Sunday, December 2, 2012

Entri Masakan | Kek Keju Coklat

Assalamualaikum wbh.. 

Adik aku dah kembali ke kampus dah semua. Maknanya tinggallah aku, ma Abah, nenek ngan adik b0ngsu lelaki yang kadang-kadang je terasa kewujudannya tu. Tak pe.. lepak la dik kalau k0 nak lepak pun..tahun depan nak kena study untuk SPM dua tahun lagi plak. Tapi jap-jap, g0l0ngan cikgu sekalian..SPM ada lagi ke dua tahun lagi? Sebab aku dapat tahu PMR last tahun depan kan? Tak best langsung kalau itu betul-betul terjadi. Bukan apa.. nanti penilaian akan jadi susah sebab tak tahu nak nilai dari mana. Ye..ikhlas aku cakap.. tak de niat nak jeles ngan di0rang pun. Huhu.. 

Makanya, hari Ahad telah disahkan sebagai hari aku bercuti dari bekerja. Yeay! Rasa macam keje kat KL plak.. ahahah.. s0, macam biasa hari cuti aku suka bermalas-malasan di rumah. Aku suka kerja aku tu dan kalau setakat nak 0T sekali sekala tu gua tak kisah pun.. kalau acap-acap tak b0leh la.. kang terlebih kaya plak~ 

Tetiba plak semalam sebelum tidur aku teringat yang krim keju (halamak, terasa melayu sejati plak) aku wat kek keju itu hari ada lagi dua t0ngk0l. Caiitt.. kalau smpan lama-lama keju pun akan r0sak kan? Tak pun, rasa dah tak best. Alaaa.. takkan nak buat cheese cake lagi? Muak arr… hari tu aku saje je nak makan. Entah tersampuk selera sape… biasa aku kurang la ngan cheese cake ni.. 

Pikir-pikir nak buat apa ngan dua ketul tu… sebab kalau Ma Abah nampak ada barang berkurun dalam peti ais, bleh tertusuk hati dengar kata-kata ped0man dari di0rang. Huhuhu… cheese cake memang dah reject! Well… kek apa ek? Hurrmm… sambil g0lek-g0lek, aku usha la resepi pape jek kek dari tep0n hadiah dari abam dan Mama sayang… (tep0n jek, bil aku setel bulan-bulan) Tap! 0K.. aku rasa aku nak cuba wat ch0c0late cheese cake la.. at least, bukan keju semata-mata. 0key then… baru bleh td0~ 

Es0k pas Subuh aku sambung tidur. Alaaa.. bukan selalu.. Huhu.. cuti kan.. Ma Abah plak keje. Bukan ada apa pun nak wat.. [lupakan kain yg nak dibasuh, nasi yang nak kena masak, sangkar kucing + arnab yang nak kena cuci, rumah yang kena kemas]. Aku bangun jam 10 pagi. Baru je siap mandi, teringat yang Ma suh aku beli ayam sebenarnya sebelum dia gi kerja tadi. Alaahh.. huhu! Jam 12.30 aku kuar la pegi pasaraya.. iyerr.. nak cari kat pasar bukan ada da pun. Kut ya ada pun, c0nfirm dah banyak bacteria bertempek kat ayam tu pasal biasanya di0rang sembelih pagi-pagi tu.. huhu.. 

Balik je dari pasaraya, s0lat Z0h0r dan lepak jap..aku terus masuk dapur buat kek.. huhu... Sediakan semua bahan-bahan dan segala macam pr0ses tu..siap semuanya k0l 6 petang gitu. Leceh bab nak tunggu masak layer by later tu. Huhu.. 

S0, buat k0rang yang nak cuba buat ch0c0late cheese cake ni, ni bahan-bahan dan cara-caranya… 


Lapisan Kek C0klat
125g tepung gandum
125g mentega
2 biji telur gred A
150g gula kast0r
30g serbuk k0k0 (bancuh dengan 100mL air suam)
Sedikit esen vanilla

Cara nak buatnya… pukul mentega bersama gula sampai kembang dan nampak macam berkrim gitu. Then, masukkan telur satu persatu sambil putar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar sebati. Last sekali baru masukkan bancuhan k0k0 dengan tepung tu. 0key, put aside. 



 Lapisan Keju
300g cream cheese
1 biji telur
60g gula kast0r
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit esen vanilla

Cara nak buatnya pulak… Pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla dan pukul dengan minima. Lastly baru masukkan tepung. 

Cara nak kukusnya perlu gigihkan diri menunggu 0key… (aku suka kukus. Kalau k0rang nak bakar pun bleh.. bakar tu, bleh tuang lapisan keju atas c0klat dan masukkan dalam 0ven sekaligus. Suhu standard macam kek-kek biasa ~150-160 selama 45 minit) 



Untuk kukus, mula-mula k0rang ratakan lapisan c0klat..tutup kukusan dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Dah masak yang tu, lapiskan rata dengan lapisan cheese. Tutup lagi untuk 20 minit. Dah masak yang tu ulang lagi langkah sampailah adunan kedua-duanya habis. Dah siap, b0lehlah k0rang sejukkan, hias dan hidangkan…   Aku malas nak cakap la kek ni sedap ke tak.. tapi, masa aku tengah basuh pinggan tadi, Mama cakap, "kek ni bleh jual ni.. cuba amek satu slice lagi.." kekekeke..

Selamat mencuba semua! ^^

Sunday, November 25, 2012

Cintok

Assalamualaikum wbh.




"Kakak, susah tak jadi doktor haiwan?"

Aku senyum.  Aku bukak penutup hidung.  Rawatan sudah selesai.  Agaknya sekarang ni sesi konsultansi.

"Adik nak jadi doktor haiwan?"

Dia angguk.

"Kenapa?" Aku tanya lagi.

"Suka kucing..." Aku senyum pada dia sambil usap kepala Cintok.

"Owwhh... tanya abang tu.  Dia doktor.  Kakak bukan doktor, kakak pengkaji haiwan."  

Memang bunyi macam sumbang je tapi hakikatnya, memang itu bidang pengajianku.  Huhu.

Dia pandang abang itu.

"Abang!  Susah tak nak jadi doktor?".  Doktor Syamil mampir kami.  Aku tersenyum pada Dr. Syamil, berkongsi rasa lucu bercampur ingin tahu juga.

Dr. Syamil duduk berlutut.  

"Nak jadi doktor haiwan?  Sekarang umur berapa?"

"11!"

"UPSR la tahun depan.  Hurrmm..  susah ye.. hurmmm.. hehe!"

Aku ketawa.  Susah kan untuk menjelaskan?  

Nak kata senang, kita sudah separuh nyawa.  Nak kata susah, bimbang membantut semangat si kecil itu.

Dr. Syamil berkira-kira.
 
Aku hulurkan Cintoknya, dia menyambut.

"Jaga Cintok elok-elok.  Dia dah okey ni."

Angguk.

Dan pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan... nyata, nak jadi doktor haiwan tak termampu diluahkan tahapnya.  Hahaha...

Aku harap, dia tetap bercita-cita dengan cemerlang!  

Moga dia kenal erti sebuah ketabahan berjihad di jalan ilmu kelak.

Friday, November 23, 2012

Entri Masakan | Kek Coklat Moist

Assalamualaikum wbh..

