Assalamualaikum wbh..
Sebenarnya, gigih buat entri tengah-tengah malam ni pasal nak cover balik keterlupaan aku pada tarikh anniversary perkahwinan aku ngan syuben dis year. Padahal, aku dah komen kat status FB laki aku pasal ni.. alih-alih, aku yang lupa pasal sibuk dengan urusan bisnes. Adehhh.. jadi, sebaik balik makan ni, hurrm.. sekarang ni lebih kurang jam 12.30.. haaa... bukak laptop lelaju untuk buat entri ni. Hihi.. tu pun lepas settle urusan GCTea juga. Packing-packing order customer.. hehe... sabar la sayang, ni bisnes untuk kesenangan kita juga nanti. heheh.. alahai, baru 2 tahun dah lupa. Syuhhh.. harap tahun ni je terbabas!
So, sebab aku memang lupa nak celebrate tahun ni.. like tahun lepas.. sempat juga buat makan kecik-kecik ngan jiran tetangga sebagai kesyukuran setahun kahwin... dis year, kami sempat meraikannya di kedai sahaja.
Kitorang ni jenis bukan yang kental sangat nak beromantik bagai. Aku teringin tapi malu.. haha.. kot la laki aku buat giler candle light dinner ngan musician bagai, mak aii... mana nak sorok muka. Tak apa bang, u dont have to be that damn romantic.. as long as perut kenyang hati senang, tak payah nak candle light sangat pun sokey je..
So, we went to dine in Dolly Dim Sum in Avenue K, opposite KLCC. Setiap weekend we ols mesti lalu area sini sebab kelas marketing tapi tak tersinggah pun. So, tonite we decide to celebrate our anniversary in Chinese style. Gittew.. kena pulak minggu depan Chinese New Year.. hah, hambek kau. Nasib baik hati manyak senang.. tak delah Naga sangat!
Masuk sahaja ke Dolly Dim Sum, kami disambut mesra oleh waiter and waitress diorang. Bleh kasi 4 bintang! Diorang tunjukkan kita punya seat dan bersedia untuk ambil order. Order dia senang je.. tick, tick and tick apa yang korang nak. Menu semua sedap-sedap. We all pun first time makan sini tapi do not worry, its value to your money! Even bun diorang pun.. nampak biasa je dari luar tapi bila kau rasa...pergghh... pejam mata beb! Hanyut, khayal giler ngan kesedapan dia. Hasben aku ni orang yang paling Melayu punya tekak. Kira memang penakut habis nak try benda baru tapi dia memang puas hati sangat-sangat aku bawak mai sini. Siap kitorang tambah order lagi! Hahaha.. tak cukup kot... nasib baik sambut anibeseri... kalau saje-saje nak makan, memang berat sikit la nak bertambah time tengah-tengah hidangan tu. Hihi.. kami juga order nasi malam tadi. Tak boleh la tak hadap nasi.. macam tak kenyang. Huhu.. so kitorang amek Thai Style Fried Rice. Haaa... yang ni kureng sikit dari segi rasa dan harga. Kalau aku tokey, aku kasi RM12 dah arr... hihihi...
So, total kitorang makan malam tu kira suit la dengan harga. Len kali macam nak pergi lagi la.. sedap sangat! Recommended. Layan gambar kat bawah okey.. maaf sebab kualiti gambar memang sangat-sangat cikai! Tambah-tambah bila pakai front camera... Sobsss...
Crystal Prawn Dumpling |
Egg Custard Bun |
Siew Mai yang diorder 2 kali. Haha..
|
Overall, 4 bintang!
Terima kasih cinta..
Selamat Ulang Tahun yang ke-2..
Semoga ikatan kasih sayang antara kita kekal hingga ke syurga. Aminnn..