Thursday, June 25, 2015

NAM :: Saya Nak Epidural, Doktor! (3 - ending)

Assalamualaikum wbh.

18-APRIL-2015, SABTU, 1.00 PETANG...

Waktu ni, ubat induced ikut drip tu dah merayap-rayap dalam badan aku.  Sakit dia memang kaw-kaw ah!  Tapi aku boleh lagi bertahan walaupun dah berpeluh dan kepala dah mula tingtong tak boleh fikir sangat dah.  Oh ya, masa nurse pasangkan drip semua tu, dia ada bagitau aku tong besar sebelah aku ni ialah ubat bius versi inhale.  So, kalau tiap kali aku rasa sakit contraction tu, boleh sedut la kalau rasa tak tahan.  Dia ajar aku cara nak guna alat tu.  Kiranya dalam sakit-sakit kena induce tu boleh lagi la terima ilmu.  Huhu..  Bayangkan, kat perut CTG melekat, kat tangan belah kanan drip, kiranya kalau nak guna ubat bius tu sambar ngan tangan kiri.  Tapi waktu tu tak ada rasa serabut ke apa.  Alhamdulillah, everything smooth je aku rasa.  

Dalam keadaan macam tu, datang seseorang yang aku tak pasti doktor atau jururawat sebab diorang semua pakai baju nak sama je.. eh, atau aku yang dah tak leh tengok betul-betul.

"Puan Suhaila, untuk makluman Puan, kita ada 3 jenis ubat bius.  Pertama, yang Puan pegang ni, iaitu kita sedut.  Yang kedua ialah yang kita inject dekat paha dan ketiga ialah epidural.  Puan pernah dengar?," tanya dia ramah.  Aku angguk.

"Jadi, yang pertama ni kita memang bagi lah.  Nanti nak bersalin nanti, Puan ada pilihan nak inject di paha atau epidural?," tanya dia.

Aku tahu ketiga-tiga jenis ubat bius tu cuma kompius kesan epidural.

"Err.. kalau saya inject epidural, dia berfungsi macam mana?,"

"Kita akan inject di bahagian tulang belakang.  Nanti Puan akan rasa kebas dari pinggang ke bawah," terang dia ringkas.

"Side effect nanti?," aku tanya lagi.

"Ada sesetengah orang akan sakit pinggang dalam sejam dua macam tu tapi biasanya tak lama."

Kemudian dia menuju ke hujung katil aku.  Kat situ ada Yaasin, pamplet serta buku doa.  Dia capai beberapa keping pamplet dan serahkan pada aku.

"Kat sini ada diterangkan tentang jenis-jenis bius tu.  Harap Puan baca betul-betul dan buat pilihanlah.  Nanti saya datang lagi.  Oh ya... satu lagi.  Kalau Puan mahu suntikan epidural, pastikan sebelum bukaan 6cm sebab lepas 6cm kita tak akan bagi epidural lagi.  Pakar akan datang dari Hospital Serdang sebab kat sini kita tak ada pakar untuk suntikan ni.  Boleh faham ke Puan?," soal dia.  Aku angguk sambil mencapai pamplet tentang epidural dan lain-lain tu beserta helaian-helaian doa.

Suami di sebelah aku turut baca sama.  

"Macam mana sayang?  Nak amek yang mana?," tanya dia.  Aku sesekali berdesis menahan contraction yang datang.  Aku tak dapat fikir yang mana menjadi pilihan.  Sebenarnya, kepala aku lebih kepada suntikan epidural sebab kakak ipar aku ambik epidural untuk anak kedua dia yang lahir Februari hari tu.  Aku pun selalu dengar tentang suntikan epidural ni sangat membantu ibu-ibu yang bersalin.  Kira tak sakit arr..  dalam hati memang nak pilih epidural dah berbanding suntikan kat paha tu.  Sakit pulak rasa kena inject kat paha.  Huhu.. takut!

Tak semena-mena, aku sakit yang teramat sangat secara tiba-tiba.  Aku terjerit kesakitan.  Eh, meraung la senang citer.  Nurse dekat luar terus meluru masuk.  Aku genggam tangan suami aku sambil badan aku dah terangkat-angkat sedikit kerana menahan kesakitan.  Aku kalau boleh tak nak la menjerit kuat sangat.  Maluuuu...  tapi sebab aku dengar ada jugak ibu bilik sebelah yang meraung, aku pun lepaskan jugak perasaan yang terbuku tu.  Daripada kau duk ketap gigi, bila lepaskan suara tu rasa kurang sikit sakit.  Huhu...

Suami aku usap kepala aku sambil berzikir lihat keadaan aku macam tu.  Tudung kepala dah senget-senget.  Nasib baik pakai tudung syria gitu.. kalau pakai bawal, confirm melantun kerongsang.  Nurse terus check bacaan CTG dan dia panggil doktor bertugas.  Masuk la dua tiga orang doktor muda untuk check laluan.

"Masih 4cm ni..  sabar ye Puan," katanya.  

Apa?  4cm pun dah sakit macam ni.  Aduhh.. aku tak tahu la macam mana sakitnya nanti 10cm.  Uwaaaa...  aku rasa macam nak nangis tapi ajaibnya, kesakitan ni langsung tak buat aku keluarkan air mata.  Aku rasa, semua ibu yang bersalin sakit macam ni tapi air mata tak keluar.  Episod kesakitan untuk bersalin aku akhirnya bermula mulai saat ini.  Kesakitan yang berpanjangan terus berlangsung.  Aku hanya mampu berzikir kuat-kuat sambil tangan memaut lengan suami.  Ubat bius tu aku sedut dalam-dalam.  

Tiba-tiba datang contraction yang pada aku gelombang yang sangat kuat.  Aku meraung kesakitan.  Mata aku tak tentu hala lagi dah.  Aku tak tahu nak pandang mana sebab terlalu sakit sampai pandangan dah tak leh fokus.  Nurse masuk sekali lagi dan bertanya tentang keputusan aku.

"Saya nak inject epidural... epidural," aku buat keputusan segera.  Aku harap sangat epidural boleh redakan kesakitan ni.  Suami aku menegaskan lagi keputusan aku.  Nurse kemudian memanggil doktor pakar,seorang doktor lelaki yang sangat budiman pada aku.  



"Assalamualaikum Puan Suhaila...  saya Dr.(sori aku tak ingat nama dia) dari Hospital Serdang.  Puan nak suntikan epidural ya?," dia bertanya untuk mengesahkan.  Aku mengangguk sambil tangan menggenggam kuat lengan suami aku.  Aku cuba bersopan dengan doktor ini.

