Thursday, July 10, 2014

Resepi Kuzi Ayam Mama Yang Sedap


Assalamualaikum wbh..

Minggu pertama puasa, ramai yang dah menyinggah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk cari baju raya.  Tahun ni macam meriah benar raya sebab macam-macam fesyen baju, tudung dan kasut yang muncul.  Ramai kawan-kawan aku yang berniaga sekarang jadi, senang sangat kalau setakat nak cari baju ke, tudung ke, handbag.. mak aihh, memang semuanya dihujung jari.  Walau pun begitu, jangan pula kita lupa dengan saudara seagama kita yang sedang berperang berjihad di Palestin sana.  Berdoalah dan bertindaklah agar perjuangan mereka dipermudahkan.

Actually, bagus jugak bila ada kawan-kawan yang buat bisnes ni.. selain jadi pelanggan diorang, menambahkan pendapatan, boleh jugak menambahkan ikatan persahabatan.  Tapi ada juga kes yang menyedihkan bila sama-sama berbisnes, sibuk hendak mempromosikan barangan sendiri sampai menjatuhkan barang orang lain.  Kalau ada kawan-kawan aku yang macam tu, slow-slow aku tarik diri.. tak mahu beli ngan mana-mana pihak.  Bukan tak de pendirian, tapi itu salah satu cara nak kekalkan persahabatan la.. tapi, tegurlah mana yang boleh kan?  Yelah, tak mahulah jadi orang yang duk atas pagar, penakut macam tu.. kita kan ada iman?... serendah-rendah iman ialah menegur dengan hati.

Buat masa sekarang ni, macam tak ada mood lagi nak cari baju raya.  Walau pun tahun ni raya pertama dengan Encik Suami, tapi entahlah.. tak dek rasa ghairah nak berdondon-dondon lagi.  Ngeh3..  tapi hari tu Tanya, Encik Suami kata nak baju raya tahun ni kaler merah.. mak aii, mak ngah pak ngah la ni!  Tapi ada bezanya puasa tahun ni dengan yang lepas-lepas.  Puasa kali ni buat aku lebih kreatif dalam masak-memasak.  Kalau dulu, masaklah perkara yang paling malas dalam bulan puasa tapi kali ni tidak.  Kita macam suka pulak nak masak.. hehe.. bazaar Ramadhan tak jejak lagi untuk cari lauk pauk.  Kalau singgah pun, cari kuih muih.  Itu pun, dah masuk Ramadhan kesepuluh ni, baru sekali ke bazaar.  Waah!  Azam tahun ni, nak kurangkan ke bazaar sebab nak jaga kesihatan.  Jadi tak sedap hati tiap kali nak ke bazaar apatah lagi, akbar-akhbar pun duk beritakan tentang kebersihan bazaar yang teruk sekaligus membawa penyakit.

Minggu pertama puasa itu hari, kami terpaksa balik ke kampung halaman sebab bapa mertua tiba-tiba diserang sakit.  Mulanya kami berdua merancang untuk jimatkan cuti dan balik raya lama sikit tapi tak apalah, ada hikmah la tu.  Kita hanya merancang…  yang penting, ayah mertua sihat-sihat hendaknya.

Dah alang-alang balik tu, beli terus rempah kuzi dengan kerutup.  Rasa macam nak cuba masak dua perkara ni yang selalu aku anggap leceh.  Tapi rupanyaaa..  hehehe!  Okeylah, dah terlebih-lebih pulak cakapnya.  Jom lihat resepi untuk buat kuzi.  Ini adalah resepi asal dari Mama aku.  Ni memang hidangan kegemaran kami adik-beradik di pagi raya terutama sekali kalau ada roti jala atau roti bun.  Memang menyengat!  Kawan-kawan yang selalu datang beraya pun, pasti tercari-cari kuzi ayam Mama.

BAHAN-BAHAN :

(1)
Halia
Seekor ayam



Perap ayam dengan halia.  Biarkan seketika.  Kemudian, goreng separuh masak.  Biasanya, Mama akan goreng betul-betul setengah masak sebab bila dimasukkan dalam kuzi nanti, rasa macam rempah tu terserap betul-betul ke dalam ayam.  Siap goreng, ketepikan.


(2)
3 biji Bawang besar - mayang
Sekotak Kismis
Gajus
Sesudu minyak sapi
Minyak masak



Panaskan minyak masak dengan minyak sapi.  Goreng bawang besar hingga layu.  Angkat dan letak tepi.


Kemudian, goreng gajus hingga kekuningan.  Angkat dan letak tepi.


Akhir sekali, goreng pula kismis hingga kembang.  Angkat dan letak tepi.


(3)
         i.            (i) Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
       ii.            (ii) 4 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah – dimayang halus
      iii.            (iii) Rempah kuzi – dicampur dengan air
     iv.            (iv) 1 tin tomato puri , 1 tin susu cair, 1 tin air – dicampurkan bersama semua sekali
       v.            (v) Gula Melaka



Tumis (i) hingga naik bau.  Kemudian, masukkan pula (ii) hingga layu dan naik bau.  Lepas tu, masukkan perlahan-lahan (iii) dan tumis lama sikit hingga nampak macam dah masak.  Akhir sekali, masukkan bahan (iv).  Untuk bagi rasa berlemak sikit masukkan (v) dan stabilkan dengan garam mengikut citarasa.  Biasanya kuzi ni akan jadi pekat sikit jadi saya suka masukkan sikit air mengikut kepekatan yang sesuai sebab nanti nak cicah ngan roti jala pulak.  Kalau sikit sangat, tak puas makan. 

Akhir sekali, masukkan (1) dan (2) serta gaullah hingga semuanya sudah sebati.



Bila tengok ada lagi lebihan tomato puri dalam tin, terlebih rajin pula buatkan sekali nasi tomato untuk dimakan dengan kuzi ayam ni.  Memang terangkat habislah.  Suami dan adik ipar makan bertambah-tambah.  Berbaloi rasa siapkan lauk-pauk ni dekat 3 jam.  Hihi..  Alhamdulillah.  Tapi, lupa pula nak ambil gambar Nasi Tomato tu.  Untuk resepi, nanti update okey?

Selamat berpuasa semua.  Raya ni bolehlah cuba Kuzi Ayam Mama saya.. hihi.. confirm tahun depan giliran beraya hak korang!  Hihi..