Wednesday, September 28, 2016

Please.. Jangan Dekat!

Assalamualaikum wbh.

Pesanan buat kaum Hawa yang bermaruah...

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS.Al Israa. ayat 32)


Wednesday, September 14, 2016

Bercuti Di Sabah Dengan Baby Adam (part 3 - last)

Assalamualaikum wbh.

| 2 Sept 2016 | Jumaat

Rasa macam malas sangat nak bangkit pagi ini.  Suhu sejuk begini memang takkan sekali-kali sama dengan penghawa dingin di rumah.  Aku betulkan gebar yang menyelimuti Adam.  Dia menggeliat kecil tapi kembali menyambung tidur.  Aku cium ubun-ubunnya.  Suatu hari nanti, pasti aku akan merindui bauan ini, bisik hati kecilku.  

Pernah suatu ketika Al-Aqra' bin Haris melihat Rasulullah saw dan beberapa orang Badwi bertanyakan kepada Baginda saw,

"Ya Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu?"

"Ya," Nabi saw menjawab.

Lalu mereka kembali menjawab, "Kami tidak mencium kanak-kanak kami."

Rasulullah saw bersabda lagi, "Apa yang mampu aku buat, seandainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu."

Aku peluk Adam lagi sambil tangan meramas-ramas lembut lengan suamiku.  Dia menggeliat malas.  Adoi, yang dah tua nak comel-comel macam si kecik juga ke?.. aku cubit lengan suami aku.  Dia mengaduh.  Tup-tup mata terus terbuka.  

Aku sengih sambil tunjuk ke arah bilik air.  Dia mendengus kecil.  

"Sedapnya tidur.....," incik suami menggeliat membetulkan urat.  Aku menggesa dia untuk segera mandi.  "Cepatlah.  Kita perlukan masa 2 jam ni untuk ke jeti.  Kang dah tengah hari, panas nak ke pulau."

Sambil incik suami bersiap diri dan menyiapkan Adam juga, aku mengemas apa yang patut.  Wahhh... banyak juga ni baju yang nak didobi.  Kami check out dari Ayana Holiday Resort jam 8.30 pagi.  Aduhh.. aku dah cuak ni sebab ikut jangkaan, mesti sampai dalam jam 10.30 pagi.  Sempat ke nak ke pulau?....

JESSELTON POINT, KOTA KINABALU

Kami akhirnya sampai di Jesselton Point betul-betul 10.30 pagi.  Kami terus parking kereta dan ke kaunter yang menjual tiket.  Ramai orang yang berkerumun di beberapa kaunter.  Aku agak, mungkin itu agensi yang bagus-bagus untuk ke pulau.  Aku menuju ke kaunter yang kurang sedikit orang.  Nak tinjau harga je asalnya... tapi, kata-kata penjaga kaunter tu membuatkan aku tersentap.

"Tiket dah habis.  Tutup.  Tutup."

Alamak!  Patutlah ramai je yang menyerbu satu-satu kaunter tu.  Rupanya kat situ sahaja yang ada jual tiket.  Adusss.. aku KENA juga dapatkan tiket ni.  Ber'sun-bathing' di pulau adalah salah satu impian aku ke Sabah ni.  Kena usaha juga ni.  Aku pulak melilau-lilau depan kiosk kali ni.  Haha..

Tiba-tiba, akak di kaunter Island Hope Express memberi aku hope. Dia melambai-lambai memanggil aku.  Sambil mengendong barang-barang yang nak dibawa ke pulau, aku menggamit pada suami aku yang juga sedang cuba menyelit di anatar orang ramai untuk mendapatkan tiket selang beberapa kaunter daripada aku.

Dipendekkan cerita, dapatlah juga kami tiket untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan dengan harga RM121.20 untuk dua orang, lengkap dengan 2 life jacket dan 2 set snorkelling. 

Harga untuk ke 2 pulau : RM33/dewasa
Harga set snorkelling : RM20.00/set
Harga caj Terminal : RM7.63/seorang  


Lega.  Akhirnya dapat juga tiket berharga ni.  Hehe.  Aku membeli sedikit makanan di kedai serbaneka dan beli juga satu set mainan untuk Adam.  Sambil-sambil nak ke jeti untuk menunggu bot, singgah lagi di kafe membeli puff ayam dan burger.  Sebelum ke pulau, dinasihatkan terus beli makanan di daratan ni sebab kat pulau dengar kata agak mahal makanannya.  Jadi, aku pun malas nak ambil risiko tu terus beli sahajalah. 

