Monday, March 16, 2015

Cara Meningkatkan Paras HB Dengan Cepat!

Assalamualaikum wbh.

Hi.  So now I am in my 31 weeks of pregnancy.  Alhamdulillah.  Yeay!  So far baby very corporate dengan mummy.  Rasa seronok sangat mengandungkan si kecik ni.  Tak banyak masalah pun.  Kalau nak throwback balik sepanjang 30 minggu sebelum ni, boleh dikatakan tak banyak ragam pun.  Bab teringin nak makan itu ini tu pada aku biasa-biasa je sebab kalau tak mengandung pun, kalau aku nak makan yang tu, memang kena cari yang tu jugaklah.  Kalau makan yang lain macam tak puas dan tak kenyang.  Hehe.. Macam kalau aku teringin nak makan bihun goreng, bagi nasi sepinggan pun mesti nak kena makan jugak bihun tu.  Kalau tak rasa macam tak lawas je perut nak menghadam.  Ekekeke.. 

Kalau baca tentang masalah sepanjang proses mengandung yang biasa di alami oleh para ibu, Alhamdulillah aku tak banyak pun ada.  Masalah stretch mark, kulit kering, tumit merekah, kaki bengkak, kekejangan, jerawat liar, vena varikos yang teruk, kencing manis, darah tinggi, darah rendah.. Alhamdulillah, syukur sampai bulan ke 8 ni semua tu tak ada, dan mintak-mintak semoga segalanya kekal dan baik-baik aje sehinggalah sampai waktu bersalin nanti.  Dan bersalin nanti pun diharapnya mudah juga.  Kawan-kawan aku semua asyik duk tanya perut gatal tak, peha gatal tak.. jawapan aku tak!  Hihi.. mungkin rezeki Tuhan pada aku (sebab aku ni seorang yang sangat nerd pasal kecantikan) atau asbab aku mengamalkan minyak kelapa dara TREENEA sejak sebelum mengandung sampailah sekarang ni.  Yelah, VCO kan membantu dalam masalah stretch mark, jerawat dan darah tinggi tu selain yang lain-lain.  Wallahuallam..

dengar citer susah nak hilang.. gulp!.. mintak jauh-mintak jauh!

Last week, untuk check up yang ke 7 kali singgah ke Klinik Kesihatan (KK) ni, untuk kesekian kalinya nurse puji aku cakap buku aku cantik.  Heee.. tak de merah-merah katanya.  Bacaan HB aku pun tak pernah jatuh kurang dari 11.2.  Masa kali  ke-6 tu aku sikit cuak sebab itulah bacaan yang paling rendah.  Drop sampai 11.2 sampai misiku Kuza misi pun tegur mintak aku perbanyakkan makan kerang-kerangan, bayam dan minum susu.  Dia suruh aku minum susu tepung tapi lately aku lebih suka minum susu fresh jenama FarmFresh tu.  Rasa dia best sikit dari Anmum. 



Masa awal-awal pregnancy tu aku banyak minum susu kambing jenama HiGoat.  Lepas dah habis 3 pek, aku beralih pulak minum Anmum.  Husband aku yang beria suruh aku try Anmum pulak sebab katanya itu susu untuk ibu mengandung. =_=’ pengaruh tv.  Kendian, dah habis sekotak, yakni aku pun dah masuk bulan keempat kandungan, tetiba baru nak start morning sickness. Alamak, susu memang tak boleh minum.  Minum je, selang sejam dua mesti muntah habis sampai lembik badan.  Tapi tetap, susu kena minum khennnn... so, ambil alternative try Anmum Mango.  Okey, yang ni sedap.  Rasa macam minum susu segar berperisa tu tapi versi suam.  Habis sudah tempoh morning sickness selama 3 minggu (Alhamdulillah kejap je...) dan susu pun dah habis aku try pulak Anmum Coklat.  Okey surrender.  Yang ni dua kali je minum lepas tu susu terbazir je sebab tak best langsung!
Sebab tu lah aku beralih minum susu FarmFresh tu.  Mula-mula beli saiz sederhana tu lepas tu ambik kau... sebotol besar terus! Hihihi... tapi tetap HB aku rendah jugak walaupun minggu atau malam sebelum check up tu aku mesti pulun makan char kuew tiow atau pun bayam goreng.  Okey,aku jadi cuak..

Fikir sebab dah masuk 9 bulan ni aku rasa baby mesti nak zat lebih banyak kan?.. dan sebab nak anak ni jadi orang baik-baik, hafiz Quran, tok imam, tok bilal dan segala macam perkara dan sifat mahmudah, aku pun gigih makan makanan-makanan sunnah.  Sebelum ni makan tak makan je.. asyik makan coklat dan Anis Moist Choc Cake je.. =_=’ kohkohkoh...

