Thursday, January 9, 2014

Perjalanan Cinta 3 :: Doa Di Mekah Al Mukarramah


Assalamualaikum wbh…

2008.

Alhamdulillah.  Allah telah menjemput kami sekeluarga untuk menjadi tetamuNYA.  Syukur berbanyak syukur kerana mendapat rezeki untuk ke sana di usia yang masih muda.  Kami berada di sana selama dua minggu.  Semasa dalam perjalanan ke Mekah dari Madinah, aku mendapat tahu yang aku dapat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.  Syukur lagi.

Di sana, antara tempat yang memang tak dapat dilupakan ialah Jabal Rahmah.  Kata orang, disini kalau kita doakan jodoh kita dengan seseorang, pasti akan termakbul tanpa hijab.  Disinilah pertemuan kembali Adam dengan Hawa setelah diturunkan ke Bumi.


Saat itu, kepala aku cuma ada satu nama.  Tapi, aku tak berani nak sebut nama dia dalam doa kerana bimbang kalaulah betul doa tanpa hijab pastu termakbul, dan dia pulak bukanlah lelaki yang baik untuk bekalan hari tua aku, macam mana?... lagipun, tika itu aku baru 21 tahun.  Ah, 21 tu masih keanak-anakan.  Ini soal masa depan.  Tak boleh buat main-main, monologku sendiri di atas bukit tu.

Fikir punya fikir, akhirnya aku panjatkan doa, moga bertemu jodoh yang baik, yang dapat membimbing aku ke jalan yang dirahmati serta yang dapat memberi kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.  Moga si dia menjadi rijal yang sejati.  Zaujee yang diimpi.

Senang.

Ringkas dan penuh pengharapan.

Kemudian, saat aku mahu turun.. ada warga Arab ni tiba-tiba hulurkan sebatang marker pen untuk aku tulis nama si dia di batu yang menjadi penanda puncak.  Aku lihat ramai yang menulis disitu.  Aku pandang dia.  Dia menolak-nolak tangannya seakan-akan menyuruh aku segera mencatit nama si dia.  Katanya, kalau tulis nama si dia di batu itu, dia akan jadi jodoh kita.  Ah, sama juga konsepnya dengan doa tadi.  Aku menolak untuk berbuat demikian.  Bukan apa… tadi sudah aku sandarkan harapan pada Allah.  Cukuplah.  Takut jatuh syirik.  Tulis nama atas batu, makbul.  Ishh!  Teringat ustaz aku pesan, syirik itu halus.  Tak apalah.  Aku terus menolak. 

“Allah tak lupalah doa tadi walaupun kita tak tulis nota untuk DIA,” balasku sambil menarik tangan adik yang mula takjub dengan ‘permainan’ pak Arab.  Ah, khurafat…

KETENANGAN HATI

Setelah balik ke Malaysia, aku meneruskan kehidupan macam biasa.  Cuma lebih menjaga adab dan kesopanan.  Tapi, usaha untuk mengusha calon tetap diteruskan.  Hahaha… maaflah.  Bab itu susah sikit nak elak cuma proses mengusha aku ni tak berapa ketara berbanding perempuan lain.  Aku pemalu bab ni.  Alah, mesti pernah dengar frasa mahu tapi malu?...  Usha tu usaha untuk mendapat jodoh.  Wakaka… 
Walau bagaimanapun… proses itu tidak segalak mana sebab ada satu ketenangan yang dapat aku rasakan setelah balik dari sana.  Aku jadi yakin dan tenang bahawa jodoh aku makin kuat setelah berdoa di Jabal Rahmah dan multazam.  Heeeeee…

Suatu malam, aku berborak dengan adik-adikku. 

“Aku tak tahu lah kenapa.. tapi setiap kali aku rasa macam nak usha mamat-mamat hensem.. mesti Allah sekat.  Macam terngiang-ngiang Allah kata, ‘jangan gatal!  Dah ada yang tunggu..’­­­­” Hahaha.. kami ketawa.

“Kau rasa siapa jodoh kau?,” tanya adik aku.

Aku mulalah nak berangan. 

“Entah.  Aku dapat rasa macam orang ngan huruf F.  Tapi sape je kawan-kawan yang aku kenal nama F? 
Faris?.. dah lama lost contact.  Kenal pun masa tuisyen je.  Huh.. pemalu sangat.. tak maulah!,” eceh.. aku jual mahal.  Padahal waktu tu hati berdebar entah tiba-tiba. 

“Daus?,” teka adik aku.

“Daus.. Firdaus?,” aku terjengil.

Wakakakaka… ni satu lagi masalah.  Pada aku, aku memang tak suka si Firdaus Attention Seeker tu.  Tapi, mungkin pada orang ‘gaduh-gaduh lama-lama suka’.  Okey, itu mungkin betul tapi aku memang tak suka mamat tu sebab dia macam gatal sesangat dan tiap kali tengok dia, aku naik rimas.  So, aku pun tak faham kenapa orang suka kaitkan aku dengan dia. 

“No way!  Dia yang dulu mungkin boleh dipertimbangkan.. sekarang ni aku tengok dia macam tak berapa nak bagus je.  Siap pegang-pegang dengan perempuan.. bertepuk tampar macam tak kisah.  Ah, tak naklah aku!,” jawab aku.  Bunyi macam yakin kan tapi memang aku reject pun lelaki yang tak tahu jaga batas ni.  Macam dapat ‘sampah’… huhuhu…

Iye.. aku pun tak baik sangat pasal ramai kawan lelaki tapi ramai je… tak dek sorang pun pernah sentuh.  Aku jaga… untuk suami saje.  Pernah sekali aku terjatuh masa kat escalator dan sorang kawan ni tolong sambut.  Gulllpp!!  Muka tok sah cakap… panas bahang sampai ke kepala.  Pening tetiba.  Hoho… pastu mula rasa nak desak si kawan tu, “ ko kena kawen dengan aku jugak!  Tak kira… pasal kau dah sentuh aku.”

So, kembali pada perbualan aku ngan adik tadi… (jauh melencong)

“Habis, agak-agak kau kawen bila?  Cepat sket.. aku nak kawen plak.”

Aku pandang sipi-sipi je budak sebelah ni..  gatal~

“Tunggu jelah.  Aku tak de feeling pun nak kahwin sekarang.  Lepas degree ni la kot… 25 habis belajar, keje terus.. 26 aku kawen arr…,” jawabku.  “Eh, tapi kalau kahwin masa final year agak-agak best jugakkan?.”

Adik aku diam.. aku pandang dia.  Cesss.. tido.  Kemain aku berangan.. buat malu je.  Benci aku diperlakukan sebegini.  

 Tapi aku senyum sorang-sorang dalam kegelapan malam tu.. ha’ah.. nak kahwin umur 26 lah!  Umur 24 kena start serius cari pakwe!­­­­­­­­­­


Dan.. Fitri belum ada dalam senarai dan lintasan fikiran sekalipun. :-)

tengok video umrah kami DISINI