Saturday, January 3, 2015

Nafas Baru "Dari Mata Hati"

Assalamualaikum wbh.

Alhamdulillah.. masuk tahun 2015 ni, aku rasa aku nak mempersembahkan sebuah blog yang lebih bermanfaat.  Oleh itu, aku telah memeriksa semua isi kandungan blog, sebelum akhirnya aku memutuskan untuk clearkan segala jenis entri yang berbentuk 'brain spamming' (hihi).  

Lagipun, biarlah yang berlalu tu berlalu.  Buat apalah dikenang segala jenis kecelaruan masa lampau.  Aku harap semoga entri aku bermula entri ini menjadi lebih bermanfaat, bernas dan membawa kebaikan untuk semua yang membaca.

Daripada beratus-ratus entri, aku telah membersihkan hampir 300 entri yang pada aku, kalau tak ada dalam blog ini pun tak apalah ;)  Doakan aku ye.

Makin hari, kita makin dewasa dan menempa kematangan.  Aku sangat berharap dan selalu berdoa semoga hari aku pada hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih sempurna daripada hari ini.  Aku mula menulis blog ni waktu tu, kalau tak salah tahun 2009.  Waktu tu, aku tak punya ramai kawan malah kawan untuk aku berkongsi sangat terhad.  Aku susah hendak meluahkan pada orang.  Kalau dulu aku selalu menulis diari tapi lama-kelamaan, diari entah ke mana.  

Sebab selalu sangat mengadap laptop di zaman ijazah itu, maka aku pun terklik blogspot untuk jadikan ia medium aku berkarya.  Awal-awal dulu, aku hanya masukkan entri berbentuk karya; cerpen, puisi malah sajak yang aku karang sendiri.  Tapi, bila idea tidak datang sedangkan laptop sudah terbuka, maka wujudlah catatan-catatan perasaan yang entah hape-hape.

Oleh itu, semenjak aku berumahtangga ni, dan tak lama nak jadi seorang ibu pula (ehem-ehem) maka aku merasakan bahawa adalah baiknya kalau aku mulakan segalanya dengan nafas yang lebih segar.  Untuk itu, aku mohon maaf sekiranya ada yang tersinggah di blog terpinggir aku ni tatkala memasukkan keyword apa-apa dan ada yang terasa hati dengan mana-mana isi kandungan aku yang sebelum ini, harap dimaafkan.

Aku tahu aku bukannya siapa-siapa dalam bidang blogging ini tapi walau kita tak dipandang manusia, hakikatnya kita selalu dipandang oleh Allah swt. ;) Jadi, maafkanlah aku iye?...

Salam tahun baru 2015 buat kalian semua.