"Okey.  Puan bertenang ye.. saya akan jelaskan apa itu epidural dan bagaimana proses nanti.  Puan boleh bagi perhatian?," tanya dia.  Aku yang kesakitan ni tak leh tahan lagi.  Aku meraung.  Dia diam melihat keadaan aku.

"Sorry doktor.. sekejap, sekejap.  Saya... saya sakit sangat.  Allahhh..,"aku meraung lagi.  Sungguh kali ni aku tak mampu nak bertahan.  Doktor pakar tu sangat sabar.  Dia angguk dan diam.  Sebenarnya, aku tak jangka reaksi dia macam tu.  Aku dah bersedia untuk dimarahi tapi dia sedikit pun tidak menunjukkan reaksi sebegitu.

Dalam kesakitan, aku cuba juga berterus terang dengan doktor.

"Doktor, saya ada scoliosis.  Boleh buat ke?," tanya aku.

"Scoliosis sejak bila?  Di bahagian mana?," tanya dia.

"Sejak dulu.  Masa umur 14 macam tu saya perasan, kat bawah, dekat dengan pelvis.  Tapi rasanya dah stop dia punya bengkok sebab 36 degree tak gerak-gerak lagi," jawab aku.  Doktor mengangguk.

"Tak apa.. kalau 36 degree masih boleh buat tapi saya tak jamin keberkesanan dia sebab awak pun tahu, kita akan inject di dalam tulang.  Kemungkinan besar, failed tu tinggi," balasnya.  Aku angguk.  
Tak semena-mena, datang lagi contraction dengan kuat.  Aku meraung lagi.  Kemudian, masuk seorang nurse ketika aku masih dalam keadaan macam tu.  Suami aku membantu melekatkan corong ubat bius tu.  Aku bernafas dalam-dalam lagi ibarat kalau boleh satu tong tu aku nak sedut kasi hilang sakit.

"Eh Puan.. doktor ni bukan doktor sini.  Dia cuma datang sekejap.  Kalau Puan buang masa macam ni, doktor tak boleh lama-lama.  Dia perlu balik ke Serdang," katanya.  Aku jadi bengang tambah sedih.  Ya Allah.. bukan aku sengaja nak berlama-lama macam ni.

Doktor tadi keluar sekejap bila nurse cakap macam tu.

"Kejap nurse..isteri saya tengah sakit ni," ujar suami aku.  Aku memang duk tahan sakit gitu ah.

Aku mengaduh lagi.

"Sabar la Puan... bukan Puan sorang sakit nak bersalin.  Semua orang pun sakit.. tak denya tak sakit kalau nak bersalin ni Puan.  Tapi, kalau Puan asyik macam ni, tak leh nak buat apa la..  Doktor tu bukan nak tunggu," bebel nurse tu.  Suami aku mula panas duduk juga.  Dia bingkas bangun.

"Nurse!  Sabar la.. dia tengah sakit.  Bukan dia sengaja.. Nurse pun saya minta sabar jugaklah," tegasnya.  Aku terkejut suami aku cakap macam tu tapi biar lah.. memang betul pun.  Huhu...

Nurse terus diam.  Kemudian, doktor pakar tu masuk balik bersama seorang doktor perempuan.

"U think, kita boleh buat ke epidural dekat dia?," tanya doktor pakar.  Aku nampak doktor perempuan tu geleng.  Iye, aku tahu harapan aku untuk suntikan epidural tu dah tipis sebab jangan harap aku boleh duduk diam-diam lagi.  Kalau boleh, aku nak berguling-guling dah ni.  Aku kesakitan yang amat kali ini hingga hilang rasa malu untuk menangis.  Iya.  Aku menangis.  Kira mengalir air mata ah.. bukan nangis teresak-esak tuuuuu.

Doktor pakar tu nampak gelisah dengan keadaan aku.

"Patient ni under anestetic apa?," tanya dia pada nurse di luar bilik.  "Apa?  Entonox?  Dah nampak keadaan dia macam ni dari tadi, kenapa tak bagi Pethidine je?  Ya Allah...," akhirnya dia bersuara.  Pethidine, ubat injection di bahagian punggung.

Dia keluar.  Tak lama lepas tu, masuk seorang nurse membawa jarum suntikan.  Aku masih dalam keadaan yang sama.  Menangis dan menggigil-gigil menahan kesakitan.  

"Okey Puan... saya nak inject di paha Puan ni.  Puan luruskan kaki, jangan angkat," pintanya. Aku gagahkan diri untuk melunjur seketika.  Dari awal tadi lagi sebenarnya kaki aku dalam keadaan lipat lutut tu.. macam terkangkang.  Sebab keadaan macam tu buat aku kurang sikit sakit.  Ni nak berlunjur memang tambah sakit la tapi aku tahankan hati.

Nurse inject paha aku.  Tak lama lepas tu, aku mula khayal.  Kesakitan aku tiba-tiba perlahan-lahan menghilang.  Aku jadi mengantuk.  Aku ambil kesempatan ni untuk berehat.  Legaaaaa..

Masuk beberapa orang nurse lihat keadaan aku.  Dalam khayal, aku masih mampu dengar diorang cakap.

"Haaa.. diam pun.  Tu kesan dia la tu.. dia akan mengantuk dan khayal macam tu," agaknya dia menjelaskan situasi tu pada suami aku.  Aku dengar suami aku tergelak.  Ciss.  Kurang asam.  Pedulikan.  Janji aku dapat rehat.

***********************************************************************

Aku tak tahu aku rehat berapa lama sebab kemudian aku tersedar bila kesakitan datang lagi.  Tapi kali ni aku boleh bertahan dah.  Tidak lagi rasa sakit yang mencucuk-cucuk macam tadi.  Aku rasa, ni contraction semulajadi.  Sakit, tapi boleh bertahan.  Sakit, tapi tawar-tawar gitu.  Doktor dan nurse sudah mula memenuhi bilik aku.  CTG juga berbunyi makin kuat.  Tiap kali CTG rancak, aku pun menyeringa kesakitan.

"Puan, kalau Puan rasa nak meneran, beritahu ya," pesan nurse.  Aku angguk.  Aku rasa macam nak meneran tapi tak berapa kuat.  Jadi aku tahan dulu.

Aku dan suami berhempas pulas mengurangkan kesakitan secara berdua sahaja dalam bilik tu.  Okey juga.  Tidaklah malu aku nak mengada-ngada dengan suami.  Aku minta dia picitkan paha aku.  Lurut dari atas ke bawah.  Pada aku, cara begitu mengurangkan rasa sakit dan ngilu di bahagian pinggang aku.  Rasa masa lama betul berlalu.

