Assalamualaikum wbh...
Lately memang sering aku terbaca pasal debat yang tak ada kesudahan antaranya ialah ibu bekerja VS ibu surirumah, vaksin vs tak vaksin, bersalin normal vs bersalin caesar, kerja swasta vs kerja gomen, kurus vs gemuk (hihi)... Apa la korang ni. Benda-benda macam ni, memang tak akan ada penyudahnya sebab debat berdasarkan emosi je semua tu. Kalau debat berdasarkan fakta dan kajian, ada jugak penyelesaiannya! Haish..macam tak ada keje lain je.
tak de kaitan ngan pos ni.. haha... saje tepek gambar lepak di Bukit Tinggi di hujung minggu |
Aku sendiri pun fulltime housewife tapi tidaklah terasa jeles sangat dengan ibu-ibu yang bekerja. Rezeki masing-masing. Diorang ada la cara diorang nak survive, ko ada cara ko nak survive. Memang aku akui, kalau duk rumah je, steghess gak kalau tengok syoknya diorang boleh shopping barang-barang yang memang kita dah aim dengan duit gaji. Bestnya diorang dapat lepak-lepak dengan kawan-kawan sekerja... lunch together-gether!
Tapi sebagai surirumah yang pernah bekerja makan gaji 60 jam seminggu, haa.. haaa... haa! Aku rasa nikmatnya duk rumah walaupun perkara-perkara di atas tu sekali sekala datang merasuk! Memang aku pun wanita sejati yang suka membeli belah apatah lagi bila duk rumah, nak menjengah dunia luar tu melalui online je makanya, shopping online la menjadi pilihan! Sekarang pun, Ig bukan main havoc lagi. Ko nak beli barang ori dari oversea pun dah boleh dengan sekadar duk umah je. Itu belum lagi online store yang hari-hari naik kat Newsfeed FB. Tutup FB kuar ikut TV pulak! Adoi, nak elak mana lagi... rasukan, rasukan, rasukan! Itu belum lagi benda-benda idaman sejak kecik. Nak rumah..nak kete..nak gi haji, nak gi holiday.
Jadi, mana tak stress kalau duk rumah tak keje, duit xdek kan?.. nak harapkan duit suami kasi memang lagi haru la... kita ni isteri, kesian juga nak minta-minta dengan suami belikan hal-hal ngengada tu.. sekadar nak beli barang-barang napsu, isk! Tak sampai ati lak... sebab musabab macam ni la yang menjadikan ada ibu-ibu yang duk rumah ni 'jeles' dengan ibu yang bekerja. Hurrmm... i paham!
Sekarang ni, bila ada anak, rasa syok giler shopping barang baby. Semua nampak comel, nampak cute! Kadang-kadang aku bukak je website untuk pompuan tetapi bukak juga tab untuk barang Adam. Lastly, barang Adam jugak yang dibelinya. Elok-elok aku nekad nak beli barang aku, hummpph... Adam juga tukang perabes bajet!
produk yang sangat berkesan untuk turunkan paras gula |
Tapi itulah... bila kita biasa keje, bila tak ada duit masuk akaun tiap-tiap bulan ni rasa macam 'kosong' je. Walaupun suami kasi duit, tapi aku ni jenis nak duit sendiri. Nak keje buat kek semua, kadang masa kita tak ngam. Mana nak jaga Adam, mana nak buat tempahan. Jadi, hari weekdays tu kebanyakannya memang sepenuh masa dengan Adam. Bila dia tidur, haaa...melangut la aku sorang-sorang.
Jadi, aku kena proaktif!
Aku usha satu bisnes ni. Hurmm.. mula-mula macam takut nak join sebab 'bisikan negatif' pasal bisnes jenis ni memang terlalu banyak dan aku pun jenis yang ber'fikir' tentang akibat lebih dari segalanya. Huhu.. tapi aku terjah juga buat. Sebab apa?
