Thursday, November 21, 2019

Untungnya Melabur Dalam Unit Trust


Hari ini saya nak share sikit tentang asas dalam unit trust. Basically, dia macam kita jual beli biasa sahaja. Korang mesti ada buat transaksi pembelian sehari² kan? Sales 11.11 yang lepas pun korang mesti sakan sebab barang murah² je..


So, samalah konsepnya dengan simpanan di unit trust. Dah ready? Zasss.. jom masuk kelas bacaan 3 minit!

Ini adalah contoh klien yang invest hujung tahun lepas. Tak konsisten.. Bila ada duit, dia simpan tapi beliau cuba simpan juga RM100 sebulan, jumlah minima yang kita boleh simpan disini.

Korang boleh tengok kat gambar kalau malas baca. Haha.

Perhatikan... ada harga yg naik, ada harga yang turun. Itu normal dalam pasaran saham atau unit trust. Nama pun pelaburan kan..

Unit trust adalah berkenaan dengan pengumpulan unit. Jadi, target korang ialah perlu kumpul sebanyak mungkin unit. Macam mana? Belilah waktu market tengah jatuh.. atau market tengah murah!

Ini salah satu dana di luar negara. Yelah.. dah kata ekonomi Malaysia asyik lemah je kan.. dari mengeluh duit makin murah, baik kita cari jalan nak 'mahal'kan semula duit kita. Caranya, investlah di luar negara dengan melabur di dana² unit trust.

Jadi, jumlah simpanan beliau ialah RM2,100 dengan jumlah unit terkumpul 6,409.25 unit. Terkini, nilai pelaburan beliau dah naik sebanyak 11.58% sejak bermula November 2018 disebabkan oleh harga unit bertambah.

Walau sekadar naik 4 sen dari harga beli (RM 0.3656 - RM 0.3250), tapi beliau dah untung RM243.

Pernah terfikir jika korang korang konsisten buat pembelian hanya 10% dari gaji sebulan bermula sekarang hingga usia berpencen.. berapa dah kenaikan dan keuntungan yang kita boleh dapat?

Wallla!!

Jom mulakan sekarang! Ada dana buka hanya RM100 saje sehingga 27 November ini. 😍

Dosa Ijazah?




Saya dapat soalan lucu tapi macam biasa, saya menilai setiap sudut dengan pedoman.


Dia : Su cuti lama nak sambung study ke?


Saya : Erm.. ada la jugak rasa camtu.


Dia : Sambung degree ye?


Saya : Eh, tak la. Sambung master.


Dia : Owh, dah ada degree ke?


Saya : Yup.


Dia : Owhh.. dah ada degree. Tapi, tak dapat kerja lagi ye?


Saya : Laa.. dah ni bukan kerja ke? 😂


Bila kau ada degree tapi kerja pakai diploma, kau tetap sama nilai dgn tak de kerja. Sama jugak kau master tapi kerja jadi rider, tetap tak de kerja. Nampak tak bermaruah pula katanya..


Itulah beza org berilmu. Orang berilmu dia tak kisah buat apa pun janji boleh hidup. Makin dia melata, makin banyak ilmu di dada. Ibarat burung yang hinggap di hujung dahan. Dia tidak risau patahnya dahan itu kerana yakin dgn kekuatan sayapnya.


Orang yg terlalu demand kerja dengan sekeping sijil dia tu sebenarnya tak tahu, luasnya dunia dan berlambak lagi ilmu boleh dikaut di luar sana. Hanya sijil dia sahaja jadi taruhan. Tiada kelebihan lain untuk sandaran hidup. Sebab tu selagi tak dapat kerja sebagaimana sijil yg dia ada, dia rela duduk² saje. Orang begini lagi susah nak bela. Orang kata cerdik tak leh tumpang, bodoh tak leh ajar.


Ibarat besi. Nak guna sayang lalu disimpan².. lama² berkarat langsung terbuang.

Friday, April 19, 2019

Bagaimana Pasaran Membantu Menguntungkan Pelabur Unit Amanah



Assalamualaikum wbh.

Patah sebelah sayap.

Suami outstation.

Car seat dalam kete hasben. Macam mana nak usung ladyboss kecik tu? 

Nak gi submit investmen klien pun terkial².. adehh, ada runner yg free tak hari ni? 😩

Kesian klien saya yang ni kalau lambat. Yelah, korang kalau orang bagi duit shopping 30k, mesti banyak barang leh beli kan? Apatah lagi kalau skrg harga dana baru 0.3590 per unit. RM30,000 dapat la dalam 83,000 unit. Fuihh.. banyak tu. Dana yang ni perform baekkk punya tau sebab dia invest 77% di luar negara dengan 22% di China. 



Senang cakap, kalau korang invest kat sini RM100, RM22 duit korang dah grow 30% la. Jadi, banyak ke sikit tu dalam 4 bulan dah naik 30%?


83,000 unit tu, modal RM30,000. Kalau naik 30%, harga jual keseluruhan unit dah RM38,736. 4 bulan untung RM8,000. 🙀  Soalnya, korang tak simpan duit untuk 4 bulan dalam UT ni, korang simpan 10,15 tahun. 


