Tuesday, February 16, 2016

Resepi Ayam Ungkep Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum wbh.

Hi.  Amacam tajuk entri saya kali ni?  Rasa macam mood honeymoon tak?  Ekeke...  saje je letak camtu sebab saya pun baru first time try masak Ayam Ungkep ni.  Bukan setakat pertama kali masak, pertama kali makan pulak tu.  So, tak tahu rasa sebenar dia macam mana.  Alaaa... hentam saje lah labuuuu..

Pape pun, sempat juga layangkan pesanan buat si suami yang gigih berpanas mencari rezeki buat kami sekeluarga tentang lauk hari ni.  Macam biasa la laki I, "sedap niiii.." itu je la dia pandai balas bila saya WhatsApp lauk pauk.  Semuaaaa sedap!  Tu yang buat saya rasa semangat je nak masak tu.  Ohoi!

Lepas berperang dengan sudip kuali, dengan Adam bergantung-gantung di kaki... peluh berpanas dengan api, peluh berhempas pulas dengan raungan Adam.. phewww..siap jugak Ayam Ungkep untuk lunch hari ni.  Apa lagi.. saya pun rasmikan dulu la sebab incik suami memang tak balik makan tengah hari pun.  Gulp!  Untuk first time makan.. kenapa saya rasa sedap masakan ni?  Adakah resepi tu memang sedap atau air tangan saya yang mabeles?  Hahaha... jangan kecam!

Apa-apa pun, incik suami balik makan malam ni senyum lebar.  Apa taknya, mengembalikan semula zaman muda-muda dia berkelana di negeri Johor nun haaa...  nak bertambah nasi, orang tengah catu nasi.  So, dia bertambah lauk sahaja.  Pergghh.. malam ni isteri dapat anugerah ibu jari terangkat dua kali!  Bangga giler... macam dapat Oscar.  Haha.. meh nak share resepi senang ni.  Siyes sedap!

  
RESEPI AYAM UNGKEP NEWBIE

Bahan A
Ayam
Garam
Serbuk kunyit

- perap ayam dengan garam kunyit

Bahan B (kisar lumat)
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 tangkai cili padi
1 inci halia

Bahan C
Halia 2 inci - hiris nipis

Air
3 batang Serai
Garam 
Gula

Cara Masak :

(1) Tumiskan halia yang dihiris nipis sehingga garing.

(2) Masukkan bahan B dan tumis hingga pecah minyak.  

(3) Masukkan ayam yang telah diperap tadi (ayam ni boleh juga direbus terlebih dahulu sebelum perap).  Biarkan sebentar dalam 5 minit.

(4) Masukkan serai, garam dan gula.  Gaul sebati.  Masukkan sedikit air.  Biarkan menggelegak.

(5) Tunggu sehingga kuah pekat sedikit dan sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba ye pengantin baru.  Hihi... Masak-masak ni pengikat kasih sayang.  Jangan malas-malas... :)

Tuesday, February 2, 2016

Ulang Tahun Kedua Di Dolly Dim Sum

Assalamualaikum wbh..

Sebenarnya, gigih buat entri tengah-tengah malam ni pasal nak cover balik keterlupaan aku pada tarikh anniversary perkahwinan aku ngan syuben dis year.  Padahal, aku dah komen kat status FB laki aku pasal ni.. alih-alih, aku yang lupa pasal sibuk dengan urusan bisnes.  Adehhh.. jadi, sebaik balik makan ni, hurrm.. sekarang ni lebih kurang jam 12.30.. haaa... bukak laptop lelaju untuk buat entri ni.  Hihi.. tu pun lepas settle urusan GCTea juga. Packing-packing order customer.. hehe... sabar la sayang, ni bisnes untuk kesenangan kita juga nanti.  heheh.. alahai, baru 2 tahun dah lupa.  Syuhhh.. harap tahun ni je terbabas!

So, sebab aku memang lupa nak celebrate tahun ni.. like tahun lepas.. sempat juga buat makan kecik-kecik ngan jiran tetangga sebagai kesyukuran setahun kahwin... dis year, kami sempat meraikannya di kedai sahaja.  

Kitorang ni jenis bukan yang kental sangat nak beromantik bagai.  Aku teringin tapi malu.. haha.. kot la laki aku buat giler candle light dinner ngan musician bagai, mak aii... mana nak sorok muka.  Tak apa bang, u dont have to be that damn romantic.. as long as perut kenyang hati senang, tak payah nak candle light sangat pun sokey je..

So, we went to dine in Dolly Dim Sum in Avenue K, opposite KLCC.  Setiap weekend we ols mesti lalu area sini sebab kelas marketing tapi tak tersinggah pun.  So, tonite we decide to celebrate our anniversary in Chinese style.  Gittew.. kena pulak minggu depan Chinese New Year.. hah, hambek kau.  Nasib baik hati manyak senang.. tak delah Naga sangat!

Masuk sahaja ke Dolly Dim Sum, kami disambut mesra oleh waiter and waitress diorang.  Bleh kasi 4 bintang!  Diorang tunjukkan kita punya seat dan bersedia untuk ambil order.  Order dia senang je.. tick, tick and tick apa yang korang nak.  Menu semua sedap-sedap.  We all pun first time makan sini tapi do not worry, its value to your money!  Even bun diorang pun.. nampak biasa je dari luar tapi bila kau rasa...pergghh... pejam mata beb!  Hanyut, khayal giler ngan kesedapan dia.  Hasben aku ni orang yang paling Melayu punya tekak.  Kira memang penakut habis nak try benda baru tapi dia memang puas hati sangat-sangat aku bawak mai sini.  Siap kitorang tambah order lagi!  Hahaha.. tak cukup kot...  nasib baik sambut anibeseri... kalau saje-saje nak makan, memang berat sikit la nak bertambah time tengah-tengah hidangan tu.  Hihi.. kami juga order nasi malam tadi.  Tak boleh la tak hadap nasi.. macam tak kenyang.  Huhu.. so kitorang amek Thai Style Fried Rice.  Haaa... yang ni kureng sikit dari segi rasa dan harga.  Kalau aku tokey, aku kasi RM12 dah arr... hihihi...

So, total kitorang makan malam tu kira suit la dengan harga.  Len kali macam nak pergi lagi la.. sedap sangat!  Recommended. Layan gambar kat bawah okey.. maaf sebab kualiti gambar memang sangat-sangat cikai! Tambah-tambah bila pakai front camera... Sobsss...

Crystal Prawn Dumpling

Egg Custard Bun 

Siew Mai yang diorder 2 kali. Haha..





Overall, 4 bintang!  
Terima kasih cinta..
Selamat Ulang Tahun yang ke-2..
Semoga ikatan kasih sayang antara kita kekal hingga ke syurga. Aminnn..