Wednesday, June 3, 2015

NAM :: Ketuban Bocor! (1)

Assalamualaikum wbh.

Lama tak update blog.  Bukan tak nak cuma kekangan masa yang menghalang daripada aku mencatat titik-titik perjalanan hidup kat sini.  Alang-alang lama tak hapdate, aku mulakan entri bulan Jun ni dengan catatan yang indah.  Cerita tentang kelahiran anak syurgaku..  Nik Adam Mukhlis.

**************************************************

17-APRIL-2015, JUMAAT

Hari ini, aku bersarapan dengan Ma dan Abah.  Diorang akan bertolak ke Mekah menunaikan umrah petang nanti, jam 4.  Ma dan Abah sampai di KL ni hari sebelumnya so kira bermalam semalaman di rumahku.  Tiba-tiba, pagi tu aku rasa macam tak sedap hati.  Sebenarnya semenjak malam tadi; aku tak dapat tidur lepas baca satu artikel ni.  Tak pasal-pasal Fitri yang tengah nyenyak tidur terjaga dan tak senang untuk sambung tidur semula.  Kira aci arr dua-dua tak leh tidur…  pastu aku terus bangun kemas-kemas beg aku, dan beg baby.  Waktu tu, jam 3 pagi…

Lalu, aku suarakan pada Ma dan Abah.

“Orang ase nak gi spital la pagi ni..”

“Kenapa?” Tanya Ma.

“Rasa macam air ketuban bocor.”

“Meleleh ke?,” Tanya Ma lagi. 

“Tak.  Tapi, semalam ad abaca symptom ketuban leaking..”jawabku.

“Ikutlah.. kalau rasa nak pergi, kita pergi.” Sampuk Abah.

“Kita pergi kejaplah.. sempat je nak hantar Ma Abah gi airport nanti.”

Kemudian, dalam jam 10 pagi tu kami bertolak ke HUKM.  Sampai kat sana, aku terus ke O&G.  Proses kat sana tak adalah lama sangat cuma part yang lama tu bila aku kena tunggu doctor datang periksa.  Kira dekat sejam jugaklah aku terbaring kat katil tu.  Doktor kemudian datang untuk buat palpation and check air ketuban aku.  Sah, aku leaking.

“Kita masuk wad,” kata doctor tu.  Aku terkedu kejap.  Err… tak ready apa-apa ni!  Aku bingkas bangun.

“Err.. masuk hari ni ke doctor?,” Tanya aku.  Doktor tu angguk.

“Eh, saya tak ready pape ni.. satu apa barang pun tak bawak.. saya balik dulu boleh?,” soal aku.  Dia geleng-geleng.  Nurse yang membantu pun tersengih.

“Wrong timing.. dah datang, memang kena pegang laaa,” kata nurse sambil ketawa kecil.  Alaaa.. aku dah cuak.  Sebenarnya, bukan sebab barang-barang tak bawak yang menjadi alasan utama tapi sebab aku takut nak bersalin awal.  Sah la ni.. kena induced!

“Macam ni doctor.. saya janji saya datang balik lepas ni.  Nak kena hantar mak ayah balik rumah ni.. diorang nak kena pergi airport petang ni..umrah.”  Doktor tu tetap geleng.

“Saya tak boleh benarkan awak balik dah.  Ni kira dah jadi patient ni..  tak boleh keluar lagi dah.”   

Nak tak nak, aku pun mengalah.  Aku keluar bilik pemeriksaan tu dan bagitau Ma Abah yang aku kena admit ward hari tu jugak.  Alhamdulillah.. penerbangan diorang pun ditangguhkan ke pukul 8 malam.. syukur.

So apa lagi… aku pun telefon Fitri bagitau yang aku kena masuk ward dan mintak dia bawakan semua beg yang dah aku prepare malam tadi.  Nasib baik tergerak hati nak prepare beg betul-betul.. padahal misi dah pesan suh ready beg seawal usia kandungan 27 minggu.. konon banyak lagi barang-barang tak beli.  Iskk!  Nasib baik sangat-sangat!  Kalau tak.. memang haru la nak kena ready barang-barang tu semua..

Akhirnya aku ditolak naik ke Wad 2A HUKM dan di bawa ke katil 5.  Masuk saje wad.. perasaan aku dah lain macam.  Rasa sebak.. sedih.. takut.. tapi, lebih kepada sedih.  Sedih sebab terpaksa susahkan Ma dengan Abah.  Aku nampak riak bimbang pada wajah Ma dan Abah.  Tapi Abah, biasalah lelaki… lebih pandai simpan perasaan.  Fitri dah sampai juga waktu aku sampai di katil tu.  Dia juga nampak risau.  Aku cuba berlagak biasa… konon-konon itu adalah prosedur biasa.  Ah, memang biasa pun.  Huhu…

Mereka tak dapat nak berlama-lama sebab bukan waktu melawat.  Sewaktu Ma Abah nak balik, aku peluk Ma, peluk Abah.  Waktu tu.. air mata dah start mengalir.  Aku terasa betapa aku akan memikul satu tanggungjawab yang besar tidak lama sahaja lagi..  Ma bisikkan kata-kata semangat untuk aku dalam air mata sedang aku memohon doa daripadanya untuk dipermudahkan segala urusan.  Aku lepaskan pelukan dengan kami saling berbalas ciuman di pipi.

