Wednesday, April 8, 2015

Kawallah Hati

Assalamualaikum wbh.

Paling awal korang berdepan dengan masalah gelora nak bercinta bila?.. Hahaha.. soalan cepucemas.  Aku tak ingat bila aku mula ada perasaan tu sebab sejak dari sekolah rendah sampai menengah, aku memang sekolah perempuan.  Then, bila transit kejap ke tingkatan enam sains tu, aku elergik gila dengan kaum lelaki sebab mereka nampak sangat gersang dan nakal bila jumpa perempuan.  Kuikui.. ampun maap kalau terlalu exaggerate pasal diorang.  Tapi itu realiti.. rimas giler.  Aku tak tahulah macam mana diorang yang sekolah campur lelaki dan perempuan.  Hahaha...

Pernah la dulu, masa sekolah rendah kot.. masa tu Abah nak hantar member aku balik ke rumah dia.  Sekali kawan aku tu bisik kat aku, “Ce tanya ayah awak, kalau awak nak gewe (bercinta) boleh tak?”

Heh.  Apa punya soklan ni?

Tapi sebab aku masa tu memang tak dek perasaan dan tak faham apa itu fungsinya bercinta, so aku pun redah la tanya Abah.  Begini kata-kataku..

“Abah, kalau orang nak gewe boleh tak?”

Abah aku senyap.  Aku sikit pun tak ada rasa bersalah sebab aku tak faham point soalan tu.  Hahah.. tetiba dia jawab.

“Gewe je lah.  Tapi kena la jaga pelajaran.  Kalau terganggu pelajaran, tak payah gewe.”

Lalu aku pandang kawan aku tu dengan satu perasaan “Hah, kau dah dengar jawapan bapak aku... puas hati?”  Kemudian kawan aku tu senyum tunduk-tunduk.  Tapi, sampai sekarang, aku masih blur kenapa dia suruh aku tanya soalan tu diusia aku baru nak mengesat hingus.

Tapi mungkin sebab tu jugalah, sampai umur aku 24 tahun, aku memang tak dek perasaan nak bercinta langsung walaupun lepas alam menengah tu, aku terpaksa jugak bercampur gaul dengan lelaki.  Orang kata, kalau dilarang itulah yang nak dibuat.  Hehe...  Tapi Alhamdulillah, walaupun aku jauh sampai ke Sarawak nun belajar, pastu sambung pulak kat Selangor ni, aku tetap single available yet no feeling.  Kohkohkoh..

Aku tak adalah alim sangat pun.  Tapi aku pegang prinsip aku.  Bercinta tu indah bila halal.. dan bukalah hati bila kita dah sedia nak kahwin.  Masa study, aku tahu yang approach pun tahap-tahap hidup ber’top up’kan kredit hasil bantuan PTPTN, yang mana di awal semester waktu jadi orang kaya sementara tu pulak asyik bertukar-tukar henset, itu semua bukan kriteria sebagai seorang suami.  Bukan tak boleh pun kahwin time belajar tapi itulah... calon yang layak tak approach aku.  Hahaha... dia pegi dekat orang lain.  Tak apalah.  Boleh study tanpa morning sickness.. :-P

Tapi, orang kata makin kita cuba nak jadi baik, makin banyak ujian yang datang.  Waktu tu, pentingnya kawan sekeliling dan hubungan kekeluargaan yang rapat.  Kawan, kena pilih yang sealiran dengan kita.  Kalau kita jenis yang tak mau bercinta, cari kawan yang macam tu jugak.  Sebabnya, aku dah pernah kena.  Adoii.. biasalah, remaja kan..  tambah-tambah pulak kalau sekeliling ada yang duk berkepit, sikit sebanyak kalau tak kuat iman mesti rasa nak ada jugak pakwe makwe. 

Walaupun kita ni jenis tak melayan, tapi kawan-kawan akan cuba kenen-kenenkan kita pada lelaki atau kalau kau lelaki, perempuan yang geletis nak bercinta.  Tak pun, mereka akan cuba mewujudkan perasaan dan cerita-cerita gossip yang menjurus ke arah itu.  Contohnya..



SITUASI A

Kau keluar makan ramai-ramai dengan kawan-kawan kau dan diorg ada la bawak  pasangan.  Dan pasangan tu pulak bawak kawan yang konon single macam kau jugak.  Walaupun masa tu kau rasa tak ada apa-apa terjadi, tapi kawan kau akan cuba sogok kau dengan cerita actually si kawan pasangan dia tu suka kat kau.  Pandang kat kaulah dan sebagainya... pastu dia akan cuba hasut kau cakap lelaki tu baik lah, sesuailah dan sebagainya juga.  Walaupun kau cuba menafikan, tetapi sebab si kawan ni tak nak nampak macam dia je yang geletis bercinta di usia muda, maka dia akan cuba hasut kau supaya bercinta juga.  See.. haluskan permainan dia.

