Friday, March 20, 2015

B.L.O.G

Assalamualaikum wbh.

Semenjak makin ke tua ni, aku rasa macam aku dah tak ada hobi.  Definisi hobi pun aku dah hampir lupa.  Dulu-dulu ingat la hobi tu apa sebab tiap kali masuk darjah baru mesti cikgu mintak suh isi nama, alamat, no tepon, hobi dan cita-cita.  Kalau akhir tahun tu, glamour lebih sikit pasal kawan-kawan pakat hulur buku suh isi biodata diri pastu sain ala-ala autograf.  Retis angaatt!

Sekarang ni, kalau nak letak hobi dalam resume sah-sah kena gelak.  Apatah lagi kalau time interviu ko cakap jujur “hobi saya ialah..”  hahaha... kona la sikit kot ya pun nak habaq hobi kau kira bulu bebiri.

Aku boleh dikatakan sebagai seorang yang banyak cakap.  Tapi kalau kena dengan topiklah.  Kalau topik tu macam tak best sangat untuk diperbualkan, aku lebih suka jadi pendengar dan mungkin juga kalau kritikal sangat tahap bosan dia, aku akan angkat kaki.  Lebih baik aku baca buku di hujung dinding sorang-sorang.  Tapi most of the time, aku tak suka hidup tanpa ada sesuatu untuk dibuat.



Aku kenal dunia blogging ni dalam tahun 2009.  Lama kan?  Tapi tak ramai follower sebab aku buat blog untuk kepuasan hati aku meluahkan sesuatu je.  Jarang blogwalking ke blog orang lain dan kalau ada pun, aku just be a silent reader.  Sekarang, orang buat kat aku pulak.  Kahkahkah.. Sebab statistic kunjungan ramai je dan entry view pun banyak tapi seketul komen pun tak dek.  Padan muka aku.  Tapi sekarang ni aku rajin sikit nak tinggal komen even komen-komen tu bukan dapat balasan jugak pun.. huuuu.

Bukan semua benda aku suka kongsi dengan orang sebab kadang-kadang orang faham dan kadang-kadang orang tak faham dengan jiwa kita.  Tambah-tambah pulak kalau kita remaja.  Masa tu memang diakuilah jiwa memberontak, hati asyik nak membantah je.  Dulu aku ada diari.  Lebih kurang 10 buah jugaklah.  Tak sampai setengah tahun dah beli diari baru.  Haha.. banyak betul benda nak meluah. So, pada aku blog lebih mudah.

During my previous time writing in my blog, aku akui banyak perkara yang sikit-sikit aku tulis, sikit-sikit tulis.  Kadang tu, macam tak bermanfaat pun!  Bila baca balik rasa macam sia-sia je aku menulis panjang-panjang untuk hal yang remeh macam tu.  Malu pun ada.  Childish!  Tapi, orang kata kalau masa budak kita tak buat benda-benda bodoh, tapi bila dah tua-tua baru nak buat, orang panggil mereng.  Masa budak-budak kau tak mau main bola kaki tiga ke, lompat galah ke, tingting ke, polis entry ke tapi nak terperuk main Playstation.  Esok-esok dah tua baru terkial-kial nak main semua tu sambil lari-lari tak pakai selipar, alamatnya, semua orang pun lari.  Hihi..