Kadang-kadang, aku terlelap sendiri dalam kesakitan.  Aku tidak tahu bila nurse datang masuk dan check laluan aku.  Keadaan aku memang khayal habis.  Aku ikut sahaja apa yang diorang minta sebab kesakitan pun sudah berkurangan sikit walau sakit tu tetap sakit.

"Okey Puan.. laluan dah bukak ni..  Puan boleh start teran sekarang.  Angkat kaki, letak rapat ke punggung.  Mari tangan Puan.. pegang buku lali.  Punggung jangan angkat ye!," aku buat apa yang disuruh.

Dalam keadaan khayal, aku disuruh meneran.  Aku teran, tapi tak kuat.  

"Kuat Puan.. jalan dah bukak ni," ujar nurse.  Aku tahan nafas dan teran, pun masih tak mencapai piawaian.

"Puan teran macam nak berak Puan.. cepat Puan, laluan dah bukak ni," gesa nurse.  Tiba-tiba aku rasa macam bahagian bawah aku digunting.  Prapp..prapp.. prapp... aku dengar tapi tak ada rasa sakit.  Mungkin kesakitan nak keluarkan bayi lebih kuat maka sakit kena gunting tu tak rasa sangat.

Sebenarnya, aku malu nak teran kuat-kuat takut terberak.  Tapi bila nurse cakap macam tu, dan tetiba datang dalam kepala aku,"Alaa.. kalau terberak pun biarlah.  Bayar kot."  Sekuat hati, aku terus teran ibarat aku sembelit.  Memang kali ni menjadi.

"Okey Puan.. bagus.  Macam tu.  Kuat lagi, kuat lagi!"

Aku teran lagi dan lagi.

"Bagus Puan.. pandai,pandai.  Curi nafas, curi nafas," ujar nurse.  "Ni kepala anak Puan dah nampak ni."

Suami aku tukang sorak kedua lepas si nurse.  Hihi.. "Boleh sayang, sikit lagi..sikit lagi.  Ha ah, memang dah nampak dah kepala baby kita.  Cepat sayang."

Tiba-tiba nurse tarik tangan aku dan letak di bawah untuk aku rasa kepala yang dimaksudkan.  Betul, aku dapat rasa rambut anakku.  Terus naik semangat untuk meneran lebih kuat.

Kali ni, aku nekad.  Aku nak teran setakat tiga kali.  Memang aku all out habis dah. Satu.. Tarik nafas.  Dua.. tarik nafas.  Kali ketiga, aku tahan nafas kaw-kaw sebelum teran habis kuat.  Akhirnya, baby aku keluar dengan lafaz Alhamdulillah daripada semua yang ada.  Aku helanafas kelegaan.  Aku pejam mata.  Betul kata orang, bila dah keluar bayi... rasa kosong terus perut.  Macam berak yang lawas giler tu. Hahaha...

Nurse tunjuk jantina bayi aku, letak di dada aku seketika sebelum dibersihkan dan suami aku mengekor nurse untuk mengazankan zuriat kami.  Aku yang keletihan hampir tertidur bila nurse menarik keluar uri dan mengorek darah-darah yang ada. 



Suami aku masuk semula membawa bayi kami.

"Encik.. Puan.. ini sekadar permintaan secara mulut je lah ye.. kita tak sediakan hitam putih.  Uri bayi Puan ni kita akan ambil sedikit untuk di bawa ke makmal.  Sebab bayi Puan prem dan Puan juga leaking, jadi kita akan check la sama ada ada kuman atau tidak.  Harap Puan dan Encik tidak terkejutlah bila lihat uri tu tak sempurna ya?," beritahu nurse.  Aku dan suami mengangguk sahaja. 
       
"Kalau macam tu, encik boleh keluar dan tunggu di luar sementara kami jahit isteri encik," ujar dia lagi.  Suami aku patuh.

Saat tu, aku rasa bahagian vagina aku dijahit kembali.  Sakit?  Tak adalah.  Sakit lagi contraction.  Huhu...  iya.  Itulah pengalaman aku bersalin anak sulung.  Alhamdulillah.  Kalau difikirkan balik, kesakitan aku tidaklah lama sebagaimana orang lain.  Ada yang hingga berjam-jam dalam bilik bersalin sebab laluan tak bukak sedangkan aku, alhamdulillah... dalam dua jam sahaja aku sudah bersalin.  Syukur sangat-sangat.  Semuanya dipermudahkan oleh Allah.  Walaupun waktu check up bulanan tu aku diingatkan tentang betapa asma aku mungkin mengganggu proses kelahiran, tapi Alhamdulillah.. aku tak semput pun waktu bersalin.  Tak perlu pakai gas pun melainkan gas untuk bius tu.

Ditolak masuk jam 12.30 tengah hari ke bilik bersalin.. 2.53 petang aku selamat lahirkan seorang putera yang sempurna dan sihat.  Allahuakbar.. Alhamdulillah ya Allah!


Nik Adam Mukhlis
2.11 kg
35+6 Weeks
2.53 petang
18-April-2015
Normal delivery SVD
HUKM, Cheras

Semoga anakku Nik Adam Mukhlis menjadi insan yang berakhlak mulia, cerdas akal fikirannya, beriman, memiliki kefahaman agama yang baik, gentleman, hensem dan segala kebaikan seorang ummah.  Aminnn.

Walaupun aku bersalin Sabtu, tetapi kami berdua keluar daripada wad pada Rabu 22 April tu sebab Adam pada hari pertama tu didiagnos hypoglicemia sebelum pada hari ketiga tu pulak jaundis.  Duk dalam wad sangatlah menguji perasaan tambah-tambah pula setiap 4jam Adam akan diambil darah di tangan.  Sangat-sangat tertekan bila aku tengok tangan Adam lebam kebiruan.  Aku tak ada sesiapa di KL ni, suami pula langsung tak dapat cuti untuk isteri bersalin.  Ya Allah, stress giler!  Dengan keadaan aku yang sentiasa lapar, sebab makanan yang disediakan... haaa, kali ni aku tak sentuh makanan yang dihantar.  Gila nak makan ayam awal-awal ni... dengan sayur timun la.. kangkung la... aduhh, boleh tumpah darah!  Fitri pulak bukannya chef... uwaaaa... masak pun ala kadar je lah.  Nasib baik ada Marsyitah kawan satu wad yang sama keadaan ngan aku bezanya, dia ada mak dan suami datang jenguk selalu.  Tapi its okey la..at least aku ada kawan seusia yang boleh diajak berbual.