Lama rasanya tak berbelog.  Rindu kot nak menulis tapi as I have promised myself.. takkan mengadap blog if emosi tak berapa nak stabil.  Huhu.. takut nanti yang ditulis luahan yang tak berapa waras. Sigh~~

You all rindu I tak?  Hoho.. [kurang kasih sayang giler soalan]

Resepi kali ni aku nak share ngan korang sangat-sangat la pasal ni antara feveret aku.  Antara lainnya, ia mudah dan sangatlah selamba yaya nak buatnya.  Bleh kata sambil-sambil ko tunggu commercial break pun leh sediakan adunan.  What??  Tak caya?... Okei, kita bet, ada bran?... hehe...

First try aku buat ikut selera aku.  Gula tu aku kurangkan sket, siap buat topping lagi even masa nak sediakan topping tu kalut gak la pasal ada ke bleh silap pandang lak coklat bar dalam peti tu rupanya coklat yang kita makan tu, bukan coklat masakan.  Kelam kelibut aku selongkar peti cari kot-kot la ada coklat masakan yang tersisa.  =_= kecewa yang kudapat.  Tak dek pun..  huhu...  Takkan nak makan kek coklat betul-betul pure gitu je?  Tak dek hias-hias?  Tak dek coklat topping yang meleleh-leleh?  Tak dek semua tu?  Tak dek?...  Tiada maknanya bagiku jika itu yang dikatakan kek coklat moist.  Kali kedua buat, aku lupa nak kurangkan gula.  Guna satu cawan.  Gulpp.. aku tak suka manis so, rasa macam tak best.  So, sape ntah yang tolong habiskan.  Aku balik keje esoknya tu tengok dah tak dek dalam peti.  Tengok dalam tong sampah, clear.  Okey, aku pasti, dah masuk perut ler tue~

Untu topping tu, sebab tak jumpa coklat masakan, lalu aku mengorek-ngorek idea untuk adakan topping meleleh gak.  (maklumlah, bukan pakar masakan katakan, gelabah mesti ada).  Then.. TING! Laaa.. kan ada serbuk coklat.. buatlah guna serbuk tu.  Lastly, maka terhasillah jugak kek coklat moist feveretku.. 


Jadi, untuk kawan-kawan yang nak mencuba, boleh aje.  Silakan. [resepi asal disini

(A)
Gula pasir
Serbuk Koko (aku guna Van Houten)
Susu cair
Susu pekat
Minyak masak

*Semua bahan-bahan ni satu cawan je nilainya.  Cuma yang gula tu aku guna 3/4 cawan je sbb bila cuba ngan 1 cawan nak termuntah ase.  Macam telan sebalang gula.  Hoho.. hiperbola sket-sket tak pe..  Oh ya, gula tu pulak aku kisar kasi halus.

Gaul semua bahan-bahan diatas tu sampai sebati then masak sekejap atas api yang perlahan.  Kejap je atau korang akan merasa kek coklat berperisa hangit.   Okey, dah siap boleh ketepikan.

(B) - ayak bersama
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking power

(C) - blend. Guna pemukul pun boleh.
3-4 biji telur bergantung saiz.

Dah siap ayak semua tu, masukkan bahan (B) dan (C) ke dalam (A) secara bergilir-gilir.  Masuk (B)-(C)-(B)-(C)-(B).  Kemudian, bolehlah masukkan dalam loyang (aku sapu mentega dulu dalam loyang tu sebab nak mudahkan bila masak nanti) dan kukus selama lebih kurang 45 minit.  Jangan bukak penutup loyang tu sebab nanti kek jadi mendap.  

kek masih berbogel.

Untuk resepi topping yang marbeles.. begini caranya...

1 cawan minyak masak (bleh guna kurang dari ni pasal nak elakkan korang jadi tong minyak. huhu...kek dah secawan minyak)
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis

Gaul semua sekali dan masak atas api perlahan jugak.  Bukan dabel boiling tau... dah nampak berkilau-kilau tu, okey..dah bleh tuang atas kek!
 

dah berhias sudahh.. hehe!

Okeh, itu je untuk santapan selera kali ni.  Hehehe... selamat mencuba! 

Friday, November 2, 2012

Mari Bercuti Bersama Adik-Adik!

Assalamualaikum.

Aku suka tempat yang tinggi dan pantai.  Kalau tak dapat ke tempat yang ada air, biarlah dapat ke tempat yang sejuk-sejuk.  Mungkin sebab aku anak kedua kot...  ikut kata orang tua-tua, kan anak nombor dua unsur air (kalau korang yang tak tahu, turutan dia macam ni; tanah--air--api--angin).  Haha... tapi, tak de kaitan kot.

Dua hari lepas, aku dan adik-adik bercuti ke Cameron Highlands.  Saje... aku nak belanja adik-adik aku je sebenarnya... dengan duit gaji terkumpul aku tu.  So, aku nak masuk keje lain ni, guna la duit saki baki yang ada tu.  Kira, nak masuk gaji baru ni, semua nak bersih.  Heheh...  tak adalah banyak mana pun.  Untuk dua hari percutian, dalam RM250 gitu je.. (hotel guna duit Abah).

Aku suka Cameron Highlands.  Selalu jugak ke sana.  Entah, mungkin sebab dekat dengan Kelantan kot.  Harapkan Fraser Hill ke, Bukit Tinggi ke, Maxwell Hill ke, Kundasang (omg..aku nak gi sangat), itu jauh.  Cameron boleh pegi balik hari.  Ibarat balik jenguk mak mertua je.  Eh?! Haha..  Tak dek kaitan.

Kat tanah tinggi ni best..pasal selain sejuk, aku rasa macam syok je hirup udara kat atas tu.  Rasa macam bersih giler paru-paru aku.  Pastu, boleh minum air coklat panas dengan perasaan yang terbang-terbang gitu...  masa aku naik Cameron 4 tahun lepas, waktu pagi bleh main hembus-hembus wap.  Tapi sekarang ni tak dah...  sejuk je tapi tak kuar asap pun... sedikit kecewa disitu...  aku baru berangan nak tempek gambar mulut kuar asap kat sini.  Mungkin Tuhan dah tahu niat aku... so, tak baik riak.  Huehuehue...

So, untuk percutian dua hari tu, aku share la beberapa keping gambar ngan korang.  Hope terhibur.

Model Strawberry Chocolate :))


Ni motif sebenar!! (^.^)v
 

Robinson Fall...
Nak beli ke tak nak??
Barang kat sini sama jek sejak 4 tahun lepas... dan perangai aku pun samaaaa jugak, tetap suka membeli!! haha...


Gambar oleh paparazzi... TIDAAAAK!
Haha..so, dengan itu tamatlah sudah entri ni.  Aku rasa macam jawab kertas BM bahagian rumusan... :P haha... aku bagi can korang baca yang pendek-pendek la kali ni.  Panjang-panjang cecah lantai karang ada yang meleleh air liur nak perabeh plak... so, thanks for reading!  Jumpa lagi.. tata bucuk!


Thursday, October 25, 2012

DemiMu Ya Rabb... #1

"Apa yang senyum-senyum tu Iqah?."

Shafiqah makin lebar menyengih.  Tangannya membelek-belek bungkusan parcel yang baru diterima.

"Ihikk! Ada laaa...," jawabnya cuba berahsia.

Aimran mencebik.  Tangannya cuba merampas bungkusan itu sebaik Shafiqah menempek dekatnya.

"Ishh, apa ni bang... Blueekk, mana boleh!"

"Pakwe bagi la tu...," ejek Aimran.  Matanya menjeling sebelum kembali mengadap televisyen.  Ah, malas dia nak layan Shafiqah.

