Wednesday, October 25, 2017

Korea, Mu Tunggu Aku Datang!

Assalamualaikum wbh.

Tak pernah rasa rindu pada suami macam kali ni.  Biasa kami PJJ pun, tidaklah terasa mana rindu yang membuak-buak begini.  Tapi sejak beliau bercuti ke Korea ni, tak sabarnya rasa nak tunggu beliau balik semula ke Malaysia.  Hikhik.

Dahlah sepanjang kat sana asyik whatsApp gambar nak suruh aku simpankan dalam PC.  Tak suruh pun memang kena buat jugak sebab sehari tu berpuluh keping jugak.  Walaupun aku dah hadam dengan pemandangan di Korea tu hasil daripada Google dan tengok cerita Korea tapi pada aku pemandangan dia tetap menarik selagi aku tak sampai sana.  Huwaaa... untung suami aku berangan nak pergi, tup-tup tahun ni trip percuma ke Korea.  Rezeki manusia, siapa yang tahuuu..

Masa mula-mula pergi tu, aku tak rasalah nak kirim apa-apa sangat sebab aku bajet nak pergi sendiri ke sana.  Kang kalau dah beli-beli, sampai sana aku dah tak hingin nak berbelanja.  Haha.. tapi aku nak jugak ke sana sebab nak merasa sendiri angin Winter Sonata dan Autumn In My Heart tu.  Tak pe, tak pe.. next year kita harus pergi ye.

Sesambil tu, sebelum sampai sana... aku tepek dulu la souvenir yang suami aku bawak balik.  Okeylah, layan jugaklah pilihan dia kalli ni.  Not bad!  Hihi..


Mask ni aku tak try pakai lagi sebab ada sekeping ni je.  Beliau kata member perempuan dia beli banyak, pastu bagi dia sekeping untuk try.  So, semalam aku tak pakai yang ni.  Aku pakai yang ODBO Whitening Mask tu je.  Eh, best sangat.  Bangun pagi, basuh muka.. memang terasa lembut sakan.  Dan yang paling best, ianya tak mengeringkan kulit langsung!  Dah 10 jam aku buang mask ni waktu tulis entry ni tapi kelembapan dan kelembutan pipi masih terasa.  Siyes, aku nak cari jenama ODBO pasni.



ODBO yang ni pun sekeping je ada.  Simpan dulu.  Selang 3,4 hari nanti aku pakai balik.  Bagus suami aku reti beli kali ni. Tak kisahlah follow member perempuan pun, memang aku suruh dia follow pun.  hahaha... sebab aku serik dia pergi Vietnam hari tu beli tudung Naelo** selai dua je padahal harga sama RM1* je.  Haha.. sama sebijik sejebon ngan kat Malaysia ni...  Bila aku cakap harga kat sini dekat ratus, haaa.. baru dia kata "Rugi pulak abang tak beli banyak!"  Haaaa, pengalaman mengajar aku untuk berpesan pada suami! :D



Bedak ni pulak aku dah try pakai.  Bau dia macam bedak baby Johnson & Johnson je.  Pada aku, biasa je.  Pakai Maybelline or SimplySiti lagi best.  Cuma, bedak dia ringan.  Macam kau pakai bedak talkum baby tu... cuma yang ni di'compact'kan.




Haaa.. korang mesti pernah dengar dan bacakan pasal susu pisang, susu pisang yang femes kat Korea tu?  Katanya kalau pergi Korea kena make sure susu ni dibeli dan diminum!  Maka aku pun suruhlah suami aku try beli.  Harap sangat ianya tahan lama dan tak basi bila sampai Malaysia.  Alhamdulillah, selamat!

Ada 3 perisa semuanya.  Pisang, Strawberry dan Mango ke Jagung entah..  so, ofkos aku bukak pisang dulu sebab yang tu korang selalu mentioned dalam blog travellog korang kan?  Hahaha.. aku pun terpengaruh sudah..