Memang leceh sikit nak bawak banyak barang tapi aku akan rasa lagi menyesal kalau harga di sini biskut berharga RM2.50.. kau kena bayar di pulau nanti RM5!  Aku memang jenis tak berkira bab makanan tapi kalau melampau sangat, aku rasa macam tak redha plak.  Hahaha..

Dalam gembira nak ke pulau, dalam hati aku... terselit rasa bimbang.  Huhu.. macam mana la Adam naik bot nanti?  Tengah laut kot.  Huhu.. semoga kami dilindungi Allah swt.  Ameen.  Aku berdoa tanpa putus.  


jeti
  
baru bertolak dari jeti untuk ke pulau.

Kami bertolak ke pulau 30 minit lepas menunggu di jeti.  Actually, ni first time aku naik bot laju.  Haha.. takut tapi seronok.  Giler laju bot dia.  Tengok la mata Adam xleh nak bukak tu.  tudung aku pun dah kelepet.  Rasa macam rapat je bontot dengan air laut ni.  Gayat kot.  Hihi.

Adam at first okey je layan angin.  Sekali bot memecut, dia meraung terus peluk aku.  Yang si Ayahnya pulak, duk gelakkan anak.  Eeeee...  Untuk yang seterusnya, korang layan gambar je la okey.  Yelah, aktiviti normal sahaja di pulau tu.  Mandi manda, berjemur... hehe.  Tapi satu perkara yang menjadi kenangan, suami aku buat kapsul masa dengan menanam spek dia dalam laut di Pulau Sapi,..

Hurmm.. aku tak tahu la tu zaman bila akan bertemu kembali.  Bumi ni, 70% adalah air.... pasrah sahajalah.  Lepas mandi-manda di Pulau Sapi, kami terus ke Pulau Manukan.  Sejam setengah sahaja di Pulau Sapi tapi dah rasa lama.  So, 11 pagi hingga 3 petang di dua buah pulau tu rasa berbaloi sangat dah!  Best!  Cuma lagi best kalau aku ada kesempatan dan keberanian nak berenang bersama ikan-ikan kat sini.  Nampak gaya, kena belajar berenanglah dulu.  Baru berbaloi sakan.  

Adam dengan kereta pelampungnya.  Hihi..  beli kat 11Streets je..

Pulau Sapi

Pulau Manukan

Adam layan angin di Pulau Manukan

Sedih bila gambar edit jadi camni.  Huhu.. ni di Pulau Manukan.
resort di Pulau Manukan.  Hubby teringin nak dok sini.. :) one fine day okey?

Balik sahaja daripada pulau, hujan turun.  Alhamdulillah.. nasiblah tak hujan time kami masih di pulau.  Kami terus ke hotel untuk check in.  Aku booked hotel di tengah-tengah bandar KK ni tapi pada harga percutian bajet.

De Galleria Hotel.  RM 83 untuk satu malam, standard queen.  Pada aku sangat-sangat best hotel ni dari segi kebersihan, keramahan staff dan juga lokasi dia yang betul-betul tengah bandar.  Dekat sangat dengan Jesselton Point ni, dalam 5 minit sahaja.  Pastu, untuk makan-makan pun senang.  Sebelah hotel je dah ada 3,4 buah restoran selain daripada just a walking distance dengan Pasar Filipina dan Anjung Senja, tempat makan seafood yang digilai ramai!






ANJUNG SENJA, KOTA KINABALU

Dinner kami malam ni haruslah dengan seafood.  Kami ke Anjung Senja yang terletak di persisir laut.  Malam ini, hujan masih turun dengan renyai-renyai sewaktu kami sampai di sini.  Tapi berhenti sebaik sahaja kami ke gerai-gerai makanan.  Sebenarnya, kami tak makan di Anjung Senja ni.  Korang boleh saje nak makan kat sini tapi bila aku tanya makcik yang jual ubat di jalanan, dia kata.. kat depan sana lagi sedap masakannya dan lebih murah.  