"Alahai.. bertuahnya badan kalau diri ni ada.. apa tadi bang?  Pakwe?.  Hehe..," Shafiqah giat mengusik abangnya.  Cuit-cuit hidung.  Aimran buat-buat tak layan.  Dia pun saja je tadi.  Bukan dia tidak tahu Shafiqah tak punya buah hati pun.

Shafiqah membuka bungkusan yang baru diterima.  

Tiba-tiba Aimran ketawa besar.

"Hoi dik..kut ya pun sayang ngan barang tu, tak payahlah salotip pun nak buat kenangan.  Ko koyak rakus sket bleh?," tempelak Aimran.

Shafiqah menjuihkan bibir.  "Biar la!  Eee.. jeles lettew...,"Shafiqah menjelir sekali.  Aimran membalas.

"Malaslah ngan abang ni.. bukak dalam bilik baru boleh feeling," kata Shafiqah seraya bangkit dari sofa corak harimau bintang itu.  Aimran sempat mengelak tatkala Shafiqah cuba menyepak kakinya.  Mengekek dia ketawa.

Dalam bilik, Shafiqah tersengih-sengih saat membelek barangan yang baru diterimanya itu.  Ditayang-tayangkan di hadapan cermin.  Waaahh..., bisiknya sendiri.  Pusing kiri, pusing kanan.

"Tadaaa!! Abang dah nampak!  Ooo... ini ke bendanya..." jerkah Aimran dari balik pintu.  Cepat dirampasnya dari tangan Shafiqah.

"Abaaaaang!"  Shafiqah menggetap bibir.  Geramnya!

Dia Temanmu...

Assalamualaikum wbh..

"Kita berbeda untuk saling mengisi kekurangan kita,
Mencari sahabat untuk selamanya..
Atasi semua perbedaan,
kau dan aku sahabat untuk selamanya...
Tak ada gunung yang terlalu tinggi,
Untuk kita daki bersama,
Dan tak ada laut yang terlalu dalam 
untuk diselami..."

Kawan dalam hidup memang sangat bermakna.  Walau kita punya keluarga, kadang-kadang kawan perlu sebab ada perkara yang kita senang berbual dengan mereka.  Bergosip, main game ntah pape, tubuh geng karut-marut.. pendek kata, otak gila-gila boleh terhasil dengan kawan-kawan.

Ada perkara yang kita rahsiakan dari keluarga, maka kawanlah tempat mengadu.  Kawan tengok tangisan kita disaat kita sembunyikan dari kerisauan keluarga.  Kawan jugalah yang hulurkan tangan bantu mana yang ada di saat jauh dari keluarga...

Ada 'kawan' bukanlah bermakna kita kena selalu bersama.  Tapi, disaat memerlukan, siapa dia yang hadir sama.  Kadang, dia yang selalu kita umpat tika bersama 'teman' yang itu, tapi disaat kita jatuh terduduk, dia yang hulurkan tangan menuntun kita kembali.  Kadang-kadang, atas soal yang kecik sahaja bagi kita, tapi di pihak kawan, dia sangat mengharapkan kita.  

Kadang-kadang kita rasa, "Alah, malaslah keluar... setakat nak ajak minum-minum je."  Tapi siapa tahu, kawan ajak kita sebab dia nak melepaskan tekanan.  Ada yang dia pendamkan.  Keluar minum-minum tapi sembang-sembang kosong itu boleh menenangkan dia, siapa tahu?  Bukankah mengurangkan beban seseorang kita besar pahalanya... 

Tapi dalam menjaga hati kawan, jangan sampai membuang keluarga.  Tanpa keluarga, ada kawan satu dunia pun tidak akan berguna kerana naluri kita tetap terikat dan mahukan darah daging sendiri...

Tapi jagalah seorang kawan bila kita sudah jumpa seseorang yang boleh mengingatkan kita pada akhirat.  Yang dapat mengingatkan kita kembali pada jalan Allah...  

Mungkin dia akan pergi menjauh suatu hari nanti, tapi bukan kerana dia rela.  Tapi kerana kita yang telah buang dia... dari hidup kita.  Kerana disaat kita mahukan dia, dia sentiasa ada.  Bila masa dukanya tiba, kita leka dengan perihal kita.... 

Jagalah hubungan persahabatan itu... jangan diumpat kekurangannya, jangan dibenci kelebihannya...  Dialah temanmu... 

Wednesday, October 24, 2012

Oh, Kek Kejuku!

Assalamualaikum wbh..

Malam yang sangat menyesakkan dado aye!  Heh.. tetiba rasa musykil pasai pa tetiba rasa nak makan Cheese Cake je dua tiga hari ni.. dah dua malam ni kempunan.  Iskk!  Jangan la buat mengidam gini kot-kot satu masa aku mengandung nanti.. eceh!  Tak berapa dekatnya angan-anganmu... booooo~

Lebih kurang patplohlapan jam yg lepas...  aku gi kedai jual bahan-bahan buat kek ni.  Ada member aku yang baru dapat baby girl.  Aku ni suka bagi makan kat orang daripada dok bagi hadiah berbentuk material tu.  Lagipun, baby sekarang ni cukup makan makanan yang berzat..tumbesaran diorang tahap tip top.  Kalo beli baju baby karang, pakai dalam sebulan dia dah tak muat.  Arrgghh!  Aku tak suka.. tak suka... aku suka kalau pemberian aku dipakai lama-lama...seumur hidup lagi bagus!  Wahahaa... tengok betapa besar nafsu aku dalam menguasai... well...

So, aku decide nak bagi diorang apam je.. Eh, apam, JE?!  Tak apa... yang penting itu pemberian ikhlas hasil titik peluh aku.  =_="   korang tengoklah nanti... apam special laaa... T_T

Okey, aku tak mahu update resepi apam dalam entri akan datang.  Aku nak update resepi Cheese Cake!  Nyumm..nyumm... nanti eh?  Aku dah penah tengok resepi dia sebelum ni...  err.. cam senang je nak buat.  Tapi, nantilah aku buat dulu...  kan dah cakap, bab kek ni aku slow sket...  huhu... kena wat secara skema.  Tapi sebagai menghormati prinsip aku iaitu "Nak makan banyak, kena cuba buat sendiri di rumah.  Baru berbaloi!" itu, so aku akan cuba buat.  Lagipun, banyak kot buku resepi kat rumah nie.. dekat dua puluh bijik.  hahaha.. kesian buku-buku tu!  Okeh, kena try buat...  Gambatte Suhaila-chan!  
*tepuk-tepuk bahu*

haha.. kenapa tikus kena kaitkan ngan keju eh?
 
 Duk rumah buat apa kan kalau tak praktis masak-masak?  Dah la zaman kanak-kanak dulu aku dah terencat dari segi bermain ala-ala kanak-kanak perempuan... asyik main beskal, panjat pokok, main polis-polis.. apo larr... nak main pondok-pondok?  Kahkah..aku gelak guling-guling laaa... Dah besor ni baru nak kalut belajar masak.  Adeh...adeh!

So, jumpa lagi di entri akan datang.  Thanks for reading! 

Sunday, October 21, 2012

Entri Masakan | Fettuchini Dengan Kuah Krim

Assalamualaikum wbh...

