Saturday, July 9, 2011

Bila Sahabat Menjadi Cinta

Lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi sahabat baik? Ye ke?? Aku bleh je.. Cuma kita kena faham batas antara lelaki dan perempuan. Tidka jadi masalah pun.. Tapi, letaklah diri kita sebagai api dan air. Api dan air memang tidak boleh rapat-rapat pun... tapi, sama ada kita nak jadikan api yang memanaskan air atau air yang memadamkan api. Itu terpulanglah kan?

Dan jugak.. kenapa ya...semua orang lebih rela memendam perasaan dan anggap "GILA!" bila tiba-tiba terjatuh cinta dengan kawan baik? Bukanlah cinta itu boleh datang pada sesiapa sahaja dan menuju kepada sesiapa jua juga? Kita tak gila la bila jatuh cinta dengan kawan baik sendiri! Dan, kita memang tak gila sebab kita punya rasa cinta itu. Orang gila mana ada perasaan cinta dan kasih ni...

Tapi, bila nak meluahkan...kebanyakan orang akan anggap tak sanggup kerana terpaksa bergadai hubungan persahabatan yang telah lama terjalin tu. Nak-nak pulak, kalau yang dah kenal dengan famili dan semua orang tahu yang korang ni memang kamceng gila. Kalau putus atau gaduh, mesti banyak wartawan tak bertauliah nak amek tahu kan? Kalau jadi pun, malu lak nak panggil ngan panggilan manja... Hahaha... itu aku no comment la.. Okey-okey.. kita try ubah persepsi ni okey..

Tapi segala-galanya terpulang kat korang gak la. Pada aku, tanpa keberanian... mimpi tidak akan bermakna. Kenapa nak takut atau malu... cinta itukan anugerah Allah?...


Kalau korang rasa korang cintakan kawan baik korang, tak salah untuk korang berterus terang je ngan dia. Cari masa dan ketika yang paling sesuai. Dan cara yang terbaik ialah, korang luahkan dalam nada bergurau tapi pastikan.. korang kena seriuskan kembali hal ni. Sebab kalau korang ni memang tergolong dalam golongan yang suka bergurau, nasib la... sampai ke mati pun dia tak akan percaya luahan hati korang yang sememangnya tulus dan suci tu.

Korang kena tahu pendapat dia tentang percintaan sahabat ini. Kalau dia memang tak boleh terima, jangan pulak korang berani-berani nak berterus terang. Mungkin, korang kena cari orang lain sahaja. Alaa...cinta kan boleh dipupuk? Anggap je la perasaan korang tu cuma satu persinggahan. Tapi, kalau dia boleh terima ikatan yang terbina itu lahir dari sebuah persahabatan, teruskan sahaja dengan berterus terang.

Jangan takut-takut... Cinta biasanya hadir dengan orang yang terdekat dengan kita... dan biasanya, kita akan jatuh cinta dengan orang yang dalam hatinya, kalau tak banyak pun, sikit mesti ada gak rasa suka dan senang dengan kita. Mungkin dia malu nak mengaku secara langsung dengan korang dan mungkin akan ambil masa sikit untuk membalas cinta korang tu tapi its okey... as long as dia steady lagi kawan ngan korang, jangan paksa dia. Dia tengah mengumpul benih-benih perasaan tu...

Tapi katalah dia mula menjauhkan diri, korang biarkan la. Even korang mungkin rasa cam tak best gak la kan, tapi nak buat macam mana... dia nak tenangkan diri. Kalau korang rasa tertekan jugak, korang cakap "You Saka...Pergi Jauh-jauh!"... Hahahaha

Tak pe.. berikan dia masa. Korang wat macam biasa je. Kalau sebelum ni korang kuar makan sama-sama, study sama-sama... cerita gosip sama-sama... buat macam biasa je. Kalau dia still nak menjauhkan diri, biarkan dulu.