First hirupan, memang sedap!  Tapi ianya mengingatkan aku masa zaman kecik-kecik dulu.  Eh, bukan sebab aku dok Korea dulu... tapi, zaman kecik-kecik dulu, Abah selalu belikan kami adik-beradik susu kambing kat pasar tani.  Alaaa, yang dadih original tu.  Keluaran Pejabat Veterinar kalau korang perasan la..  haaa, rasa dia sebijik macam tu!  Hahaha... lucu sungguh!  Aku tepek gambar susu tu kat bawah kot korang tak ingat atau tak tahu macam mana rupanya... sampai sekarang pun, aku masih lagi penggemar susu kambing pasar tani ni, so, aku yakin 100% rasa susu pisang Korea ni memang sama. Kahkah!

terima kasih forum CARI sebab jumpa jugak aku cari disini.
Tapi kalau korang rasa nak juga try sekali susu pisang ni tanpa pergi ke Korea, carilah di www.11street.my.  Bolehlah jugak merasa kan.. 



Last sekali makanan yang suami aku bawak balik dari sana ialah kekacang ni.  Satu pun aku tak bukak lagi jadi rasa dia macam mana aku tak leh nak share kat sini lagi.  Nantilah kalau aku dah cuba nanti dan teringat nak update entry, aku bagitau ye.  Kalau tak, korang anggap je la makan kacang sira yang ada kat Malaysia ni aje.  Alah, kadang benda tak seberapa sangat... ada je kat Malaysia kita yang penuh rahmat ni tapi yelah, dunia pun luas juga untuk kita terokai khazanahnya.




Oh ye, sehelai baju sejuk yang macam ni... selesa la pada aku yang berharga lebih kurang RM200 lebih rasanya dah cukup murah kat sana.  Sebab kalau beli kat Malaysia, RM200 sehelai baju sejuk rasanya macam susah nak dapat.  Dah lah tebal.. 


























Hurmm... okeylah!  Nampak gaya tahun depan aku pulak kena pergi dengan kawan-kawan perempuan.  Hihihi.. 

Friday, October 20, 2017

Lagi Yang Buka Akaun Skim Persaraan Swasta (PRS)

Assalamualaikum wbh.

Ada client yang waktu cuti tu la dia boleh jumpa sebab hari bekerja sibuk yakmat.
Ada client yang suka jumpa hari bekerja sebab cuti masa nak bersama keluarga.

Mana-mana pun saya boleh aje.. hari bekerja tu, biasanya masa lunch hour atau lepas jam 5. Biasalah, kita dalam proses membina sebuah perniagaan.. kenalah bersusah payah sikit. Diorang ni invest untuk PRS. Kejor insentif yeop!

Haaa la, sapa nak lepaskan RM1,000 percuma tu, kan... Dua-dua tak sampai umur 30 tahun pun lagi. Insentif kan untuk yang lahir tahun 1987-1997 je.



Yang sorang, dah invest dalam unit trust sebelum ni. Nak buka PRS utk diri sendiri dan isteri.

Yang sorang tu, tak menyempat kaki sembuh nak sign borang. Takut habis kuota katanya. Haaa.. tau pun! Invest PRS dulu sebab nak kejar insentif.. bulan depan nak buka akaun unit amanah pulak. Sebab dia cakap "nak simpan duit sendiri berpuluh ribu, tak mampu. Lambat laaa... dengan UT ni, ada harapan la nak merasa tu."

Bijak la awak! Jarang jumpa orang muda yang celik pelaburan. Tahniah!

Yang berminat nak tahu pasal skim persaraan swasta yang dapat insentif RM1,000 dari kerajaan tu, boleh hubungi saya. Asalkan awak tak kisah nak buat apoimen.

Potty Training

Assalamualaikum wbh.