Hujan pulak semenjak dua ni...  alahai!  Tapi hujan-hujan macam ni kalau pekena teh O cicah ngan biskut Hup Seng best jugakkan?  Dulu masa arwah nenek ada, bleh la makan ubi rebus cicah ngan kelapa parut campur gula...  sekarang ubi pun malas nak tanam.  Hahaha...

amek kat blog sape ntah... tak sangka ada orang post jugak.. hahaha
Aku boleh dikatakan orang yang sederhana je bab masak-memasak..  Antara banyak-banyak masakan negara selain Malaysia, aku rasa yang paling senang nak masak ialah masakan Barat.  Orang Barat ni bagi aku pemakanan diorang memang ringkas dan sesuai untuk orang yang tidak berapa rajin macam aku.  Sebab itu, masakan Barat adalah kegemaran aku sama ada untuk makan atau masak.  Memang aku mengaku sangat-sangat laaa... aku memang failed masak gulai yoo!  Tapi aku pun tau itu tak boleh dibiarkan.. aku kena jugak try masak benda-benda macam tu sampai jadi... sebab, aku bukan nak kawen mat saleh nanti.. so, kena la belajar-belajar waktu bujang nie... haha.. XD

Boleh dikatakan aku selalu teruja kalau sebut bab chicken chop ke, spaghetti ke, pizza or what ever la..  Yelah, Italian sket-sket... 
Dan beberapa minggu lepas, aku saje nak try makan fettuchini di kesiangan hari.  Haha... memang aku terasa pelik jugak la kalau makan makanan macam tu untuk lunch, tapi tak apalah... kalau dah datang selera macam tu, bukak peti, bukak dapur, buat jelah... huhu...  Tapi satu yang menjadi masalah ialah aku tak dek krim masakan.  Bukan tak ada kat kedai tapi aku berkira ngan harga dia.. hahaha.. sorry, aku memang suka amek masa buat calculation bab membeli belah.  Hak pengguna tu memang aku guna habis-habisan!

Aku gi supermarket nak beli krim masakan tu.. mak aii.. dekat RM8 untuk beberapa ml je.. Tak jadilah...So, aku abaikan je krim masakan tu.  (Sebenarnya aku bimbang kandungan krim tu nanti akan menggemukkan aku.. hohoho..  walaupun aku ni dah cukup kering tapi tetap aware ngan kandungan lemak dan kolesterol~)

So, aku keluarkan siap-siap mentega sebab aku tak reti nak mengagak jumlah untuk 50gram.  Ni semua pasal nak gantikan krim tu la.. aku wat sendiri.  Hehehe.. tapi resepi ni pun aku amek daripada orang yang lebih bagus memasak dari aku la... Sob3.. aku kan amatur jek...

Baiklah, untuk korang yang nak cuba jugak resepi ini, aku boleh kategorikan sebagai 3/5 dari segi kerumitannya.  Tapi untuk orang yang biasa masak, kacang je pun... huhu... untung la...

Bahan-bahan yang korang perlukan ialah;

Pasta
Minyak masak
Garam

Untuk masak pasta ni, rebus pasta bersama-sama dengan secubit garam dan minyak masak.  Dalam dua sudu je la letak minyak tu...  tunggu sampailah dia dah lembut.  Angkat dan toskan.

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Air panas

Untuk buat krim (ganti krim masakan), bancuh semua sekali sampai sebati.

(2@3 ulas) Bawang merah
(2@3 ulas) Bawang putih
(1 sudu besar) Mentega
(segelas) Susu segar
Daging kisar
Mixed Herbs McCormick
Cendawan butang
Sosej
(2 sudu besar) Stok ayam
Garam
Krim (yang tadi)

ni rupa masa dalam proses... bau pun dah marbeles u'ollss...

Mula-mula, u'olls tumis bawang merah dan bawang putih dengan mentega.  Kemudian, bila dah naik bau tu, masukkan daging kisar dan sosej.  Masukkan Mixed Herbs, susu segar, krim yang korang telah buat dengan penuh ketabahan tadi, garam dan juga stok ayam.  Pastu biarkan mereka sekalian menggelegak.  Masukkan sedikit air panas, ni aku punya cara la sebab aku tak suka nak telan pasta tu ngan kuah yang sangat pekat.  Kacau-kacau sampailah semuanya sebati.


Pastu bolehlah hidang masa panas-panas...  barulah syiok~

Selamat mencuba.

Monday, October 8, 2012

Entri Masakan | Cupcakes Pelangi

Assalamualaikum...

Haha..dah kenapa entah aku sejak duamenjak ni asyik nak post entri pasal makanan jek! :D  Bukan apa..aku bosan kot kat rumah sejak tak keje ni... lagipun, daripada menjadikan aku ni cam useless (O_o) je kat rumah, baik la aku buat something yang boleh buat Ma Abah aku tak membebel.  Hohoho... yelah, dah la duk rumah, takkan nak perabihkan boraih je kan??  Huhuh..  lagipun, aku memang bukan tahan nak duduk-duduk sahaja tak dek buat apa.  Nak gi apply keje dekat-dekat umah pun... alaaa... macam ciput je ngan masa yang ada.  Hujung bulan ni kalau ada rezeki, insyaAllah dapatlah keje. 

Masa aku duk kemas-kemas dapur sket, ternampak plak bahan-bahan lebihan biskut raya aritu pun masih ada la sikit sebanyak.  Daripada biarkan beliau dan sahabat-sahabat beliau expired macam tu, ish!  Tak baik membazir...  so, godek-godek sana sini aku rasa dengan kuantiti dua cawan gula kastor tu, bolehlah aku buat cupcakes huduh-huduh...

Pikir-pikir dengan bahan yang terhad macam tu, aku nak buat apa eh?  Tengok telur dalam peti, oh.. aku baru je beli telur gred B.  Whipped cream pun ada...  tepung ada...  mentega pun ada.  Bahan-bahan asas semua ada... apa lagi, cepat keluarkan mentega dan telur dalam suhu bilik.  Lalala... jom kita buat cupcakes pelangi.  Senang?  Haruslah... aku mana suka wat benda-benda yang cerewet-cerewet ni...  yang penting, ringkas, comel dan sedap!

  
Baiklah... bahan-bahan yang korang perlukan ialah; 

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
secubit garam
1/2 cawan mentega (suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur putih (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan susu segar.

Mula-mula sekali, korang ayakkan tepung, baking powder, garam dan ketepikan.

Pastu, pukul mentega dan gula sampai kembang atau sampai dah jadi putihMasukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu.  Jangan dok syok sangat ngan kegebuannya tu... masukkan esen vanila cepat-cepat. :D

Kemudian, slowkan mixer dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu.  Kalau korang masukkan tepung dulu, pastikan selang-seli dan last-last sekali pun masukkan tepung gak.  Kiranya macam tepung-susu-tepung-susu-tepung, okei??

Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letaklah pewarna yang korang suka.  Pelangi kan ada tujuh warna... haaa... nak letak tujuh-tujuh warna tu pun silakan~  Pastu, buat tompok-tompok kecik sampailah dah 3/4 cup tu...  then, dengan gunakan lidi yang bersih, buat putaran kat bahagian atas sampailah korang rasa corak dia dah cantik...

Pastu, bakarlah dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 25 minit atau hingga masak...  biasa 25 minit dah masak dah... :)

Pastu, bolehlah hias sesuka hati korang.  Nah..senang je... tak sampai sejam pun! Selamat mencuba semua~

*tips buat rama-rama : potong bahagian kek yang lebih kat bahagian atas tu... kiranya nanti kek tu akan sama ngan tinggi cup tu je.. potong dua.  Kemudian, letaklah whipped cream dan letak kepingan tadi atas dia..buat macam kepak rama-rama... :)) 
 

Sunday, October 7, 2012

Entri Masakan | Puding Roti Dengan Sos Kastad

Assalamualaikum...

