Assalamualaikum wbh..
Hari tu nampak kawan aku post dalam Facebook Puding Karamel.
Pergghh.. terbayang pudding tu tergedek-gedek dengan penuh kelembutan dan
kelemakan. Tak boleh jadi. Puding Karamel adalah pudding faveret aku
yang merupakan antara pudding pertama aku belajar buat. Hihi.. rasanya masa tu umur awal belasan la
kot.
Ingat lagi, masa tu baru je belajar buat pudding ni. Mana la aku tahu gula tu nak cair dengan
perlahan.. tapi kendian bila dah start cair, laju pulak cair kesemuanya. Jadi, gula aku tu bukan setakat kaler
caramel.. dah jadi arangmel dah. Berani
ko nak makan? Pahit nak mamp! Pastu, lambat cuci periuk terus berkerak
boleh baling terus.
Bising mak aku! Alaa
Ma, periuk boleh dibeli.. ilmu dan pengalaman tu tiada nilainya. Hehehe…
Terus fobia nak buat pudding caramel lagi. Dan kalau teringin dan nampak kat kedai, aku
beli je sebab tak nak lagi mengenang kisah pahit tu. Tapi, setelah bertahun aku tak buat pudding
ni, aku tiba-tiba jadi teringin yang amat untuk puasa kali ni. Dengan ingatan yang ingat tak ingat tu, aku
cuba google balik nak tengok sama ada resepi yang sedia aku tahu tu sama tak
dengan dengan resepi orang lain Yelah,
kot-kot la aku terbubuh bahan extra ke, terkurang ke.
Bila dah confident bahan yang diguna oleh foodlogger lain
pun lebih kurang je, aku pun teruskan dengan keinginan aku nak buat pudding
ni. Bukan apa, bulan puasa ni.. makanan
kat bazaar tu selain mahal nak arwah, kandungan gula tu macam nak suh potong
kaki jek.. hoho.. tak sanggup nak bayar
untuk sesuatu yang aku tak puas hati.
Lagipun, boleh je buatkan.. ada masa jugak.. kenapa nak membazir membeli
di luar?
Okey, pudding ni aku akui sangat senang nak membuatnya. Antara bahan-bahannya ialah :
1 tin susu cair
1 tin air
½ tin susu pekat manis
5-6 biji telur gred B
1 ½ cawan Gula
2 sudu tepung jagung
Air
Esen vanilla
(1)
Masak gula dalam periuk dengan api
perlahan. Kacau selalu hingga gula jadi
warna perang. Masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan dalam bekas pudding.
(2)
Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau
perlahan-lahan hingga telur kuning dan putih bergabung bersama. Kemudian, masukkan susu cair, air dan susu
pekat manis. Gaul sebati semua sekali. Masukkan esen vanilla dalam satu sudu teh.
(3)
Ambil sedikit campuran (2) dan gaul bersama
tepung jagung.
(4)
Akhir sekali, tuang bahan-bahan campuran tu ke
dalam bekas pudding yang ada gula hangus tadi.
(5)
Masukkan dalam kukusan yang telah didihkan air
sebentar tadi.
abaikan rupa kedut dia... hihi.. nnt benda ni kat bawah gak.. yg penting rasa beb! Hihihi... |
(6)
Kukus untuk 15-20 minit.
(7)
Keluar dan sejukkan sebelum terbalikkan pudding
tu ke atas piring untuk makan.
Senang kan? Biasa kat
bazaar satu slice dah RM2.50.. =_= Tak
mahulah.. Kalau makan mesti nak banyak.. huhu..
selamat mencuba!
*bekas bentuk love macam ni boleh pakai bekas kek coklat
moist Anis tu je. Hihi..