Assalamualaikum
wbh…
Aku sedang melipat kain yang baru diangkat. Fitri pula baru siap mandi. Dia pulang kerja lambat hari ni. Kami sudah siap makan malam sejam yang
lepas. Dia sedang bersiap sedia untuk
solat Isyak waktu aku bangun dan menutup tingkap yang terbuka tadi. Malam ni angin agak kuat, mungkin nak
hujan. Aku siap melipat semua pakaian
bila Fitri di rakaat terakhir. Aku
bangun dan menyimpan pakaian di dalam almari.
“Arrghh… lenguhnya belakang abang ni, sayang,” dia
menggeliat di atas katil sambil memandang aku.
Eleh, dah faham da.. nak suh picit la tu. Aku duduk di sebelah dia dan mula memicit
belakang badannya. Tak lama pun, sebab
tangan aku ni cepat betul lenguh kalau picit badan orang. Aku pun tak tahu.. kalau menaip entri
lama-lama tak apa pulak. Hihi.. tak adalah.
Dulu pun aku memang cepat lenguh.
Tangan aku tak kuat walaupun dulu aku wakil rumah sukan main lontar
peluru. Perghh.. macam tak caye je. Tapi terimalah hakikat itu. Hihi.. dulu aku kuat, kalau aku genggam
tangan orang mesti sakit punya. Tapi
mungkin tenaga dah kurang dah sekarang.. kalau genggam tangan adik aku pun, dia
kata ni nak usap ke apa ni.. krik,krik,krik!
Sejak kahwin ni, pergaulan aku dengan kawan-kawan dah
bertukar. Bukan nak tukar sangat tapi
mungkin secara semulajadi kot… aku kawan
dengan geng-geng bini orang jugak.
Huhu.. bukan aku yang tak sudi nak keluar dengan kawan-kawan bujang,
tapi diorang yang tak mahu keluar lagi.
=_= Katanya, aku dah kahwin,
susah nak keluar sama. Eh, sebenarnya
siapa yang susah nak ajak keluar ni?
Huhu.. so, one day, kawan baik
suami aku ni plan untuk kitorang gi bercuti ke Pulau Batak, if I’m not mistaken
la.. dekat-dekat dengan Pulau Perhentian.
Plan punya plan, akhirnya putuskan nak pergi 17 & 18 Mei ini.. Punyalah kitorang semangat atur jadual
kitorang. Yelah, tiap minggu kitorang
mesti ada agenda lain punya.. so, kalau
dah plan macam tu, kena adjust la plan kitorang. Pastu, tetiba dia kata tak jadi pulakkkk…
alahai.. aku dah on mood nak gi bercuti ni!
Jadi sambil duk picit belakang suami aku tu, aku usha-usha
la masa dia..
“Abang, 1 Mei nanti abang keje ke?,” aku bertanya sambil
tangan duk letak minyak panas.
Maklumlah, keje swasta ni kadang-kadang public holiday pun
kena kerja jugak, tambah-tambah sector pembinaan. Lagi mau cepat siap. Sebab dulu aku keje bahagian processing, so
cuti ke tak memang tak adanya dalam kalendar.
Semua hari samaaa saje memaksa aku putuskan untuk berhenti kerja. Bosan hidup dalam rutin. Orang kata, kalau buta dan pekak pun dah
boleh buat dah keje tu.. huhu.. tak
mencabar langsung. Hahaha…
Dia berpaling mengadap aku.
“Tak keje sayang, kenapa?
Ada nak gi jalan-jalan?,” tanya dia balik. Eh, macam orang mengantuk disorongkan
bantal. Tapi, aku cover kemahuan aku
yang melonjak-lonjak tu. Hihi.. jual
mahal la sikit.
“Boleh ke?.. takut abang penat je, nak rehat,” balas aku
selamba. Padahal dalam hati duk doa
mintak-mintak dia kata no hal!
“Eh, boleh jeee.. tak ada masalah.. nak gi mana?,” soal dia
balik. Aku dah tak leh tahan rasa nak
tersengih. Heeeeeee, lebar je aku sengih
kali ni.
“Kita gi Melaka nak?
Dekat-dekat dah la… abang tak payah mintak cuti,” usul aku
akhirnya. Memang nak pergi jalan-jalan
pun, nak keluar dari Kuala Lumpur ni. Nak
ambil auralah katakan…
“Okey, boleh! Nanti
esok sayang kemas baju siap-siap, abang balik keje je kita terus gerak, okey?,”
beria-ia dia merancang. Waah.. aku
rangkul tubuhnya dan peluk erat-erat.
Rasa macam mula-mula jatuh cinta pulak.
Haha.. over!