So, kami parking kereta di depan Pasar Krfatangan Filipina dan jalan kaki menyusuri kedai-kedai untuk ke kawasan yang disebut.  Macam pasar malam gitu.  Kami memilih untuk makan di gerai Haji Manja kerana keramahan pekerjanya walapun harga sedikit mahal dua tiga ringgit dari gerai lain.  See.. pentingkan layanan especially bila kau berniaga sama produk dengan gerai depan belakang kiri kanan.  Soft skill tu penting.  Heee...


udang

lala

siakap masak stim halia untuk Adam

lobster 3 ekor

udang lipan

Semua makanan kat atas ni campur ngan minuman, lebih kurang RM180.00.  Hurmmm... pada aku, tak murah sangat pon?.. sebelum balik hotel, kami singgah di Pasar Filipina untuk beli sedikit cenderahati dan makanan.  Aku beli Amplang, kuih cincin dan rumpai laut.  Kemudian, mestilah ada sedikit perhiasan untuk aku.  Heee..  aku beli gelang mutiara untuk koleksi.  

Apa-apa pun, malam tu... aku layan Maggi cup sorang-sorang sambil tengok movie.  Suami aku dah insaf.  Dia dah kurangkan makan dan mee segera macam ni, tak berapa nak layan.  Jadi, dia terus tidur sebaik sahaja solat Isyak.  

| 3 Sept 2016 | Sabtu

Kami check out dari hotel lepas pekena roti canai kedai sebelah ni haaa...  lepas tu, terus mencari kedai dobi untuk mendobi semua baju-baju ni tapi sayangnya, kedai dobi layan diri di KK ni masih kurang bercambah.  Tak macam di Semenanjung.  Yang ada pun, dengar komen orang sekitar.. asyik rosak je.  Aku jumpa satu di One Borneo, tapi ko pehal makan gaji buta?.. duit telan, tapi mesin tak jalan.  Huwaaaaa...

Aku tolong nangis untuk budak perempuan tu.  Kesian dia. 

Demi menenangkan diri, aku ajak suami naik One Borneo ni untuk shopping.  Heeee.. kami makan tengah hari disini sahaja.  Dengan harapan, bila siap makan nanti.. mesin basuh baju tu dah okey.  Alangkah hampanya, dah siap makan pun tak okey lagi.  Orang yang uruskan mesin tu pun tak sampai-sampai lagi.  Apa punya slow ler servis.. huhu. Budak perempuan tu pun.... dah dekat 2 jam baju dia dalam mesin tu duk pusing-pusing camtu je.  Air tak keluar.  Adoiii...

Akhirnya, kami ambil keputusan untuk terus ke airport.

Dengan penuh harapan, kami berharap baju belacan ni tak lebih muatan luggage.  Berat kot baju basah-basah nie..  Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.  Lagi 0.5kg save.. haha.

Akhirnya, kami mendarat di KLIA jam 10 malam lepas delay di KKIA hampir 40 minit.  Air Asia oh Air Asia..  Apa-apa pun, syukur semuanya selamat dan dipermudahkan.  Suatu hari nanti, nak pergi Sabah lagi.  Tapi ke mana, kena survey cantik-cantik.  :)

Thanks for reading! 

Thursday, September 8, 2016

Bercuti Di Sabah Dengan Baby Adam (part 2)

Assalamualaikum wbh...

Kita sambung cerita percutian ni untuk hari yang kedua.

| 1 Sept 2016 | Khamis

Tak sabar betul bangun pagi ni sebab mengikut planning kami, hari ni memang pack jadual daripada pagi sampai petang.  Fuih, Adam.. kuatkan semangat tau! Hihi..

Pagi tu jam 5.30 pagi kami dah bangun bersiap-siap untuk mandi dan solat subuh.  Sambil-sambil incik suami bersiram, aku buatkan milo panas untuk aku dan Adam dan secawan kopi O untuk incik suami.  Siap dia mandi dan solat, aku pulak mandi dan solat.  Adam masih syok tidur dengan sweater tebalnya.  Hihi.  Sweater beli kat Cameron Highlands masa umur dia berapa bulan ntah.  Muat lagi.  Jimat la mommy tak payah beli sweater baru.  Ayah mandikan Adam sebaik dia sedar.  Ayah ambil peluang uruskan Adam sepanjang percutian sebab ini je masa Ayah bonding ngan Adam.  Sobss.  Kami pasangan PJJ tau.. tapi chill saje lah.  Ayah di KL, mommy di Kota Bharu.  Tak yah tragis sangat... heee.. 8 jam je perjalanan.  InsyaAllah boleh hadapi.  Sebab tu, Ayah ambil alih semua pasal Adam sepanjang bercuti ni.  :')

DESA DAIRY CATTLE FARM, MESILOU, RANAU

Lebih kurang jam 7.15 pagi, kami keluar dari resort dan terus menuju ke Desa Dairy Cattle Farm.  Perjalanan lebih kurang 30 minit sahaja.  Tak jauh mana pun.  Masa kitorang sampai tu, gate belum dibuka lagi sebab diorang start beroperasi jam 8 pagi so ramailah yang ambil peluang untuk bergambar di depan pintu utama tu dulu.  Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM5 seorang.

