Saturday, April 23, 2016

Cabaran Perut Saiz A4?

Assalamualaikum wbh..

Ada berita best nak habaq kat semua ni… tapi mula-mula nak tanya..siapa yang rasa-rasa raya tahun ni nak kuruih tapi asyik tak lepas je kalau buat diet?... kalau buat pun, turun tu slow sangat-sangat… macam tak sempat je nak transform diri dalam masa 3 bulan ni..

Tak pe.. jangan fikir tak mustahil raya ni pinggang saiz A4.  Rahsianya ada dalam entry kali ni.  Saya ni tak adalah obsess sangat dengan kurus ke gemuk ke.. pada saya, semua orang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.  Cumanya pertanyaan tadi tu sebagai pembuka semangat la untuk uols yang rasa nak sihat.. nak cantik tapi azam tu.. lepas setahun, setahun asyik bertangguh.  Waduh, kalau nak sihat pun bertangguh, rasanya bab nak cantik tu mungkin lagi slowlah..

Cantik luaran aje tak ngam kalau dalaman tak tip top.  Pakej dia macam ni.. cantik luar, tak semestinya cantik dalam.  Tapi kalau cantik dalam, insyaAllah akan terserlah di luar.  Haaa.. jadi marilah kita sama-sama fokus untuk mendapatkan kecantikan dari dalam mula-mula sekali.

Korang ni, kalau membuang sehari berapa kali?  Seeloknya, dua kali sehari atau paling-paling tidak pun, sekali sehari.  Supaya bahan-bahan makanan dan sisa-sisa yang sudah settle semalam tu dapat dibuang dan ruang yang ada adalah untuk proses hari seterusnya.  Tapi, macam mana dengan mereka yang tidak membuang hari-hari tu?...  badan akan mula mengumpul toksin.

Macam mana kesan badan yang ada toksin ni?.. meh buat checklist sikit.  Manalah kalau kalau-kalau ada diantara tanda-tanda yang berikut ni, ada pada korang.  Jadi, kalau ada tu, mohonlah insaf dan bertindak segera.  Memanglah hari ni, sekarang ni kita muda… badan masih tak rasa sangat kesan toksin pada badan.  Tapi, bila dah meningkat usia dari tahun ke tahun, haaa.. mulalah rasa akibatnya.  So, cuba korang angguk ke.. geleng ke kalau-kalau yang tersenarai kat bawah ni berkait rapat ngan diri korang ek?

Sembelit?
·         Kembung perut?
·         Sakit kepala?
·         Letih dan lesu?
·         Mulut berbau?
·         Perut buncit?
·         Kulit kusam?
·         Suka makan?

Jika korang ada ciri-ciri kat atas ni… dan dah cemuih nak cuba itu ini, jangan cepat mengalah. Haha… saya jarang tau kongsi benda yang tak best.  So, apa kata sebelum puasa ni, meh cuba produk terbaru kami ini yang mula mendapat perhatian ramai.  Cuba tanpa menoleh ke belakang lagi dah…  Saya pun macam anda juga.  Hihi.. takut nak mencuba tu memang ada tapi.. tapi.. tapi… bila tengok kandungan bahan yang terdapat dalam minuman ni, ditambah pula dengan liability insurans company sampai RM3 juta, mak aiii.. terus berani nak try.



Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Clenz-tox ni ialah;
·         Oat Fibre
·         Green tea
·         Celery
·         Passion fruit
·         Apple
·         Lemon
·         Kiwi
·         Spinach
·         Spirulina
·         Wheatgrass
·         Pineapple
·         Cabbage
·         Cucumber
·         Inulin
·         Isomalto Oligosaccharides

Tengok tuuuuu.. semua bahan-bahan daripada buah-buahan dan sayuran je!  Patutlah bila makan ni rasa kenyang dan lawas habis.  Memang cuci usus macam kita makan buah dan kulit pun makin hari makin rasa kelainannya. 

SESUAI KE UNTUK DIET?

Apa pulak tak sesuai… kenyang babe!  Ada fiber oat yang boleh buat perut rasa full dan tahan lapar lebih lama.  Sekarang ni semua pun nak rushing.  jadi, tak ke membantu benda alah ni bila ada?.. lagipun goncang ngan air sejuk je.. badan sihat, otak cergas, muka lawa. Hek elaaa… nak demand apa lagi?.. hihi!

KEBAIKAN CLENZ-TOX

Menurunkan kadar kolestrol
Merangsang bakteria baik
Mengurangkan risiko kanser
Melambatkan penyerapan glucose
Menguatkan sistem imun tubuh badan
Menurunkan paras pH dalam usus
Membantu proses detoksifikasi hati

CARA MINUM

1) Ambil 1 paket setiap hari sebelum makan malam
2) Campurkan 1 paket dgn 150-180ml air di dalam shaker.
3) Goncang sehingga sebati dan minum.

Harga : RM135.00 (14 sachets)

Tapi kalau dah nekad nak kurus sakan... saya suggest amek set ni.  Yang ni memang berbaloi-baloi agi la sebab terus jadi member. Pasni tak risau pasal harga dah! 


Bagaimana kalau nak cuba?  Boleh terus direct WhatsApp ke nombor ni 0139342778.  Cepat tau sebab stok bulan ni sahaja dah berapa ratus dilepaskan.  Huwaaa... baru je launch kot~

Terima kasih sudi baca dan semoga raya nanti tercapai matlamat nak sihat, cantik dan hidup dengan lebih berkeyakinan ye?!

Saturday, April 2, 2016

Tougher Routine Begins!

Assalamualaikum wbh..  hai.

