Assalamualaikum wbh.
18-APRIL-2015, SABTU, 1.00 PETANG...
Waktu ni, ubat induced ikut drip tu dah merayap-rayap dalam badan aku. Sakit dia memang kaw-kaw ah! Tapi aku boleh lagi bertahan walaupun dah berpeluh dan kepala dah mula tingtong tak boleh fikir sangat dah. Oh ya, masa nurse pasangkan drip semua tu, dia ada bagitau aku tong besar sebelah aku ni ialah ubat bius versi inhale. So, kalau tiap kali aku rasa sakit contraction tu, boleh sedut la kalau rasa tak tahan. Dia ajar aku cara nak guna alat tu. Kiranya dalam sakit-sakit kena induce tu boleh lagi la terima ilmu. Huhu.. Bayangkan, kat perut CTG melekat, kat tangan belah kanan drip, kiranya kalau nak guna ubat bius tu sambar ngan tangan kiri. Tapi waktu tu tak ada rasa serabut ke apa. Alhamdulillah, everything smooth je aku rasa.
Dalam keadaan macam tu, datang seseorang yang aku tak pasti doktor atau jururawat sebab diorang semua pakai baju nak sama je.. eh, atau aku yang dah tak leh tengok betul-betul.
"Puan Suhaila, untuk makluman Puan, kita ada 3 jenis ubat bius. Pertama, yang Puan pegang ni, iaitu kita sedut. Yang kedua ialah yang kita inject dekat paha dan ketiga ialah epidural. Puan pernah dengar?," tanya dia ramah. Aku angguk.
"Jadi, yang pertama ni kita memang bagi lah. Nanti nak bersalin nanti, Puan ada pilihan nak inject di paha atau epidural?," tanya dia.
Aku tahu ketiga-tiga jenis ubat bius tu cuma kompius kesan epidural.
"Err.. kalau saya inject epidural, dia berfungsi macam mana?,"
"Kita akan inject di bahagian tulang belakang. Nanti Puan akan rasa kebas dari pinggang ke bawah," terang dia ringkas.
"Side effect nanti?," aku tanya lagi.
"Ada sesetengah orang akan sakit pinggang dalam sejam dua macam tu tapi biasanya tak lama."
Kemudian dia menuju ke hujung katil aku. Kat situ ada Yaasin, pamplet serta buku doa. Dia capai beberapa keping pamplet dan serahkan pada aku.
"Kat sini ada diterangkan tentang jenis-jenis bius tu. Harap Puan baca betul-betul dan buat pilihanlah. Nanti saya datang lagi. Oh ya... satu lagi. Kalau Puan mahu suntikan epidural, pastikan sebelum bukaan 6cm sebab lepas 6cm kita tak akan bagi epidural lagi. Pakar akan datang dari Hospital Serdang sebab kat sini kita tak ada pakar untuk suntikan ni. Boleh faham ke Puan?," soal dia. Aku angguk sambil mencapai pamplet tentang epidural dan lain-lain tu beserta helaian-helaian doa.
Suami di sebelah aku turut baca sama.
"Macam mana sayang? Nak amek yang mana?," tanya dia. Aku sesekali berdesis menahan contraction yang datang. Aku tak dapat fikir yang mana menjadi pilihan. Sebenarnya, kepala aku lebih kepada suntikan epidural sebab kakak ipar aku ambik epidural untuk anak kedua dia yang lahir Februari hari tu. Aku pun selalu dengar tentang suntikan epidural ni sangat membantu ibu-ibu yang bersalin. Kira tak sakit arr.. dalam hati memang nak pilih epidural dah berbanding suntikan kat paha tu. Sakit pulak rasa kena inject kat paha. Huhu.. takut!
Tak semena-mena, aku sakit yang teramat sangat secara tiba-tiba. Aku terjerit kesakitan. Eh, meraung la senang citer. Nurse dekat luar terus meluru masuk. Aku genggam tangan suami aku sambil badan aku dah terangkat-angkat sedikit kerana menahan kesakitan. Aku kalau boleh tak nak la menjerit kuat sangat. Maluuuu... tapi sebab aku dengar ada jugak ibu bilik sebelah yang meraung, aku pun lepaskan jugak perasaan yang terbuku tu. Daripada kau duk ketap gigi, bila lepaskan suara tu rasa kurang sikit sakit. Huhu...