Semua orang mesti ada cara nak release stress kan?  Ada yang menangis-nangis (aku pun... tengok keadaan), ada yang buat-buat lupa padahal dalam kepala berselirat dengan tekanan, ada yang pergi bersukan dan ada yang suka buat amal jariah...  Sebab ada kata hikmah yang berbunyi begini, 

"Cara terbaik memberikan kegembiraan pada hati sendiri ialah dengan memberikan kegembiraan pada hati orang lain."

Hebatkan?

Tapi aku juga ada satu penyakit penghilang stress yang mungkin menguntungkan dan mungkin juga merugikan.  Aku suka makan dan buat makan bila aku kecewa.  Sebab sekarang ni aku duk rumah, so lagi senang untuk aku aplikasikan perangai yang kedua itu.  Membuat makanan!

Dan sebagai seorang perempuan, masak memang tak boleh lari dalam hidup cuma sedap tak sedap je la penghujungnya.  Haha.. Opps!  Tapi satu rahsia pakar masakan ialah, bila kita memasak dengan gembira, orang yang makan makanan kita akan rasa gembira.  Kalau kita masak dalam keadaan marah atau sedih, orang yang makan hasil tangan kita juga akan rasa macam tu.  So, berhati-hati.  Huhuhu...

Aku suka buat something yang comel-comel... kalau ada yang dah baca entri yang lepas pasal penyediaan makanan untuk si kecil tu, haaa...  korang mesti dah bleh agak aku punye minatkan?..  Memang betullah...aku suka buat sesuatu yang cute dan kecik-kecik je.  Hehehe... macam cupcakes, biskut or kek dalam portion yang kecil sahaja.  Yang bertingkat-tingkat bagai tu... aku mohon sangat jangan gatal mulut suh aku wat.  Aku tak reti.

So disebabkan aku frust sket malam ni, aku pun dengan gatal tangannya pergi shopping dan bawak balik beberapa bahan untuk aku sepahkan dapur-yang-baru-dikemas-mama dengan puding roti.  Yup!  Aku suka buat dessert ni..  Ringkas, comel dan sedap.  Heheh.. yang terbaru aku baru applykan pancake ngan coklat cair untuk sarapan pagi hari tu.  Tapi entri ni bukan pasal tu, ni untuk puding roti sahaja.

Mula-mula aku buat puding roti Butterscotch masa majlis akikah anak menakan aku masa raya aritu.  Lepas mendapat sambutan dari kawan-kawan dan tetamu yang datang, aku lebih yakin nak buat lagi.  Sebenarnya, hari tu aku pun tak tahu rasanya jadik apa.  First time buat.  Tapi bila lihat hasil dia sebijik macam dalam resepi yang diberi, hahaha... aku hidangkan je la.  Aku rasa pun masa dah last-last pieces dah.  Well.. not bad! :D

Orang kata, dah jadi sekali janganlah pulak rasa dah terrer kan?  So, aku berlatih lagi sampailah segala jenis bahan yang nak digunakan itu lekat dalam kepala.  Tak salahkan mencuba masakan ni...  Untung sedap, kenyang...untung tak sedap, cuba lagi! 

Okeylah..korang pun mesti nak cuba buat gak resepi yang senang ni kan?  Memang senang pun.. masa pembuatan kurang dari dua jam je pun.  Dan bahan-bahan yang nak digunakan pun tak adalah sampai cecah puluh hengget...  dua puluh hengget pun tak sampai...  hehe... tapi kalau menjadi bleh bisnes puluh hengget. 

Baiklah..ini resepinya...  resepi asal bleh tengok kat sini.


Untuk puding (Bahan A), korang memerlukan;

8 keping roti gardenia Butterscotch (boleh juga ganti ngan roti lain... aku guna Gardenia biasa tu sebab tak suka manis sangat.  Butterscotch dah cukup manis kot!) 
 2 cwn susu Full cream UHT / fresh milk / susu cair 

Bahan B pulak... 

2 biji telur 
4 sudu besar gula halus 
1 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar mentega 
1 sudu kecil esen vanilla 
Sedikit kismis 

Cara untuk membuat puding roti ni...masyaAllah, senang je!  Mula-mula sekali korang carik-carikkan roti menjadi kecil.  Kemudian rendam roti tu dalam susu lebih kurang setengah jam.  Hari tu ada sekali aku rendam lebih dari setengah jam..aiii..dekat sejam gak la.  Tak dek masalah pun malah puding jadi lebih lembut dan gebu.  

Sambil-sambil tu korang boleh layan entri-entri lain kat blog ni.  Hahaha... dah agak-agak nak dekat setengah jam, gaul kesemua bahan B (kecuali kismis).  Kemudian, dah cukup 30 minit, campurkan semua bahan A dan B dan masukkan kismis (tinggalkan sikit untuk tabur).  Gaul bagi rata.  Bila dah sekata, tuangkan ke dalam loyang dan tabur baki kismis tadi atas adunan tadi.  Sebab aku ni suka yang colourful sket, so aku tabur gak bintang-bintang dan love-love atas tu... hikhikhik.  

Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 45 minit atau sehingga masak.  Nak tahu sama ada korang punyer puding tu dah betul-betul masak atau pun tak, cucukkan garfu.  kalau tak ada yang melekat, maknanya dah masak sempurna.  Eleh, suka lettew~~  

Sejukkan di dalam peti ais dan nanti boleh hidangkan bersama-sama dengan sos kastad.  

Macam mana nak buat sos kastad?  Begini caranya...  Korang memerlukan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula pasir dan 2 sudu besar tepung kastad.  Korang campurkan semuanya sekali dan masak di atas api perlahan sampailah kuah tu jadi pekat.  Haaa.. pastu bolehlah makan ngan puding tadi.  Percayalah, rasanya memang mabeles! 


Jangan lupa, sambil-sambil makan tu baca-bacalah entri kat sini... hehehe... sekian.  So, untungkan kalau stress gaya camni?  Hikhikhik.

Selamat mencuba!

Monday, October 1, 2012

Entri Masakan | 5 Resepi Buat Si Kecil Untuk Dicuba


Assalamualaikum semua....

Rasanya kan, belum pernah kot aku wat entri pasal bab masak memasak, kan?  Agagaga.. camne nak wat kalau memasak pun tak berapa nak terer?  Nak buat entri cam gitu mestilah dah tahu selok belok FAQ... hahah....  Tapi..tapi...tapi... Ustaz Azhar Idrus kata tak apa kalau orang perempuan tak pandai masak...yang penting suka memasak!  Ecece.. tengok, ustaz pun backup I..  well, buat entri tak bermakna kita nak tunjuk pandai kan? Tapi sebab kita nak share, deliver and discuss that issue...  