Haaa.. jadi, kenapa nak sakit kepala sangat kalau ekonomi Malaysia down kalau korang investor yang bijak? Yang sakit kepala tu LGE je.. dia yang kena kecam. Kahkah! 


Tapi kalau korang dengan dugaan simple macam ni pun dah kepochi di kedai kopi, halahh.. halahh.. halah... tu bukan YB tu, tu ceti. YB kena bijok. Invest la bohhh! Tak rugi.. hok rugi masuk Starbucks, tapi tak invest dalam saham Starbucks. 😩😩😩


Huk alohh!

Monday, February 25, 2019

Kenaikan Gaji Tahunan : Manfaatkan Dengan Melabur


Assalamualaikum wbh.

Hari ini, saya nak share bagaimana kenaikan gaji tahunan yang dinikmati oleh penjawat awam sebenarnya boleh menjadi modal untuk membesarkan lagi jumlah pencen anda.  Sebenarnya, tak ada rahsia cuma ianya memerlukan kesedaran sahaja.

Biasanya kakitangan awam terlepas pandang nak buat 'force saving' begini sebab selesa dengan ganjaran pencen. Jadi, kenaikan gaji tahunan (KGT) tu ramai yang buat pengiraan untuk tambahkan pinjaman atau loan. Sudahnya, dari mula kerja sampai ke pencen, kerja sekadar untuk lepaskan hutang sahaja. 

 Nak bercuti, nak tunaikan umrah atau haji, berharap saat usia pencen kelak. Jika berharap begitu, jagalah kesihatan baik-baik. Tapi soal hidup mati, ajal pertemuan Allah jua yang pegang. Apa salahnya kita berusaha untuk pergi lebih awal? 

Dari RM150 sebulan.. up lagi saving ke RM300 sebab suami isteri naik gaji. 

Jadi, ada klien ini.. sebab istiqomah guna KGT untuk saving dalam unit trust atau unit amanah, dari jumlah plan asal dapat RM93,000 terus melonjak jadi RM174,000. Itu kalau beliau teruskan RM300 selama 19 tahun kemudian. Kalau tahun depan upgrade lagi ke RM450 sebulan, simpanan melonjak lagi jadi RM246,000. Kalau istiqomah saving KGT setiap tahun, tak ke jadi jutawan waktu bersara? 

Jadi, nak jadi jutawan tu bukan mustahil pun nak jadi cuma korang kena jumpa mereka yang bertauliah sahaja. Rasa bermanfaat? Silalah #SHARE dengan gembira!! Semoga kita mendapat keberkatan diatas perkongsian ini.

Sekian.  Selamat melabur dengan bijak!

Untuk mulakan pelaburan unit amanah, boleh hubungi saya.

KLIK SINI.

Its Been 3 Awesome Years!

Assalamualaikum wbh.



Hai there.  Sebenarnya aku dah lama giler tak menulis di blog ni.  Jarang sangat nak buka laptop untuk menulis sebab kebanyakan entri aku sekarang ni di medium FB saje sebab FB pakai telefon pun dah selesa untuk up status.  Di Fb, aku tak perlu nak mengarang panjang-panjang macam kat blog ni, sakit mata nak ngadap skrin lama-lama.

So guys.. hek eleh, guys bagai!  Macam ramai betul follower kau kat blog, khenn?  Kahkah!  Lantaklah.  Blog aku ni memang hidup segan mati tak mahu.  Tapi yelah, aku cuba untuk nukilkan sedikit sebanyak life aku kat sini so kalau esok-esok anak-anak aku terGoogle nama aku atau nama diorang, at least diorang tahu la yang Mommy diorang ni pernah wujud di dunia maya.  eceh!

So actually, life aku sejak akhir-akhir ini dah berubah dah.  Im being so busy working my dreams.  Betullah kata orang, kalau kau nakkan sesuatu, kau kena ubah kebiasaan dalam hidup kau.  Aku dah lama sebenarnya plan nak share kat media begini.  Jadi, adalah aku wujudkan blog baru khas untuk khidmat rundingan aku tapi yelah, aku tak mampu nak urus dua, tiga blog in the same time.  

Lagipun, aku rasa sayang la dengan blog ini eventhough ianya kelam dan bersawang.  Haha.  Aku malas dah berjanji kenkonon nak update selalu kat sini sebab kekangan masa aku la.  Aku banyak di alam nyata dah sekarang ni.  Dulu-dulu ye lah jugak sebab aku tak dek life mana.  Pergi kuliah, balik bilik.  Pastu masa tu bujang.  Bila ada anak pun, kau suri rumah solehah.  Anak pun baru sorang.  Bila dah start kerja semula, barulah kau tahu betapa masa itu emas.  Sangat tak berbaloi kalau duduk-duduk saje.

So, aku matikan niat nak buat blog baru tu dan aku rasa, aku nak fokus kat sini sajelah.

Here goes my new transformation!

Aku akan lebih banyakkan berkongsi tentang khidmat rundingan yang dah aku bina sejak 3 tahun lalu.  Alhamdulillah, satu bidang yang sangat masuk dengan jiwa aku.  Harap korang boleh doakan aku berjaya dalam bidang ini ye.  Ameen.