20 Oktober 2017.  Saje aku tulis tarikh ni sebab nak marked tarikh first day Adam cuba nak potty training, atas kehendak dia sendiri.  Wah, aku pun tak tahu la dia boleh ke idok.  Tapi, tak nak percayakan kebolehan anak sendiri, kau nak percaya anak sape?  Hehe...  jangan pandang rendah anak kita, tu baka kita jugak.  haha..

Petang ni, Adam menangis-nangis tak nak mandi. Sebab dia dah ngantok sangat agaknya. Tapi kalau tak mandi, alamatnya lagi penat bangun nanti.
.

So, Mommy paksa juga mandi.
.

Lepas mandi, round kedua pula mengamuk. Tak nak pakai pampers pulak dah. Ingatkan main-main... so Mommy nak juga pakaikan.. tapi dia berkeras tak nak pakai sambil tutup bebirdnya dengan tangan je.
.

"Okeylah, tak nak pakai tak apa. Tapi, nanti nak kencing, bagitau Mommy ye?"
.

Adam angguk. Haishh.. Mommy ni naik risau juga, Mommy pandang ke seluruh rumah. Karpet penuh ni. Dahlah esok sehari je cuti, dah ada apoimen client. Ahad dah start keje. KALAU LA Adam terkencing, huwaaaa... penat la Mommy, syg! Telinga pula kena tadah petir ngan nenek nanti. Dua kali la Mommy murung nanti, nak! Kahkah.
.

"Betul ni Adam nak bagitau Mommy kalau nak kencing?"
.

Dia angguk sambil tersedu-sedan, menghabiskan sisa tangis yang berbaki."Betul, nanti Adam bagitau."
.

Okeylah, Mommy pertaruhkan janji Adam ni tau. Please la bagitau nanti kalau nak kencing.

================

Beberapa hari lepas...........
.

"Adam, nanti Adam tak payah pakai pampers la, boleh?" Tanyaku sambil menyiapkan dia untuk ke taska pengasuh. Pagi tu hanya kami berdua sedang bersiap.
.

"Erm, boleh!" dia angguk laju-laju. Amboi, tahap konfiden mewarisi Mommy je. Dah lama Mommy nak potty training Adam, tapi kekangan masa tu tak boleh nak dielak selain kekangan kerajinan. 
.

"Okey, nanti Jumaat dengan Sabtu ni, kita try tak payah pakai pampers nak? Pampers nanti kita simpan, bagi adik je, boleh?," aku tanya. Balm anti kembung aku sapu ke perutnya.
.

Aku geletek pusat dia. Adam mengekek ketawa sambil melarang aku,"Ish, apalah!"
.

"Boleh ke ni.. Jumaat Sabtu ni kita training tak payah pakai pampers?" tanyaku kembali setelah ketawa kami reda.
.

"Bolehhhh," jawab Adam panjang.
.

Hahahha... nampaknya, hari ni Adam dah tunaikan janji dia. Aduh, Mommy harap Adam dapat buktikan. Chaiyokk my dear son. Mommy trust you!
.

Dulu pun, Adam janji nak stop breastfeed at 2 years old. Alhamdulillah.. amazing! Umur 2 tahun dia betul-betul stop, berjaya! Adam tak pernah hisap puting tiruan. Allah.. semoga KAU permudahkan perjalanan dan bukalah rezeki Adam seluas-luasnya. Amiin.


wahai pampers, cukuplah 2 tahun setengah pelaburan ke atasmuuu... syuhh!

Friday, September 8, 2017

Happy Birthday, Dear Excellent Unit Trust Consultant!

Assalamualaikum.


Happy birthday to me!

Rasa macam nak nyanyi untuk diri sendiri tapi terus terbayang Usop dalam citer Hantu Kak Limah tu.. murung pulak nanti menyambut hari lahir.  So sekarang dah naik angka 30 la ye, Su?  Angguk-angguk-angguk.

Lagi 10 tahun untuk menuju angka 40 yang dikatakan saat itulah seorang wanita akan kelihatan anggun dan elegan.  Tapi, sementara usia yang ada ni.. kita nikmati dahulu.  Angka 40 tu akan tiba juga nanti jika panjang umur, insyaAllah.

birthday treat by self!