Pagi-pagi ni elok sangat kalau nak bergambar dengan Gunung Kinabalu sebab lepas tu, kabus tebal bakal menyeliputi puncak gunung.  Mesti korang nyesal kalau tak ambil gambar terus.  Huhu... nasib baiklah kami dijauhkan dari penyesalan macam tu.  Muahaha...




Masuk je dalam ni, lembu-lembu ni buat tak tahu je pada awalnya.  Tapi lepas kami melilau-lilau depan diorang berkali-kali mencari port menarik untuk posing, akhirnya diorang datang mendekat juga.  Alhamdulillah.. jadi, bolehlah gambar ala-ala New Zealand ni.


Dalam ni, sempat la kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam setengah.  Beli susu segar, yogurt, puding dan Adam breakfast sosej juga.  Tengok orang lain makan aiskrim, teringin juga tapi dah pekena yogurt semua tu, tetiba dah jadi kenyang.  Isk, memang rugi tak leh try aiskrim tu tapi apakan daya, perut memang dah kenyang sangat-sangat!

Susu segar di sini pada aku best juga.  Adam boleh pulak minum susu Desa ni.  Dekat sekotak jugalah dia habiskan, tambah tolak dengan yang tumpah la.  Kalau aku beli susu Farm Fresh yang bagi aku sedap sangat tu, tak pulak si Adam ni minum.  Tapi diakuilah, susu kat sini rasa dia 'tak tebal' sangat dengan rasa susu macam yang kita minum Dutch Lady ke.. Farm Fresh ke.  Susu dia rasa ringan je.  Best la..  aku mintak nak try susu kambing tapi out of stock.  Eh, datang ladang lembu mintak susu kambing plak.  

Dah dia jual, aku nak beli la.  Hihihi.. lagipun aku ni peminat tegar susu kambing.  Letak susu lembu ngan susu kambing, aku lebih suka pilih susu kambing!  Mbeekk...


Kat sini pun ada bela kambing jugak.  Adam macam tak puas hati je bila rumput yang dia hulur disentap macam tu oleh kambing.  Hihi...



Ni gambar dekat feeding area.  Kat sini kita leh bagi makanan atau susu kat anak-anak kambing atau anak lembu.  Harga sebotol susu ialah RM1.50 manakala untuk segenggam rumput RM1.00.  Bolehlah... nak bagi pengalaman kat anak-anak... dan bapak anak yang nampaknya agak teruja bila kambing makan rumput dari tangan dia.  Hahaha...


Sebelum balik, ambil gambar di depan pintu masuk dekat batu asas diorang ni..


"Berbaloi dah ke rasa dok sini dengan fee RM5 tu?," aku tanya suami.  

"Berbaloi sangat-sangat!" jawab dia sambil angkat ibu jari.  Haaaa... puas hati betul dah tu.

"Haaa... kalau macam tu, meh sayang bawak gi tempat lain pulak.  Nasib la ek dapat isteri kelulusan haiwan jadi, kena bawak abang dan Adam main ngan haiwan jek!"

Kuikui.. suami aku adalah seorang yang selamba, sejenis yang pasrah dan baik hati.  Haha.. jadi dia bawak diri je ke mana aku cadangkan.  Well, lagipun dia terlalu busy untuk fikir semua ni.  Nasib aku yang beriya nak bercuti, bolehlah dia cabut lari dari keje dia yang tak pernah habis tu!

Kami terus menuju ke Kg. Luanti untuk fish massage!

Dalam perjalanan tu, kami singgah makan tengah hari di pekan Ranau.  Kat sini boleh dikategorikan sebagai pekan yang lengkaplah kalau korang nak carik ATM, KFC, cari supermarket... mall tak adalah.  The Store tu ada..  kira okey la.  Kitorang makan lunch di Anjung Selera di Jalan Kibarambang.  Makanan dia sedap dan menepati selera!  3.4 bintang.

