Tuesday, November 24, 2015

Pasangan Itu... Anugerah Allah.

Assalamualaikum wbh..

Hidup ini bukan seindah bayangan dan impian.  Dahulu, aku lebih suka bergaul dengan orang yang lebih dewasa; baik dari usia atau perwatakannya.  Aku tidak pandai untuk bergaul macam orang muda yang lain.  Tak pandai nak melepak, tak pandai nak bercerita gaya orang muda.  Pemikiran aku terkadang lebih 'kolot' dan macam makcik-makcik sikit.

Aku dah biasa mendengar dan hadam kisah-kisah rumah tangga sebelum aku sendiri menjengah ke alam rumah tangga.  Sebab itu, aku tidaklah terkejar-kejar sangat nak kahwin dulu meskipun diasak dengan macam-macam pertanyaan dan momokan sebab aku secara pengalamannya 'dah kahwin' dengan kisah-kisah rumah tangga.  Terkadang, aku jadi takut kerana walau banyak yang indah, ada juga yang pahitnya.  Paling aku takut dulu, terkahwin dengan lelaki yang jahil agama.  Allah!  Itu memang menjadi 'igauan' buat aku.

Tapi, nak mengharapkan orang lain mendidik kita, nak tunggu datang seseorang untuk jadi 'Suamiku Ustaz' untuk perbetulkan kita, rasanya tidak adil.  Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.  Daripada menanti datangnya 'dia', kenapa tidak kita sendiri yang bimbing diri kita?.. ilmu agama itu fardhu ain.  Setiap orang wajib belajar untuk diri dia sendiri.  Jangan kata ustaz-ustaz nak pandang kita, orang yang jahat pun.. kalau nak buat pasangan, dia akan cari yang baik-baik.  Lagipun, perkahwinan itu ibarat satu pasukan.  Bila ada yang tercedera, sorang lagi boleh bantu pimpinkan.  Kalau seorang tidak tahu, yang sorang lagi ajarkan.  Lebih indah jika suami boleh membimbing tapi jika suami terbabas dan isteri menegur, terimalah dengan hati yang lapang.  

Bukanlah mengharapkan pasangan yang sempurna, tetapi andai dapat yang berusaha untuk menjadi yang terbaik pun itu sudah memadai.  Yang sentiasa memantapkan diri untuk kebaikan rumah tangga kerana tanpa agama yang baik, mahligai akan musnah.  Hari ini berdepan dengan pasangan, esok-esok anak-anak melihat sikap kita dalam diam.  Walau pun ibu bapa mesra di depan anak-anak, saya percaya 'link perasaan' tu tetap diasai oleh anak-anak.  Kita tak akan mampu sorok benda-benda kejiwaan ini.  Keluarga terlahir dari ikatan jiwa-jiwa.  

Hari ini, terbaca tentang kes penceraian disebabkan oleh lafaz yang tidak disengajakan.  Aku tak tahu apa nak rasa.  Geram, marah, sedih...  talaq itu, bukan sekadar lafaz kata-kata tetapi ia melibatkan hukum dan kebencian dari Allah.  Aku tak tahu apa sebenarnya masalah diorang tetapi, banyak yang telah aku temui dan baca... rumah tangga yang aman damai, yang sentiasa penuh dengan sakinah dan mawaddah..kata-kata cinta dan kerinduan memanjang, jarang benar berlaku kes sebegini.

Suami atau isteri yang perasaan kasih pada isteri atau suami yang menebal, tidak akan sesekali membiarkan 'ilusi jahat' tentang pasangan menerobos fikiran mereka hatta berjauhan sekalipun.  Ada suami yang baik, bila berjauhan atau out station dengan keluarga, susah mahu makan, susah mahu tidur. 

Habis mesyuarat sekejap tadi, Taufiq menelefon isterinya.

"Sayang makan apa lunch ni?," 
"Makan ayam goreng sahaja abang.  Tak sempat masak.  Aiman asyik merengek-rengek rindukan abang," jawab Sarah.
"Oh.. ye ke..  Esok abang balik ye," balas Taufiq kembali.
"Abang dah habis meeting?  Dah makan?," Sarah mengembalikan semula soalan sama.
"Baru habis.  Kejap lagi abang makan."