 Jadi apa yang aku buat sepanjang usia 30an ni?

Meh nak citer..  

Aku plan nak ada bisnes sendiri nanti.  Dalam anganan aku, di usia 35 tahun nanti aku akan miliki satu empayar bisnes.  So, in this 5 years... aku try la untuk cipta empayar tu.  Aku tak ada modal yang besar, dan juga masih belum punya idea yang hebat.  Tapi aku percaya... nak berjaya, kaya dan berniaga tak semestinya kena ada produk sendiri.  Jual produk orang lain yang dah ada nama pun, boleh bantu kita jadi jutawan ternama.

So, aku pilih untuk jadi konsultan unit amanah.  Jeng, jeng, jeng!  Modal rendah (RM265), produk bagus dan semestinya boleh buat duit! Hahaha...


Seharusnyalah aku buat beberapa research dahulu tentang benda ni.  Lepas study dan bermusyawwarah dengan ibu ayah dan suami.. aku bayar fee untuk exam sebagai konsultan unit amanah di bawah Public Mutual.  Decision ni aku buat agak singkat masa tetapi sehingga sekarang, aku rasa inilah antara keputusan drastik yang memberi banyak kebaikan kepada aku.

Best gilak rupanya buat unit amanah ni.  Kalaulah aku sedar, 7 tahun lepas lagi aku mulakan tapi sayangnya.. dulu aku tahu, tapi tak pernah ambil peduli.

Aku nak binses untuk jangka masa lama.  Jadi perunding unit amanah ni bukan selamanya kau akan kerja bawah orang.  Once you achieve for you GAM (Group Agency Manager) maka saat itu kau telah membina sebuah bisnes dengan keanggotaan sekitar 400-1000 orang rakan kongsi!  Dan sepanjang kau buat tu.. tak kisah la suku time ke, part time ke or full time.. PENCEN kau dah berjalan! 

Best kan?

Lagi satu.. aku rasa ni salah satu keje mulia.. sebab apa?  Saat aku buat unit amanah ni.. betapa ramai aku jumpa mereka yang gagal menguruskan kewangan dengan baik terutamanya bab simpanan masa depan.  Almost 60% akan kata diorang tak ada simpanan sebab duit gaji pun tak mencukupi!

Siyes!?

Jadi, memang tak pelik pun kalau dah gaji pun tak mencukupi.. macam mana nak saving?  Itu sebab konsep pengurusan kita tak berapa tepat.  Sebaiknya, kita berbelanja SELEPAS MENYIMPAN, bukan MENYIMPAN SELEPAS berbelanja.  Sebab tu duit selalu dan tak pernah pun dibuat simpanan.

Maka, apa tugas konsultan ni?  Membebel pada mereka yang tak buat simpanan?  Bhahaha.. choi!  Tahulah aku ni dah status mak-mak.. tapi nak membebel 24 jam tu rasa non mungkin la.  Tapi kelebihan jadi mak-mak ni aku lebih caring gittu!

Tugas konsultan adalah membantu mereka mengatur kewangan dan menggandakan simpanan mereka.  Simpanan RM100 sebulan secara konsisten hari ni amatlah besar pada 20 tahun akan datang.  Apa istimewanya Unit Amanah Public Mutual berbanding yang lain?

Banyak!


Kalau korang nak tahu dan berminat nak buat saving.. atau kalau rasa nak join as unit trust consultant, lagilah dialukan!  beb, mulakan dari sekarang sebab by hook or by crook.. korang akan mencari second or third income juga nanti.  Jom jadi agen! 

WhatsApps saya +6011-10103987

Saturday, July 29, 2017

Cara Nak Cerai Susu

Assalamualaikum wbh.

