Wednesday, March 18, 2015

Menguruskan Kelahiran Tiba-Tiba (Sudden Birth)

Assalamualaikum wbh.

Dah masuk trimester ketiga tapi setakat ni alhamdulillah aku tak rasa seriau lagi nak bersalin.  Tak tahulah nanti dah dekat-dekat macam mana.  sekarang ni hobby aku ngan Fitri tengok video dan cara-cara nak bersalin.  Suami aku macam biasa la, diam je pasal dia memang mudah ngeri.  Hahaha... satu perkara baru yang dapat aku teroka sepanjang tempoh setahun nikah ni.  Tahap ngeri dan gayat dia lebih tinggi dari aku.  Tengok video orang buat bungy jumping pun dia seriau.  Aku okey je lagi as long as aku tak buat terjunan tu.  Walau pun aku tak berapa gayat, tapi kepala aku selalu fikir jauh.  Maunya tetiba tali tu putus ke.. leher terbelit ke.  Nayaa..

Dan disebabkan aku selalu fikir bukan-bukan, lately ni aku selalu terbayang macam mana agaknya kalau aku terberanak sorang-sorang kat rumah ni waktu suami aku gi keje?.. Gulp!  Memang jarang berlaku dalam sejarah di Malaysia ni apatah lagi di kalangan family aku tapi sesekali si kecik ni mengeras, aku akan terbayang saat melahirkan.  

Mengikut apa yang aku baca, biasanya kalau anak sulung jarang sangatlah nak berlaku sudden birth ni sebab jalan biasanya susah nak bukak.  Biasa untuk bayi sulung ni kita akan rasa sakit kontraksi tu lebih lama sikit sebab nak bukak jalan.  Kelahiran tiba-tiba atau sudden birth ni biasanya berlaku pada orang yang bersalin banyak kali dan dekat-dekat.

Lagipun zaman dah maju.  Kebanyakan orang kita akan ke hospital untuk bersalin sebab keadaan yang lebih bersih dan sterilize.  Kalau dulu, orang tak nak bersalin di hospital sebab nak jaga batas aurat dan juga konon nak mengikut cara Siti Maryam yang melahirkan Isa as sendirian.  Wallahuallam.  Aku bukanlah alim sangat bab agama tapi sekarang ni ramai dah doktor perempuan yang boleh urus waktu bersalin dan soal aurat itu tidak akan timbul.  Lagipun, Islam tidak suka umatnya memudaratkan diri sendiri.  Kita tak tahu macam mana keadaan dan kemahiran kita menerima kelahiran bayi jadi, kenapa tidak serah kepada orang yang ahli? (doktor).  Sambut sendiri kelahiran bayi mungkin akan menyebabkan bayi itu lemas, terdedah kepada kuman berbahaya dan juga mengalami kecacatan semasa kelahiran.  Kita tak tahu.  Jadi, better ambil langkah awal jika dah nampak tanda-tanda nak bersalin tu, pergilah cepat-cepat ke hospital.  

Tapi, walaupun risiko bersalin tiba-tiba ni peratus nak berlakunya sangat rendah, apa kata kalau kita amek tahu sikit sekadar ada idea kot-kot la tetiba berlaku kan?  Kot-kotlah...  Ni hasil pembacaan aku je.  Kalau ada doktor perubatan yang terbaca mohon ampun lerr kalau ada salah dan silap.  Iols terlibat ngan haiwan.. heeeee... so, bab manusia kurang arif.

Kalaulah ditakdirkan bersalin secara tiba-tiba, langkah pertama adalah BERTENANG.  Cuba hubungi sesiapa yang terdekat yang dapat datang dengan kadar segera.  Kemudian, hubungi doktor kita.

Keduanya ialah CUCI BERSIH TANGAN DAN SEDIAKAN PERALATAN YANG SEPATUTNYA seperti kain bersih, tuala, plastik bersih, plastik sampah yang baru dan mangkuk bersih.  

Ketiga ialah CUBA UNTUK DUDUK DALAM KEADAAN YANG SELESA untuk push bayi.  Alas kain tebal di bawah punggung supaya nanti kalau bayi keluar, dia akan jatuh dengan perlahan dan tidak menyakitkan.  Kalau ada orang bersama dengan kita waktu tu, bolehlah dia tolong tengok kepala bayi sama ada sudah keluar atau belum dan membantu kita menyambut bayi tu.  Kalau bayi lahir dalam air ketuban, boleh pecahkan air ketuban itu dengan jari dan segera lap muka dan badan bayi sebersihnya supaya dia boleh bernafas.

Keempat, SEGERA BALUT BAYI DENGAN KAIN BERSIH dan rapatkan dia ke dada ibu.  Bayi yang baru lahir memerlukan haba yang cukup supaya tidak kesejukan.  Tepuk bayi jika dia tidak menangis. 

Kelima, kontraksi kedua akan berlaku untuk mengeluarkan placenta.  IKAT TALI PUSAT dengan tali atau sepit dengan sesuatu sementara menunggu doktor tiba.

Fuihh.. boleh tahan juga gelabah kalau bersalin sorang-sorang ni.  Mintak-mintak baby NAM bagi signal awal-awal supaya sempatlah mummy pergi hospital dengan Ayah.  Walaupun mummy dah tulis benda ni sebagai panduan, hopefully benda ni tak praktikal lagi untuk kelahiran sulung.  Huhuhu.. macam tak sanggup!  InsyaAllah, mintak-mintak Ayah ada sama sambut awak, baby NAM!  :')