Assalamualaikum wbh..
Tahun ni, sekali lagi aku dipanggil untuk menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Haha.. boleh jadi alumni calon dah ni. Alhamdulillah.. untuk setiap kali peperiksaan tu, ada rezeki dapat lepas cuma bila sampai bab interviu, asyik gagal. Its okey.. since PTD bukan ke'terdesak'kan aku untuk berkerjaya. Cuma kalau dapat tu, alhamdulillah... tercapai hasrat mak ayah aku nak anak dia jadi PTD. Muehehe...
"jadi, keje untuk ma abah je la?"
Ada laa orang tanya cenggitu kat aku. Hurmm.. yang terpaling utama alasan memang itulah sebab aku lebih suka pada jawatan Pegawai Pertanian je tapi pada aku, bila kita laksanakan impian mak ayah ni, insyaAllah keredhaan dan rezeki akan lebih melimpah ruah.
"so, andai kata dapat jawatan tu... awak tak ada kesungguhan la nak bekerja sebab bukan minat dan keinginan awak?"
Eh.. tak adalah sampai pemalas macam tu sekali. Bila dah diamanahkan..kita kena buat yang terbaik. Untuk mendapatkan sesuatu yang kita suka, bertahanlah dengan sesuatu yang kita tak suka dulu.. ye tak?.. Lagipun, bukanlah tak minat langsung PTD ni.. cuma aku lebih berharap pada Pegawai Pertanian je..
"PTD la kerlass dari Pegawai Pertanian!"
Amboiii... jangan memperlekehkan pertanian uols... tak de petani,mana nak dapat makanan? PTD pun lembik kalau tak makan nasi. Keeennn... Walaupun PTD nampak kerlas pakai kot memanjang... dah minat Pegawai Pertanian gak... nak buat macam mana?.. nak jugak.. nak jugak.. hihi. Harap-harap, kalau dapat PTD pun.. diletakkan ke Kementerian Pertanian. haaa.. dua dalam satu kan? Impian mak ayah tercapai, impian aku pun dapat. Alhamdulillahhh.. amin, amin!
So, memandangkan aku ni 'alumni calon PTD'.. hahaha..pandai-pandai je letak... meh aku share apa yang aku buat setakat ni. Korang jangan la berharap perkongsian ni sempurna tip top.. aku bukan PTD pun.. aku cuma calon yang berjaya lepas exam tapi gagal di interviu... so, kegagalan aku masa interviu tu harap korang tak ulang la.
PEPERIKSAAN
Masa first aku apply PTD ni, peperiksaan manual. Bertulis. Esei pun panjang berjela kena karang. Satu BM, satu BI. Format dengan sekarang ni lebih kurang sama je.. untuk Pengetahuan Am, Daya Penyelesaian Masalah. Cuma dulu ada esei. Bab Pengetahuan Am tu, kalau korang betul-betul nak lulus, bacalah surat khabar banyak-banyak dan updates isu semasa.
Jangan la esok nak exam, hari baru belek surat kabo. Untungnya sape yang rajin membaca, tak perlu bekerja keras. Biasalah, orang rajin ni tak sia-sia pun... Lagipun, bukankah kejayaan itu tak datang dalam sekelip mata? Jadi, kalau rasa nak apply PTD tahun depan, bacalah surat khabar start tahun ni.
Jangan lupa juga, arif tentang perundangan dan hal ehwalMalaysia.. memandangkan kita ni cuma rakyat marhaen, bukan majistret, lawyer atau duta negara.. maka, hadamkan perkara-perkara asas pasal Malaysia... nak senang, baca buku Malaysia Kita tu. At least, perangat balik memori pasal urus tadbir negara kita..
Aku nak lulus dulu beli dan baca tau buku ni. Cuma tahun ni... aku tak rasa aku macam sempat nak baca dah. Redah sajeee... huhu.. busy la dah makin tua ni. haha..
gambar tak clear... hasil mencuri kat internet lain macam kualiti dia.. hahaha |
INTERVIU
Nak jadi pegawai kerajaan yang sepatutnya berhemah dan beretika, berwawasan dan bermaruah... seharusnya korang bukan sahaja kena bijak dan berwajah menarik, tetapi harus pandai membawa sikap dan pemikiran yang positif juga.
Benda ni semua tak boleh di bentuk dalam jangka masa yang singkat, tetapi kalau nak kelentong untuk sehari, mungkin boleh. Kuikui..tetapi, tahukah anda.. hipokritas hidup tak lama?.. :P lambat laun terbongkar jua jadi, jadilah diri sendiri.
Maka, selain menjaga penampilan pada hari interviu seperti berpakaian secara korporat dengan kasut hitam bertumit (sebaiknya) - pastikan berstokin ye, korang juga seeloknya memakai kot 3 lapis. 3 layer suit. Maksudnya, bukan kot tu 3 lapis.. adoiii, nanti elok-elok nak serius, jadi medan lawak plak. Bawa juga sijil-sijil yang berkaitan. Prepare lebih sikit sebab takut kalau ada lebih dari seorang penemuduga (biasanya akan lebih), jadi bila sampai giliran anda untuk ditemu duga, beri set sijil tu pada yang menemuduga. Ada dua orang, berilah pada dua orang. Backstage man tak payah la beri...
Kalau bawa beg tangan, make sure letak beg di sebelah kiri atau kanan kerusi anda. Jangan letak di bawah atau depan kaki ye. Beg tu, tak payah gempak sangat.. biasa-biasa je. Sebab kalau gempak sangat ngan rambu-rambu, takut nanti keje gomen tapi sebok nak melayan katalog je memanjang nanti. Habis, siapa nak serve rakyat jelata?.. :) dan peluang anda untuk terpilih mungkin nipis juga.. pakai ringkas, eksklusif dan kemas.
- Ketuk pintu 3 kali sebelum masuk
- Beri salam
- Bila duduk, kaki jangan silang.
- Bila bercakap, suara biar jelas.
- Duduk dengan tegak dan tidak menyandar malas.
- Kalau ditanya dalam bahasa Inggeris, jawablah dalam bahasa Inggeris. Ditanya dalam Bahasa Melayu, jawab dengan Bahasa Melayu juga.
- Pandang ke arah penemuduga, jangan tengok kiri kanan waktu bercakap.
- Kalau diminta untuk bentang sesuatu, just do it! Dengan kemampuan terbaik korang. NEVER SAY I CAN'T atau SAYA TAK RETI...
Semoga perkongsian yang tak seberapa ni boleh membantu korang yang eksaited ingin mencuba. Jangan putus asa tau..walaupun dah 4 kali dipanggil.. haha...sebab dalam 30 orang tu, hanya 1 orang je yang layak. Cubalah jadikan diri anda orang yang layak jika anda betul inginkan kerjaya sebagai seorang diplomat. Kalau gagal kali ni, its okey..ada la tu ruang lain yang lebih baik untuk korang. Yang penting, buat yang terbaik dalam apa jua yang sedang kita hadapi.
Sekian, terima kasih sebab singgah dan baca. Semoga bermanfaat.