So lepas 3 bulan lebih berjaya cerai susu dengan Adam baru aku ada kesempatan nak dedicated cerita ni untuk bacaan Adam esok-esok.  Manalah tahu nanti zaman Adam dah ada anak kang mencari juga kaedah nak bercerai susu atau wean off ni.

Sebelum keadaan bercerai susu, aku selalu baca keluhan kawan-kawan pasal susu berkurang dan tak sempat nak menyusukan anak hingga 2 tahun which is ramai yang nak sangat kesempatan tu.  Alhamdulillah, Allah beri rezeki tu pada aku dan Adam betul-betul menyusu cukup dua tahun.  Walaupun lahiriahnya dua tahun satu bulan, tapi kalau ikut biologi dia, umur Adam betul-betul dua tahun la waktu dia stop tu (Adam prem sebulan).

Masa nak wean off tu, aku ada kursus di Johor selama seminggu.  Maka antara kesempatan dan kesakitan, itulah pada aku saat yang terbaik.  Mau tak sakit... aku dah bawak pengepam susu aku sendiri dari rumah.  Ingatkan dah lengkap la satu set tu.  Sekali tak perasan yang injap kecik dia tu tak ada.  Huwaaa.. susu dah bengkak sakan.  Mau demam aku di perantauan.  Eceh!

Nasib baiklah aku tumpang rumah abang aku.  Jadi aku pinjam Medela yang akak ipar aku punya..  Fuihh.. lega la sekejap.  Tapi Medela dengan aku macam tak berapa sesuai.  Sedutan dia tu tak tahu la nak kategorikan slow ke apa.. memang lambat sangat even aku dah tekan level yang paling laju.  Tak tahulah saiz cup tak kena ke macam mana.  Huhu..  jadi, meranalah juga sehari dengan bengkak susu.

Dahlah aku pergi kursus untuk lulus exam.  Dalam kepala ni fikir macam-macam pasal nak exam.  Makin stress, makin sakit.  Malam kedua tu, aku dah tak boleh tidur.  Aku tuam, sikat dan urut supaya cepat-cepat lega.  Alhamdulillah.. menjadi juga.  Tapi macam biasa, susu terpaksa dibuang sebab kalau simpan pun.. Adam memang tak minum susu perah dan dari botol.  Dia betul-betul exclusive bf.  Thats why aku ada anak susuan.  Dari membazir kan.. meramaikan adik beradik lain mak lain pak untuk Adam.

Jadi balik dari kursus tu, Adam kembali menempel ngan aku.  Ingatkan dah dapat lepaskan dia.  Tapi betullah...  Allah itu beri apa yang kita nak, kita fikir.  Aku selalu bayangkan yang Adam menyusu penuh cukup 2 tahun.  Kuasa Allah, betul-betul cukup 2 tahun.. Adam stop dan dah tak mencari langsung.  Walau pun time nak stop tu dengan bantuan, tapi okeylah.  Aku tak adalah struggle sangat sebab proses tu berjalan 2 kali sahaja.

Kali pertama mungkin belum tiba masa dia.. jadi walaupun aku calit getah Batang Wali (Tinospora crispa) tu.. Adam tetap gigih mencari dan meraung nakkan 'nanak' nye.  Kali kedua, pada ulang tahun kedua dia..  aku calit sekali lagi malam tu... Alhamdulillah, terus Adam reject.

Lupa nak bagitahu.. aku guna Batang Wali.  Bukan ambil banyak pun.. just patahkan batang tu dan calit sikit getah dia tu sekeliling p**ing, bukan kat puting tau.  Benda tu pahit yakmat.. tapi tak bahaya pun sebab orang tua-tua makan buat ubat je.  Akar kayu gitu..

Untuk korang yang tak kenal...  aku tepek gambar dari Google je la sebab aku buat entry ni dah malam.. malas plak nak turun ambil gambar real.  Huhu..