Malam kedua dalam wad, aku kena bengkak susu.  Mula-mula tu aku tahan je tapi masuk jam 1.30 pagi sakitnya dah tak tahan.  Rasa panas je badan aku dengan breast yang mengeras.  Adam kan baru lahir, prem and jaundis jadi dia akan tidur banyak.  Walaupun aku kejut setiap sejam, dia masih menyusu biasa-biasa je.. tak kuat.  Susu aku pula, alhamdulillah hari pertama Adam lahir dah ada.  Nak tak nak, aku telefon jugak suamiku dan paksa dia hantar alat pengepam susu.  Pukul 2.30 pagi dia sampai di wad.  Kami tak peduli pandangan nurse bertugas bila nampak ada lelaki masuk wad yang penting, aku nak cepat-cepat pam susu.  Menggeletar habis badan aku.  Nasib baik suami aku ada tolong pasangkan alat.  Dah la time tu baru nak belajar pasang... huhuhu...

Apa-apa pun, syukur kerana semuanya telah selamat kini.  Alhamdulillah. :)  Thanks for reading!  End of NAM.

Tuesday, June 23, 2015

NAM :: Sakitnya Induced! (2)

Assalamualaikum wbh..

18-APRIL-2015, SABTU

Okey, sambung balik lepas aku dah mengucap panjang dengan sakitnya contraction tu.  Sepanjang mengandung tu, aku memang dah hadam dah tanda-tanda nak bersalin macam mana tapi kesempatan rasa contraction tu memang seram ah!  Lagi pun, aku ada baca yang kalau sakit induce ni, memang sakit.  Sakit lagi daripada contraction semulajadi.  Memang betul pun!  Huhu... sakit tak tahu nak cakap.  Sakit sepanjang masa.  Diorang cakap kalau sakit semulajadi tu dia datang sekejap-sekejap.. dalam dua tiga minit, sekali.. pastu repeat.  Yang ni tak, sakit berterusan.  Dahlah bila datang nurse nak check degupan jantung baby, kita ni dah sakit nak mengerekot ke apa tak boleh dah sebab CTG melekat je kat perut dekat setengah jam.  Fuiihh.. pengalaman betul!

walaupun tak suka alat ni melekat, tapi bahagia bila tengok graf tu.. i see my baby heart beat!
(gambar ihsan Google)

Akhirnya, aku tak tahan dah.  Bila nurse datang tanya aku nak ubat tahan sakit ke tak, aku terus cakap nak.  Nurse datang bawak ubat tahan sakit aku tak tahu dah jam berapa janji aku nak tidur.  Aku terus telan dan lepas tu barulah lega sikit rasa sakit dan aku pun tertidur kepenatan.  Tanda nak bersalin pertama, Contraction. Tick!

Sedar-sedar je, aku tengok ada makanan kat hujung katil.  Eh, dah pagi ke? Kat sini sarapan dihantar jam 6.30 macam tu. Gila awal!  Sebab pukul 8 nanti sesi round doctor-doktor pulak.  Kat sini makanan dia memang best.  Kiranya kalau tak de pantang-pantang, boleh gemuk.  Tapi lecehnya bila kita ni sah-sah yang datang spital orang yang sakit jadi, masakan yang disediakan banyak yang tak kena.  Sepatutnya, catering lebih peka dengan keadaan pesakit.  Nanti aku citer bab lepas bersalin.

Masa doctor buat rondaan pagi ni, dia ada datang check keadaan aku.  Tengok pada graf CTG pastu tanya sikit-sikit then pergi.  Tak lama lepas tu, datang sorang doctor muda minta aku ke bilik pemeriksaan sekali lagi untuk masuk ubat kali kedua.  Waktu sekarang jam 9 pagi.  Aku cuak dah sebenarnya sebab takut dengan kesakitan tu lagi.  Kesiaaaan jiran sebelah katil aku asyik dengar aku mengaduh jek.  Huhu..

Tapi nak tak nak kena pergi.  Aku masuk ke bilik tu dengan perasaan berdebar-debar.  Naik katil dan selak kain macam semalam.  Dr. Shahira, doctor cantik tu check lagi laluan aku. 

“Hurrmm.. kalau ikutkan dalam 3 cm ni.. semalam macam mana?,” tanya dia.

“Sakit doctor.. tak leh tidur.” Jawab aku.

“Kalau ikutkan, contraction awak kuat ni.  Macam ni je lah.. saya tak masukkan ubat lagi dah. Sebab kalau tengok pada graf ni, jalan awak boleh bukak sendiri sebab dah ada contraction.  Jadi kita tengok nanti macam mana okey?,”aku angguk terus.  Lega giler bila dia kata macam tu.
 
Aku balik ke katil dan berehat.  Time tengah syok berehat ni lah datang contraction semulajadi.  Aku perasan setiap 10 minit pasti aku akan sakit.  Disebabkan semalam aku tidur pun dalam kepenatan jadi pagi ni masih ada rasa mengantuk tu.  Baru nak terlelap, contraction datang.  Aku cuba untuk tidak mengaduh.  Aku perbanyakkan zikir dan kalamullah..  sesekali adalah aku hissss gitu tapi aku ingat pesan kakak ipar aku untuk baca Ya Fattah sebagai ikhtiar untuk memudahkan jalan sebab maksud Ya Fattah itukan Yang Maha Membuka.  

Dalam kesakitan tu, aku tak sedar rasa pun detik masa.  Tapi yang pasti, setiap 10 minit aku akan alami contraction sebab setiap kali sedar dari tertidur akibat kesakitan tu, aku akan pandang jam.  Ya Allah.. lambat betul masa berlalu.  Macam jam tak bergerak.  Cukup sejam, doktor datang lagi check aku.  Biarpun aku diperiksa sahaja tapi aku lega kerana sekurang-kurangnya ada yang ambil tahu.  Sobsss..  Dah lega sikit, aku gagahkan diri untuk ke tandas.  Nak cuci lah mana yang patut.  Dengan peluh-peluh kesakitan yang merembes semalam rasa rimas sangat.  Aku ke tandas buang air kecil.  Rasa macam sakit tadi hilang sikit demi sikit.  Rupanya, mungkin aku terlebih sakit sebab tahan kencing juga.  Yelah.. nak gerak macam mana.. sakit.  huhu... Tapi kencing rasa macam tak puas.  Asyik nak kencing je.  Aku teran kuat-kuat pastu agak-agak dah puas tu aku bangun.  Sekali... haaa!  Air ketuban pecah.  Ohhh.. aku tiba-tiba rasa macam satu perasaan puas hati pulak bila lihat air ketuban tu.  Ekeke..  Sebab bila ketuban pecah orang kata dah sampai masa nak bersalin dah.  Okey, tanda-tanda bersalin yang kedua; ketuban pecah.  Tick!  Alhamdulillah..

