Assalamualaikum wbh.
Sebelum ni, aku sangat elergik dengan
udang. Memang tak boleh dekat langsung
malah, kalau bau udang pun aku boleh loya-loya.
Apatah lagi kalau siang udang.
Boleh naik ruam. Tapi, sejak aku
kenal dengan minyak kelapa dara Treenea, elergik aku hilang. Sebenarnya tak perasan pun sampailah one day
aku terasa nak makan sangat udang. Ini
betul-betul teringin sebab sebelum ni aku tak kisah sangat dengan udang. Tak terliur pun. Sampai mama aku cakap, kalau tak makan sea
food hilang satu nikmat dunia.
Pergghh... Then, aku pun makan. Alhamdulillah. Tak ada rasa mual dan gatal-gatal dah. Sejak itu, memang udang aku tak tolak dah
tapi tekak aku mungkin jenis yang agak cerewet.
Kalau udang yang agak lama tu, masih kalah. Mudah juga terasa gatalnya. Alang-alang nak makan sea food, kasi yang
segar-segar tau!
Okeylah. To make it short, hari ni nak share
resepi yang aku dapat dari rancangan 5 Rencah 5 Rasa. Sekarang ni, maksud aku sejak kahwin,
sebarang rancangan masakan mesti aku note dia punya resepi. Sebelum ni kisah tak kisah je. Kadangkala, boring juga kalau asyik nak
memasak masakan yang kita dah sedia tahu.
Sesekali tengok resepi atau cuba resepi baru, baru best. Aduh, ni baru setahun kahwin. Patutlah mama aku selalu bising kalau dia
tanya nak makan apa and kitorang jawab,”Apa-apa je lah.” Sebab jawapan tu adalah bukan satu
jawapan,tapi rupanya satu persoalan yang sangat menyakitkan kepala untuk
dirungkaikan.
Nasib baik suami aku jenis memang
betul-betul tak kisah. Ada jugak time
aku tanya tu dia jawab tak kisah masak apa pun.
Tapi biasanya kalau aku dah start tanya soalan macam tu, sebenarnya aku
tak ada mood nak masak. Hihi.. Bila dia jawab tak kisah masak apa-apa, aku
just masak air pastu buat la teh ke milo ke... hah, hadap la makan malam biskut
cicah air je ye bang. Kikiki... Mujurlah, Fitri jenis yang telan je janji
perut dia penuh. Kohkoh..
Okeylah. Melalut pulak.. Mari lihat bahan-bahan dan kekdah membuat
Udang Goreng Belacan ni..
UDANG GORENG BELACAN.
Sumber : 5 Rencah 5 Rasa TV3
BAHAN-BAHAN :
Udang basah
Serbuk kunyit
Garam
2 inci Halia
3 ulas Bawang putih
4 tangkai cili padi - diketuk
4 tangkai cili merah
3 helai daun limau purut
2 keping asam keeping
Sedikit gula Melaka
Air perahan limau nipis
sedikit belacan
Daun bawang*
Daun kucai*
*untuk hiasan
CARA MEMASAK :
(1) Perap udang dengan kunyit, garam dan
sedikit minyak. Ketepikan.
(2) Tumis halia hingga naik bau.
(3) Masukkan cili padi, bawang putih dan
belacan.
(4) Kemudian, masukkan udang, cili merah,
daun limau purut (diramas-ramas supaya keluar air – tujuan daun limau ni untuk
dapatkan aroma dia sahaja), asam keeping dan gula Melaka. Masak sekejap sahaja kerana udang cepat masak.
(5) Akhir sekali, masukkan daun bawang,
daun kucai dan perahan limau nipis tadi. Bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!