So, korang yang dah kelu idea nak cuba wean off anak dengan ubat gigi... boleh cuba yang ni.  Sebab aku dah gagal buat kaedah ubat gigi sebab Adam jilat-jilat je Kodomo Lion tu.  Hukhuk...

Tuesday, March 7, 2017

RM100 Sebulan Mampu Bagi Sehingga RM100,000?

Assalamulaikum wbh.

Masa kecik-kecik dulu, time cuti sekolahlah yang paling kami tunggu sebab nak gi pecah tabung kat bank.  Masa kecik, abah buat saving di Arab Malaysia Bank.  Sekarang nama dia dah tukar jadi AmBank.  Seronok sangat bila dapat kira duit kat atas kaunter tu.  Tak dinafikan, Abah ialah orang yang pandai dan suka menabung.  Sekrang pun, abah suka simpan duit untuk cucu-cucunya pula.  Aku tak tahulah berapa jumlah setiap bulan yang Abah masukkan untuk cucu-cucu dia.  Aku pun jenis yang malas nak tgk buku tiap-tiap bulan.

Dan, Abah selalu ingatkan aku supaya jangan habiskan duit gaji.  Guna 90% sahaja dan simpan lagi 10% tu.  Itu WAJIB la.  Kalau nak simpan lebih pun tak apa.  Sebab kata Abah, at least kena ada simpanan.  Tapi.. mungkin juga aku ni gene Abah kuat.  Maka, Abah tak sempat pesan pun.. aku dah buat siap-siap akaun aku, suami dan anak-anak.  Akaun simpanan tetap ye.  ASB pun aku bukak jugak.

tq tuan roslithnin pinjamkan gambar

Aku suka duit.  Haha.. sape la yang tak suka duit tu kan.. :P

Tapi, sebenarnya aku rasa rugi jugak bila Abah tak didedahkan dengan Unit Amanah dari kami muda.  Kalau tak, mesti aku dah membesar dan bergelar jutawan muda dah.  Haha.. akaun saving biasa sangatlah berbeza dengan unit amanah pada pemahaman aku.  Sebab itu simpanan.  Yang satu tu pulak, pelaburan.  Haruslah lebih untung (risiko rugi juga) lebih pada unit amanah kan sebab main dengan harga market.  Tapi, ko tengok la.. sekarang ni harga barangan tak payah cakap, makin naik dan nilai duit kita makin susut.

Tapi, kalau yang dah simpan dalam unit amanah tu sangatlah beruntung kerana nilai makin tinggi.  Sebab dia invest dalam syarikat-syarikat besar.  Sebagai contoh, ambil dana yang invest di TNB.. berapa je syarikat pembekal elektrik kat negara kita?  Korang pernah dengar?  Huhu.. maka saham TNB dominan disitu.  Maka, pelabur jugak yang untung.

So, sekarang aku dah beralih pada unit trust untuk anak-anak aku.  Tabung Haji pun aku bukak tapi just untuk secure turn dia nak tunaikan haji nanti.  Aku harus bertindak segera sebab aku tak nak kerugian yang aku rasa masa kecik dulu tu, terulang kembali.  At least, aku bleh la congak-congak sendiri kentungan dividen yang aku dapat nanti based on fund punya performance.

Sebagai contoh, Public Ittikal Fund.. diperkenalkan pada tahun 1997... dan sehingga 2016.. rekod sangat membanggakan dengan graf naik.  Keuntungan dia hampir-hampir 400%.  Fuihh.. untung kan?  Tapi korang jangan la syiok sangat.  This is fund based on market price.  Jadi, ada juga kemungkinan dia akan jatuh.  Tapi, tak jejas sangat la sebab kita letak duit ni di pelbagai tempat, bukan kat satu je.  Satu rugi, empat lagi untung.  Tak adanya kesemua rugi...  apa ko ingat ni skim pelaburan ali baba?  Hahah...

Choii!