Aku duduk kasi keluar habis kemudian aku bangun.  Sekali lagi ketuban meleleh.  Baru aku tahu lelehan dia macam mana.  Dulu ingatkan keluar menitik macam air kencing tu rupa-rupanya dia akan meleleh di sepanjang paha.  Banyak pulak tu.  Aku rasa macam kering dah rahim aku sebab banyak betul yang keluar.  Bila aku dah pastikan ketuban dah tak ada, aku terus keluar dan bagitahu nurse yang datang ke katil aku.  Bukan nurse yang jaga aku sebab nurse tu tengah in charge patient lain.  Aku malas la nak jalan jauh sebab takut ketuban keluar lagi.

“Nurse.. tolong bagitahu doctor..air ketuban saya dah pecah,” kataku.

“Okey.  Nanti saya bagitahu nurse yang bertugas,” balasnya sambil pandang nurse aku.   Aku angguk.  Dan-dan je nurse yang selalu jenguk aku tu lalu dan dia terus beritahu.  Pastu nurse yang jaga tu boleh pulak jawab,”Dia masuk sini memang kes leaking.  Biasa la tu.”

Eh, aku dah cuak.  Masalahnya ni bukan leaking lagi dah.  Ni memang dah pecah kot..  Aku bagitahu dia ketuban aku dah pecah, bukan leaking tapi dia buat selamba je. Tak ada pun pergi bagitahu doctor.  Tapi aku sabar je mungkin dia akan bagitahu kejap lagi, bisik aku sendiri.

Tapi lama kot dia tak de pun bagitahu doctor buat aku rasa risau. Yelah, kalau ketuban dah pecah tambah-tambah pulak aku leaking dah masuk hari ketiga, silap hari bulan baby boleh lemas.  Ishh, tak boleh jadi.  Nasib baik waktu tu ada seorang doctor lelaki yang tengah buat survey datang.  Aku cepat-cepat bagitahu dia yang ketuban aku dah bocor dan aku dah leaking banyak hari.  Takut infection pulak nanti.  Hah, dia terus suruh aku masuk ke bilik pemeriksaan sekali lagi untuk check.

Alamak, dia ke yang kena check?  Maksud aku bagitahu dia tu just untuk dia maklum keadaan aku and bagitahu Dr. Shahira ke apa... aduhh, malu pulak nak bagi dia check!  Tapi nak tak nak demi bayi aku, tahan je lah malu pun.  Dia pun macam segan-segan nak seluk dalam.  Haha.. untuk buatkan suasana antara aku dan dia tak jadi canggung, aku borak dengan dia.  Oh ya, waktu ni.. aku dah tak ada rasa sakit apa-apa dah.  Entah bila rasa sakit tu hilang aku tak sedar pulak. 

Aku tak nak bayangkan tangan dia yang besar tu akan seluk aku punya vagina.  Oh, kalau imagine memang aku lari.  Aku buat-buat pandang carta yang ada sebelah katil.  Dia seluk ke dalam kemudian keluarkan.  Nurse yang jaga aku ada sebelah.

“Akak, cuba akak make sure kan.. saya rasa macam dah 4cm ni.. dah rasa kepala bayi ni,” katanya. 

Apa?  Dah rasa kepala bayi?  Aku excited pulak.  Terus tak sabar nak bersalin.  Yelah, time ni tak de rasa sakit apa-apa pun.  Nanti, dalam labour room nanti ada citer tragis.  Sobsss.

Nurse tu seluk dan cakap,”Ha ah, lebih kurang 4cm dah ni tapi doctor tulis 3.5cm lah.  Nanti kalau turun bawah diorang check 3 kita tulis 4, tak pasal-pasal kena marah pulak.”

Doktor lelaki tu angguk.

“Okeylah.. kita masuk labour room ye,” katanya.  Aku bertambah excited.  Kerusi roda di bawa masuk dan diorang suh aku duduk situ untuk ditolak ke bilik bersalin. 

“Husband ada?,” tanya nurse.

“Ada.. on the way nak datang.  Kita nak terus ke labour room ke?,” tanyaku.  Nurse angguk.

“Eh, boleh bagi saya makan dulu tak?  Sebab nanti bila dah masuk labour room tak boleh makan dah kan?,” tanya aku.  Nurse yang jaga aku tu tak kasi.

“Tak sempat dah.. kena turun sekarang.”

Aku diam je.  Nurse kedua tolak aku ke katil untuk ambil telefon dan apa-apa barang yang diperlukan.  Ekceli, telefon bimbit je boleh.  Sampai-sampai kat katil aku tengok dah sampai makanan tengah hari.  Ah, apa lagi.. aku terus buka dan makan sementelahan nurse yang tolak kerusi roda tu dah blah.  Hahaha... lapar kot!

Suami aku pun sampai.  Untuk bagi cepat habis, kitorang makan bersama cepat-cepat.  Sekali nurse yang incharge aku tu laung panggil nama aku,”Suhaila mana... mana patient nama Suhaila?  Ya Allah, sempat lagi makan... dah,dah..awak dah nak bersalin dah tu.  Ada selera lagi nak makan?,” tanya dia.

Aku sengih.  Makan jangan ditolak. 


12.30 TENGAH HARI...

Aku terus di bawa ke dewan bersalin di tingkat satu.  Masuk je dewan, terus di bawa masuk ke bilik perseorangan.  Time ni la aku baru teringat yang meneran nanti akan terberak-berak.  Alamak.  Baru lepas makan.. acane?

Kat bilik bersalin ni nurse dia tak ramah macam kat wad.  Serius sikit.  Aku nak cakap-cakap kasi hilang takut pun tak jadi.  Lagi takut ada.  Mungkin sebab diorang dah cukup stress menerima kelahiran setiap jam.  Tak leh nak salahkan juga... dengan ibu-ibu yang meraung-raungnya.. hihi..  aku la tu.

Mula-mula baring tu, nurse masukkan ubat untuk kasi buang air besar.  Aku tak sure ubat apa tapi dia macam dalam tiub.  Dua kali dia tembak masuk ikut bontot aku sebelum mintak aku ke tandas.  Wah., mujarab kot ubat tu.  Elok-elok nasi aku baru nak hadam dah rasa senak perut nak membuang.  Terus aku ke tandas dan buang semua yang aku rasa ada sebab nurse cakap bila dah duk dalam tu nanti, tak boleh keluar lagi dah sebab nanti pasang lagi CTG tu kat perut dan kalau lama sangat, diorang akan pakaikan plastik air kencing.. kira tebuk pundi la.  Waaaa... aku ni penakut.  Macam tak sanggup nak kena tebuk pundi kencing tu.

