Tuesday, July 12, 2016

Adab

Assalamualaikum wbh..

Dah lama tak bersiaran di blog ni.  Bersawang tu perkara biasa sangatlah.  Hihi.. apa susah, kalau bersawang kita sapulah.  huhu.  Nak buat macam mana, kekadang ada je idea nak menulis tetapi tiap kali nak mulakan langkah untuk mencoret, aku terasa bagai kurang rempah dalam bicara.  Aku bukan lagi anak-anak hingusan yang baru nak belajar menulis di alam maya.  Bukan juga belia yang boleh menulis sesuka hati janji bahagia.  Bukan.. bukan.  Itu dulu kala bolehlah... tapi takkanlah sudah beranak pinak pun masih mahu melayan jiwa yang senak lagi?

Kau tahu.. sejak punya kesayangan dunia akhirat ini, terkadang terlalu banyak yang aku risaukan.  Prejudiskah diri ini... atau terlalu mengongkong minda sendiri.. wallahuallam.

Tapi, rasanya kebimbanganku berasas.  Lihat sahaja di media sosial.  Bila aku baca perkara-perkara yang viral tentang adab dan akhlak, 360 darjah aku kelilingi diri sendiri memuhasabah peribadi.  Kuatkah aku untuk berusaha menjadi muslimah?  Teguhkah aku dalam mempertahankan prinsip di atas landasan yang benar?  Mampukah aku mendidik dan membimbing putera puteriku menjadi khalifah penghuni syurga?  AKu pun manusia biasa.  Terkadang ada juga khilaf dalam menilai orang tapi cepat-cepatlah istighfar.  Kita selalunya tahu, ada yang tak betul dalam tindakan kita cumanya, nak merobohkan ego dalam diri untuk mengaku salah diri tu, macam menghempap batu ke kepala la jawabnya.  

Tapi ego dan syaitan tu ibarat api dalam sekam.  Mula-mula ego kerana benar namun lama-lama.. syaitan mula kontrol agar kita hidup, bertiang serikan ego dan kesombongan.  Merasakan diri selalu betul walhal, naluri kecil dah bagi denyut yang tindakan kau itu salah.  Tapi, ego dan sombong tetap jadi tuan.  Akhirnya... kita juga yang rasa tersiksa.  Sebak dada, rimas, mudah nak melenting, prejudis dan egois yang tak berkesudahan.  Nak ke pergi dalam keadaan diri begitu?  Muhabsah, muhasabah.

Aku, kau, kita... 
cuma manusia biasa.
Ada salah dan silap..
yang sengaja dan tak sengaja.

Semoga kita tak ulangi; perkara lepas yang melukakan.  Tindakan akan datang yang menyulitkan.

Penilaian kita terkadang salah.  Stop being judgemental.  If you cant do good, then dont do bad.