Assalamualaikum wbh.
Sudah masuk pertengahan bulan Februari dah ek kita ni?.. Mak
aii bukan mak yuuu… rasa macam sekejap je bulan Januari berlalu. Ada lagi sepuluh bulan ke depan untuk
mengatur hidup di tahun 2013 ni. Tahun
ni aku rasa macam awal je kawan-kawan aku kahwin. Biasanya awal tahun macam ni aku jarang dapat wedding invitations ni. Fuihh… korang
memang sengaja mengusik sudut hati aku yang buat-buat lupa sudah dengan umur
sendiri. Sentap!
![]() |
eceh.. sama2 lak pegang bunga.. nak amek berkat lettew~ |
Ah, jangan dok sibuk tengok padang orang lain. Lain padang lain belalang, lain orang lain
ketentuan!
So, menyingkap hari cuti hujung minggu aku kali ni, aku
sebenarnya tengah mood nak buat Kek Salju Keju.
Amboihh… cintailah bahasa Malaysia kita.
Snowcheese Cake. Tapi masa aku
singgah di mall dua hari lepas, aku tengok-tengok kat ruang sejuk beku cheese
tu, kepala aku dok berkira-kira jugak nanti kalau aku buat, sape lah yang nak
habiskan sebijik kek yang penuh dengan keju tu?
Semua orang yang ada dalam rumah aku semua diet. No fat please. Cuma aku je dengan berlapang dada yang selalu kasih dan sayang dengan lemak. Tapi aku pun bukan jenis kaki
keju. Sket-sket bleh la…
Aku pun beli la jagung tin.
Pasal aku rasa aku nak makan puding jagung. Lagipun, simple jek buat pudding jagung
kastad tu kan? Tapi… ni lah aku. Lain yang dirancang, lain yang jadinya.
Bangun pagi-pagi Ahad yang mendamaikan tadi, samak semua
baju yang dah seminggu aku kumpul tu dulu sebelum mandi.
Kira boleh sakit pinggang jugaklah nak basuh tujuh kali basuhan tu
kan.. tapi itulah, sape suh kumpul
sampai seminggu kan?
Tapi aku suka kerja aku so, tak apalah. Aku tak kisah sangatlah nak menyamak kain
baju tu. Sehari memang tak akan free
dari kena sentuh anjing tu. Dulu aku nak
sangat main ngan anjing tapi takut nak pegang.
Tapi bila dah belajar ni and kerja pulak tu, rasa macam puas jugaklah
dapat belai-belai diorang. Huhuhu.. aku
tahu benda ni sensitive buat sesetengah orang.
Tapi, jangan kerana adat, kita lupa pada agama. Agama tak melarang pun kita pegang dan
terutamanya merawat anjing cuma adat orang kita, bila Melayu-Islam pegang
anjing, nampak yang memegang tu pulak jahil agama. Huhu… ubah persepsi, tambah ilmu dalam
koleksi. :)
![]() |
Bawak pesakit berak... |
So berbalik pada hari cuti aku yang damai tapi chaos, lepas
basuh baju, budak bulus pulak buat hal.
Meraung-raung keluar dari dapur.
Terkejut jugak aku. Terus keluar
dari bilik tengok apa yang jadi.
Terbalik habis periuk belanga haaaa…
lorr, terlompat-lompat ni apasal?
Kahkahkah… lekat gam tikus!
Hah! Tahu sakit…
Aku baru je nak makan tadi masa dengar dia meraung tu. Bila pikir balik, sama ada nak bersihkan dia
dulu atau makan, aku pilih makan! Sebab
kalau aku uruskan dia dengan perut aku tengah keroncong, takut nanti ada yang
kena cubit. So, aku makan
cepat-cepat. Budak bulus monyok
jek. Sakit la tuuuu…
Masa kat klinik, ada la makcik ni bawak kucing yang kena gam
tikus jugak. Tapi ni versi kena
simbah. Habis satu badan melekat. Aduuhh… kesian aku ngan anak kucing tu. Huhu… so, aku amek budak bulus dan sapu-sapu
ngan minyak masak. Habis satu badan dia macam
tu, aku biarkan kejap sebelum mandikan dia.
Sedih je dengar dia mengiau… apo
nak buek… jadikan ini pengajaran iyo…
Lepas dah setel mandikan dia dan yang lain (sebab
alang-alang dah mandikan sekor, mandikan jugak la yang lain sekali), barulah tercapai
matlamat cuti aku.
Jom! Let’s bake some
muffin!
So minggu ni aku decide nak buat Muffin Jagung Manis je la
daripada dok buat Snowcheese Cake tu kan?..
Bahan-bahan dia sangatlah mudah.
SweetCorn Muffin
(Bahan kering)
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
½ cawan gula
150 gram tepung gandum
(Bahan basah)
¾ cawan Jagung Manis Ala Krim
1 biji telur ayam
50 gram mentega cair
1 sudu teh vanilla paste
Cara-caranya;
Mula-mula sekali korang panaskan oven pada suhu 200 darjah
celcius.
Gaulkan bahan kering bersama-sama. Boleh putar untuk pastikan diorang tercampur
sekali.
Kemudian, gaulkan pula bahan-bahan basah. Boleh putar jugak untuk kehidupan yang lebih
harmoni.
Pastu, masukkan bahan kering ke dalam bahan basah. Putar sekali lagi.
Oleskan tray muffin dengan mentega sikit untuk elakkan
diorang melekat. Boleh jugak kalau nak
masukkan dalam paper cup.
Lepas tu, bakar untuk tempoh lebih kurang 20-30 minit. Untuk tahu sama ada muffin korang dah
betul-betul masak atau tak, boleh cucuk dengan lidi yang bersih. Kalau tak melekat tu kira dah boleh keluar dan
sejukkan sebelum dihidang.
Itu jek.. senang je kan?
Buat la.. aku buat pun tak sampai
sejam lah! Hahaha… barulah syok nak makan…. Benda senang dan
sedap! Gebuuuuu…
Okey, boleh cuba ya!
Babai…