Monday, April 9, 2012

Untungnya Baca Al-Quran!

Assalamualaikum dan selamat bercuti! (Ngeh3..mood bercuti 3 hari di kampung)

Hari ni rumahku senyap sunyi sebab pagi-pagi lagi dah hujan. So, everybody lepas breakfast tadi, tengok TV kejap...dan last-last, terbongkang. Tapi, mata I ni tak pulak mau lelap. So, gi main-main ngan kucing, snap-snap gambar dia. Petik-petik gitar, tuning sket-sket... nak main cam tak dek mood. huhuhu...tengok chord lagu pun cam blur je arini. Oppss.. sejak semalam lagi. Hurrmm..keyboard pun dah jadik perhiasan. Mood nak main muzik ni pun, time dia nak datang, siang malam pun duk ngan instrumen. Tapi bila dah tak de mood, alahai..berhabuk le jawabnya.

Orang kata main gitar tak boleh. Bukan orang kata, memang ada hadis pun. Main benda-benda bertali ni. Ada jugak yang kata, boleh. Well..tak berani nak komen sebab tak kuat lagi dalil-dalil yang jumpa selama ni cuma yang selalu terjumpa, memang alat muzik bertali itu tak boleh. Tapi, mana-mana perkara atau alat muzik sekalipun, even tak bertali...kalau itu boleh melalaikan dan buat kita sampai tak solat dan ingat Allah, jadi haram. Kalau kita baca buku agama sekalipun, bila orang azan kita wat donno...solat pun tertinggal, membaca kitab agama juga adalah perkara yang haram...^_^. Tengok, besarkan kewajipan solat?

Ada orang yang bersolat, alhamdulillah. Dia sudah menegakkan tiang agama. Tapi, solat sahaja tidak cukup. Macam makan nasi kosong tak dek lauk.. kenyang, tapi tak cukup protein dan zat. Begitu juga dalam kehidupan ini. Mendirikian solat adalah wajib, tapi kan lebih indah kalau kita dapat menambahkan lagi amalan-amalan sunat? Paling senang, membaca al-Quran sebab Rasulullah saw pun ada bersabda, al-Quran itu ibarat hidangan Allah.

"Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh"

Nak sembahyang sunat, mungkin ramai yang susah nak buat. Jadi, mari baca al-Quran. Senang je... Kenapa saya cakap senang? Sebab.. Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf".

Wink-wink-wink.. masyaAllah, pemurahnya Allah! ^_^

Ada lagi...ada lagi. Aisyah r.a juga pernah mendengar Nabi saw bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia."

So, dari dok bangga baca dan khatam patplohpat kali novel Twilight ke, Harry Potter ke.. hehehe..al-Quran dah khatam?.. alalala, tanya je...kalau dah khatam sama banyak, alhamdulillah.. kalau belum, hurrmm...gi amek wudhuk, baca cepat! Grrrr~~~

Paling komang pun, ada beberapa surah yang boleh kita amalkan setiap hari. Ibnu Mas'ud memberitahu, Rasullulllah saw bersabda;

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kefakiran kepadanya selama-lamanya."

Ada juga riwayat yang menyebut, "Sesiapa yang membaca surah al-Hadid, al-Waqiah dan ar-Rahman, maka akan digolongkan sebagai penghuni JannatulFirdaus (tingkat syurga yang paling tinggi)." So, apa yang kita bekalkan dalam hidup ni selain daripada menjejakkan kaki di syurga firdausi kelak? ^_^

Dan sebagai pengakhirannya, suka saya menulis tentang kehebatan al-Quran. Antaranya ialah :

SEBAGAI PENAWAR KESAKITAN DAN BAHAYA
(baca al-Fatihah dengan penuh keyakinan dan berserah pada Allah pun jadi penawar)

PENAWAR TERKENA SIHIR
-Seorang Badwi pernah datang pada Rasulullah dan berkata, "Saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."

"Penyakit apa," tanya Baginda saw.

"sejenis penyakit gila."

Rasulullah saw menyuruhnya membawa saudaranya itu dan baginda saw membaca surah al-Fatihah, empat ayat pertama surah al-Baqarah (ayat yang bermula dengan wailahukum ilahuw wahid), ayat Kursi dan dua ayat seterusnya, tiga ayat terakhir al-Baqarah (ayat syahidallah annahu...), ayat terakhir dari surah al-Mukminun, ayat dari surah al-Jin (wa annahu ta'ala), sepuluh ayat pertama surah asy-Syafat, tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan surah an-Nas.

Selepas itu, orang yang berpenyakit itu bangun dan terus pergi dari situ kerana penyakitnya telah sembuh.

PENAWAR TERKENA JIN

TERSELAMAT DARI PEROMPAK
- bacalah surah an-Naml ayat 62. sekarang ni banyak orang yang suka berbuat jahat maka, hanya pada Allah lah tempat bergantung segala kesulitan. Huhuhu...

Semoga entri yang panjang berjela ini dapat memberikan kita keyakinan, keinginan dan yang paling penting, ke'istiqamah'an dalam menjadikan al-Quran sebagai lagu-lagu dan melodi dalam hidup seharian kita.

Kalau memang andalah manusia paling sibuk atas muka bumi milik Allah ini, peganglah al-Quran, kucup ia dan katakan padanya.. "Maafkan daku...aku terlalu sibuk untuk membacamu, maafkan aku..."