Suami aku usap kepala aku sambil berzikir lihat keadaan aku macam tu. Tudung kepala dah senget-senget. Nasib baik pakai tudung syria gitu.. kalau pakai bawal, confirm melantun kerongsang. Nurse terus check bacaan CTG dan dia panggil doktor bertugas. Masuk la dua tiga orang doktor muda untuk check laluan.
"Masih 4cm ni.. sabar ye Puan," katanya.
Apa? 4cm pun dah sakit macam ni. Aduhh.. aku tak tahu la macam mana sakitnya nanti 10cm. Uwaaaa... aku rasa macam nak nangis tapi ajaibnya, kesakitan ni langsung tak buat aku keluarkan air mata. Aku rasa, semua ibu yang bersalin sakit macam ni tapi air mata tak keluar. Episod kesakitan untuk bersalin aku akhirnya bermula mulai saat ini. Kesakitan yang berpanjangan terus berlangsung. Aku hanya mampu berzikir kuat-kuat sambil tangan memaut lengan suami. Ubat bius tu aku sedut dalam-dalam.
Tiba-tiba datang contraction yang pada aku gelombang yang sangat kuat. Aku meraung kesakitan. Mata aku tak tentu hala lagi dah. Aku tak tahu nak pandang mana sebab terlalu sakit sampai pandangan dah tak leh fokus. Nurse masuk sekali lagi dan bertanya tentang keputusan aku.
"Saya nak inject epidural... epidural," aku buat keputusan segera. Aku harap sangat epidural boleh redakan kesakitan ni. Suami aku menegaskan lagi keputusan aku. Nurse kemudian memanggil doktor pakar,seorang doktor lelaki yang sangat budiman pada aku.
"Assalamualaikum Puan Suhaila... saya Dr.(sori aku tak ingat nama dia) dari Hospital Serdang. Puan nak suntikan epidural ya?," dia bertanya untuk mengesahkan. Aku mengangguk sambil tangan menggenggam kuat lengan suami aku. Aku cuba bersopan dengan doktor ini.
"Okey. Puan bertenang ye.. saya akan jelaskan apa itu epidural dan bagaimana proses nanti. Puan boleh bagi perhatian?," tanya dia. Aku yang kesakitan ni tak leh tahan lagi. Aku meraung. Dia diam melihat keadaan aku.
"Sorry doktor.. sekejap, sekejap. Saya... saya sakit sangat. Allahhh..,"aku meraung lagi. Sungguh kali ni aku tak mampu nak bertahan. Doktor pakar tu sangat sabar. Dia angguk dan diam. Sebenarnya, aku tak jangka reaksi dia macam tu. Aku dah bersedia untuk dimarahi tapi dia sedikit pun tidak menunjukkan reaksi sebegitu.
Dalam kesakitan, aku cuba juga berterus terang dengan doktor.
"Doktor, saya ada scoliosis. Boleh buat ke?," tanya aku.
"Scoliosis sejak bila? Di bahagian mana?," tanya dia.
"Sejak dulu. Masa umur 14 macam tu saya perasan, kat bawah, dekat dengan pelvis. Tapi rasanya dah stop dia punya bengkok sebab 36 degree tak gerak-gerak lagi," jawab aku. Doktor mengangguk.
"Tak apa.. kalau 36 degree masih boleh buat tapi saya tak jamin keberkesanan dia sebab awak pun tahu, kita akan inject di dalam tulang. Kemungkinan besar, failed tu tinggi," balasnya. Aku angguk.
Tak semena-mena, datang lagi contraction dengan kuat. Aku meraung lagi. Kemudian, masuk seorang nurse ketika aku masih dalam keadaan macam tu. Suami aku membantu melekatkan corong ubat bius tu. Aku bernafas dalam-dalam lagi ibarat kalau boleh satu tong tu aku nak sedut kasi hilang sakit.