Actually, jalan-jalan di Sabah especially di Kundasang-Ranau ni tak susah pun..korang jangan risau sangat.  Kitorang tak pakai Waze mana pun.  Pakai time nak keluar ke jalan utama sahaja dan untuk tahu jarak perjalanan.  Lain-lain tu, jalan saje... :) 

SPA IKAN TAGAL SUNGAI MOROLI KG. LUANTI

Untuk masuk ke Tagal Luanti ni, bayaran ialah sebanyak RM5 untuk dewasa, RM2 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan korang dihadkan masa selama 15 minit sahaja sekali sesi.  Sekejap je kan?  Huhu... mungkin diorang nak elakkan terlalu ramai orang pada satu-satu masa dan juga bagi menjaga perasaan ikan-ikan tu.  Ikan-ikan kelah dalam ni sangatlah menguji selera aku dan suami.  Dahlah besar dan jinak.  Rasa macam nak tangkap buat makan sahaja tapi sungai tu dah 'ditagal'.. means sebarang aktiviti menangkap ikan di larang sama sekali.  Sabooo je la..

Aku rendam kaki Adam dalam tu.  Mula-mula dia seronok je kena serbu.  Lepas ayah dia angkat nak bawa ke tempat lain, letak balik dalam air dia dah menangis dah.  Haha.. maybe kena gigit pun ye jugak.  Kaki aku yang dewasa ni pun kena gigit sakit, apatah lagi kaki si kecik tu.  Heeee... apa-apa pun, best jugak kat sini!

budak nangis takut ikan... ikan lagi besar dari kaki Adam... setakat jari kaki Adam tu, ikan NGAP pun tak rasa apa kot.  Huhuu...


Kat sini pun ada gerai jualan untuk korang beli keropok ke, goreng pisang ke... so tak payah risaulah kalau setakat nak alas perut tu, boleh beli.  :)  Kami ada lagi 2 kotak susu segar Desa tu jadi, kami beli goreng pisang RM3 dan minum susu segar lagi.  Sedapnya bila diingatkan balik!  Yummeh...

PORING HOT SPRING & NATURE RESERVE, RANAU



Dari Kg. Luanti tadi, kami terus bertolak ke Poring Hot Spring & Nature Reserve untuk mandi di kolam air panas.  Perjalanan nak ke sana dari sini ialah kira-kira 30 minit.  Aku kira ni untuk mandi tengah hari teruslah.  Dah berbau dengan lembu kambing, hanyir ikan.. last check point haruslah bermandi-manda.  Yuran masuk ke sini ialah RM3 seorang dewasa.  Dalam tu nanti ada banyak jenis kolam mandi.  Korang nak yang private pun ada.  Kami pilih untuk mandi secara privasi sahaja sebab... aku pun nak merasa jugak air panas original ni!  Haha...

Untuk bilik mandi privasi tu, lebih kurang macam korang mandi kat rumah, dalam bath tub dan air water heater.  Haha..  tapi, air panas dari sumber asli la.  Memanglah seronok mandi ramai-ramai kat kolam awam tapi... aku tetap memilih nak mandi secara privasi! :)

So, bayaran untuk bilik mandi persendirian tu ialah RM25 untuk sejam.

depan chalet untuk bilik mandi persendirian
 Suami aku teringin juga nak mandi kat sini, tapi bila dia nampak ada anjing yang lalu lalang pastu 'singgah sebentar' di kolam ni.. hahaha... terus dia beriya-iya setuju nak mandi di bilik mandi privasi.  Hihi..


punca mata air panas.  Memang berwap-wap disini... boleh melecur kot kalau kena.  Huhu...
Selesai mandi dalam jam 2.30 petang macam tu.  Kami terus bertolak balik ke Ayana untuk berehat, solat dan makan tengah hari.  Kami singgah sekali lagi di Pekan Ranau dan tapau KFC untuk kudap-kudap malam nanti.

Di Pekan Kundasang, Khamis malam Jumaat ada pasar malam tau.  Lokasi dia dekat simpang nak ke Desa Dairy Cattle Farm tu.  Kami singgah jam 7 malam tu, tak banyak lagi gerai yang bukak.  Kononnya kami nak cari makanan Sabah la... tapi tak banyak gerai yang ada lagi.  Tanya diorang pukul berapa start sebab kami dah confused gerai ni dah tutup ke baru bukak?  Huhu... rupa-rupanya kami terawal.  Pasar malam ni start kol 12 tengah hari Khamis sampai 12 tengah hari Jumaat.  Tapi, jam 7 malam pun masih tak banyak gerai yang bukak.  Hurmm... maybe, ni ialah downtown Kundasang. :)

Akhirnya, Adam terlentok di bahu aku petang tu.  Ayah Adam pun nampak dah penat.  Jadi, cukuplah rasanya aktiviti untuk hari kedua di Pulau Borneo.  Selamat beristirehat semua... thank you sudi baca!  Jumpa di part 3 ye?...

Tuesday, September 6, 2016

Bercuti Di Sabah Dengan Baby Adam (part 1)

Assalamualaikum wbh.

Haishh.. betulkan balik channel kerajinan nak menulis blog ni.  Kali ni, aku nak mulakan dengan menulis short trip aku ke pulau borneo, Sabah!  Yeay!  Actually dah lama sangat aku nak gi Sabah ni.  Sejak dari zaman bujang, dah keje.. dah kahwin barulah rezeki tu datang.  Alhamdulillah. So, sekarang ni tinggal negeri Perlis sahajalah yang belum aku jejak secara amnya.

Baiklah.  Kali ni aku gi bercuti dengan suami dan si kecik Adam tu.  Alhamdulillah.  Nasib baiklah Adam ni boleh dikategorikan sebagai sangat behave.  Kiranya, aku tak adalah masalah sangat nak bawa dia lompat-lompat flight ni.  Dari KB ke KL, aku dengan Adam je.  Then, dari KL ke BKI la baru kami bertiga.  So, lets begin the trip!

Weeeee....

| 31 Ogos 2016, Rabu |



Kami ambil flight Air Asia pagi, jam 10.55 dan dijangka sampai jam 12.55.  Sebaik mendarat, aku terus carik toilet sebab nak tukar pampers Adam dan mandikan dia.  Bawak baby ni, kena selalu alert ngan pampers dan waktu mandi.  Kalau tak, rosaklah trip ni.  Airport KKIA ni tak adalah besar sangat tapi nak tunggu passport check tu, sangatlah lama.  Settle semua urusan dari ambil luggage dan check dokumen tu semua jam 2.30 petang.  Apa lagi, kami terus dapatkan kereta yang kami sewa daripada Encik Raihan (019-9345447).

Kitorang sewa Viva saje sebab bertiga je kan.  Ko nak angkut apa sangat?  Lagipun trip ni ialah trip nak mengenal alam sekitar so, shopping is not allowed.  Heheee... so, total untuk sewa kereta tu ialah RM250 untuk 3 hari.  Okey sangat la kan?

Kami terus bertolak ke Kundasang.  Perjalanan ke Kundasang ambil masa lebih kurang 2 jam.  Sepanjang perjalanan tu, kitorang enjoy saje menikmati pemandangan kawasan kampung di Sabah.  Baca dari blog lain sebelum ni, ramai yang kata jalan bahaya dan banyak bengkak bengkok tapi pada kami yang biasa dengan jalan pantai timur, jalan di Sabah ni dalam kategori biasa sahaja.  Sebelum LPT tu wujud, nak balik kampung kami memang lalu jalan lama so, insyaAllah yang biasa drive jalan-tiada-highway tu, tak adalah susah mana pun jalan disini.  Cuma hati-hati di lereng bukit sebab ada banyak tanah runtuh.  And..... jarang sangat di tebing jurang tu dibuat divider. =_=

On the way nak ke Kundasang, korang akan melalui Rumah Terbalik.  Kami tak masuk pun cuma singgah di luar kejap.  Berkira-kira nak masuk ke tidak.  Huhu.. sebabnya, pertama dah lewat untuk ke Kundasang dan kedua, kami dah tengok gambar-gambar dalam Rumah Terbalik tu dari blog orang lain. Hehe.. so, akhirnya keputusan dibuat dengan tidak masuk ke Rumah Terbalik!  Hihihi... lagipun, Adam kecik lagi dan memang hari-hari pun... keje Adam menunggang terbalikkan keadaan rumah dah. Wakaka...