Memang, tak dapat dinafikan ada orang yang akan mengalami sindrom macam ni. Sama ada lelaki atau perempuan. Tapi biasanya yang akan emo lebih ialah perempuan. Lelaki ni biasanya kalau dia tak suka perempuan tu, depan kita dia still akan layan baik... tapi belakang dia kutuk kaw-kaw arr.. itu yang pedih sket tu. Perempuan ni, kalau dah tak suka... depan ke belakang ke.. memang tunjuk terus!

Susah gak nak terima seseorang tu dan kita akan rasa tak selesa dengan dia bila kita tahu dia ada perasaan kat kita. Tapi pada aku kita kenalah matang... Cinta memang tak boleh nak dipaksa! Kalau kita menjadi orang yang diluahkan perasaan, cubalah fahami si dia. Kalaulah korang memang tak boleh nak terima dia lebih daripada kawan, pun berterus terang juga. Bagitahu prinsip korang yang memang dah anggap dia jussssstt a friend!

Tapi, kalau korang pun tak ada sesiapa dalam hati... why not cuba buka pintu hati korang untuk dia? Mencintai sahabat sendiri pun kadang-kadang ada kebaikan juga sebab kita dah tahu dan kenal sangat dengan perangai dia..so, tak perlu nak susah-susah hati dan jeles yang dibuat-buat bila dia keluar ke mana-mana. Kita dah tahu kesukaan dia apa dan secara tak langsung, pilihan korang akan selalu tepat dan akan buat dia makin sayang!

Tapi yang tak best lak... semua dah tahu kan.. so, tak ada apa lagi nak di explore... mana tempat dia lepak, sape kawan-kawan dia... tapi, ah tak jadi hal... kalau dah cinta, semua akan indah gituwww~~

Tips Buat Yang Diterima


Jangan tunggu lama-lama! Masuk meminang terus okey... Kalau betul korang sayangkan dia... kenapa nak menjerumuskan dia dalam lembah kemaksiatan dan kemurkaan Allah? Kata cinta... cinta yang suci ialah yang halal disisi Illahi...

Tips Buat Yang Sah-Sah Kena Reject!


(1) Confirm frust!

Tapi tak apa.. ingat yang kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..

(2) Korang mungkin tak sesuai sebagai pasangan kekasih.

Kalau dia dah reject tu,terima jelah... dia mungkin memang tak leh terima korang lebih dari kawan. So, tak guna kita memaksa kan? Cinta bukan barang leh tawar-menawar... Dan jangan biarkan korang menanti dan terus menanti. Orang yang tahu erti menghargai perasaan orang lain takkan buat korang ternanti-nanti macam tu. Kok ya pun dia terima, mungkin dia akan permainkan korang at last!

(3) Jangan bersedih...


bukan korang yang patut bersedih tapi dia! Sebab dia telah menolak cinta orang yang sangat menyintai dia... yang semestinya akan menjaga dia sebaik mungkin. Bukan korang..so please...jangan bersedih ngan orang yang tolak cinta korang! Those who deserve your tears won't make you cry!

(4)Cinta boleh datang dan pergi...

Teruskan dengan sikap penyayang korang yang sememangnya bukan plastik tu. Lama-lama, dia akan jatuh cinta juga kalau korang memang ditakdirkan berjodoh. Yang penting, orang yang penyayang akan dipertemukan dengan orang yang penyayang juga...

(5)Terimalah ini sebagai qada' dan qadar..


jangan membenci dia dan jangan kecewa pun! Sebab, inilah ketetapan Allah. Kalau korang marah atau kecewa dengan perkara camni, maknanya korang marah dan kecewa juga lah dengan Allah... Padahal, Allah itu sangat penyayang dan tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Mungkin juga korang ni berjodoh..tapi, bukan waktu sekarang. Mungkin lepas 10 tahun kemudian ke..baru jodoh korang tiba... Jadi, janganlah kerana dia menolak cinta korang, terus korang hapuskan dia dalam hidup korang. Tak boleh macam tu... persahabatan tetap boleh berlangsung..anggap sahaja dia antara gerimis dalam hidup korang sebelum muncul pelangi yang indah. Malu? Tak patut malu... korang bukan buat hal yang memalukan..tetapi itu adalah perkara yang sangat membanggakan! Sekurang-kurangnya, korang tidak menipu diri sendiri.