Aku peluk Abah.  Waktu tu, aku perasan yang aku dah lama sebenarnya tak peluk Abah.  Sejak kali terakhir di majlis pernikahanku.  Sudah setahun tak peluk Abah.  Tiba-tiba, aku cium pipi Abah.  Iya.. juga sudah lama aku tak cium pipi tua itu.  Waktu itu… perasaan kami sebenarnya dalam dua.  Pelukan semangat untuk aku yang akan bertarung nyawa tidak lama je lagi… dan pelukan yang mungkin pelukan terakhir kami sebelum Ma Abah ke Mekah.

Last sekali… aku peluk suamiku.  Fitri sebak.. aku dua kali, eh.. sepuluh kali lebih sebak.  Aku mintak maaf segala salah silap aku dengan dia.. dia maafkan.  Selalu memaafkan.  Lama kami berpelukan sebelum Ma Abah datang semula jenguk.  Huhu.. sedih.. takut.  Itu perasaan yang aku ada waktu tu. 

Sebaik diorang balik, aku terkebil-kebil di katil.  Nak tukar baju pakai baju spital pun terkial-kial.  Rasa macam berat je nak sarung pakaian kaler purple tu tapi.. terpaksa juga.  Aku tenangkan diri.  Ini prosedur biasa.. Selesai salin pakaian, aku terus pergi solat Zohor.  Kemudian berehat di katil sebelum datang nurse minta aku ke bilik pemeriksaan untuk dimasukkan ubat.  Aku okeykan aje.. waktu ni.. memang rasa tenang dah.  Dah tak takut dah… mungkin berkat solat hajat tadi.

Sementara menunggu giliran aku, ada dua orang patient lain.  Sorang tengah dimasukkan ubat dan sorang lagi duk tunggu kat luar macam aku.  Sempat kami berkenalan.  Nama dia Marsyitah.. dia dah masuk ubat sekali.. ni nak masukkan kali kedua katanya.  Aku Tanya la.. sakit ke?  Dia kata sakit gak la.. membenarkan lagi kata-kata dia, nuh haaa… patient yang kat dalam.  Asyik mengaduh.. buat aku rasa, Aishhhh…  tapi aku cuba fikir positif.  Tak semua kesakitan tu sama bagi setiap orang.  Aku kuat!  Kemudian, Marsyitah masuk.  Tak sampai berapa minit dia keluar.

“Macam mana?  Sakit tak?,” aku tanya dia.

“Tak masukkan pun… doctor buang yang tadi je..”

Alaaaa… rasa macam tak aci pulak dia tak kena.  Hahaha… kemudian, aku masuk.  Naik atas katil.  Selak kain.  Doktor pecah-pecahkan tablet ubat tu kemudian dia seluk masuk dalam vagina.  Aku kemut tahan sakit.. kalau nak bagi skala sakit out of 10, aku bagi 4.  Iye.. sakit.. ngilu tapi masih boleh tahan.  Tapi, bila doctor masukkan ke dalam dan dalam…haaaa… yang tu naik skala 5.. last attempt aku tahan nafas.  Okey.. selesai.  Tiga kali sumbat ubat untuk induced.  Fuuhhhh…

“Biasa kita akan tengok contraction dalam masa 6 jam.  Sementara tu, awak akan mula sakitlah,”kata doctor manis tu.  “Tapi sebab kita tak masukkan ubat waktu malam.. jadi untuk second dose tu pagi esoklah ye.”  Aku anggukkan aje..

Turun dari katil dan berjalan balik ke katil 5 seperti tak ada apa.. huhu.. eksyen! Bila masukkan ubat induced ni, kita kena baring kat katil at least setengah jam.. nak kencing ke apa.. after that jelah untuk elakkan ubat tu jatuh.  Lepas solat Asar, aku mula rasa sakit.

9 malam doctor datang check.  Okey.. waktu ni memang aku dah rasa sakit habis satu badan terutama sekali di bahagian pinggang ke bawah.  Untuk kurangkan kesakitan, aku urut peha perlahan-lahan.  Doktor seluk tangan dia lagi.. 2 cm katanya.. okeylah tu, at least terbuka berbanding waktu daftar tadi laluan memang 0.  Tapi aku rasa macam nak tending-tendang je doctor sebab skala kesakitan dah naik 6.  Serius.. waktu tangan dia masuk.. aku macam contraction!  Sakit sangat. 

Dan sepanjang malam tu aku tak boleh tidur.  Aku mengerang sendirian.. nak jerit kuat-kuat kesian patient lain walaupun sesekali aku memang mengerang sakit.  Allahhh…  Sakitnya kena induced…  Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad!