Friday, March 4, 2016

Rawatan Alternatif Bayi Demam

Assalamualaikum wbh...

Seminggu dua yang lalu, aku agak kalut dengan Adam.  Terkejut malam tu bila Adam merengek-rengek sambil memanjat badan aku yang sedang tidur.  Rupa-rupanya, dia kepanasan.  Aku pegang badan dia.  MasyaAllah.. panas sungguh!  Terus aku bangun dan mencari tuala kecil untuk dituam sejuk ke atas kepalanya.  Mujurlah Adam jenis yang merengek-rengek biasa sahaja... tidak meraung-raung.  Kalau tidak, pasti bertambah kalut aku malam tu.  Sudahlah terjaga dengan terkejut begitu... naik pening kepala.  Tapi kuasa super saiya seorang ibu, pening-pening pun boleh hilang sekelip mata bila anak syurga dalam keadaan macam tu.

Malam tu, hanya separuh malam sahajalah nikmat tidur yang aku dapat.  Selebihnya, duduk disisi Adam dan selalu pastikan kain tuam selalu basah.  Sesekali, aku terlelap dalam duduk.  Huhu..

Esoknya, terus aku mandikan Adam dengan air suam yang dicampurkan dengan lemon.  Syukur juga kerana orang dalam rumah kami ni, hantu lemon.  Stok lemon memang selalu adalah dalam esbok tu.  Hihih... nape eh lemon tak putus bekalan tu?  Jeng-jeng-jeng... tu semua gara-gara ada orang tengah dalam proses nak kuruskan badan.  Minum air detoks lemon lerr sepanjang hari.  Haha... Aku memang siapkan bekalan air untuk suami aku dengan merendamkan hirisan lemon.  Kalau tak minum GCTea, memang detox water harus dan wajib habiskan.  GCTea minum malam nanti nak tidur... tidur pun lebih lena walaupun seharian kerja di luar dengan panas matahari tu sebab ada daun pudina dalam tu yang menenangkan selain mempercepatkan lagi proses nak lose weight tu.

So kembali pada Adam.. lepas aku mandikan dia dengan air lemon suam, nampaklah sikit lega tu.  Suhu pun dah tak tinggi mana.  Hidung dah tak tersumbat dan alhamdulillah, selera makan bertambah-tambah.  Patutlah semalam tu makan pun macam nak tak nak je.. rupanya dia dah tak sedap tekak gamaknya!

Sepanjang hari tu, aku selalu pantau suhu Adam.  Risau bila baby demam dengan keadaan cuaca di KL ni yang panas giler sekarang... rumah kami pula mana ada aircond.  So, kipas memang maksimum punya la...  sebenarnya, aku ada sejarah bab anak kecik demam ni.  Abang aku pernah kena demam panas yang teruk masa kecik dulu sampai nak kena sawan.  Allahuakbar... nasib baiklah dapat dikawal segera.  Tapi kesannya.. abang aku macam gagap sikit bila bercakap.  Sikit je la.. kiranya kalau ajak dia rap tu, failed!  Tapi kalau dia cakap biasa, bab mengayat... cair anak dara yang mendengarnya.  Aku tak cair hati, cair taik telinga je... hahaha.  Lagi satu, member aku pun.. anak dia demam panas masa baby sampai tarik sawan.  Huhu... sebab tu la aku risau sangat bila badan Adam panas.  Korang, kalau anak demam... musim sekarang ni kalau tak demam panas, mungkin denggi atau campak.. so, alert lebih sikit la ek.. jangan ambil mudah!

Adam demam on and off tu dalam 2 malam jugaklah aku tak tidur dengan sempurna.  Kejap-kejap dia bangun merengek minta aku tuamkan kepala dia.  Alahai... kesian sungguh anak mommy ni.  Lebih haru... Adam sangat sopan dan behave even demam.  Subhanallah... Alhamdulillah...syukur ya Allah.  Kau berikan aku anak yang mudah dijaga...

Kat sini, aku nak share bahan-bahan untuk bayi yang demam.  Kiranya, pada aku... korang kena ada la alatan ni semua untuk anak-anak kecil terutama sekali bayi yang tak reti nak hembus hingus ke.. tak boleh nak cakap itu ini lagi.  For me.. Alhamdulillah.. alat dan ubatan cukup lengkap.


Ni adalah antara bahan-bahan dan persediaan yang aku buat untuk Adam.  Mungkin bab bawang merah tu tak sesuai untuk semua tapi Alhamdulillah... sejak Adam bayi, bawang merah sangat membantu.

SPRAY STERIMAR

Spray ni sangat bagus untuk bayi yang selsema.  Tujuan dia ialah untuk membantu menghentikan lelehan hingus yang buat bayi tak selesa dan rasa lemas.  Cara dia pun senang je.. mengiringkan bayi atau letak bayi dalam kedudukan duduk dan spraykan terus ke dalam hidung dia.  Nanti, akan keluar lelehan air garam ni dan bersihkan.  Tunggu sekejap dalam 5 minit macam tu.  Akan keluar hingus pekat.. pastu, boleh baringkan bayi..  selesa habis!

LEMON

Lemon ni macam yang aku tulis kat atas... adalah untuk mandian.  Make sure air suam-suam kuku...  mandikan bayi dengan air lemon ni dah tak payah bilas.  Bayi lebih tenang dan selesa sebab bau lemon ni sangat relaks dan wangiiiii...

TERMOMETER

Termometer adalah alat WAJIB ada kalau ada anak kecil.  Suhu bayi kena selalu pantau tambah-tambah bila diorang demam.  Walaupun kita dah rasa okey, kejap-kejap suhu boleh naik mendadak.

PENYEDUT HINGUS

Yang ni pun harus ada kalau korang tak mampu nak sedut hingus anak pakai mulut.  Huhu... aku memang sayang kat Adam.. tapi kalau keadaan tak mendesak sangat, dan alat pun dah tercipta... aku rela beli alat ni dan sedut hingus-hingus Adam tu pakai mende ni jek.  Laki aku eksyen je lebih... masa aku nak beli ni dia kata sedut pakai mulut je la... anak kita kan... katanya laaaa... Adam dah demam ngan hingus pekat kuning tu, aku suh sedut pakai mulut, tahu sengih-sengih.  Hak elaaaa... eksyen jek!
BAWANG MERAH

Bawang merah ni tujuan dia untuk serap bakteria-bakteria yang ada.. apatah lagi waktu demam macam tu, bakteria tak payah cakap la banyak mana kan.  Aku potong bawang tu tegak dan letak di sekeliling tilam tempat Adam tidur.  Ada juga yang aku masukkan dalam stokin Adam.  Pastikan stokin tutak delah ketat sangat...

Biar ada ruang untuk bawang tu tergolek-golek dalam stokin tu dan tak attach terus dengan kulit.  Alhamdulillah... teknik ni sangat sesuai dan berkesan dengan Adam.  Demam dia tak lama...

BAWANG PUTIH

Dari segi pemakanan pula, aku banyakkan bawang putih dalam masakan Adam.  Tak adalah banyak secekak tu... kalau biasa tumis seulas.. ni lebihkan 2,3 ulas.  Bawang putih katanya membantu buang kahak bayi.
Sekian sahaja perkongsian aku kali ni.  Perkongsian biasa-biasa sahaja.. yang orang lain pun dah buat cuma aku catit kat sini supaya nanti Adam dah besar, dia tahu mende-mende ni lah yang Mommy sediakan untuk awak masa awak baby ye Mr. Nik Adam.. heee... what ever it takes, Mommy love you to from Safa to Marwah.  Hihi...