Usai berbicara, Taufiq mencari ayam goreng juga di meja buffet.  Dia tak boleh telan makanan sedap-sedap jika isterinya sekadar makan ayam goreng kosong.

Iye.  Itu tanda kasih yang tak nampak tapi perasaan cinta pada isteri dan anak-anak membuatkan Taufiq rasa tak mampu untuk 'makan sedap' sedangkan di rumah, isteri bertungkus lumus menjaga anak-anak dan harta sepeninggalannya.  Bukan dia tak tahu, nampak sahaja Sarah tu suri rumah tangga tapi sibuknya mengalahkan Taufiq sendiri.  Pernah satu hari Taufiq MC kerana demam.  Ya Allah.. kalau tengok pada keributan di rumah, rasanya lebih 'selesa' dia berehat di ofis sahaja.

Bukan semua orang beruntung dapat pasangan yang boleh memahami dan mengerti perasaan pasangannya tanpa perlu si isteri atau suami buka mulut.  Tak ramai yang pandai 'membaca' isi hati. Kalau si isteri diam, si suami malas ambil pusing.  Kalau si suami marah-marah, si isteri juga naik hantu.  Memanglah kalau siapa yang buat peel macam ni, sampai kesudah rumah tangga 'makan dalam'.  Semua nak orang paham isi hati dia tanpa dia sendiri bukak mulut.  Kalau pasangan susah nak mulakan bicara, trylah peluk dia... duduk sebelah dia. Diam pun tak apa... sekurang-kurangnya, kehadiran kita tu buat pasangan rasa cool sikit.  Tang isteri, silap-silap hari bulan... nangis terus pastu peluk suami.  Hah, settle masalah.  Tak tanya pun tak apa, janji kita ada!  Sebab kadang-kadang maslaah ni susah nak diluah dengan kata-kata tapi tindakan kita boleh meredakan gelora tu.  

Sesekali, buatlah macam dalam drama tu. Beli bunga untuk isteri merajuk, buat-buatkan kopi untuk suami yang tengah meredam api perasaan tu, ajak mandi bersama ke...  Walaupun rasa macam 'menyampahnya nak layan orang tua peel budak ni'... hihi... tapi biarlah.  Buat sahaja...  Saya pun, kadang-kadang ambil masa juga nak pujuk si suami merajuk.. tapi biasanya tak sempat pujuk dia dah sejuk sendiri. Alhamdulillah... hihi.  Saya bukan pakar rumah tangga tapi macam yang saya katakan di awal tadi, perkongsian ini hasil dari pembacaan dan pengalaman saya menjadi pendengar dan penasihat tak bertauliah rakan-rakan yang mungkin 'belum ada cahaya bahagia' di dalam rumah tangga.  Tak reti nak pujuk.. tak reti nak ikut rentak... itu alasan kita je.  Google ler!  Mahal nak beli itu ini?  Memang lah gaduh-gaduh ni costly.  Huhu... kos masa, kos idea nak mogok macam mana, kos tenaga nak kuarkan air mata, kos duit nak memujuk atau makan kat luar, kos beb..kos!  Jadi, jangan la gaduh... huhu. 

Sebenarnya takut juga nak bercakap sebab orang kita jenis suka membandingkan!  Kalau kita bukan siapa-siapa... pandangan kita tak ada makna.  Orang kita mudah lupa, atau buat-buat lupa atau memang tak tahu...  yang bercakap tu jatuh nombor dua, nombor wahidnya intipati percakapan dia.  Saya pun manusia biasa.  Tambah-tambah bila kita kenal si polan yang bercakap tu macam mana tapi kita cubalah.. cuba buang ego dan tanam pemikiran baru.  Ilmu ni, boleh datang dari sesiapa sahaja.  Justeru, siapa yang memerhatikan alam, banyak ilmu dan kebesaran Allah yang dapat dia cedok dan hadam. 

happy 22nd monthsary, dear.


=============

Adam,
Mommy akan cuba didik Adam jadi anak soleh yang faham agama.
Semoga Adam menjadi ummat Muhammad yang menjadi buah hati
penghuni langit dan bumi.
Aminn.