Well..masak is actually most women passion.  Percayalah... perempuan ni even dia tak pandai masak sekalipun, gedik-gedik sket sure nak masak gak.  Tambah-tambah kalau bukan tak reti langsung nak masak... tapi vitamin M terlebih, jadik tak berapa la...  Tapi kalau ada orang yang tersayang, hurrmm... orang kata apa eh?  Nak tambat hati seseorang dengan mengikat perut dia kan?  Bukan ikat perut peribahasa tuuuu... itu memang tanda sayang 'sangat' la... sayang duit~

Tapi betul tau... mak aku pun selalu pesan... malas la lagi masak... karang dah berlaki nak bagi laki makan kedai je ke?  Terpikat dek minah Indon kat kedai Mamak tu baru tau (ayat moto 1Dunia)... tambah-tambah kan, kalau kat Kelantan ni... mak aii... kekadang kalau pegi makan kat kedai ngan Abah... yerrr... aku pun jeles sebab si tukang amek order dengan lunaknya akan bertanya, "Abe nak oda gapooo?...." dengan lemah gemalai yang memang sifat asli orang Kelantan... Oppss... terpuji plak.  Hik3...

So, sebelum ada orang yang dok usap-usap perasaan laki kita, heh... baik sang isteri la yang buat... bleh pahala bagi kedua-dua pihak...  kan, kan, kan?...  Dah..aku dah melalut panjang beno nie...

Actually, arini nak share menu yang sangat cute dan mudah giler nak buat.  Kira buat tu kalau tak menjadi pun tak adalah frust sampai terbalikkan kuali.  And menu ni pulak untuk budak-budak... owhh.. i love kids.  And i love to make something that makes them happy...

Resepi ni aku salin gitu je pasal time tu dah bukak laptop.. tetiba rancangan masakan yang 5 Rencah 5 Rasa tu pulak kuar.  So aku salin je la...  dan untuk makluman korang, aku ni memang jenis yang tak suka nak taruk berapa banyak bahan itu, bahan ini dalam resepi.  Kalau amek resepi pun memang amek bahan-bahan yang nak kena guna je...berapa banyak nak letak tu biasanya aku campak-campak je... hehe... melainkan masakan tu aku tak penah tau macam mana rasa dia.  Contohnya masakan belah-belah Jepun, Korea, Arab and bla-bla melainkan Barat...  Tapi kalau nak buat kek or biskut aku cerewet jugak ngan sukatan sebab kalau tak jadi bendalah  yang dua ketul ni memang boleh bawak majok tiga empat bulan...

So dalam resepi kali ni, ada LIMA resepi ringkas yang super duper senang.  Tau tak kenapa aku beria salin resepi untuk kanak-kanak ni?  Haaaa... nak cakap pasal aku nak kawen la tu... tarak-tarak... ini tak ada kena mengena ngan perjalanan idop aku pun.  Ni semua untuk anak buah I si Aryan Adrin tu...  well, tak sabar nak tunggu dia bleh makan makanan keras ni sebab aku nak sumbat dia ngan makanan masakan aku yang dicipta khas untuk dia... hak3... heh, bukan nak buli tau, ni penghargaan apa... bagi dia jadi Sous Chef... (ayat tak leh blah~)

Alaaa... dah orang sayang anak sedara, nak la bagi dia makan best-best!  Sebab bila aku dah sayang orang tu.. i always want them to have some taste on my cooks or at least, aku belanja-belanja makan la....  Haaa... so special la sape yang disayangi dahku tu... thehehe~

Okeh, let's move on to the recipe...

#1 NUGGET AYAM


     Tang nugget ni, bukan setakat budak-budak la suka... aku pun suka... So, untuk memenuhi kesukaan kita bersama mari gaulkan dada ayam yang dah dipotong kecik-kecik bersama-sama dengan garam, lada hitam/lada putih dan olive oil... pastu perap la sekejap agak-agak dah terserap segala rasa tu. Pastu amek potato chips kegemaran bersama jugak, hancur-hancurkan, letak tepi. Dah rasa okey rasa dada ayam perap tadi, ambik dan golek-golekkan dalam tepung sebelum korang teruskan sesi mencelup dalam telur putih dan lastly salut ngan potato chips yang dah dihancurkan tadi. Pastu apa lagi..goreng sampai masak! Yesss... nah, adik seketul, kakak dua, adik tiga, kakak lima... lalalala...

#2 FRENCH FRIES

Ini pun sedap jugak... aku plak memang hantu kentang.  Kalau gi Kepsi tu, wedges ngan french fries mesti mau lebih... tak makan ayam pun tak pe, asal dapat makan wedges, fries ngan mashed potato tu.  So, motif pergi Kentucky FRIED CHICKEN tu pasal apa eh?  =_='

So, ni resepinya....  Opkos korang kena beli kentang.  Pastu kupas kulit, hiris gaya mana korang nak ngap nanti dan direbus bersama-sama dengan air garam sekadar secukup rasa.  Dah agak-agak ia nak empuk, keluarkan dan masukkan dalam air sejuk untuk bagi dia panas.... lorrr... gurau jek... mesti la nak suh kentang tu jadik cepat sejuk..  Itu yang Chef Shers buat la... dia siap letak dalam peti sejuk lagi untuk beberapa minit.  Pastu, keluarkan dan keringkan kentang itu dengan tuala yang bersih.  Jangan tunggu lama-lama..goreng terus sampai kekuningan.

#3  BURGER DAGING ALA-ALA KRABBY PATTY INCIK CRAB

I don't really like burgers so kalau buat yang ni memang bleh bagi budak-budak makan dalam portion yang penuh.  Ngeh3...  Ni lagi senang.  Dapatkan daging kisar, bawang besar, bawang putih seulas dua, lada hitam, garam, kicap berperisa, cendawan butang dan telur kuning.  Cincang semua sekali dengan perasaan yang geram giler... ni semua untuk kebaikan si kecil juga sebab makin lumat korang punyer saiz, lagi best burger tu rasa.  Kehkehkeh...  Eh, betul tau.. aku penah wat pemprosesan burger dulu... tak gurau neh.. =_='  Gaulkan semua sekali dalam satu big bowl dengan penuh kasih sayang.  Tapi pastikan tangan dibasuh bersih.  Bagus tau gaul ngan tangan ni sebab enzim dicelah-celah jari akan keluar dan memberikan rasa kasih dan sayang si pemakan terhadap kita.  (Itu motifnya...)...  bila semua dah sebati, kepal-kepal ikut saiz yang korang nak.  Even nama burger yang aku bagi ni dari Incik Crab, korang leh je kalau nak wat ala-ala saiz burger bakar ke..burger terbang ke.. tadak hal... yang penting, goreng jangan hanget!

Pastu, gunalah kreativiti korang untuk menghias burger tu dengan roti dan salad-salad segar.  Yang penting dalam penyediaan makanan kanak-kanak, bermain dengan warna!  Budak pasti akan terpikat untuk makan bila tengok makanan tu colourful... :)

#4  BISKUT CRISPY COKLAT

Dapatkan sekotak Crispy atau yang sewaktu dengannya seperti Honey Stars tu... kemudian, masukkan coklat bar ke dalam mangkuk dan panaskan di dalam microwave.  Sekadar untuk cairkan coklat sahaja.  Kemudian, potong buah aprikot, badam hancur, kismis dan kelapa kering dan gaul bersama-sama denan coklat cair tadi.  Kemudian, masukkan beliau dan sahabat-sahabat beliau ke dalam cawan kertas yang comel.  Untuk menambahkan lagi kecomelan biskut ni, bolehlah kalau korang nak taburkan coklat rice yang kaler-kaler tu kat atasnya.  Mesti kelip-kelip korang punya biskut dan si comel pasti tak sabar nak makan!

