Thursday, November 21, 2019

Untungnya Melabur Dalam Unit Trust


Hari ini saya nak share sikit tentang asas dalam unit trust. Basically, dia macam kita jual beli biasa sahaja. Korang mesti ada buat transaksi pembelian sehari² kan? Sales 11.11 yang lepas pun korang mesti sakan sebab barang murah² je..


So, samalah konsepnya dengan simpanan di unit trust. Dah ready? Zasss.. jom masuk kelas bacaan 3 minit!

Ini adalah contoh klien yang invest hujung tahun lepas. Tak konsisten.. Bila ada duit, dia simpan tapi beliau cuba simpan juga RM100 sebulan, jumlah minima yang kita boleh simpan disini.

Korang boleh tengok kat gambar kalau malas baca. Haha.

Perhatikan... ada harga yg naik, ada harga yang turun. Itu normal dalam pasaran saham atau unit trust. Nama pun pelaburan kan..

Unit trust adalah berkenaan dengan pengumpulan unit. Jadi, target korang ialah perlu kumpul sebanyak mungkin unit. Macam mana? Belilah waktu market tengah jatuh.. atau market tengah murah!

Ini salah satu dana di luar negara. Yelah.. dah kata ekonomi Malaysia asyik lemah je kan.. dari mengeluh duit makin murah, baik kita cari jalan nak 'mahal'kan semula duit kita. Caranya, investlah di luar negara dengan melabur di dana² unit trust.

Jadi, jumlah simpanan beliau ialah RM2,100 dengan jumlah unit terkumpul 6,409.25 unit. Terkini, nilai pelaburan beliau dah naik sebanyak 11.58% sejak bermula November 2018 disebabkan oleh harga unit bertambah.

Walau sekadar naik 4 sen dari harga beli (RM 0.3656 - RM 0.3250), tapi beliau dah untung RM243.

Pernah terfikir jika korang korang konsisten buat pembelian hanya 10% dari gaji sebulan bermula sekarang hingga usia berpencen.. berapa dah kenaikan dan keuntungan yang kita boleh dapat?

Wallla!!

Jom mulakan sekarang! Ada dana buka hanya RM100 saje sehingga 27 November ini. 😍