"Eh Puan.. doktor ni bukan doktor sini. Dia cuma datang sekejap. Kalau Puan buang masa macam ni, doktor tak boleh lama-lama. Dia perlu balik ke Serdang," katanya. Aku jadi bengang tambah sedih. Ya Allah.. bukan aku sengaja nak berlama-lama macam ni.
Doktor tadi keluar sekejap bila nurse cakap macam tu.
"Kejap nurse..isteri saya tengah sakit ni," ujar suami aku. Aku memang duk tahan sakit gitu ah.
Aku mengaduh lagi.
"Sabar la Puan... bukan Puan sorang sakit nak bersalin. Semua orang pun sakit.. tak denya tak sakit kalau nak bersalin ni Puan. Tapi, kalau Puan asyik macam ni, tak leh nak buat apa la.. Doktor tu bukan nak tunggu," bebel nurse tu. Suami aku mula panas duduk juga. Dia bingkas bangun.
"Nurse! Sabar la.. dia tengah sakit. Bukan dia sengaja.. Nurse pun saya minta sabar jugaklah," tegasnya. Aku terkejut suami aku cakap macam tu tapi biar lah.. memang betul pun. Huhu...
Nurse terus diam. Kemudian, doktor pakar tu masuk balik bersama seorang doktor perempuan.
"U think, kita boleh buat ke epidural dekat dia?," tanya doktor pakar. Aku nampak doktor perempuan tu geleng. Iye, aku tahu harapan aku untuk suntikan epidural tu dah tipis sebab jangan harap aku boleh duduk diam-diam lagi. Kalau boleh, aku nak berguling-guling dah ni. Aku kesakitan yang amat kali ini hingga hilang rasa malu untuk menangis. Iya. Aku menangis. Kira mengalir air mata ah.. bukan nangis teresak-esak tuuuuu.
Doktor pakar tu nampak gelisah dengan keadaan aku.
"Patient ni under anestetic apa?," tanya dia pada nurse di luar bilik. "Apa? Entonox? Dah nampak keadaan dia macam ni dari tadi, kenapa tak bagi Pethidine je? Ya Allah...," akhirnya dia bersuara. Pethidine, ubat injection di bahagian punggung.
Dia keluar. Tak lama lepas tu, masuk seorang nurse membawa jarum suntikan. Aku masih dalam keadaan yang sama. Menangis dan menggigil-gigil menahan kesakitan.
"Okey Puan... saya nak inject di paha Puan ni. Puan luruskan kaki, jangan angkat," pintanya. Aku gagahkan diri untuk melunjur seketika. Dari awal tadi lagi sebenarnya kaki aku dalam keadaan lipat lutut tu.. macam terkangkang. Sebab keadaan macam tu buat aku kurang sikit sakit. Ni nak berlunjur memang tambah sakit la tapi aku tahankan hati.
Nurse inject paha aku. Tak lama lepas tu, aku mula khayal. Kesakitan aku tiba-tiba perlahan-lahan menghilang. Aku jadi mengantuk. Aku ambil kesempatan ni untuk berehat. Legaaaaa..
Masuk beberapa orang nurse lihat keadaan aku. Dalam khayal, aku masih mampu dengar diorang cakap.
"Haaa.. diam pun. Tu kesan dia la tu.. dia akan mengantuk dan khayal macam tu," agaknya dia menjelaskan situasi tu pada suami aku. Aku dengar suami aku tergelak. Ciss. Kurang asam. Pedulikan. Janji aku dapat rehat.
***********************************************************************
Aku tak tahu aku rehat berapa lama sebab kemudian aku tersedar bila kesakitan datang lagi. Tapi kali ni aku boleh bertahan dah. Tidak lagi rasa sakit yang mencucuk-cucuk macam tadi. Aku rasa, ni contraction semulajadi. Sakit, tapi boleh bertahan. Sakit, tapi tawar-tawar gitu. Doktor dan nurse sudah mula memenuhi bilik aku. CTG juga berbunyi makin kuat. Tiap kali CTG rancak, aku pun menyeringa kesakitan.
