Assalamualaikum wbh.
Masakan kampung setakat ni yang masih
nyawa-nyawa ikan ialah yang menggunakan santan.
Haishh... aku pun tak tahu saka apa yang melekat sampai tiap kali masak
gulai, mesti rasa dia something wrong.
Kadang-kadang aku surrender masak pakai santan. Tak suka!
Tapi suami aku selalu cakap “Tak apa, dah sedap ni cuma kena banyak latihan
lagi.” See... Nampak la actually masakan
tu tak berapa ngam lagi ngan lidah dia.
Sobsss! Then aku try ubah pakai
susu cair. Pun sama! Uwaaaa... bencinya.
Tapi, aku suka makan gulai ni. Masak je tak reti. Jadi, bila nampak resepi ni, terus save. Manalah tahu bakal menjadi. Huhu.. masak yang lain sekali dua buat dah
menjadi tapi kalau pakai santan ni, berbelas kali masak dah pun tetap tak
mencapai standard tekak aku. Mujurlah
time masak mee kari masa buat majlis kesyukuran hari tu, rata-rata yang datang
bertambah-tambah makannya. Eee... tak
paham betul!
Kalau tanya mama, dia kata jangan
masak lama-lama. Sebab bila santan pecah
minyak, memang tak bestlah. Tapi kalau
sekejap sangat pulak santan tak masak.
Aduhhh... tang bila tak masak lagi, tang bila dah pecah minyak? Memang memasak ni memerlukan latihan yang
berterusan.
Tapi walau apa pun, marilah kita
lihat resepi ni. Aku tak pernah makan
gulai pisang muda so, nanti bolehlah cuba buat.
Rasa macam mana? Entah. Sebab tak pernah makan kan... so, apa jua
yang jadi kelak, aku agak itulah rasanya.
Hihi.. atau untuk rasa yang lebih abadi, kena cuba makan yang
orang-orang pakar masak. Lepas tu baru
boleh compare. Apa-apa pun, jom tengok
resepi Gulai Pisang Muda Dengan Ikan Kurau ni.
GULAI PISANG MUDA BERSAMA IKAN KURAU
Sumber : 5 Rencah 5 Rasa TV3
BAHAN-BAHAN KISAR :
4 ulas bawang merah
Seinci Kunyit
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
Segenggam udang kering
Beberapa tangkai cili kulai
* Kisar
halus semua sekali.
BAHAN-BAHAN GULAI :
2 sudu makan ketumbar
3 keping Ikan Kurau Masin - Digoreng hingga kekuningan
Pisang muda – dibuang nipis kulit dan
ditumbuk kasar (sebagai pemekat gulai)
2 batang Serai - diketuk
Santan
credit gambar blog kak Azlita - cara kupas pisang muda buat macam tu |
CARA MEMASAK :
(1)
Goreng
ketumbar tanpa minyak sehingga terbit bau (jangan sampai hangit). Kemudian, tumbuk lumat beserta dengan
garam. Ketepikan.
(2)
Masukkan
air ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi.
(3)
Kemudian,
masukkan ikan Kurau masin yang telah digoreng tadi, ketumbar yang telah
ditumbuk bersama dengan garam dan serai.
(4)
Lepas
tu, masukkan pisang muda dan renehkan sampai pisang masak.
(5)
Akhir
sekali, masukkan santan dan perasakan dengan sedikit garam (tak perlu banyak
sebab kita dah guna ikan masin tadi).
Selamat mencuba. Nanti aku dah buat, aku update gambar kat sini pulak. Kena cari pisang muda ni...