Thursday, October 13, 2011

6 Perkara Dorong Mengumpat


"Kalau aku nak mengumpat,aku hanya akan mengumpat ibuku sendiri”-kata Imam al-Ghazali.

Begitu halus pemikiran Imam al-Ghazali itu.. Perkataan ‘kalau’ tu bukan la menunjukkan Imam al-Ghazali buat, tapi oleh kerana mengumpat seseorang itu akan menyebabkan pahala orang yang mengumpat akan diberikan kepada orang yg diumpat, maka lebih baik umpat ibu sendiri kerana pahala akan diberikan kepada ibu… daripada diberikan kepada orang yang tidak ada kaitan dengan kita...tapi jangan la pula dok pakat mengumpat ibu sendiri pulak nanti..itu hanya perumpamaannya sahaja ye.. huhu!

Semalam saya ada mengepost entri tentang kekecewaan hati namun sabar, sabar, sabar terus bersarang dalam dada. Saya tidaklah sedih kerana diumpat, tapi sedih kenapa saya harus berada disitu, mendengar umpatan dan kata-kata mereka? Alahai... tak berminatnya! Biarlah mereka hendak menyakiti hati saya pun... tapi alangkah ruginya kerana mengahabiskan ruang pemikiran dengan memikirkan soal orang lain. Lalu, hari ini Allah hadiahkan saya rasa ketenangan dan tarbiyah supaya terus tidak ambil kisah dengan perlakuan diorang tu...

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud, “Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatamu itu. “ (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al- Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud, “Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah".

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

Imam Al- Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat :

1) Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam

2) Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.

3) Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah martabatnya

4) Disebabkan dengki, iri hati dengan orang lain yan lebih beruntung dan berjaya, ia seperti dinaikkan gaji dan pangkat

5) Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain

6) Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar serta hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.


::edit sumber dari http://razzyy.com/

Thursday, October 6, 2011

Dacing Akhirat

Assalamualaikum...

Sebenarnya bukan senang nak menulis sesuatu apatah lagi bila tulisan itu boleh dibaca dan ditatap diseluruh dunia. Sebagai manusia biasa, saya tak lari dari melakukan dosa namun sebagai insan yang berjiwa hamba, yang ingin mencari redha Tuhannya demi mengejar kebahagiaan di akhirat kelak, menulis mungkin boleh dijadikan kupon pahala seandainya dilakukan dengan cara dan niat yang betul.

Arwah nenek saya pernah berpesan, guru-guru saya malah ibu bapa saya sendiri selalu berpesan; Buatlah apa sahaja di dunia ini melainkan sesuatu yang ditegah oleh agama.

Saya terdetik hendak menulis kali ini..biarpun ditengah-tengah kesibukan menyiapkan tesis yang perlu dihantar lagi tiga minggu. Tak mengapalah... Sementara menunggu hari cerah sedikit, saya menulis. Semoga Allah bersama dengan saya di Subuh ini.

Sejak kebelakangan ini, soal hudud dibahaskan. Secara peribadinya, saya merasakan hukum ini tidak harus dibahaskan kerana ianya merupakan hukum Allah, hukum Tuhan, hukum dari langit. Tidak perlulah kita hendak mempertikaikan ke'rasional'an hukuman itu dijalankan di negara ini. Hukum Allah, tidak pernah tidak relevan dengan masa. Islam adalah agama syumul, menyeluruh dan sentiasa relevan dan boleh diguna pakai dimana-mana dan pada bila-bila masa. Islam tidak pernah berubah. Jadi tak perlulah rasanya kita hendak berhujah soal hudud itu. Hudud ialah soal agama, ia tidak perlu dipolitikkan. Kalau tak mahu laksanakan, diam dan jangan cuba hendak katakan perkara itu tidak relevanlah, apalah... Tapi, bukankah itu panduan dari Allah?

