jangan mengganggu hubungan si dia dengan insan lain. Memang melukakan melihat orang lain disisi insan yang kita sayang tapi bersikap matanglah. Mengganggu hubungan orang lain, itu bukan sahaja akan merendahkan maruah anda dan menampakkan anda orang yang ‘rendah saham’, malah membuatkan si dia merasakan… Oh, betapa bersyukurnya dia berpisah dengan anda awal-awal. Hanya disebabkan perangai atau sikap anda yang tidak matang itu sahaja. Siapa nak berpasangan dengan orang yang begini kan? Cinta ialah kita bahagia melihat orang yang dicintai bahagia sedangkan kalau anda dok buat macam tu, itu bukan cinta. Tapi gila.

5) Berdoa dan dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Dari Dia ujian itu datang dan pada Dia lah kita meminta penyelesaiannya. Bukan dengan Tok Moh ke, Kiah Kemenyan ke… Itu syirik!

6) Teruskan berkawan dengan si dia dengan seadanya seorang sahabat. Dia akan lebih menghargai kehadiran korang yang sentiasa ada disisinya. Dan kalaulah perpisahan itu atas permintaannya, tidak mustahil dia akan terpikat kembali dengan korang kerana sikap tenang dan redha korang. Mungkin susah hendak berkawan dengan bekas kekasih sebab mesti akan terbayang saat-saat bergelar kekasih dulu tapi relaks lah… kalau tidak mampu, jauhkan diri seketika. Ambil masa untuk neutralkan perasaan. Tidak semua orang boleh kembali berteman dengan bekas kekasih apatah lagi jika perpisahan itu sesuatu yang sangat melukakan.

7) Sibukkan diri dengan aktiviti yang membahagiakan dan mengasyikkan… lupakan segala kesedihan dan hiduplah dengan gembira. Kebahagiaan sebenar ialah bila seseorang itu bebas dari belenggu keresahan. Kebahagiaan akan datang jika gembira tercipta!

Okey, okey…habis dulu setakat nie. Jangan lupa mengupdates lagi ya! Thanks for reading!