Tuesday, February 16, 2016

Resepi Ayam Ungkep Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum wbh.

Hi.  Amacam tajuk entri saya kali ni?  Rasa macam mood honeymoon tak?  Ekeke...  saje je letak camtu sebab saya pun baru first time try masak Ayam Ungkep ni.  Bukan setakat pertama kali masak, pertama kali makan pulak tu.  So, tak tahu rasa sebenar dia macam mana.  Alaaa... hentam saje lah labuuuu..

Pape pun, sempat juga layangkan pesanan buat si suami yang gigih berpanas mencari rezeki buat kami sekeluarga tentang lauk hari ni.  Macam biasa la laki I, "sedap niiii.." itu je la dia pandai balas bila saya WhatsApp lauk pauk.  Semuaaaa sedap!  Tu yang buat saya rasa semangat je nak masak tu.  Ohoi!

Lepas berperang dengan sudip kuali, dengan Adam bergantung-gantung di kaki... peluh berpanas dengan api, peluh berhempas pulas dengan raungan Adam.. phewww..siap jugak Ayam Ungkep untuk lunch hari ni.  Apa lagi.. saya pun rasmikan dulu la sebab incik suami memang tak balik makan tengah hari pun.  Gulp!  Untuk first time makan.. kenapa saya rasa sedap masakan ni?  Adakah resepi tu memang sedap atau air tangan saya yang mabeles?  Hahaha... jangan kecam!

Apa-apa pun, incik suami balik makan malam ni senyum lebar.  Apa taknya, mengembalikan semula zaman muda-muda dia berkelana di negeri Johor nun haaa...  nak bertambah nasi, orang tengah catu nasi.  So, dia bertambah lauk sahaja.  Pergghh.. malam ni isteri dapat anugerah ibu jari terangkat dua kali!  Bangga giler... macam dapat Oscar.  Haha.. meh nak share resepi senang ni.  Siyes sedap!

  
RESEPI AYAM UNGKEP NEWBIE

Bahan A
Ayam
Garam
Serbuk kunyit

- perap ayam dengan garam kunyit

Bahan B (kisar lumat)
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 tangkai cili padi
1 inci halia

Bahan C
Halia 2 inci - hiris nipis

Air
3 batang Serai
Garam 
Gula

Cara Masak :

(1) Tumiskan halia yang dihiris nipis sehingga garing.

(2) Masukkan bahan B dan tumis hingga pecah minyak.  

(3) Masukkan ayam yang telah diperap tadi (ayam ni boleh juga direbus terlebih dahulu sebelum perap).  Biarkan sebentar dalam 5 minit.

(4) Masukkan serai, garam dan gula.  Gaul sebati.  Masukkan sedikit air.  Biarkan menggelegak.

(5) Tunggu sehingga kuah pekat sedikit dan sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba ye pengantin baru.  Hihi... Masak-masak ni pengikat kasih sayang.  Jangan malas-malas... :)