Trip kami ni untuk mengenal flora dan fauna sahaja.  Heee... so maybe entry ni tak lengkap untuk sape-sape yang betul-betul nak holiday di Sabah dengan anak-anak.  Dalam perjalanan ke sana, sempatlah jugak aku terlelap sekejap.  Sedar-sedar, incik suami berhenti di Pekan Nabalu.  Kami turun jenjalan kat sini kejap mencari apa-apa yang best.  Hurmm... biasa-biasa sahaja tapi sempat jugalah grab keychain untuk souvenirs.  Satu set nail clipper tu dapat dalam RM12 (selepas ditawar.  Harga dia letak RM18), ada 6 bijik dalam tu.. so kitorang ambil dua set.  Cadangnya nak beli tempat lain pula untuk barangan lain.  Tapi sampai ke sudah, tak beli pun.  Wakaka... kenapa?  nantilah korang baca...  

Kami sampai di Kundasang dalam jam 4 petang.  Check in di Ayana Holiday Resort, bilik standard untuk 2 malam total up RM 190 tanpa sarapan.  Bilik okey tapi serangga macam kupu-kupu dan kumbang tu banyak jugaklah dalam toilet.  But no worries, diorang akan selalu bersihkan bilik. :)  so make sure bawa benda-benda penting sewaktu meninggalkan bilik ye.

gambar ehsan sbb lupa nak snap.  Ni exactly our lodge.



Makan Malam Pertama Di Kundasang

Perkara yang paling tak sudah-sudah aku survey sebelum berangkat ialah untuk makan!  Dekat sebulan aku survey tempat makan kat Kundasang ni semata-mata takut susah nak dapatkan makanan halal since ramai blogger yang cakap makanan halal susah nak dapatlah, makanan tak sedaplah, kedai makan banyak chiko (anjing) la... Argghh!  Korang ni buat aku susah hati je.. Huwaaaa...

Tapi tak apalah kan, itu pengalaman korang.  Hihi.. ni pengalaman aku plak.  Dari sudut kehidupan aku yang biasa-biasa, sebenarnya tak susah mana pun di Sabah ni especially di Kundasang.  Well, diorang pun tahu kot ni tempat pelancongan maka, mestilah diorang dah concern pasal makanan halal tu.  Jadi, untuk malam pertama kitorang kat sini, sebaik mandi dan solat, jam 6 petang kitorang dah gerak carik makan.  Kat sini gelapnya awal so, aku pun risau juga kot-kot kedai makan tutup awal, Naya weihh... dahlah seharian tak makan nasi lagi. Paling kesian kat Adam la pasal dia ni kena makan nasi.  Makan roti ngan biskut je sepanjang perjalanan, kesian juga.  Kurang zat nak membesar.  Huhu... 

So, dari Ayana Resort tu, kitorang menghala ke Pekan Kundasang.  Dalam 10 minit camtu je dah jumpa port makan.  Aku tengok ada beberapa biji kereta yang parking kat luar tu.  Masa ni hari cerah lagi tapi mengenangkan perut dah berkeroncong dan takut tak jumpa lagi kedai makan, so kami decide nak makan kat sini sahaja.

ehsan blog muhammad
RESTORAN PANATARAN.

Makanan dia boleh tahan sedap dan order pun sampai awal.  Harga?  Lebih kurang kat sini je.  Kitorang settle makan tu, hari dah gelap giler.  Dah macam jam 10 malam di Semenanjung tapi jam baru pukul 8.30 malam.  Disebabkan masih awal, aku ajak incik suami untuk jalan-jalan sekitar Kundasang ni.  Terus menghala ke Kundasang lagi, dalam 20km camtu, korang akan jumpa pekan lama.  Wahhh.. kat sini lagi banyak kedai makan rupanya.  Siap ada KFC lagi.. so, jangan risau sangat okey?

Kat sini ialah simpang untuk ke Desa Dairy Cattle Farm.  Disebabkan kitorang dah tahu jalan, maka program untuk esoknya dah agak relax sikit.  Tak perlulah kalut nak mencari jalan dan bajet berapa minit masa dah.  Akhirnya, aktiviti untuk hari pertama di Kundasang pun berakhir.  Kami pulang ke sarang jam 9.30 malam dan terus berehat.  Alhamdulillah Ya Allah untuk kelancaran hari pertama.. :)  Tak sabar untuk program hari esok! Berehat dulu...