Sebab aku tengok produk dia berkesan betul dan memang menjadilah dengan kebanyakan yang dah cuba. Tambah pula, sistem pemasaran dia senang nak hadam untuk perempuan yang bukan jenis kritikal minded. Direct dan jelas je dia punya sistem. Ko boleh nampak perjalanan dan aturan income kau! Macam keje la.. gaji sekian-sekian, pastu potong KWSP, SOCSO semua tu.. bersihnya ko dapat berapa. Tiada nilai tersembunyi. Haaa... macam tu la bisnes ni. Lagipun, research aku membuktikan yang company ni kukuh. Liabiliti saje dah RM3 juta weih...
Pastu, bila aku try produk dia, waktu tu tengah menyusukan Adam jadi aku nak cuba bf Adam seberapa lama yang boleh. Jadi kena jaga stok susu. Kadang merundum, kadang cantik je dia supply. Sekali tu, aku demam maka susu memang drop habis! Huhu... sedihnye. Kalau pam pun berapa oz je dapat, dalam 2 oz kot. Serius sedih! Lepas tu aku minum salah satu produk dia.. Alhamdulillah, naik jugak akhirnya! Dapat 10oz so bolehlah aku buat stok. Kulit dan aset pun makin aummm.. hihi.
gambar pengguna NANO CENTA |
Disebabkan perubahan tu, aku nak la kasi suami aku pun ganteng gak! Lepas kahwin, korang paham-paham la lelaki.. elok-elok nama Fitri jadi Abang Roi. Menyampah~ Tak masak kang, isteri durhaka... kurang kasih sayang lak jadinya. Masak kang, makan bertambah-tambah. Adoi.. dilemma seorang suri rumah~~
Tapi, suami aku jenis keje kat luar. Bukan duk opis jadi nak sekat-sekat makan macam kesian lak. Balik penat-penat, makan je la sayang. Jadi, aku ambil solusi terbaik. Makan tu makan la.. tapi kawal kandungan gulanya. Sebab apa... sebab gula la penyebab badan kita mudah naik. Suami pula ada sejarah keluarga kencing manis jadi aku risau juga dari kegemukan dek kerana makan banyak, jadi ke arah kencing manis pula. nauzubillah! Jadi aku kasi dia GCTEA.. Malam-malam, sebelum tidur dia minum.. pastu pagi breakfast pun minum. Siap aku bekalkan juga untuk dia minum waktu keje. Makanya... selain daripada bekalkan tenaga, GCTEA juga kawal berat badan dia.
testimoni grup aku |
Resultnya... dalam masa 6 minggu, hasben aku dari 85kg turun kepada 78kg. Tu slow la sikit berbanding testimoni yang lain sebab dia makan malam gak and exercise memang hampeh, seminggu tu sekali je. Kalau 3,4 kali harus jadi Aaron Aziz! hahaha... So, disebabkan result yang bagus, aku ambil keputusan untuk jadi agen terus! Hehehe...
Sekarang, akulah suri rumah yang happy sebab suami dari bambam dah kurus dengan sihat, aku yang kulit kusam dan bermasalah dah tak de masalah tu (cakap cantik kang korang muntah lak.. hihi) dan yang paling penting, dari rumah saje aku leh dapat income juga... Syukur...syukur! Jadi, aku boleh menyimpan untuk kecemasan dan paling penting, tak payah risau kalau nak bukak TV dan FB lagi. hahaha... One day, aku harap aku boleh pakai kereta idaman aku Range Rover dengan duit hasil usaha aku sebagai suri rumah berijazah yang berpendapatan dari rumah! Aminn... haha. Walawei, kena buat stamp pad letak jawatan cenggitu. Baru kerlasss.. kikiki.
So, korang para suri rumah ada yang rasa nak hidup bahagia tanpa tekanan macam aku tak?.. Jom join team aku... relax sudah. Suri rumah best jugak sekarang ni.. belajar tinggi-tinggi jadi suri rumah, ni lah hikmahnya. Pandai juga cari duit sendiri. Pandai masak, pandai jaga anak, pandai kemas rumah, pandai bla..bla..bla! Hihi... sudahlah. Jangan mengeluh lagi okey?... kita indahkan apa yang kita miliki... jangan terlalu memandang indah apa yang orang punya. :) smile emoticon!