Di rumah aku, ada mini perpustakaan.  Boleh dikatakan hampir 60% buku-buku yang ada dalam tu adalah buku yang aku beli.  Of course novel la paling banyak selain majalah-majalah.  Sorry, URTV, Mangga, Hei, REMAJA dan seangkatan dengannya tak ada.  Hehe...  Aku memang ulat buku.  Sebab itu, aku rasa salah satu sebab aku banyak cakap dan banyak menulis sebab aku suka membaca.  Pada aku, buku adalah jiwa aku, waktu tu.  Jadi, dengan adanya blog, aku salurkan idea dan segala dalam kepala aku kat situ.  Malah, melalui blog juga aku terlibat dengan penulisan online.  Waktu tu Penulisan2u.net.  Aku selalu jugaklah hantar kat situ tapi sekarang dah berhenti sebab terlalu banyak kisah cinta non-realistic yang tersiar.  Bukan apa, makin kita dewasa...kita pun akan realised benda-benda such as lelaki hensem dengan perempuan cantik, lelaki kaya anak Datuk la, perempuan miskin kawen dengan tuan rumah la dan lain-lain tu cuma berapa peratus je dari kehidupan.  Dan paling ketara, lambakan cerita kena rogol pastu kahwin dengan lelaki yang kacak dan baik hati.  Apa kau ingat lelaki yang baik untuk perempuan yang tak baik?  Huhu.. terlalu banyak yang bercanggah dengan norma agama tetapi full of fantasy!  Dulu blog aku selalu jugak aku karang novel online aku sendiri.  Kawan-kawan Uni aku ada yang jadi pembaca setia.  Tapi itu dulu, sekarang tak! 



Blog aku walau nyawa-nyawa ikan, tetap ada airnya.  Hihi..

Sepanjang aku berblog, tak ada lagi orang kata berblog ni buang masa.  Cuma yang selalu diorang tanya macam mana dapat idea nak menulis?  Apa yang ditulis?  Sape yang biasa baca?  Tak bosan ke menulis?

Senang cerita, nak pandai menulis, banyakkan membaca.  Itu benda basic.  Lihatlah sesiapa yang suka membaca, idea mereka banyak, cakap mereka pun banyak.  Intipatinya sahaja bergantung kepada apa yang dia baca.  Banyak baca kisah anbiya dan tentang islam, islamik la perbualannya.  Banyak baca gossip, mengumpatlah banyaknya.  Banyak ambil tahu tentang dunia, globallah percakapannya. 

Perasan tak kronologi yang aku tulis tadi?... dulu aku suka novel, banyak aku buat novel online kan?  Dan sekarang aku cakap aku dah kurang membaca hatta definisi hobi pun buta, sebab itu kurang berblog dah.  Malah, dulu aku tulis sahaja apa-apa yang terlintas dalam hati.  Geram, suka, bahagia, sedih.. semua ada.  Tapi sekarang semenjak dewasa ni, makin kurang dah mengadap blog.  Itulah pointnya.  Blog ini, tak adalah membuang masa pun.  Cuma bagaimana kita nak bentuk blog kita tu.  Dah makin matang, kita nak tulis sesuatu pun fikir banyak kali. 

Aku tak kisah sangat orang nak singgah ke tak ke blog ni.  InsyaAllah, nawaitu aku berblog bukan sebab nak cari publisiti cuma nak berkongsi.  Esok-esok sekurang-kurangnya kalau blogspot ni tak kena hacked, bolehlah anak-anak aku buat panduan.  Hahah..  Kita letak satu je, buat apa-apa kerana Allah swt.  Bersikap ihsan.  Biar kita tak nampak tapi kena sentiasa yakin bahawa Allah menilai setiap perbuatan kita.  Sebab tu, 2015 ni aku dah re-vamp balik blog aku.  Aku delete semua entri yang tak leh pakai tu.  Huhu..       



Sekarang, nak tulis tu aku fikir dulu benda ni ada manfaat ke tak untuk yang membaca.  Dulu hari-hari nak update blog.  Yelah, cakap pun hari-hari kan?  Huhu.. sekarang ni kalau boleh aku tapis dulu isi kandungan tu.  Kadang-kadang, tulis padam, tulis padam.  Sama jugaklah, nak bercakap pun bertapis dah sekarang.  Dah nak jadik mak kannnn... again, bukan nak kata apa.  Tapi sebab dah makin dewasa.  For me,blogging ke main guli ke, kalau tak ada pekdah.. tak payah buat.  Pastikan sesuatu yang kita buat tu bermanfaat untuk diri kita, agama dan masyarakat.  :) 

Terima kasih sudi baca bebelan.  Hikss!