#5  JUS TEMBIKAI, LIMAU DAN STRAWBERI

Masukkan tembikai tanpa kulit, stoberi yang dah dipotong kecil, jus limau nipis serta sedikit ais ke dalam pengisar.  Kisar hingga semuanya hancur dan tuangkan ke dalam gelas.  Tadaaaa... dah siap minuman yang lazat ini...

Nah, dah siap lima resepi superb senang terutamanya buat mummy muda yang tak ada masa nak masak makanan untuk si comel tapi masih teringin nak masak.  Cubalah!  Kalau kita tak mulakan untuk orang tersayang, untuk siapa lagi?...  Jom cuba...  aku kena tunggu dua tahun lagi pasal si comel Aryanku baru je dua bulan.  Wakakaka.... tak apalah, share ngan korang dulu and buat entri.  Nanti nak buat, kita bukak la entri ni balik, kan?... Tadaaaa... wasssalam!

Tuesday, June 19, 2012

Doa Mengelakkan Berbuat Kejahatan

Assalamualaikum wbh. 

Kehidupan seharian kita, memang takkan lari dari yin dan yang. Ada yang baik, ada yang kurang enak. Dan sebagai seorang manusia, kita memang sentiasa inginkan yang terbaik buat diri kita…untuk keluarga kita dan untuk orang-orang yang kita sayang, kan? 

Hari ni kita cuba buat yang terbaik..dan kita rasa mungkin kita dah buat pun yang terbaik tapi dekat-dekat waktu nak tidur, kita rasa macam, “Eh, tadi aku dah terkuat suara pulak dekat dia.” Lalu kita muhasabah supaya esok kita takkan ulangi perkara itu. Mungkin esok kita berjaya elak untuk marah orang tapi…alamak! Terlewat pulak dengan temu janji… Apa nak buat… hidup memang takkan pernah sempurna. 

Tapi tahniah saya ucapkan pada mereka yang sentiasa cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya kerana mereka yang hari ini lebih baik dari semalam lebih cemerlang dari mereka yang sama dan mungkin hari ini lagi teruk dari semalam. Itu kita mintak jauhlah… 

Setiap agama mengajar penganutnya supaya berdoa apabila memohon sesuatu. Tuhan sentiasa ada disisi kita untuk mendengar setiap permintaan kita, sama ada secara zahir mahupun batin. Dan bagi orang-orang Mukmin, doa adalah senjata yang paling ampuh. Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan (Al-Mukmin, ayat 60). 

Kita tak nakkan menjadi seorang yang suka menzalimi? Bukan sekadar kepada orang lain malah kepada diri sendiri. Dan untuk mengelakkan perkara itu, Rasulullah saw ketika diminta oleh Abu Hurairah ra, katanya; 

Wahai Rasulullah, ajarkan saya mengucapkan beberapa kalimah apabila saya memasuki pagi dan petang.” 

Jawab Baginda Rasul, “Ucapkanlah (doa di bawah).” 

klik utk besarkan lagi
 Maksud : Ya Allah Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui yang ghaib dan nyata, Tuhan segala sesuatu dan Rajanya.  Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Engkau.  Aku berlindung kepadaMU daripada kejahatan diriku serta daripada kejahatan syaitan dan ajakannya untuk berbuat syirik. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Jadi, marilah kita sama-sama amalkan doa ini semoga hari-hari kita dilindungi oleh Allah daripada kejahatan diri dan syaitan.  Amin.


sumber : Majalah al-Ustaz

Saturday, February 11, 2012

Ayat Pasrah :: "Ada Jodoh Ada Laaa.."

Assalamualaikum.

Waahh..cuti dah berakhir dan kembali ke semester baru. Permulaan cuti semester, macam dua tiga semester yang lepas, kepulangan aku pasti akan bersambut dengan kelahiran anak kucing. Dah dekat tiga semester rasanya asal balik jek jadik bidan. Huff… pandai betul family planning kucing-kucing aku nieh. Huhuhu… tapi, belum sempat membesar pasti dah ke alam barzakh. Sebab paling utama ialah, anak-anak kucing tu akan mati dipijak kereta. Huhu..budak-budak tengah membesar, kalau dikurung pun, diorang akan berusaha keluar jugak. Dan biasanya bila aku dah kembali ke kampus, tak dek sape nak jaga sebab mak kucing kat umah tu aku. So, mak ayah keje…adik sekolah… sape la nak bukak tutup cage tu… last-last, lepas je dan pengakhirannya, dalam tanah belakang rumah.

Cuti jugak membawa aku ke majlis-majlis kenduri kawen kawan-kawan. Well… standard la tu kalau dah sampai umur jubli perak nie. Kehkeh… kalau dulu kan, bila orang tanya, “Bila nak kawen?” aku akan cakap “Tunggu kau dulu lah” atau pun, “Lepas kaulah!”. Tapi sekarang nie, aku saje je tanya dorang dulu. Then bila jawapan diorang “kau dululah..” Ameeenn… hahaha. Sekarang bukan masa nak pass-pass lagi dah. Tak nakkk…

Itu kalau yang jenis dah berpunya tapi belum bersedia nak ke alam rumah tangga (tak elok tau…). Ada jugak yang jawab macam ni, “Entah, malas lah nak pikir!”-eh, macam aku jek? Thehehee…- Tak pun… “Biar masa je la yang menentukan.” Huhu..nampak benar pasrahnya. Ehem, pasrah itu menyerah! Menyerah itu tak salah, tapi biarlah lepas kita berusaha gigih-gigih dulu. Ramai betul yang cakap, ada jodoh, adalah… Errmm…pada aku kan, betul la kalau ada jodoh tu adalah. Tapi jodoh atau takdir itu ada dua. Satu, takdir/jodoh yang memang kekal. Contohnya, kalau ditetapkan di Loh Mahfuz jodoh kita dengan orang sekampung, duduk la ceruk England pun, pasti akan berkahwin dengan orang yang ditetapkan itu. Atau pun, takdir kematian kita begitu-begini. Itu memang tak leh nak ubah lah…

Tapi, takdir/jodoh itu juga boleh berubah kalau kita berusaha. Katalah kita ni jenis tak suka nak berkawan atau pun, jenis yang perumah. Pegi keje, balik keje, terperap kat umah… Tak de pun nak keluar beriadah atau bersama kawan-kawan. Pastu, umur dah meningkat dan tak jumpa jua pasangan hidup. Then bila orang tanya, kita jawab “Dah tak de jodoh lagi, nak buat macam mana…”. Haaa..itu tak kena lah. Allah pun ada berfirman yang bermaksud lebih kurang begini. “Telah Aku jadikan lelaki dan wanita untuk mereka saling berkenalan.” Kalau gitulah gamaknya rutin kita, sape yang nak kenal kita kan? Jadikan diri anda terjual (bukan jual diri yang tu). Jadi takdir yang sebenarnya ialah, takdir sama ada kita nak berusaha atau tidak. Begitu jugalah dengan jodoh. Kalau kita bersama dengan seseorang itu, kita kenalah jaga dan berusaha agar jodoh itu berkekalan. Tidak mustahil jodoh menjadi singkat kerana kita yang memilih supaya ia tertakdir begitu. Pokoknya, usaha itu perlu. Kalau sudah berusaha tetapi sesuatu perkara itu tetap berlaku, barulah kita boleh cakap itulah TAKDIR. Takdir yang pasti.