(6) Berkawanlah dengan seramai mungkin...

Bukan hanya dia yang diwujudkan dalam dunia persahabatan kita...jangan terlalu bersikap menunggu pada orang yang tak sudi terima kita.

(7) Bukalah pintu hati untuk yang lain...

Kadang-kadang, kita terlalu setia dan yakin dengan cinta yang kita ada itu hinggakan kita berkali-kali jahit kelukaan yang terobek tu. Jangan biarkan hati kita berparut-parut macam tu... Percayalah, sebenarnya, ada orang lain yang sedang menunggu kita. Hanya kita yang tak nampak hati yang menunggu itu...

Aku selalu percaya...dalam hidup... kita ada dua kedudukan. Satu kedudukan kita sebagai pemburu dan satu lagi sebagai yang diburu. Ada orang yang kolot pemikirannya akan berkata,

"Eh, kau pun ada orang nak gak? Aku ingatkan kau je yang nak kat orang!"

"Yang cantik akan diburu, yang kurang akan memburu..."

Ohhh, tolong abaikan orang macam ni.. Dia memang tak faham roda kehidupan. Kalau kita nampak biasa-biasa je pada pandangan orang, akan ada dalam hidup kita orang yang nampak kita adalah insan yang paling cantik! Kalau korang gagal jadi pemburu yang baik, berikan hati korang pada orang yang memburu korang.

Jangan ingat semua yang cantik dan hensem itu mudah mendapat cinta dan bahagia dan sebaliknya buat yang kurang cantik. Tidak... Ada satu pujangga menyebut.. "Kecantikan dan kebahagiaan tidak akan bersatu."

Bila pemburu tu akan muncul? Masa dan ketikanya akan datang bila cinta itu benar-benar matang...


**Tips Sampingan...

(1) Jadilah diri korang sendiri...
Ingat, orang akan jatuh cinta dengan sikap kita sewaktu kita bertemu dia!

(2) Sentiasalah mencintai diri dan orang sekeliling untuk kita mendapatkan cinta...

(3) Berusaha dekatkan diri dengan Allah dan berusaha jadi yang terbaik kerana Allah mendengar setiap doa hambaNYA.

(4) Perempuan atau lelaki baik untuk lelaki atau perempuan yang baik dan perempuan atau lelaki yang jahat adalah untuk lelaki atau perempuan yang jahat. So, jangan terlalu memilih kesempurnaan kerana hanya yang sempurna akan memandang yang sempurna...

Naaaah..satu lagu khas wat korang yang dah jatuh cinta ngan kawan baik! Enjoy this.. ^.^


Friday, July 1, 2011

Jauhi Sifat Salah Sangka dan Bangga Diri (Riak)


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah S.W.T.

Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."

Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."

Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebagai pengajaran untuk di ambil sebagai iktibar kisah diatas, terdapat dua cara untuk mengatasinya.

01. Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah jangan menghinanya atau reda dengan perbuatannya dan cuba mencari aibnya. Berilah nasihat yang baik penuh hikmah. Anggaplah berkemugkinan orang itu jahil tentang perbuatannya. Sebagai muhasabah diri sendiri pula, kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ilmu ini tetapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang oleh-Nya.

Buruk sangka kepada orang lain atau yang dalam bahasa Arabnya disebut su' u zhan mungkin biasa atau bahkan sering hinggap di hati kita. Lebih parahnya, terkadang persangkaan kita tiada mempunyai asas dan tiada alasan yang benar. Memang semata-mata sifat kita suka curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan zhan tersebut bersemayam di dalam hati. Bahkan kita membicarakan serta menyampaikannya kepada orang lain. Padahal su'u zhan kepada sesama kaum muslimin tanpa ada bukti yang kukuh merupakan perkara yang terlarang.

02. Perkara yang patut kita ingat adalah tentang diri kita iaitu perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan adalah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Barulah hati kita akan menjadi bersih dan terhindar daripada sifat bangga diri dan menghargai kebaikan orang lain.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah as-Sajadah:15-16)


::sumber : ILuvIslam