Amazingly!  Subhanallah...  Bacaan HB aku dari 11.2 terus mencanak naik sampai 12.8.  Waahh.. aku jadi teruja.  Itu pun beza dalam masa 2 minggu je sebab aku dah kena start rutin check up dua minggu sekali.  Macam bacaan first time check up dulu.  So makanan sunnah terutamanya kurma dan kekacang tu membantu sangat-sangat dalam meningkatkan HB.  Bayam, kerang, hati.. untuk diri aku terlalu perlahan kenaikan dia.  Kasi maintain bolehlah.. tapi kalau nak up kan HB, baik makan kurma.  Lagipun, kurma membantu dalam pengeluaran susu selain daripada makan pegaga.  Pegaga... time tak mengandung dulu pun, kalau selalu makan buat ulam.. rasa bre*st macam padat je.  Hihihi...  Amalkanlah makan ulam-ulaman.  Aset cantik, badan menarik, kulit pun halus.  Tak payah beli produk-produk membesar dan menegang tu semua.. jimat dan selamat lagi kalau makan ulam-ulaman.

Lagipun kurma tu kaya dengan sumber protein, fiber dan vitamin serta kurang lemak.  Ia merupakan gabungan fiber mudah larut dan tidak mudah larut yang mana membantu mengekalkan sistem penghadaman kita.  Sebab tu makan kurma tiga bijik je bersahur dengan segelas air pun dapat tahan lapar untuk 10 jam kan?  Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu sebaik mungkin.  Selain itu, kurma juga mempunyai sejumlah gula asli yang tidak membahayakan kesihatan dan kaya dengan potassium dan rendah sodium yang membantu mengawal sistem saraf kita.  Kesimpulannya, ada lebih kurang 8 khasiat kurma yang dapat dikesan.  Hihihi...



(1) GULA - mengandung memerlukan tenaga yang sangat banyak maka, gula adalah pembekal tenaga yang paling cepat!

(2) PROTEIN - protein mengandungi asid amino yang mana merupakan 'building blocks' badan kita.  Walaupun badan kita menegang dan membesar untuk disesuaikan dengan tumbesaran bayi, macam tu jugaklah fetus. Untuk menyokong proses ini, badan kita memerlukan protein yang cukup.  

(3) FIBER - kurma membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan juga mengatasi sembelit.  Sakit wooo nak cangkung lama-lama ngan perut memboyot camni.  Kurma juga membantu mengurangkan paras kolesterol, tekanan darah tinggi, diabetes dan melindungi ibu-ibu dari jangkitan penyakit.  Ia juga membantu mengawal berat badan dengan mengurangkan rasa lapar.  Heeee...  tak adalah ibu-ibu naik berat badan mendadak.

(4) FOLAT- folat atau asid folat membantu dalam membentuk sel baru dan menghalang anemia.  Ia membantu dalam menghalang kecacatan kelahiran yang mana boleh merosakkan otak dan tulang belakang bayi yang baru lahir seperti spina bifida dan anencephaly.



(5) VITAMIN K - vitamin K memainkan peranan penting dalam pembekuan darah dan dalam menguatkan tulang.  Bayi dilahirkan dengan paras vitamin K yang rendah maka bantuan dari ibu semasa mengandung sangat penting.

(6) ZAT BESI - Zat besi memainkan peranan penting dalam proses metabolik.  Bersama-sama dengan molekul globin, zat besi membantu menyampaikan oksigen kepada seluruh sel dalam badan.  Ia penting semasa mengandung kerana zat besi merupakan bahagian yang menyepadukan myoglobin, collagen dan enzim.  Ia juga mencegah anemia.

(7) POTASSIUM - potassium merupakan elektrolit paling penting dalam badan.  Ia membantu mengawal tekanan darah dan jumlah air semasa proses mengandung selain menjaga kesihatan jantung, salur penghadaman dan mengoptimakan fungsi otot.  Kekurangan potassium boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

(8) MAGNESIUM - magnesium membantu dalam pengangkutan aktif kalsium dan ion potassium melalui membran sel yang mana membantu dalam kontraksi otot dan ritma normal jantung.  Ia juga membantu dalam pembentukan gigi dan tulang serta membantu mengawal paras gula.  Kajian juga menyatakan bahawa pengambilan magnesium yang tidak cukup semasa mengandung boleh meninggikan tekanan darah, kecacatan hati dan buah pinggang serta penglihatan yang kabur.

But MOST OF ALL, makan kurma ni akan mengurangkan proses nak meneran tu sebab ia menyebabkan serviks kita mudah mengembang!  InsyaAllah.. semoga aku dan para ibu yang sedang mengandung dan bakal bersalin nanti dipermudahkan segalanya oleh Allah swt.  InsyaAllah..  Amiinn!

Sekian.  Terima kasih sudi baca.


P/S : tak sabar tunggu kamu baby NAM. :’)