Friday, January 16, 2015

Pengalaman Scan 3D4D

Assalamualaikum wbh...

Yippie!  Semalam kitorang pergi scan 3D4D baby and it was so wonderful moment!  Suami aku terkekek-kekek ketawa tak berhenti tengok baby gerak-gerak dalam tummy aku tambah-tambah bila tengok jantina si baby.  Hikhik..  selama ni aku beria cakap yang naluri aku mengatakan baby tu *ehem-ehem.. tambah-tambah pulak bila masa umur 19 minggu tu aku saje pergi buat scan 2D sorang-sorang and doctor cakap baby tu ‘macam’ *ehem-ehem. 

Tambah-tambah pula, dari segi pemakanan aku.. sesi muntah-muntah manja morning sickness, keayuan paras rupa yang dah semakin pudar (haha... okey, tak lawak), bentuk perut yang mana aku sendiri pun tak reti nak tengok, minat dan citarasa terhadap segala-galanya menunjukkan jantina *ehem-ehem tu.    

Sekali malam tadi keputusan pusing 360 darjah!  Hahaha... Yang ni insyaAllah confirm dah sebab baby tanpa segan silu duk terkangkang menampakkan jantina dia.  Ekeke.. apa la baby ni.. mummy babap baru tau!

Bercakap soal morning sickness tu, pada aku itu adalah normal kot kalau start muntah-muntah di awal kandungan yakni di trimester pertama sebab perubahan hormone dalam badan.  Tapi aku pulak awal-awal tak ada pun.  Dah nak masuk trimester kedua baru aku ada alahan.  Tu pun aku rasa sebab aku terlalu memikirkan kenapa aku tak alami alahan macam orang lain.  Haaa sekali kau, mendapatlah alahan setiap hari selepas jam 4 petang.  Tak morning mana la kot.. 

Teringat dulu aku tak pernah ada senggugut.  Sampailah satu ketika aku tanya kawan aku macam mana rasa kena senggugut tu.  Ambik seketul!  The next due tu, aku kena senggugut yang sangat dahsyat sampai terponteng sekolah.  Well, darurat asli cikgu!  Dan aku alami senggugut tu sampai masuk ke alam universiti dan akhirnya aku pulih dari keperitan itu setelah aku amalkan pengambilan minyak kelapa dara keluaran TREENEA (sempat lagi promote.  Heeee)  Sebab tu aku rasa, mual-mual dan muntah-muntah aku tu bukanlah sepenuhnya disebabkan oleh perubahan hormone tapi sebab cara aku berfikir.  Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh mengalaminya... pulakk! 

Masa tengah rancak ber’morning sickness tu, aku dah mula abaikan pengambilan supplement aku.  Jadi malas walaupun sekadar shake-shake jek!  Kemudian, bos aku cakap mak dia dulu tak pernah alami morning sickness untuk ketiga-tiga anak dia sebab dia jenis yang kuat makan supplement.  Eh eh.. terasa pulak aku dengan kekurangan diri.  Lantas, aku mula amalkan semula shake Herbalife dan Aloe Concentrate tu setiap pagi dan Alhamdulillah.. memang betullah.  Amal makan supplement macam tu menyebabkan morning sickness aku dah pulih.  Aku mual-mual macam tu tak lama pun.. dalam sebulan lebih je.  Nyesal berhenti makan dulu tapi in other side, okey jugaklah.  At least aku dapat rasa macam mana alahan mengandung tu.  Bolehlah buat babak sedih kat anak-anak kelak,"Kamu tahu tak wahai anak-anak, susahnya mak nak lahirkan korang semua.  Muntah berbulan, makan tak lalu..tidur tak lena..mandi tak basah!"  Heh!

Tapi sumpah.. merasa kejap pun okey laaaa... seksa betul!

sape nak jugak Herbalife ni boleh contact 018-2382 939

Maka, aku merasakan bahawa pendapat dan resam orang dulu-dulu tentang pembawakan budak tu tak adalah tepat sangat cuma mungkin daripada pemerhatian mereka, simptom-simptom tertentu ada kaitannya dengan jantina bayi.

Okey.

Berbalik pada al kisah gi scan tu... seminggu sebelum tu, abang aku ada WhatsApp tanya sama ada aku dah gi buat belum scan 4D.  Aku cakap belum lagi tapi waktu tu aku dah terlintas jugak nak pergi cuma tak tahu kat mana-mana lagi.  Kira masih dalam perancangan la.  Abang aku dah hantar emoticon gelak banyak-banyak.  Eleh, aku rasa dia dah tahu jantina anak kedua dia tu.  I guess baby girl la sebab si Aryan tu dah boboy so mesti abang aku nak sorang anak perempuan kan?  Dah lengkap sepasang.  Tapi sampai sekarang kak ipar ngan abang aku rahsiakan jantina baby diorang dan bagitahu tunggu je sampai lahir nanti.  Tak kisahlah, janji baby sihat walafiat dan sempurna.  Bulan depan je pun... hihi.. tapi aku tetap tak sabar!  Tahun ni nampaknya kitorang berpantang berganti-ganti.

So lepas je abang aku WhatsApp, aku cepat-cepat Google cari mana-mana klinik yang buat 4D scanning kat Selangor ni.  Lepas menggodek blog-blog yang dah share semua jenis klinik yang buat, akhirnya aku amek keputusan untuk buat scan tu dekat Poliklinik An-Nisa’ di Seri Kembangan.  Dekat website diorang tu ada macam-macam maklumat berkenaan dengan kandungan dan kelahiran dan sangat menarik.  Lepas baca review mereka yang dah pernah pergi ke sana pun, semua macam berpuas hati dengan khidmat diorang tu tambah-tambah dengan sonographer yang nama Jezzlyn maka aku tanpa melengahkan masa lagi terus daftar secara online.



Scan 3D4D ni akan periksa perkembangan bayi kita iaitu 'baby growth scan' di mana berat bayi, pembesaran bayi, jantina dan kadar degupan jantung bayi akan dikesan dan diperiksa.  Tetapi, scan ni tak termasuk untuk mengesan kecacatan bayi di mana struktur jantung, kedudukan uri, tahap air ketuban dan kedudukan bayi tidak akan dikesan.  Kalau nak, korang boleh buat '2D Detail Scan'.

Mak aaii.. semua tarikh dah fully booked melainkan pada 15 Januari 2015 je.  Khamis.  Nak tak nak, memang aku kena klik situ je lah.  Its okey... lagipun seminggu je tempoh menunggu tu.  Bolehlah.  Lagipun, daripada apa yang aku baca, masa yang terbaik untuk gi buat scan 4D ni ialah pada minggu ke 22.  So, cun-cunlah minggu 15 haribulan tu aku dah masuk 22 minggu. Peace!

Kitorang sampai di klinik tu jam 8.45 malam manakala waktu ngedate aku ngan baby ialah pada jam 9.20.  Tak lama pun.  Aku sampai-sampai je nak terkencing.  Pastu tunggu dua orang yang datang sebelum kitorang sebelum akhirnya pada jam 9.30 macam tu kitorang dipanggil masuk.  Walaupun aku tak delah beria sangat nak kan si Jezzlyn tu tapi Alhamdulillah, malam tu dia yang bertugas.  Iye, memang peramah dan sangat sporting.  Hihi...



Aku sengaja pilih waktu malam untuk buat scan tu sebab dua tiga minggu kebelakangan ni, baby lebih banyak gerak waktu malam.  Aktif sangat.  Kalau siang hari, dia gerak time orang azan Zohor je.. pastu petang lepas Asar kejap.  Lain-lain waktu dia tidur memanjang.  Malam tu baru dia start nak kick-kick mummy balik.  So, daripada pergi dengan kepulangan yang menghampakan, aku pilih malam.  Alhamdulillah, masuk-masuk je bilik rawatan tu.. letak aje scanner... perghhh.. Nampak terus dia duk terbongkang dalam tu.  Terus kitorang semua gelak-gelak.  Hishh.. sungguh tak malu kamu anak!

Sepanjang tempoh scan tu, baby memang bagi kerjasama sepenuhnya.  Hihi.. thank you.  Mummy love u baby!  Kejap-kejap dia tutup muka... (tapi kaki terkangkang.  Haha..)pastu kena pujuk ngan Jezzlyn dia alih la bagi mummy ngan Ayah tengok muka dia.  Heeee...  lucu kamu ni!

Lebih kurang 20 minit macam tu, sesi kami pun selesai.  Disebabkan aku daftar online maka aku dapat dengan harga RM120 dengan pakej 1 keping printed gambar baby, 1 keping printed scanning summary dan sekeping CD yang mana dalam tu terkandung 20 keping gambar aksi-aksi baby dan 9 buah video gerakan.  Not bad kan?.. dengar kata, kalau baby malu-malu dan tak nampak muka atau jantina tu, diorang tak akan charge pun.  So, don’t worry mummies! 


Kat bawah ni aku sertakan maklumat berkenaan dengan Poliklinik An-Nisa tu.

              
   

Alamat : No. 5, Jalan BPP 8/1, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor. (Dekat dengan GIANT) 

Nombor Telefon : 03-8945 8414


Website (kalau nak buat daftar online) : www.bayi-ibu.com




Sekian untuk kali ni.  Baby pun dah lapar ni dan lepas makan Mummy nak layan citer Prison Break plak.  Haishh.. mintak-mintak baby bijak pandai dan sihat walafiat selalu.  Aminnn..