Tuesday, June 23, 2015

NAM :: Sakitnya Induced! (2)

Assalamualaikum wbh..

18-APRIL-2015, SABTU

Okey, sambung balik lepas aku dah mengucap panjang dengan sakitnya contraction tu.  Sepanjang mengandung tu, aku memang dah hadam dah tanda-tanda nak bersalin macam mana tapi kesempatan rasa contraction tu memang seram ah!  Lagi pun, aku ada baca yang kalau sakit induce ni, memang sakit.  Sakit lagi daripada contraction semulajadi.  Memang betul pun!  Huhu... sakit tak tahu nak cakap.  Sakit sepanjang masa.  Diorang cakap kalau sakit semulajadi tu dia datang sekejap-sekejap.. dalam dua tiga minit, sekali.. pastu repeat.  Yang ni tak, sakit berterusan.  Dahlah bila datang nurse nak check degupan jantung baby, kita ni dah sakit nak mengerekot ke apa tak boleh dah sebab CTG melekat je kat perut dekat setengah jam.  Fuiihh.. pengalaman betul!

walaupun tak suka alat ni melekat, tapi bahagia bila tengok graf tu.. i see my baby heart beat!
(gambar ihsan Google)

Akhirnya, aku tak tahan dah.  Bila nurse datang tanya aku nak ubat tahan sakit ke tak, aku terus cakap nak.  Nurse datang bawak ubat tahan sakit aku tak tahu dah jam berapa janji aku nak tidur.  Aku terus telan dan lepas tu barulah lega sikit rasa sakit dan aku pun tertidur kepenatan.  Tanda nak bersalin pertama, Contraction. Tick!

Sedar-sedar je, aku tengok ada makanan kat hujung katil.  Eh, dah pagi ke? Kat sini sarapan dihantar jam 6.30 macam tu. Gila awal!  Sebab pukul 8 nanti sesi round doctor-doktor pulak.  Kat sini makanan dia memang best.  Kiranya kalau tak de pantang-pantang, boleh gemuk.  Tapi lecehnya bila kita ni sah-sah yang datang spital orang yang sakit jadi, masakan yang disediakan banyak yang tak kena.  Sepatutnya, catering lebih peka dengan keadaan pesakit.  Nanti aku citer bab lepas bersalin.

Masa doctor buat rondaan pagi ni, dia ada datang check keadaan aku.  Tengok pada graf CTG pastu tanya sikit-sikit then pergi.  Tak lama lepas tu, datang sorang doctor muda minta aku ke bilik pemeriksaan sekali lagi untuk masuk ubat kali kedua.  Waktu sekarang jam 9 pagi.  Aku cuak dah sebenarnya sebab takut dengan kesakitan tu lagi.  Kesiaaaan jiran sebelah katil aku asyik dengar aku mengaduh jek.  Huhu..

Tapi nak tak nak kena pergi.  Aku masuk ke bilik tu dengan perasaan berdebar-debar.  Naik katil dan selak kain macam semalam.  Dr. Shahira, doctor cantik tu check lagi laluan aku. 

“Hurrmm.. kalau ikutkan dalam 3 cm ni.. semalam macam mana?,” tanya dia.

“Sakit doctor.. tak leh tidur.” Jawab aku.

“Kalau ikutkan, contraction awak kuat ni.  Macam ni je lah.. saya tak masukkan ubat lagi dah. Sebab kalau tengok pada graf ni, jalan awak boleh bukak sendiri sebab dah ada contraction.  Jadi kita tengok nanti macam mana okey?,”aku angguk terus.  Lega giler bila dia kata macam tu.
 
Aku balik ke katil dan berehat.  Time tengah syok berehat ni lah datang contraction semulajadi.  Aku perasan setiap 10 minit pasti aku akan sakit.  Disebabkan semalam aku tidur pun dalam kepenatan jadi pagi ni masih ada rasa mengantuk tu.  Baru nak terlelap, contraction datang.  Aku cuba untuk tidak mengaduh.  Aku perbanyakkan zikir dan kalamullah..  sesekali adalah aku hissss gitu tapi aku ingat pesan kakak ipar aku untuk baca Ya Fattah sebagai ikhtiar untuk memudahkan jalan sebab maksud Ya Fattah itukan Yang Maha Membuka.  

Dalam kesakitan tu, aku tak sedar rasa pun detik masa.  Tapi yang pasti, setiap 10 minit aku akan alami contraction sebab setiap kali sedar dari tertidur akibat kesakitan tu, aku akan pandang jam.  Ya Allah.. lambat betul masa berlalu.  Macam jam tak bergerak.  Cukup sejam, doktor datang lagi check aku.  Biarpun aku diperiksa sahaja tapi aku lega kerana sekurang-kurangnya ada yang ambil tahu.  Sobsss..  Dah lega sikit, aku gagahkan diri untuk ke tandas.  Nak cuci lah mana yang patut.  Dengan peluh-peluh kesakitan yang merembes semalam rasa rimas sangat.  Aku ke tandas buang air kecil.  Rasa macam sakit tadi hilang sikit demi sikit.  Rupanya, mungkin aku terlebih sakit sebab tahan kencing juga.  Yelah.. nak gerak macam mana.. sakit.  huhu... Tapi kencing rasa macam tak puas.  Asyik nak kencing je.  Aku teran kuat-kuat pastu agak-agak dah puas tu aku bangun.  Sekali... haaa!  Air ketuban pecah.  Ohhh.. aku tiba-tiba rasa macam satu perasaan puas hati pulak bila lihat air ketuban tu.  Ekeke..  Sebab bila ketuban pecah orang kata dah sampai masa nak bersalin dah.  Okey, tanda-tanda bersalin yang kedua; ketuban pecah.  Tick!  Alhamdulillah..

Aku duduk kasi keluar habis kemudian aku bangun.  Sekali lagi ketuban meleleh.  Baru aku tahu lelehan dia macam mana.  Dulu ingatkan keluar menitik macam air kencing tu rupa-rupanya dia akan meleleh di sepanjang paha.  Banyak pulak tu.  Aku rasa macam kering dah rahim aku sebab banyak betul yang keluar.  Bila aku dah pastikan ketuban dah tak ada, aku terus keluar dan bagitahu nurse yang datang ke katil aku.  Bukan nurse yang jaga aku sebab nurse tu tengah in charge patient lain.  Aku malas la nak jalan jauh sebab takut ketuban keluar lagi.

“Nurse.. tolong bagitahu doctor..air ketuban saya dah pecah,” kataku.

“Okey.  Nanti saya bagitahu nurse yang bertugas,” balasnya sambil pandang nurse aku.   Aku angguk.  Dan-dan je nurse yang selalu jenguk aku tu lalu dan dia terus beritahu.  Pastu nurse yang jaga tu boleh pulak jawab,”Dia masuk sini memang kes leaking.  Biasa la tu.”

Eh, aku dah cuak.  Masalahnya ni bukan leaking lagi dah.  Ni memang dah pecah kot..  Aku bagitahu dia ketuban aku dah pecah, bukan leaking tapi dia buat selamba je. Tak ada pun pergi bagitahu doctor.  Tapi aku sabar je mungkin dia akan bagitahu kejap lagi, bisik aku sendiri.

Tapi lama kot dia tak de pun bagitahu doctor buat aku rasa risau. Yelah, kalau ketuban dah pecah tambah-tambah pulak aku leaking dah masuk hari ketiga, silap hari bulan baby boleh lemas.  Ishh, tak boleh jadi.  Nasib baik waktu tu ada seorang doctor lelaki yang tengah buat survey datang.  Aku cepat-cepat bagitahu dia yang ketuban aku dah bocor dan aku dah leaking banyak hari.  Takut infection pulak nanti.  Hah, dia terus suruh aku masuk ke bilik pemeriksaan sekali lagi untuk check.

Alamak, dia ke yang kena check?  Maksud aku bagitahu dia tu just untuk dia maklum keadaan aku and bagitahu Dr. Shahira ke apa... aduhh, malu pulak nak bagi dia check!  Tapi nak tak nak demi bayi aku, tahan je lah malu pun.  Dia pun macam segan-segan nak seluk dalam.  Haha.. untuk buatkan suasana antara aku dan dia tak jadi canggung, aku borak dengan dia.  Oh ya, waktu ni.. aku dah tak ada rasa sakit apa-apa dah.  Entah bila rasa sakit tu hilang aku tak sedar pulak. 

Aku tak nak bayangkan tangan dia yang besar tu akan seluk aku punya vagina.  Oh, kalau imagine memang aku lari.  Aku buat-buat pandang carta yang ada sebelah katil.  Dia seluk ke dalam kemudian keluarkan.  Nurse yang jaga aku ada sebelah.

“Akak, cuba akak make sure kan.. saya rasa macam dah 4cm ni.. dah rasa kepala bayi ni,” katanya. 

Apa?  Dah rasa kepala bayi?  Aku excited pulak.  Terus tak sabar nak bersalin.  Yelah, time ni tak de rasa sakit apa-apa pun.  Nanti, dalam labour room nanti ada citer tragis.  Sobsss.

Nurse tu seluk dan cakap,”Ha ah, lebih kurang 4cm dah ni tapi doctor tulis 3.5cm lah.  Nanti kalau turun bawah diorang check 3 kita tulis 4, tak pasal-pasal kena marah pulak.”

Doktor lelaki tu angguk.

“Okeylah.. kita masuk labour room ye,” katanya.  Aku bertambah excited.  Kerusi roda di bawa masuk dan diorang suh aku duduk situ untuk ditolak ke bilik bersalin. 

“Husband ada?,” tanya nurse.

“Ada.. on the way nak datang.  Kita nak terus ke labour room ke?,” tanyaku.  Nurse angguk.

“Eh, boleh bagi saya makan dulu tak?  Sebab nanti bila dah masuk labour room tak boleh makan dah kan?,” tanya aku.  Nurse yang jaga aku tu tak kasi.

“Tak sempat dah.. kena turun sekarang.”

Aku diam je.  Nurse kedua tolak aku ke katil untuk ambil telefon dan apa-apa barang yang diperlukan.  Ekceli, telefon bimbit je boleh.  Sampai-sampai kat katil aku tengok dah sampai makanan tengah hari.  Ah, apa lagi.. aku terus buka dan makan sementelahan nurse yang tolak kerusi roda tu dah blah.  Hahaha... lapar kot!

Suami aku pun sampai.  Untuk bagi cepat habis, kitorang makan bersama cepat-cepat.  Sekali nurse yang incharge aku tu laung panggil nama aku,”Suhaila mana... mana patient nama Suhaila?  Ya Allah, sempat lagi makan... dah,dah..awak dah nak bersalin dah tu.  Ada selera lagi nak makan?,” tanya dia.

Aku sengih.  Makan jangan ditolak. 


12.30 TENGAH HARI...

Aku terus di bawa ke dewan bersalin di tingkat satu.  Masuk je dewan, terus di bawa masuk ke bilik perseorangan.  Time ni la aku baru teringat yang meneran nanti akan terberak-berak.  Alamak.  Baru lepas makan.. acane?

Kat bilik bersalin ni nurse dia tak ramah macam kat wad.  Serius sikit.  Aku nak cakap-cakap kasi hilang takut pun tak jadi.  Lagi takut ada.  Mungkin sebab diorang dah cukup stress menerima kelahiran setiap jam.  Tak leh nak salahkan juga... dengan ibu-ibu yang meraung-raungnya.. hihi..  aku la tu.

Mula-mula baring tu, nurse masukkan ubat untuk kasi buang air besar.  Aku tak sure ubat apa tapi dia macam dalam tiub.  Dua kali dia tembak masuk ikut bontot aku sebelum mintak aku ke tandas.  Wah., mujarab kot ubat tu.  Elok-elok nasi aku baru nak hadam dah rasa senak perut nak membuang.  Terus aku ke tandas dan buang semua yang aku rasa ada sebab nurse cakap bila dah duk dalam tu nanti, tak boleh keluar lagi dah sebab nanti pasang lagi CTG tu kat perut dan kalau lama sangat, diorang akan pakaikan plastik air kencing.. kira tebuk pundi la.  Waaaa... aku ni penakut.  Macam tak sanggup nak kena tebuk pundi kencing tu.

Lepas siap semuanya... nurse masukkan induced kedua aku.  Kali ni ikut drip.  Walaupun aku dah siap sedia mental untuk menahan kesakitan tu sebab masa kat wad dah kena induced, tapi allahuakbar... induced ikut drip ni maha sakit!  Triple ganda dari yang tablet tu.  Uwaaaa... rasa macam nak mati.  Start saat tu, aku dah bukan aku dah.  Sakitnya Allah je yang tahu... habis menyengat seluruh badan ni.  Kalaulah tak kerana CTG melekat kat perut, dah lama aku bergolek kat lantai.  Maaaaaak, sakitnya!!  Rasa nak meraung, melolong dan seribu macam ekspresi lagi.  Aku tak peduli dah nurse cakap apa.. suh sabar, suh tahan... arrghhh, sakitnya!



Bersambung...