Lepas siap semuanya... nurse masukkan induced kedua aku.  Kali ni ikut drip.  Walaupun aku dah siap sedia mental untuk menahan kesakitan tu sebab masa kat wad dah kena induced, tapi allahuakbar... induced ikut drip ni maha sakit!  Triple ganda dari yang tablet tu.  Uwaaaa... rasa macam nak mati.  Start saat tu, aku dah bukan aku dah.  Sakitnya Allah je yang tahu... habis menyengat seluruh badan ni.  Kalaulah tak kerana CTG melekat kat perut, dah lama aku bergolek kat lantai.  Maaaaaak, sakitnya!!  Rasa nak meraung, melolong dan seribu macam ekspresi lagi.  Aku tak peduli dah nurse cakap apa.. suh sabar, suh tahan... arrghhh, sakitnya!



Bersambung...  

    

Monday, June 22, 2015

Sihat Dan Kempis Dengan GC Tea

Assalamualaikum wbh.

Fuihh.. fenomena betul Glucose Cut Tea atau Teh Sekat Gula sekarang ni.  Maklumlah, kadar obesiti dan diabetes di negara kita makin hari makin bertambah seiring dengan bertambahnya kedai-kedai makan ni.  Macam aku ni, tak adalah suka jalan-jalan cari makan sangat tapi bab makan tu, memang gemar. Aku suka masak kat rumah walaupun aku tahu masakan aku tak adalah tiptop sangat tapi as long as aku ada pelanggan tetap (hasben aku ler), iols tak kisah.  Hihi..

Bercakap pasal GCTea ni, kenapa aku cakap fenomena?  Hah, kat sini aku tepek dua tiga testimoni dari beratus-ratus testi yang geng-geng seller ni share.  Memang menggigil kot baca.  Haha.. suka betul bila tengok orang yang bertahun duk hidap kencing manis dengan bacaan sampai puluh-puluh dapat turun sampai ke satu angka.  Tapi yang lebih mudah nampak of course la yang dari saiz XL ke saiz M sebab sesungguhnya, mata manusia ini hanya bisa menilai yang luaran sahaja.  Ekeke..



Aku ni nak kata gemuk tak adalah.  Memang tak pun! (InsyaAllah) Tapi masalah utama ialah hasben laaa..  dia suka makan dan entah macam mana.. lepas kahwin ni badan dia cepat betul naik. Isteri mana tak risau weihh.. kot kalau masa belum kahwin dulu boleh pakai saiz M selamba je... sekarang ni L pun dah semput, XL baru senyum lega.  Hah!  Jadi, sementelahan dah ada inisiatif untuk kawal berat badan, kurangkan risiko diabetes, kawal tahap glukosa dalam darah, meningkatkan metabolisma badan dan elakkan risiko penyakit kronik, rasa macam sia-sia la impian nak jadi isteri mithali kalau tak kasi hasben try!  Seorang isteri yang penyayang tidak akan pernah sesekali membiarkan tali pinggang suaminya bertambah lubang tebukan... gittew~

Apatah lagi bila aku baca testimoni yang best giler ni, terus rasa berkobar-kobar nak try!





Itu untuk bahagian suami aku.  Tapi, GCTea ni bukan untuk certain orang je.. boleh dikatakan semua golongan boleh minum.  Disebabkan aku tak ada masalah kesihatan (alhamdulillah) dan masalah tubuh badan, tapi tetap terliur jugak nak menjaga lagi kesihatan ni.  Yelah, kita makan macam-macam.  Mana tahu dalam diam tiba-tiba penyakit bertandang.  Lagipun, tak salah kalau terlebih concern pasal kesihatan ni. Alang-alang dah beli untuk hasben tu, minum la sekali.  Untung-untung GCTea ni mampu sekat gula dari berlebih-lebihan dalam badan.

Tapi, tak disangka-sangka rupa-rupanya secara tak langsung, GCTea ni sebenarnya membantu juga untuk ibu yang menyusukan anak macam aku. Aku tak perasan pun susu aku makin banyak tapi bila terbaca testimoni yang ada ni, ha ah laaaa... baru perasan!  Dulu kalau pam, dapatlah 5 hingga 6 oz je sekali pam.  Tapi lepas consume tu, jumlah susu aku boleh bertambah sampai ke 8oz sekali pam.  Alhamdulillah...syukur sangat dengan rezeki yang dikurniakan ni.


Jadi, aku sarankan sangat-sangat kepada sesiapa yang rasa mak ayah dia ada kencing manis, darah tinggi, migrain atau yang nak kurangkan berat badan tu untuk cuba GCTea ni.  Memang berbaloi sangat la kot sebab sekotak tu boleh tahan dua bulan dan boleh diminum satu keluarga pulak tu.  Pada aku, jagalah kesihatan kita ni sebelum kena penyakit yang lagi kritikal.  Takkan la nak tunggu obes sampai tak leh jalan baru nak cari penawar.  Waktu tu, lemak pun dah tepu.  Atau, takkan nak tengok mak ayah duk cucuk insulin hari-hari sedangkan kita ada duit, tahu produk yang terbaik tapi masih lagi nak buat tak tahu.

Aku tak cakap sesiapa la.. ni citer ayah mertua aku sendiri.  Dia sendiri dah sampai tahap kena cucuk tapi dia tak cucuk pun.. kiranya dia duk makan ubat gitu je.  Itu sebelum aku jumpa GCTea ni.  Alang-alang dah beli kasi kat suami, aku bagi jugak ayah mertua aku cuba.  Kira aku kasi free je lah.  Allah, dengan mak ayah takkan nak berkira?  Hehe... Lepas dia minum dua tiga hari, aku tanya la dia apa rasa.  Katanya badan dah rasa macam ringan sikit, pening-pening pun dah tak ada.  Masa sebelum minum tu,bacaan dia 11.

Beberapa minggu lepas tu, dia call hasben aku tanya pasal teh yang aku kasi kat dia tu.

"Ayah rasa dah sedap badan ni lepas minum teh yang Su bagi tu.  Nanti Ayah nak order lagi la.  Kali ni, biar Ayah bayar pulak!"  Alhamdulillahhh... maksudnya memang teh tu berkesan lettew sampai Ayah sanggup nak bayar sendiri.. tak nak menyusahkan anak-anak katanya.  Alaaa... tacing plak! T____T

Kenapa aku yakin sangat ngan GCTea ni?  Sebab sebagai graduan pertanian (ceh, dan-dan!) aku tengok bahan yang digunakan dalam teh ni sangatlah bagus.  Antaranya ialah daun teh hijau, rooibos, daun peppermint, daun stevia, daun mulberry dan juga gymnema sylvestre.  Apa fungsi diorang ni?  Baca kat bawah;

TEH HIJAU - kandungan EGCG di dalam teh hijau menghalang tindakan enzim yang dipanggil alpha-amylase yang memecahkan karbohidrat kepada gula.  Teh hijau juga merupakan agen anti oksida terbaik dalam meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan stres.

MULBERRY - menghalang penguraian gula/sukrosa di dalam usus lantas menghalang penyerapan glukosa ke dalam darah.

PEPPERMINT - menenangkan dan menghilangkan stres

DAUN STEVIA - merupakan pemanis semulajadi. Tiada kalori dan tiada gula.  Membantu mengawal gula didalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas.  Merupakan pemanis terbaik untuk pengidap diabetes.

DAUN GYMNEMA SYLVESTRE - menyelaputi reseptor rasa dan menghalang pengaktifan molekul gula di dalam makanan. Membantu dalam menghindarkan kepada ketagihan gula.

ROOIBOS - merangsang pankreas beta-sel untuk merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga secara semulajadi.

Jadi memang tak hairanlah kalau GCTea ni menjadi trend minuman sekarang untuk sihat, untuk kurus dan untuk kekalkan kesihatan yang baik.  Well, bahaya jugak ni kalau lupa minum.  Yang dah kurus, tak pasal-pasal leh gemuk balik.  Heeeee.. gurau jek!  Okeylah, pada sesiapa yang rasa nak cuba teh ni, boleh hubungi 013-9342778 atau 013-9976826 untuk sebarang pertanyaan.  Tanya la banyak-banyak kat diorang, sure akan dibalas dengan baik.  Atau boleh LIKE page I Care - Glucose Cut Tea GCT di Facebook.

SEKOTAK RM130/140 (SM/SS).  ADA 60 UNCANG.  BOLEH TAHAN 2 BULAN!

Tadaaa.

Sekian, terima kasih sudi baca! 



PELUANG MERAIH PENDAPATAN SAMPINGAN

Haaa, pada yang mencari-cari duit poket tu, bolehlah jadikan GCT ni sebagai bahan niaga jugak.  Dah baca tadi kan pasal kehebatan dan trending GCT sekarang ni jadi tak ada masalah kalau korang yang ada modal sikit tu untuk jadikan ia sebagai perniagaan sampingan.  Confirm stok akan licin sekelip mata.  Aku rasa, selagi tak ramai pesaing ni, baik korang grab peluang ni.  Mana tahu, rezeki kat sini.

Caranya senang je..

SILVER PACKAGE (AGENT)

4 KOTAK GCTEA 
RM380 (WM) + 6% GST = RM402.80
RM420 (EM) + 6% GST = RM445.20

GOLD PACKAGE (MINI STOKIS)

16 KOTAK GCTEA
RM1520 (WM) + 6% GST = RM1611.20
RM1680N (EM) + 6% GST = RM 1780.80

PLATINUM PACKAGE (STOKIS)

39 KOTAK GCTEA
RM3705 (WM) + 6% GST = RM 3927.30
RM4095 (EM) + 6% GST = RM 4340.70

Tapi sehingga akhir Jun 2015 ni, diorang buat CUT OFF SEHINGGA 60% untuk sesiapa yang nak jadi stokis.  Gullpp!

Okey.  Nak check dompet sat.  Bye!

Wednesday, June 3, 2015

NAM :: Ketuban Bocor! (1)

Assalamualaikum wbh.

Lama tak update blog.  Bukan tak nak cuma kekangan masa yang menghalang daripada aku mencatat titik-titik perjalanan hidup kat sini.  Alang-alang lama tak hapdate, aku mulakan entri bulan Jun ni dengan catatan yang indah.  Cerita tentang kelahiran anak syurgaku..  Nik Adam Mukhlis.

**************************************************

17-APRIL-2015, JUMAAT

Hari ini, aku bersarapan dengan Ma dan Abah.  Diorang akan bertolak ke Mekah menunaikan umrah petang nanti, jam 4.  Ma dan Abah sampai di KL ni hari sebelumnya so kira bermalam semalaman di rumahku.  Tiba-tiba, pagi tu aku rasa macam tak sedap hati.  Sebenarnya semenjak malam tadi; aku tak dapat tidur lepas baca satu artikel ni.  Tak pasal-pasal Fitri yang tengah nyenyak tidur terjaga dan tak senang untuk sambung tidur semula.  Kira aci arr dua-dua tak leh tidur…  pastu aku terus bangun kemas-kemas beg aku, dan beg baby.  Waktu tu, jam 3 pagi…

Lalu, aku suarakan pada Ma dan Abah.

“Orang ase nak gi spital la pagi ni..”

“Kenapa?” Tanya Ma.

“Rasa macam air ketuban bocor.”

“Meleleh ke?,” Tanya Ma lagi. 

“Tak.  Tapi, semalam ad abaca symptom ketuban leaking..”jawabku.

“Ikutlah.. kalau rasa nak pergi, kita pergi.” Sampuk Abah.

“Kita pergi kejaplah.. sempat je nak hantar Ma Abah gi airport nanti.”

Kemudian, dalam jam 10 pagi tu kami bertolak ke HUKM.  Sampai kat sana, aku terus ke O&G.  Proses kat sana tak adalah lama sangat cuma part yang lama tu bila aku kena tunggu doctor datang periksa.  Kira dekat sejam jugaklah aku terbaring kat katil tu.  Doktor kemudian datang untuk buat palpation and check air ketuban aku.  Sah, aku leaking.

“Kita masuk wad,” kata doctor tu.  Aku terkedu kejap.  Err… tak ready apa-apa ni!  Aku bingkas bangun.

“Err.. masuk hari ni ke doctor?,” Tanya aku.  Doktor tu angguk.

“Eh, saya tak ready pape ni.. satu apa barang pun tak bawak.. saya balik dulu boleh?,” soal aku.  Dia geleng-geleng.  Nurse yang membantu pun tersengih.

“Wrong timing.. dah datang, memang kena pegang laaa,” kata nurse sambil ketawa kecil.  Alaaa.. aku dah cuak.  Sebenarnya, bukan sebab barang-barang tak bawak yang menjadi alasan utama tapi sebab aku takut nak bersalin awal.  Sah la ni.. kena induced!

“Macam ni doctor.. saya janji saya datang balik lepas ni.  Nak kena hantar mak ayah balik rumah ni.. diorang nak kena pergi airport petang ni..umrah.”  Doktor tu tetap geleng.

“Saya tak boleh benarkan awak balik dah.  Ni kira dah jadi patient ni..  tak boleh keluar lagi dah.”   

Nak tak nak, aku pun mengalah.  Aku keluar bilik pemeriksaan tu dan bagitau Ma Abah yang aku kena admit ward hari tu jugak.  Alhamdulillah.. penerbangan diorang pun ditangguhkan ke pukul 8 malam.. syukur.

So apa lagi… aku pun telefon Fitri bagitau yang aku kena masuk ward dan mintak dia bawakan semua beg yang dah aku prepare malam tadi.  Nasib baik tergerak hati nak prepare beg betul-betul.. padahal misi dah pesan suh ready beg seawal usia kandungan 27 minggu.. konon banyak lagi barang-barang tak beli.  Iskk!  Nasib baik sangat-sangat!  Kalau tak.. memang haru la nak kena ready barang-barang tu semua..

Akhirnya aku ditolak naik ke Wad 2A HUKM dan di bawa ke katil 5.  Masuk saje wad.. perasaan aku dah lain macam.  Rasa sebak.. sedih.. takut.. tapi, lebih kepada sedih.  Sedih sebab terpaksa susahkan Ma dengan Abah.  Aku nampak riak bimbang pada wajah Ma dan Abah.  Tapi Abah, biasalah lelaki… lebih pandai simpan perasaan.  Fitri dah sampai juga waktu aku sampai di katil tu.  Dia juga nampak risau.  Aku cuba berlagak biasa… konon-konon itu adalah prosedur biasa.  Ah, memang biasa pun.  Huhu…

Mereka tak dapat nak berlama-lama sebab bukan waktu melawat.  Sewaktu Ma Abah nak balik, aku peluk Ma, peluk Abah.  Waktu tu.. air mata dah start mengalir.  Aku terasa betapa aku akan memikul satu tanggungjawab yang besar tidak lama sahaja lagi..  Ma bisikkan kata-kata semangat untuk aku dalam air mata sedang aku memohon doa daripadanya untuk dipermudahkan segala urusan.  Aku lepaskan pelukan dengan kami saling berbalas ciuman di pipi.

Aku peluk Abah.  Waktu tu, aku perasan yang aku dah lama sebenarnya tak peluk Abah.  Sejak kali terakhir di majlis pernikahanku.  Sudah setahun tak peluk Abah.  Tiba-tiba, aku cium pipi Abah.  Iya.. juga sudah lama aku tak cium pipi tua itu.  Waktu itu… perasaan kami sebenarnya dalam dua.  Pelukan semangat untuk aku yang akan bertarung nyawa tidak lama je lagi… dan pelukan yang mungkin pelukan terakhir kami sebelum Ma Abah ke Mekah.

Last sekali… aku peluk suamiku.  Fitri sebak.. aku dua kali, eh.. sepuluh kali lebih sebak.  Aku mintak maaf segala salah silap aku dengan dia.. dia maafkan.  Selalu memaafkan.  Lama kami berpelukan sebelum Ma Abah datang semula jenguk.  Huhu.. sedih.. takut.  Itu perasaan yang aku ada waktu tu. 

Sebaik diorang balik, aku terkebil-kebil di katil.  Nak tukar baju pakai baju spital pun terkial-kial.  Rasa macam berat je nak sarung pakaian kaler purple tu tapi.. terpaksa juga.  Aku tenangkan diri.  Ini prosedur biasa.. Selesai salin pakaian, aku terus pergi solat Zohor.  Kemudian berehat di katil sebelum datang nurse minta aku ke bilik pemeriksaan untuk dimasukkan ubat.  Aku okeykan aje.. waktu ni.. memang rasa tenang dah.  Dah tak takut dah… mungkin berkat solat hajat tadi.

Sementara menunggu giliran aku, ada dua orang patient lain.  Sorang tengah dimasukkan ubat dan sorang lagi duk tunggu kat luar macam aku.  Sempat kami berkenalan.  Nama dia Marsyitah.. dia dah masuk ubat sekali.. ni nak masukkan kali kedua katanya.  Aku Tanya la.. sakit ke?  Dia kata sakit gak la.. membenarkan lagi kata-kata dia, nuh haaa… patient yang kat dalam.  Asyik mengaduh.. buat aku rasa, Aishhhh…  tapi aku cuba fikir positif.  Tak semua kesakitan tu sama bagi setiap orang.  Aku kuat!  Kemudian, Marsyitah masuk.  Tak sampai berapa minit dia keluar.

“Macam mana?  Sakit tak?,” aku tanya dia.

“Tak masukkan pun… doctor buang yang tadi je..”

Alaaaa… rasa macam tak aci pulak dia tak kena.  Hahaha… kemudian, aku masuk.  Naik atas katil.  Selak kain.  Doktor pecah-pecahkan tablet ubat tu kemudian dia seluk masuk dalam vagina.  Aku kemut tahan sakit.. kalau nak bagi skala sakit out of 10, aku bagi 4.  Iye.. sakit.. ngilu tapi masih boleh tahan.  Tapi, bila doctor masukkan ke dalam dan dalam…haaaa… yang tu naik skala 5.. last attempt aku tahan nafas.  Okey.. selesai.  Tiga kali sumbat ubat untuk induced.  Fuuhhhh…

“Biasa kita akan tengok contraction dalam masa 6 jam.  Sementara tu, awak akan mula sakitlah,”kata doctor manis tu.  “Tapi sebab kita tak masukkan ubat waktu malam.. jadi untuk second dose tu pagi esoklah ye.”  Aku anggukkan aje..

Turun dari katil dan berjalan balik ke katil 5 seperti tak ada apa.. huhu.. eksyen! Bila masukkan ubat induced ni, kita kena baring kat katil at least setengah jam.. nak kencing ke apa.. after that jelah untuk elakkan ubat tu jatuh.  Lepas solat Asar, aku mula rasa sakit.

9 malam doctor datang check.  Okey.. waktu ni memang aku dah rasa sakit habis satu badan terutama sekali di bahagian pinggang ke bawah.  Untuk kurangkan kesakitan, aku urut peha perlahan-lahan.  Doktor seluk tangan dia lagi.. 2 cm katanya.. okeylah tu, at least terbuka berbanding waktu daftar tadi laluan memang 0.  Tapi aku rasa macam nak tending-tendang je doctor sebab skala kesakitan dah naik 6.  Serius.. waktu tangan dia masuk.. aku macam contraction!  Sakit sangat. 

Dan sepanjang malam tu aku tak boleh tidur.  Aku mengerang sendirian.. nak jerit kuat-kuat kesian patient lain walaupun sesekali aku memang mengerang sakit.  Allahhh…  Sakitnya kena induced…  Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad!