Friday, October 20, 2017

Potty Training

Assalamualaikum wbh.

20 Oktober 2017.  Saje aku tulis tarikh ni sebab nak marked tarikh first day Adam cuba nak potty training, atas kehendak dia sendiri.  Wah, aku pun tak tahu la dia boleh ke idok.  Tapi, tak nak percayakan kebolehan anak sendiri, kau nak percaya anak sape?  Hehe...  jangan pandang rendah anak kita, tu baka kita jugak.  haha..

Petang ni, Adam menangis-nangis tak nak mandi. Sebab dia dah ngantok sangat agaknya. Tapi kalau tak mandi, alamatnya lagi penat bangun nanti.
.

So, Mommy paksa juga mandi.
.

Lepas mandi, round kedua pula mengamuk. Tak nak pakai pampers pulak dah. Ingatkan main-main... so Mommy nak juga pakaikan.. tapi dia berkeras tak nak pakai sambil tutup bebirdnya dengan tangan je.
.

"Okeylah, tak nak pakai tak apa. Tapi, nanti nak kencing, bagitau Mommy ye?"
.

Adam angguk. Haishh.. Mommy ni naik risau juga, Mommy pandang ke seluruh rumah. Karpet penuh ni. Dahlah esok sehari je cuti, dah ada apoimen client. Ahad dah start keje. KALAU LA Adam terkencing, huwaaaa... penat la Mommy, syg! Telinga pula kena tadah petir ngan nenek nanti. Dua kali la Mommy murung nanti, nak! Kahkah.
.

"Betul ni Adam nak bagitau Mommy kalau nak kencing?"
.

Dia angguk sambil tersedu-sedan, menghabiskan sisa tangis yang berbaki."Betul, nanti Adam bagitau."
.

Okeylah, Mommy pertaruhkan janji Adam ni tau. Please la bagitau nanti kalau nak kencing.

================

Beberapa hari lepas...........
.

"Adam, nanti Adam tak payah pakai pampers la, boleh?" Tanyaku sambil menyiapkan dia untuk ke taska pengasuh. Pagi tu hanya kami berdua sedang bersiap.
.

"Erm, boleh!" dia angguk laju-laju. Amboi, tahap konfiden mewarisi Mommy je. Dah lama Mommy nak potty training Adam, tapi kekangan masa tu tak boleh nak dielak selain kekangan kerajinan. 
.

"Okey, nanti Jumaat dengan Sabtu ni, kita try tak payah pakai pampers nak? Pampers nanti kita simpan, bagi adik je, boleh?," aku tanya. Balm anti kembung aku sapu ke perutnya.
.

Aku geletek pusat dia. Adam mengekek ketawa sambil melarang aku,"Ish, apalah!"
.

"Boleh ke ni.. Jumaat Sabtu ni kita training tak payah pakai pampers?" tanyaku kembali setelah ketawa kami reda.
.

"Bolehhhh," jawab Adam panjang.
.

Hahahha... nampaknya, hari ni Adam dah tunaikan janji dia. Aduh, Mommy harap Adam dapat buktikan. Chaiyokk my dear son. Mommy trust you!
.

Dulu pun, Adam janji nak stop breastfeed at 2 years old. Alhamdulillah.. amazing! Umur 2 tahun dia betul-betul stop, berjaya! Adam tak pernah hisap puting tiruan. Allah.. semoga KAU permudahkan perjalanan dan bukalah rezeki Adam seluas-luasnya. Amiin.


wahai pampers, cukuplah 2 tahun setengah pelaburan ke atasmuuu... syuhh!