SITUASI B

Katalah kau ada kawan baik berlainan jantina.  Okey.  To be honest, akulah tu.  Susah-susah je nak suh orang imagine.  Hihii... okey.  Aku ada kawan baik lelaki.  Jadi kawan baik sejak awal masuk degree.  Dia pandai dan aku selalu mintak tolong dia ajar aku.  Biasalah, budak lelaki cepat pick up.  Port kitorang biasanya kat kafe atau library.  Biasanya ada lagi dua tiga orang yang join sama-sama study.  Pastu, tetiba tak ada angin tak ada ribut sibuk coursemate cakap kitorang kapel.  Eh eh.. kitorang cuma gelak je.  Yelah.  Ni unsur-unsur yang boleh merosakkan persahabatan ni.  Tapi we all steady je sebab aku tahu dan kenal makwe bespren aku tu.  Tapi untuk tempoh dua tahun gak, kami digosipkan begitu.  Tapi kami tetap dalam friendzone.  Tapi percayalah, kalau dilayan sangat gossip begitu... mesti terusik dalam hati “betul ke dia suka aku?” “Eh,tak salah kalau aku kapel dengan dia sebab dah serasi, dia pulak baik, bla bla bla...” “Tak apalah... ramai je yang mulanya besfren bleh jadi pakwe.”

Pendek citer, kalau kau bertabah, benda-benda macam ni boleh je nak dielakkan.  Yang penting, jangan bagi jiwa kosong.  Bila jiwa kosong, mesti syaitan akan buat kerja dia.  Yes.  Bukan tak teringin nak ada pasangan waktu belajar dulu tapi aku selalu berangan untuk kahwin waktu final year la.  Kekonon nak bergambar konvo ngan hasben.  Muahaha... tapi misi gagal.  Dua tahun pas konvo baru dapat jodoh but yes, syukur Alhamdulillah..


Hubungan kekeluargaan yang erat sebenarnya sangat membantu dalam mengawal situasi bercinta sebelum masa ni.  Bila kita ada family, sebenarnya itu lebih indah dari ada seorang kekasih.  Percayalah.. dengan keluarga, tangis kita tangis yang bermakna.  Tangis rindu pada mak ayah, pahala...  tangis rindu nak gurau senda ngan adik beradik, pahala... Bukan menangis sampai sembab mata semata-mata jeles atau rasa rindu entah apa-apa.  Orang yang paling baik ialah yang terbaik kepada ahli keluarganya (hadis). 

Alhamdulillah... sekarang aku dah kahwin.  Tapi tak dinafikan, sebelum kahwin tu ada jugak orang duk tanya bila, bila dan bila nak kahwin.  Relakslah... nak kahwin ni bukannya mudah.  Berkahwin adalah satu tanggungjawab dan amanah.  Kahwin juga bukan satu trend atau adat tapi ia sunnah.  Tak semestinya dah habis belajar,dah keje wajib kahwin.  Kawan-kawan kahwin, kita pun kena kahwin.  Masa aku nak kahwin dulu, benda-benda ni tak ada pun dalam kepala.  Aku tak rasa tergugat atau dengki pun dengan kawan-kawan yang dah kahwin sebab bagi aku, bila masanya dah tiba, aku juga akan berkahwin.



Berkahwin juga bukanlah alasan untuk mengelakkan zina tetapi berkahwin itu supaya bertambah-tambah pahala.  Kalau kita cakap kahwin untuk mengelakkan zina maka, itu menunjukkan bahawa kita belum bersedia untuk berkahwin.  Zina boleh berlaku sebelum dan selepas kahwin juga.  Yang penting, belajar kawal hati bermula sebelum kahwin lagi.  Hati ni sesuatu yang susah kita nak kekang, sebab tu ada doa untuk kita sentiasa bertetap iman kerana hati adalah sesuatu yang mudah berbolak balik.  Iman pula, ada naik dan turunnya.

Selagi bernama manusia, kita memang tak akan terlepas dari godaan dan ujian.  Tapi sebagai manusia yang suka pada kebaikan,mahu kejar pahala... mahukan syurga, cubalah.. cubalah bertahan dengan ujian di dunia ni.  Ujian nafsu.


Sekian. Semoga kita semua diberi hidayah olehNYA dalam setiap tindakan kita.