Lagipun, pada saya... untuk melaksanakan hukuman hudud itu bukanlah sewenang-wenangnya boleh dilaksanakan. Allah Maha Adil. Bukannya kita nampak seseorang itu masuk ke rumah seseorang, kita katakan dia mencuri lalu harus dipotong tangan. Tidak! Islam sangat adil. Kalau tiada saksi yang mencukupi, hukuman tidak akan dilaksanakan. Kenapa hendak takut? Hudud, perlaksanaannya boleh menjamin keselamatan dan keharmonian negara.

Baiklah...dalam entri kali ini, saya bukan hendak bercakap tentang soal hudud itu namun tentang bisanya lidah namun, kerana soal hudud dibangkitkanlah, entri ini dapat difikirkan. Bagus juga.... sekurang-kurangnya saya perlu membuat ulangkaji sikit tentang ayat Allah selain dok baca pasal jurnal sains sahaja... :)

Baru-baru ini...saya terbacalah beberapa keratan akhbar yang bersangkut paut dengan hukum ini dan banyak sekali pendapat dan pandangan daripada orang-orang yang ditemuramah itu. Namun sangat dikesalkan bila pandangan dan jawapan yang diberikan itu sangat dangkal dan kelihatan bodoh. Maaf kalau saya katakan; jawapan para penghibur (kadang-kadang membosankan) kita adalah sangat menjelekkan!

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah an-Nisa, ayat 56).

Kita memang mudah hendak bercakap itu ini kerana lidah tidak bertulang. Belit sana, belit sini. Tapi haruslah kita ingat, setiap tutur kata kita itu ada dosa dan pahalanya yang tercatit. Kata-kata boleh menjadi pahala, dan kata-kata boleh menjadi dosa.

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaaf, ayat 18)

Sebab itulah, di akhirat kelak, lidahlah satu-satunya anggota yang akan dikunci dan tidak dibenarkan bercakap oleh Allah swt kerana di dunia ini, terlalu banyak kerja lidah dan lidah boleh berbohong. Kalau dibenarkan lidah untuk berbicara kelak, sampai ke sudah pun tidak akan selesai pengadilan di Mahsyar dan ramailah orang akan berusaha membelit dan menipu untuk memiliki nikmat syurga.

Allah swt pernah mengingatkan Nabinya, Harun dan Musa sewaktu berdakwah kepada Fir'aun untuk menjaga tutur kata meraka.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia sudah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Toha, ayat 43-44)

Kata-kata yang baik akan melembutkan hati yang keras. Dakwah bukanlah suatu yang mudah. Ibarat menjaja kebaikan; susahnya hendak terima dan sekejap sahaja dilupakan berbanding dengan menjaja keburukan, sekelip mata sahaja kita akan percaya.

Dalam apa jua yang hendak kita katakan, berfikirlah dahulu impaknya. Lidahlah punca persengketaan berlaku. Lidahlah yang mudah mengadu domba, memfitnah, mengumpat, mencela, mengata dan segala-galanya. Namun, lidah jualah yang menasihati, berzikir... Lalu, pilihlah... fungsi lidah yang bagaimana hendak kita bentuk dalam kehidupan kita. Hidup inikan suatu pilihan?



“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya).” (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)

Kita jarang nampak soal kata boleh menjadi pahala. Namun percayalah dengan janji Allah itu. Hatta mengalihkan pandangan dari memandang maksiat pun sudah dikira pahala, padahal jeling gitu je... apatah lagi bila kita mampu berkata-kata menegur sesuatu dengan niat menjaga agama. Subhanallah...itulah peringkat iman yang paling tinggi.

Al-Quran ada menjelaskan ciri hamba Allah yang cemerlang iaitu yang mendapat gelaran 'ibad ar-Rahman, iaitu mereka yang baik tutur katanya. Mereka yang apabila dihina atau dicerca oleh orang yang jahil (tidak berilmu), mereka tidak membalasnya kecuali dengan kata-kata baik dan indah.