Jadi, kepada mereka-mereka yang putus cinta atau cinta tidak seperti yang diinginkan itu, redhalah…andai kita telah berusaha memilikinya. Redha itu, bak kata Ombak Rindu, ikhlassssss… Orang yang ikhlas dan meredhai sesuatu berlaku dengan penuh keyakinan ada yang terbaik kelak, pasti akan merasa tenang jiwanya. Allah tidak pernah memberikan sesuatu keburukan untuk hambaNYA. Allah itu Maha Kaya Kasih Sayang.

Aku ni pun bukanlah orang yang terbaik nak bercakap pasal rawatan putus cinta. Ngeh3… Tapi pengalaman dan kematangan yang membawa kepada catatan ini…



1) Korang kena yakin bahawa setiap permulaan..akan ada pengakhirannya. Sama ada ia awal atau lambat, kita harus sentiasa bersedia. Seeloknya, mulakan sesuatu hubungan dengan redha Illahi…agar ia terus diberkahiNYA.

2) Selain redha Allah, dapatkan juga restu kedua ibu bapa. Kalau sesuatu hubungan yang dibina itu tidak direstui oleh mak ayah, hurmm… susah nak dapat keberkatan rumah tangga. Perkenalkan dengan ibu bapa kita siapa kawan-kawan kita… Orang tua biasanya dapat ‘baca’ adakah si dia itu sesuai atau tidk dengan kita kerana mereka dah bersama kita bertahun lama. Ofkos la semua baik buruk kita diorang lebih tahu.

3) Jangan terlalu berusaha memiliki semula sehingga menjatuhkan martabat diri. Bolehlah kalau hendak memujuk kembali hati si dia yang dah tawar atau mungkin kerana kesilapan yang tak disengajakan itu tapi, seandainya dia sudah katakan… “Its over between us” atau bahasa yang mudah terasanya, “Kita putus”, so..berhentilah merendahkan diri anda. Kadang kita terlalu yakin itulah yang terbaik dan memang sudah menjadi satu fenomena, susah melupakan si dia. Tapi bukalah pintu hati buat insan lain yang mungkin lebih mencintai anda berbanding dia. Jangan terpaku andai satu pintu tertutup sedangkan masih ada banyak pintu yang masih terbuka.

4) Jangan mengganggu hubungan si dia dengan insan lain. Memang melukakan melihat orang lain disisi insan yang kita sayang tapi bersikap matanglah. Mengganggu hubungan orang lain, itu bukan sahaja akan merendahkan maruah anda dan menampakkan anda orang yang ‘rendah saham’, malah membuatkan si dia merasakan… Oh, betapa bersyukurnya dia berpisah dengan anda awal-awal. Hanya disebabkan perangai atau sikap anda yang tidak matang itu sahaja. Siapa nak berpasangan dengan orang yang begini kan? Cinta ialah kita bahagia melihat orang yang dicintai bahagia sedangkan kalau anda dok buat macam tu, itu bukan cinta. Tapi gila.

5) Berdoa dan dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Dari Dia ujian itu datang dan pada Dia lah kita meminta penyelesaiannya. Bukan dengan Tok Moh ke, Kiah Kemenyan ke… Itu syirik!

6) Teruskan berkawan dengan si dia dengan seadanya seorang sahabat. Dia akan lebih menghargai kehadiran korang yang sentiasa ada disisinya. Dan kalaulah perpisahan itu atas permintaannya, tidak mustahil dia akan terpikat kembali dengan korang kerana sikap tenang dan redha korang. Mungkin susah hendak berkawan dengan bekas kekasih sebab mesti akan terbayang saat-saat bergelar kekasih dulu tapi relaks lah… kalau tidak mampu, jauhkan diri seketika. Ambil masa untuk neutralkan perasaan. Tidak semua orang boleh kembali berteman dengan bekas kekasih apatah lagi jika perpisahan itu sesuatu yang sangat melukakan.

7) Sibukkan diri dengan aktiviti yang membahagiakan dan mengasyikkan… lupakan segala kesedihan dan hiduplah dengan gembira. Kebahagiaan sebenar ialah bila seseorang itu bebas dari belenggu keresahan. Kebahagiaan akan datang jika gembira tercipta!

Okey, okey…habis dulu setakat nie. Jangan lupa mengupdates lagi ya! Thanks for reading!

Monday, January 2, 2012

Wasiat Hassan Al-Banna

Assalamualaikum.

(Entri ni ditulis malam pada 1 Januari 2012 tapi sebab internet wat hal, so baru dapat post hari ni. So, kiranya korang baca dengan niat past tense okey? :D)

Hari ini bagi saya tidak ada apa-apa yang berbeza sehinggalah saya terdengar sayup bunyi dumdam-dumdam dan cahaya warna warni di langit yang berbogel tanpa bintang. Owh..malam ini ramai yang sedang bersuka ria di luar sana. Bergembiralah... namun, jangan sampai mengundang kemurkaan Allah. Sentiasa beringat, syaitan itu bertepuk tangan bila kita melupakan Allah kerana janji dan sumpahnya sudah terlaksana.

Sebagai pembuka tirai 2012, suka saya nak ingatkan diri saya dan anda yang sudi singgah di blog sememeh dan tak seberapa ini dengan wasiat yang dititipkan oleh Imam Hassan al-Banna. Semoga ianya dapat dijadikan titik perubahan sempena tahun baru Masihi ini. Dulu kita dah buat azam sempena Tahun Baru Hijriah kan, kan, kan? So, andai azam itu sudah berjalan (dan sepatutnya sedang berjalan), alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan! *sila tepuk bahu anda dan ucapkan Syabas! Ini bukan main-main, sila buat! Hehehe..menghargai diri sendiri...* Kiranya, tak salahkan kalau kita tambah lagi beberapa aspek kebaikan dalam diri? InsyaAllah, yang berdikit tapi berterusan itu lebih baik amalannya.



Antara pesan Imam Hassan al-Banna itu ialah;

(1) Segera menunaikan solat di awal waktu kerana disitulah ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq.

(2) Bacalah al-Quran dan hayati serta fahami ayat-ayatnya. Sesungguhnya, al-Quran itu adalah sumber asli lautan ilmu. Bacalah al-Quran, kelak ia akan memberikan kita syafaat di akhirat kelak.

(3) Belajar bahasa al-Quran.

(4) Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah hanya jika berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana disitulah adanya syaitan yang berbisik.

(5) Senyumlah selalu tetapi bersederhana dalam ketawa. Orang yang banyak ketawa, hatinya akan mati.

(6) Seriuslah selalu dan berguraulah secara berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Berguraulah sekadar umpama memasukkan garam ke dalam gulai.

(7) Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengarmu. Jangan jadi seperti orang bodoh, bahkan menyakiti hati orang lain pula. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah suara keldai!

(8) Usahlah mengumpat dan merendah-rendahkan orang lain. Bercakaplah jika ada unsur kebaikan. Ayuh! Hindari mengumpat! Bertaubatlah jika engkau sudah mengumpat dan mintalah ampun dengan orang umpatanmu. Dosa manusia dengan manusia hanya dapat dilunaskan dengan meminta ampun dengan manusia jua.

(9) Luaskan interaksi dengan manusia. Hulurkanlah salam kesejahteraan dan perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Sama-sama menjunjung obor suci walaupun berlainan. Tidak mengenali, tapi tidak sepi.

(10) Gunakan waktu dengan berfaedah! Nabi saw pernah bersabda maksudnya, "Bertindak segeralah dalam melakukan amal..." (diulangi sehingga 7 kali)

Sekian, untuk renungan.... Selamat beramal!