Esoknya, aku survey-survey hotel ikut Agoda.com. Mulanya ingat nak gamble aje pergi Melaka tu,
dah sampai nanti baru cari hotel. Tapi
aku teringat yang kitorang pegi 1 Mei, Hari Pekerja. Melaka tu pulak destinasi pelancongan. Kang tak pasal-pasal tidur dalam kereta. Memang travel habis arr… Ikut Agoda.com memang sangat mudah. Pastu, ada diskaun pulak tu. Aku cari hotel bajet sahaja. Sebabnya, kitorang sampai dah malam, maybe
around 10pm, pastu esoknya of course kitorang nak keluar jenjalan kan?.. so, buat apa nak perabeh duit ratus-ratus
untuk tidur yang tak sampai pun beberapa jam?
Tak berbaloi! For me, prestige
letak nombor dua asalkan memenuhi keperluan sudah… hoho… lainlah kalau aku pergi ke satu pulau yang
memang tak ada langsung tempat nak pergi and memang duk kat hotel sahaja pun
dah rasa macam perfect as syurga dunia, baru ambil yang mahal-mahal.. lepak sampai lebam dalam tu ha.. so, aku decide nak pre-booking Hotel Prima
je. Tengok dalam Agoda.com tu RM85
semalaman with breakfast. Okey la
tu.. tapi, bila aku dah start isi boring
booking, dapat lagi diskaun harga bilik termurah. We all dapat RM75 untuk satu malam dengan
sarapan pagi. Okey, bolehlah!
gambar dr website dia.. tapi cenggini je la lebih kurang cuma susunan meja je lain.. :) |
Petang 30hb tu kami terus bertolak ke Melaka dan check in hotel dalam jam 10.30 malam... huhu.. pastu, terus keluar makan malam dengan adik ipar aku yang belajar kat UTeM, Melaka. Lepas pekena dinner yang agak melampau malam tu, kami terus balik dan tidur mati sampailah esoknya.
Agenda pertama kami ialah, nak naik River Cruise. Ini Fitri yang beria pasal nak romantik-romantik. Haha.. so aku layan je. Tapi itu bukan port pertama la. Nak cari parking dah jenuh satu hal... akhirnya, kami parking dekat Menara Taming Sari dan jalan kaki ke sekitar tu. Mujurlah Taming Sari tu dekat dengan semua tempat. Jalan kaki saje.. exercise di tengah panas...
Naik atas bukit apa ntah, kawasan kubur omputehs tuu.. rehat kejap. Penat naik tangga.. encik suami dah mandi peluh. Aku semput jek.. hihi... relax jap, kami amek-amek gambar. Rasa rugi pulak tak bawak kamera.. huhu.. main amek ngan kamera henset yang tak berapa canggih camni la hasilnya... tak clear sangat.. untuk masuk dalam blog buat kenangan, kualiti gambar ni memang sangat failed! Uhukk...
Kemudian, kami turun dan makan-makan buah depan bangunan merah. Time-time tu pulaklah ada segerombolan warga Jepun ni nak buat intebiu. Mulanya aku menolak, tapi bila mengenangkan dulu masa aku belajar pun pernah main redah interviu orang jugak untuk subjek Tamadun Asia kat Batu Caves tu, so aku cukup faham jerit perih diorang nak mendapatkan seorang mangsa tu.. ahahak! Tak apalah, semoga adik-adik cemerlang dalam pelajaran.. heeeee...
Dah macam Jepun jugak aku tengok mamat sebelah ni.. theheeee... |
Last port tu barulah naik Cruise menyusuri Sungai Melaka... sebenarnya kami nak tunggu malam sikit sebab nak tengok keindahan Kampung Morten tu tapi sebab fikir takut nanti lambat pulak nak balik semula ke KL, jadi kami ambil keputusan naik sahajalah siang-siang hari pun. Waktu tu lepas Asar.. jadi suasana pun dah redup sikit dan angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa...
Dengan kadar RM10 sekepala, perjalanan selama 40-45 minit menyusuri Sungai Melaka ni sangat berbaloi. Kejap je rasa eh, dah patah balik? Huhu.. sebelum naik cruise tu, kita akan diminta untuk ambil gambar dulu kemudian bila dah turun tu, bolehlah kalau kau nak beli atau ignore je... sape suh print siap-siap.. kang dah rugi.. hihihi... kitorang tak ambil pun gambar tu sebab nampak photoshop sangat~
Sebelum balik, kami singgah beli cencaluk. Eh, cencaluk pun dah keluar versi baru.. ohoi! Ada perisa sotong pulak cencaluk sekarang.. dulu aku makan cencaluk udang kecik-kecik tu je... udang apa eh orang panggil? So, we all beli dua jenis tu untuk rasa mana lagi best! RM10!
So, cuti 1 Mei kami sangatlah bermakna. Rasa macam lama giler cuti sebab habiskan masa berdua dengan betul-betul padat! Sebenarnya, bukan susah pun untuk kita buat satu memori.. yang penting, cari waktu dan kena saling menyokong antara satu sama lain. Aku cukup bimbang kalau kehangatan kami cuma sebentar tapi mintak jauhlah. Semoga ikatan yang dibina ni kekal hingga ke syurga.
Semoga dia terbaik untukku dan aku terbaik untuknya! Aminnn...