Boleh ke kita bersikap demikian? Akhlak kita, orang yang mencerca harus kembali dicerca... Tidak ramai yang berdiam diri dan meminta keampunan Allah saat dicerca kerana merasakan 'diam tanda kalah'... (Geleng-geleng). Tak patut... diamlah, jika tiada satu perkara kebaikan hendak diperkatakan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Surah al-Furqan, ayat 63)

“Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” (Surah al-Ahzab, ayat 70)



Akhirnya, marilah kita sama-sama muhasabah diri... andai terkurang, marilah kita lengkapkan. Andai sudah terlaksana, marilah kita sempurnakan.

Firman Allah yang bermaksud: “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

Perkara sebegini...akan menjadi dacing kita di akhirat kelak... sama ada ia memberat ke kanan, atau memberat ke kiri.

Setengah daripada sebaik-baik Islam seseorang manusia itu... iaitu meninggalkan ia akan barang yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat. (Sabda Rasulullah saw)

Monday, October 3, 2011

Dua Belas Barisan Manusia Menuju Akhirat

Actually... tadi tengah isi-isi tarikh penting kat kalendar and then..ternampak pulak kertas yang saya tampal kat dinding sebelah katil ni.... Tiap-tiap malam baca... bukan apa, mengingatkan diri sebelum tidur supaya kenang mana-mana dosa yang ada hari ni... semoga tak terulang buat lagi di hari esok. So, apa kebendanya tu?... Jom baca...

Ada 12 barisan manusia tatkala menuju akhirat kelak...

1) TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI... kerana dia menyakiti hati jiran, sombong dan tidak mahu berbuat kebaikan.

2) DALAM FIZIKALNYA BERBENTUK BABI HUTAN... kerana meringan-ringankan solat.

3) DALAM BENTUK SEEKOR KELDAI DENGAN PERUTNYA PENUH ULAR DAN KALA JENGKING... kerana enggan membayar zakat.

4)DARAH MEMANCUT KELUAR DARI MULUT... kerana suka berdusta ketika berjual beli.

5)BERBAU BUSUK SEPERTI BANGKAI... kerana menyembunyikan kelakuan derhaka.

6)KEPALA TERPUTUS DARI BADAN... kerana menjadi saksi palsu.

7) KELUAR TANPA LIDAH TETAPI MENGALIR DARAH DAN NANAH DARI MULUT... kerana tidak beri kesaksian kebenaran.

8) KEPALA KE BAWAH, KAKI KE ATAS... kerana berzina.


9) WAJAH HITAM DAN MATA BIRU... kerana makan harta anak yatim.

10) BERPENYAKIT SOPAK DAN KUSTA... kerana derhaka kepada ibu bapa.

11) BUTA, GIGI SEPERTI TANDUK, BIBIR TERJUIH SAMPAI KE DADA DAN LIDAH TERJULUR... kerana minum arak.

12) WAJAH BERSINAR BAK BULAN PURNAMA DAN MELINTASI TITIAN MUSTAQIM SEPANTAS KILAT... kerana soleh dan sentiasa beramal kebajikan.



::semoga kita semua tergolong dalam golongan yang kedua belas... aminnn!::

Sunday, October 2, 2011

Amalan Tidur Yang Baik


Hai..as salam!

Sori lama tak mengupdate entri walaupun hakikatnya cuba untuk menjadikan diri seorang blogger tegar. Hahaha.... halalkan angan-angan itu...

By the way, di masa yang agak suntuk ni... sebab dah hampir pukul 2 pagi dan kepala dah cukup tingtong dengan jurnal-jurnal... jadi, apa kata kita kongsikan sikit tips-tips untuk tidur? Ni pun korek-korek dalam lappy adik dan terjumpa je... so, it is absolutely not my writing and thanks to my sister! Haha....

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 33 kali

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutuplah aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya akan ada syaitan atau jin betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Pada yang dah berkahwin tu pulak... Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, syaitan atau jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih syaitan atau jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu... Mulakanlah sesuatu dengan yang baik dan suci, insyaAllah perjalanannya juga akan baik dan mulia...