18 April ni, genap umur Adam 1 tahun. Alhamdulillah.  Semoga Nik Adam Mukhlis diberikan kesihatan yang baik, akhlak yang terpuji, masa depan yang cemerlang, rezeki yang tidak pernah putus dan berkat serta menjadi anak yang soleh dengan kefahaman agama yang baik. Ameen.

April ini jugak, mommy terpaksa biarkan Adam berdikari dengan Atok dan Nenek.  Balik kampung eii Adam.  Rutin mommy dah bertukar dari suri rumah kepada ibu yang bekerjaya.  Alhamdulillah.  Rezeki Allah nak beri di tengah-tengah kegawatan orang tak ada kerja, mommy diberi peluang untuk berada di meja professional kembali.  Yes.  Before this, mommy dah nekad kekonon nak jadi suri rumah yang penuh dedikasi pada Adam dan Ayah.. sebab mommy dah stop job hunting about two years.  Even panggilan untuk PTD selalu ada, take it as rezeki again sebab mommy dah tak update benda alah tu hampir setahun.  Kalau dipanggil, mommy buat aje yang terbaik.  So, bila dipanggil masuk gomen ni (zaman mommy menulis catitan ni, kitorang panggil government GOMEN je Adam.  Kikiki..)mommy rasa mommy should grab that precious chance that might not be there for me, again.  Im getting near to the edge of maximum age for recruiting my dear… sobs!  Yes.. mommy is getting old.  Remember that, Adam is growing up while im growing old.

So there again… konflik dalaman mula menerjah.  Actually, mommy okey je.  Yeah.. you know.. mommy ni jenis tough tau.  Ekekeke.. mommy suka dengar apa yang orang nak beritahu dan if its good, mommy ambil as pengajaran.  Tapi, kalau benda tu macam tak best je.. macam tak ngam je ngan mommy punya life principal.. I let it go by the wind.  So, do you know what people always talking about?

Yup!

Suri Rumah VS Bekerjaya.

This topic is likely to be so boring and ewww.. macam tak ada better argument kan?.. hahaha.  Syuhhh! Baca je then you will understand how hard I try to be the best mother as  I can for you my dearest son.  Masa mommy pilih untuk jadi suri rumah untuk 2 tahun yang lepas, mommy tak pernah terfikir any other reasons rather than to be by your side 24/7.  And owh, to be by Ayah side also.  Perlu masukkan Ayah juga dalam catitan ni. :D

Tapi mommy tak pernah nak judge or argue dengan ibu-ibu yang bekerja dan ada anak-anak kecil untuk bekerja malah, I salute them.  Bukan senang tau.  Tambah-tambah hidup di kota metropolitan yang waktunya amat laju berputar.  Jadi, bila ada yang provoke bukan-bukan dengan ibu yang bekerja ni dengan istilah dan alasan tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tugas ibu bapa… si isteri sepatutnya berada di rumah, jadi the ‘real’ suri rumah… belum lagi masuk soal rezeki itu ini… hurm, a bit sad.

Mommy tak nafikan, menjadi suri rumah adalah kerjaya yang paling baik untuk seorang yang bergelar ibu.  Tapi kita tak boleh nak judge nasib, impian dan rezeki semua orang sama.  Memang lain rasanya kalau dapat masak, mengajar ABC Alif Ba Ta sendiri pada anak-anak.  Tapi, kita jangan sesekali provoke orang betapa indahnya kehidupan kita menjadi suri rumah di kala seseorang tu terbeban dengan seribu satu masalah yang memerlukan penyelesaiannya.  Kalau kita ada kehidupan yang baik, selesa dengan kadar hidup seorang suri rumah, syukur. 

Tapi, since mommy pun akan jadi ibu yang bekerjaya kelak… bisik-bisik tentang pengabaian anak, kesempitan masa, dosa pahala si isteri keluar bekerja dengan fitnah itu ini dan bla bla bla lagi… membuatkan mommy kembali menjadi hati batu. Muehehe..  entahlah Adam.  Kita ni kalau ikutkan cakap orang, macam sempit je rasa ruang untuk bernafas.  Again, back to sentence kat atas tu, don’t compare hidup kita dengan orang lain.  Mommy terima jawatan tu bukan sebab mommy nak abaikan Adam.  Never.  Bukan juga sebab mommy nak bebas.  Bukan.  Tapi, Adam kena tahu satu perkara…

Mommy sangat cintakan ilmu yang pernah mommy pelajari.  I learned agricultural.  I love to be around with flora and fauna.  I love to share.  I want to be someone yang berbakti pada masyarakat.  InsyaAllah… MaTok dulu pun bekerja juga nak besarkan mommy and your uncles and aunties… tapi kami tak pernah terabai.  Still.. kami semua makan dari air tangan MaTok, baju yang MaTok basuhkan, kerja sekolah.. MaTok teman untuk disiapkan malam-malam… bila ada exam, MaTok and AbahTok boleh luangkan masa untuk baca Yaasin dan solat hajat untuk kami semua… bila ada PIBG, AbahTok tak pernah missed nak attend.. nak ke mana-mana, MaTok or AbahTok akan hantarkan.. so, nothing much to be worried.  Jadi, tersenyumlah wahai anakku…

Hidup di dunia ni bukan untuk kita berlumba dengan sesiapa… setiap dari kita ada impian dan cita-cita masing-masing.  Yang penting ialah, kita jadikan setiap saat hidup kita, yang paaaaling indah agar kita tidak menyesal di kemudian hari.  Nikmati setiap hela nafas yang kita hembus.  Hargai kasih sayang yang sedang kita miliki.  Don’t compare!  Padang orang mungkin nampak hijau dari kejauhan… tapi penat lelah menjaganya, hanya mereka yang tahu.


Tersenyumlah wahai anakku… mommy dengan Ayah, menyayangimu sedari saat kau cuma seketul darah yang bergumpal tanpa nadi.