"Puan, kalau Puan rasa nak meneran, beritahu ya," pesan nurse. Aku angguk. Aku rasa macam nak meneran tapi tak berapa kuat. Jadi aku tahan dulu.
Aku dan suami berhempas pulas mengurangkan kesakitan secara berdua sahaja dalam bilik tu. Okey juga. Tidaklah malu aku nak mengada-ngada dengan suami. Aku minta dia picitkan paha aku. Lurut dari atas ke bawah. Pada aku, cara begitu mengurangkan rasa sakit dan ngilu di bahagian pinggang aku. Rasa masa lama betul berlalu.
Kadang-kadang, aku terlelap sendiri dalam kesakitan. Aku tidak tahu bila nurse datang masuk dan check laluan aku. Keadaan aku memang khayal habis. Aku ikut sahaja apa yang diorang minta sebab kesakitan pun sudah berkurangan sikit walau sakit tu tetap sakit.
"Okey Puan.. laluan dah bukak ni.. Puan boleh start teran sekarang. Angkat kaki, letak rapat ke punggung. Mari tangan Puan.. pegang buku lali. Punggung jangan angkat ye!," aku buat apa yang disuruh.
Dalam keadaan khayal, aku disuruh meneran. Aku teran, tapi tak kuat.
"Kuat Puan.. jalan dah bukak ni," ujar nurse. Aku tahan nafas dan teran, pun masih tak mencapai piawaian.
"Puan teran macam nak berak Puan.. cepat Puan, laluan dah bukak ni," gesa nurse. Tiba-tiba aku rasa macam bahagian bawah aku digunting. Prapp..prapp.. prapp... aku dengar tapi tak ada rasa sakit. Mungkin kesakitan nak keluarkan bayi lebih kuat maka sakit kena gunting tu tak rasa sangat.
Sebenarnya, aku malu nak teran kuat-kuat takut terberak. Tapi bila nurse cakap macam tu, dan tetiba datang dalam kepala aku,"Alaa.. kalau terberak pun biarlah. Bayar kot." Sekuat hati, aku terus teran ibarat aku sembelit. Memang kali ni menjadi.
"Okey Puan.. bagus. Macam tu. Kuat lagi, kuat lagi!"
Aku teran lagi dan lagi.
"Bagus Puan.. pandai,pandai. Curi nafas, curi nafas," ujar nurse. "Ni kepala anak Puan dah nampak ni."
Suami aku tukang sorak kedua lepas si nurse. Hihi.. "Boleh sayang, sikit lagi..sikit lagi. Ha ah, memang dah nampak dah kepala baby kita. Cepat sayang."
Tiba-tiba nurse tarik tangan aku dan letak di bawah untuk aku rasa kepala yang dimaksudkan. Betul, aku dapat rasa rambut anakku. Terus naik semangat untuk meneran lebih kuat.
Kali ni, aku nekad. Aku nak teran setakat tiga kali. Memang aku all out habis dah. Satu.. Tarik nafas. Dua.. tarik nafas. Kali ketiga, aku tahan nafas kaw-kaw sebelum teran habis kuat. Akhirnya, baby aku keluar dengan lafaz Alhamdulillah daripada semua yang ada. Aku helanafas kelegaan. Aku pejam mata. Betul kata orang, bila dah keluar bayi... rasa kosong terus perut. Macam berak yang lawas giler tu. Hahaha...
Nurse tunjuk jantina bayi aku, letak di dada aku seketika sebelum dibersihkan dan suami aku mengekor nurse untuk mengazankan zuriat kami. Aku yang keletihan hampir tertidur bila nurse menarik keluar uri dan mengorek darah-darah yang ada.
Suami aku masuk semula membawa bayi kami.
"Encik.. Puan.. ini sekadar permintaan secara mulut je lah ye.. kita tak sediakan hitam putih. Uri bayi Puan ni kita akan ambil sedikit untuk di bawa ke makmal. Sebab bayi Puan prem dan Puan juga leaking, jadi kita akan check la sama ada ada kuman atau tidak. Harap Puan dan Encik tidak terkejutlah bila lihat uri tu tak sempurna ya?," beritahu nurse. Aku dan suami mengangguk sahaja.