Ingat aku nak letak leher kat papan pemotong ke.. haruslah pelaburan ni dibawah badan-badan pengurusan profesional seperti FIMM dan Security Commission.  Lagipun, nak promote benda ni semua.. consultant kena ada lesen dan pegi kelas tau.  Bukan semberono je promote investment.  Itu Pelaburan Pak Man Telo... huhu.

Korang dah invest ke belum?  Nak details, boleh isi form kat bawah ni.  Or else.. korang berminat nak buat side income pun cantik juga.. dengan ekono-money sekarang nie, cari lah pendapatan sampingan yang positif dan berpotensi.  Joinlah team aku kalau korang nak bermentor dengan TOP 5 Group Agency Manager di Malaysia ni.  Chewaaaah..

Thursday, February 9, 2017

Tips Elak Meroyan

Assalamualaikum wbh...

Sejak akhir-akhir ni, kerap sangat kita digemparkan dengan berita-berita ibu yang meroyan.  Bukan biasa-biasa kes yang dipaparkan.  Sedih pula saya nak senaraikan berita-berita tu untuk bacaan di blog.  Secara peribadinya, saya tidak membaca secara details berita tu.  Jadi maafkan saya kalau coretan selanjutnya ni, tidak kena dengan berita tu.  Saya tidak bermaksud nak ulas apa-apa cuma seperti biasa, apa yang saya tulis dalam blog ni... sekadar pandangan peribadi saya sahaja dan tak sesuai untuk dijadikan rujukan.  Sekadar cerita-cerita kita sahaja.. :)

Kenapa saya elak membaca berita-berita macam tu?  Sebab saya tahu diri saya bagaimana.  Jadi, saya tak nak la benda-benda macam ni lekat dalam kepala saya.  Soal ibu yang mendengar bisikan halus, tentang keluarga mertua yang tidak membantu dalam tempoh berpantang, kisah keluarga sendiri yang tidak peduli ahli keluarga, cerita sedih suami menganiaya isteri yang melahirkan zuriatnya dan macam-macam lagi.

Saya tahu, diri saya mudah terpengaruh.  tak nak..tak nak!

Memang menyedihkan bila ibu yang meroyan ini, mencederakan diri sendiri.. dan anak.  Sangat-sangat menyayat hati.  Kalaulah kita mampu mengawal diri, memang tiada siapa yang nak benda-benda macam ni terjadi.  Meroyan ni, macam hilang akal.  Hilang pedoman.  Si peroyan (betul ke istilah tu?) pun tak sedar dia buat semua tu...  kita yang melihat ini, janganlah mudah menjatuh hukum.



Saya pun tak tahu bahaya meroyan ni sampai macam mana.  Ingatkan setakat depression biasa.. mengeluh biasa-biasa je.  Masa berpantang dulu pun, mak abah saya selalu telefon dari Mekah untuk bertanya khabat.. sebab saya berpantang seorang diri,  Tak de siapa tolong tengok-tengokkan.  Sesekali saje mak saudara dan adik beradik menjenguk.  Suami pula lepas hantar saya ke kampung, sebab nak berurut dengan bidan kampung terus balik ke KL.  Biasalah, kerja swasta...  Nak berurut di KL, rasa macam tak lawas pula urutan dia.  Huhu..

Mama selalu mengingatkan dan LARANG saya menyapu atau ke dapur memasak.  Soalnya, saya menyapu sebab tak tahan debu sebab lama dah tinggal rumah di kampung.  Dan sementelahan saya bersalin pun terawal sebulan dari tarikh, so parents memang tak ready untuk mengemas betul-betul bilik saya.  Cadangnya lepas mereka balik umrah, 2 minggu tu baru saya bersalin.  Bukanlah berdebu giler.. tapi itulah orang berpantang... cerewet dia Tuhan saje tahu.  Ibarat saya boleh nampak ni haaa... debu-debu berterbangan kat depan mata.  Rimasnya masyaAllah...