"Kalau macam tu, encik boleh keluar dan tunggu di luar sementara kami jahit isteri encik," ujar dia lagi. Suami aku patuh.
Saat tu, aku rasa bahagian vagina aku dijahit kembali. Sakit? Tak adalah. Sakit lagi contraction. Huhu... iya. Itulah pengalaman aku bersalin anak sulung. Alhamdulillah. Kalau difikirkan balik, kesakitan aku tidaklah lama sebagaimana orang lain. Ada yang hingga berjam-jam dalam bilik bersalin sebab laluan tak bukak sedangkan aku, alhamdulillah... dalam dua jam sahaja aku sudah bersalin. Syukur sangat-sangat. Semuanya dipermudahkan oleh Allah. Walaupun waktu check up bulanan tu aku diingatkan tentang betapa asma aku mungkin mengganggu proses kelahiran, tapi Alhamdulillah.. aku tak semput pun waktu bersalin. Tak perlu pakai gas pun melainkan gas untuk bius tu.
Ditolak masuk jam 12.30 tengah hari ke bilik bersalin.. 2.53 petang aku selamat lahirkan seorang putera yang sempurna dan sihat. Allahuakbar.. Alhamdulillah ya Allah!
Nik Adam Mukhlis
2.11 kg
35+6 Weeks
35+6 Weeks
2.53 petang
18-April-2015
Normal delivery SVD
HUKM, Cheras
Semoga anakku Nik Adam Mukhlis menjadi insan yang berakhlak mulia, cerdas akal fikirannya, beriman, memiliki kefahaman agama yang baik, gentleman, hensem dan segala kebaikan seorang ummah. Aminnn.
Walaupun aku bersalin Sabtu, tetapi kami berdua keluar daripada wad pada Rabu 22 April tu sebab Adam pada hari pertama tu didiagnos hypoglicemia sebelum pada hari ketiga tu pulak jaundis. Duk dalam wad sangatlah menguji perasaan tambah-tambah pula setiap 4jam Adam akan diambil darah di tangan. Sangat-sangat tertekan bila aku tengok tangan Adam lebam kebiruan. Aku tak ada sesiapa di KL ni, suami pula langsung tak dapat cuti untuk isteri bersalin. Ya Allah, stress giler! Dengan keadaan aku yang sentiasa lapar, sebab makanan yang disediakan... haaa, kali ni aku tak sentuh makanan yang dihantar. Gila nak makan ayam awal-awal ni... dengan sayur timun la.. kangkung la... aduhh, boleh tumpah darah! Fitri pulak bukannya chef... uwaaaa... masak pun ala kadar je lah. Nasib baik ada Marsyitah kawan satu wad yang sama keadaan ngan aku bezanya, dia ada mak dan suami datang jenguk selalu. Tapi its okey la..at least aku ada kawan seusia yang boleh diajak berbual.
Malam kedua dalam wad, aku kena bengkak susu. Mula-mula tu aku tahan je tapi masuk jam 1.30 pagi sakitnya dah tak tahan. Rasa panas je badan aku dengan breast yang mengeras. Adam kan baru lahir, prem and jaundis jadi dia akan tidur banyak. Walaupun aku kejut setiap sejam, dia masih menyusu biasa-biasa je.. tak kuat. Susu aku pula, alhamdulillah hari pertama Adam lahir dah ada. Nak tak nak, aku telefon jugak suamiku dan paksa dia hantar alat pengepam susu. Pukul 2.30 pagi dia sampai di wad. Kami tak peduli pandangan nurse bertugas bila nampak ada lelaki masuk wad yang penting, aku nak cepat-cepat pam susu. Menggeletar habis badan aku. Nasib baik suami aku ada tolong pasangkan alat. Dah la time tu baru nak belajar pasang... huhuhu...
Apa-apa pun, syukur kerana semuanya telah selamat kini. Alhamdulillah. :) Thanks for reading! End of NAM.