Bab memasak pula, saya lapar.  Orang berpantang selalu lapar.  Menyusu lagi.  Jadi, saya sukarela je pergi memasak hidangan yang saya rasa selamat untuk dimakan.  Mak saudara saya bukan 24 jam bersama.. dia pun kerja.  Biasalah, benda terjadi serta merta..  Pada saya, semua ni Tuhan nak uji sebab kita mampu.

Saya tahu kalau dilayan sangat letih, memang saya boleh meroyan!  Walau saya tak tahu apa itu meroyan..  just dengar cakap-cakap orang saje.  Mak saya memang tak nak sebut pun perkataan tu depan saya.. mintak jauh katanya.  Tapi itulah, saya selalu ingatkan diri saya, saya kena kuat.  Kena sabar.  Allah selalu ada.  Kalau tak larat, buat setakat larat.

Alhamdulillah... saya lalui tempoh berpantang dengan baik dan sabar... walau diuji dengan perangai orang sekeliling yang sangat menjengkelkan.  Thats why sometimes, saya rasa sikap degil dan garang saya ni ada baiknya juga.  Kalau saya jenis yang lembut manja-manja, berpantang sendiri... diumpat keji oleh orang terdekat... mau lumpuh semangat!  Tapi saya jenis tak peduli... saya mampu motivasikan diri sendiri.  Tidaklah mengeji apa.. cumanya terdengarlah juga suara sumbang tentang pantang sendiri itu, pantang sendiri ini.  Alah, saya sudah lama telan sikap orang sekeliling yang begitu.  Pda saya, mereka tidak tahu.  Bercakap memang mudah.



Sebenarnya bukan saya yang kuat, tapi sebab ALLAH itu dekat.  Itu yang paling saya syukur.  Allah masih melihat saya dengan pandangan kasih sayangNYA.  Jika DIA tidak lagi kasih pada saya, tentu saya lemah!  Terima kasih Ya Allah..

Namun begitu, saya setuju jika ibu yang berpantang diberi perhatian khusus.  Tidak dinafikan, memang letih, stress, serabut dan semualah bila dalam pantang.  Sebabnya, kita sedang lemah.  Jadi, tolonglah pada orang-orang sekeliling, jangan mudah nak judge ibu-ibu yang dalam pantang nie.  Let them be the way they want.  Contohnya dia nak tidurkan anak gaya macam ni, kalau benda tu tak membahayakan ibu dan anak, biarlah.  Ikutlah keselesaan dia.  Yang penting, jangan buat ibu berpantang stress dengan macam-macam hal yang remeh-temeh.  

Kalau dia dah ada anak yang sedang membesar, please.. please.. tolong tengokkan anak dia dengan kasih sayang.  Memang sepatutnya, ibu berpantang.. dengan bayi sahaja.  

Walau apa pun, pesanan saya pada ibu yang sedang mengandung dan bakal bersalin kelak, tak perlu terlalu galak membaca dan berfikir tentang meroyan ni.  Makin anda fikir, makin anda risau dan mulalah nak membayangkan keadaan anda nanti.  InsyaAllah, everything will be fine.

Most important things, kita as Muslim.. dalam apa jua keadaan, kena selalu top up iman.  Kerisauan kita pada masalah tidak akan sesekali berkurangan selagi mana iman tidak di dada.  Risau dengan meroyan, banyak-banyakkan membaca al-Quran sewaktu dalam tempoh mengandung.  Banyakkan istighfar.. solat taubat, solat hajat minta diberi kekuatan.  Bukan dengan mengumpul sebanyak mungkin fakta tentang tanda-tanda meroyan.  Bacalah segala macam tips dan petua pun, kalau Allah tidak di hati.. susah juga.

Jadi, selalulah positif dan dekatkan diri dengan Allah.  Kita hamba, pada siapa lagi kita nak berharap kalau bukan dengan Pencipta, kan?..  semoga saya dan anda semua diberi kehidupan di dunia penuih dengan taqwa dan kebaikan. Ameen.  Terima kasih sudi baca. :)