Assalamualaikum wbh..
Hari ni terasa macam nak share pengalaman mencuba milk
booster pulak since sepanjang 4 bulan pertama menjadi mummy ni, aku dah cuba
pelbagai jenis supplement untuk kesihatan dalaman sekaligus ada yang jadi milk
booster jugak.
Cuma pengalaman ni pengalaman aku la. Tak adalah nak kata
produk A super duper bagus dan menjadi, produk B tidak bagus dan
sebagainya. Sebagai pengguna, kita ada
hak untuk memilih dan sebagai seorang mak, aku cuba la nak susukan Adam sampai
dua tahun cukup. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Masa
Adam belum lahir lagi, memang susu badan aku dah ada. Seingat aku, masa masuk tujuh bulan lebih..
dalam 29 atau 30 minggu macam tu, pagi-pagi kalau bangun tidur adalah sikit macam
kerak-kerak susu. Mula-mula ingatkan
keruping apa... huhu.. lepas tu bila buat check up, nurse cakap itu susu. Ooo... awal jugak dia keluar eh? Tapi tak adalah selalu dan tiap-tiap pagi
pun. Selang dua tiga hari, dia ada la.
Lepas tu, masa first day lahirkan Adam pun susu dah keluar
dengan banyak sampai aku nangis-nangis kesakitan. Tapi waktu tu Adam kecik lagi (Adam lahir
35wk+6d) jadi dia pun tak menyusu banyak.
Lagipun, aku malu jugak nak menyusu sebab dah ada pelawat yang datang
melawat right after aku delivered Adam.
Dalam mamai-mamai ubat bius, aku terpaksa layan tetamu. Huhu..
So, lepas ni aku harap aku lebih pandai bahagikan masa dan focus pada
baby kalau ada rezeki dapat anak lagi lepas ni.
**Sepatutnya kita kena susukan bayi dalam masa sejam selepas dia lahir
ye. Jangan ulang kekhilafan aku**
Kesian pulak bila mengenangkan Adam yang
tidur dalam kelaparan tu. Dan untuk
sesiapa yang nak menjenguk orang bersalin, tanya dulu sebelum datang sebab
melahirkan anak ni penat sangat-sangat.
Pastu kalau korang datang jugak kat spital tu, dengan letih bersalin
lagi, dengan ubat bius yang tak habis lagi, mana dia nak uruskan bayi lagi...
sepatutnya korang lebih peka soal ni.
Tambah-tambah kalau ada komplikasi waktu bersalin tu... lagi kesian pada
si ibu. Nak dapat privasi pun tak
boleh.
Baiklah. Melalut
pulak. Berbalik pada milk booster tu,
sebab Adam tak ada masalah mendapatkan bekalan susu, jadi aku tak adalah focus
nakkan milk booster lagi. Apa yang aku
perlu ialah supplement untuk tambah tenaga sebab ketika aku bersalin, urusan tu
semua antara aku dengan suami sahaja.
Parents aku, hari aku masuk wad tu, hari diorang baru berangkat pergi
umrah. Berpantang sendiri, makan minum
pun sendiri. Jadi aku rasa sangat
letih. Memang adik aku ada tapi dah nama
‘adik’... mana la reti nak buat itu ini.
Lagi pula, menjaga orang baru lepas bersalin ni bukan nye mudah walaupun
kau cuba buat nampak mudah. Makan minum
kena jaga betul-betul.. tak leh main masak ikut apa yang kau reti. Kena belajar biar reti. Suami yang tak reti masak tu pun aku tolong
Google kan apa yang patut dia masak.
Yelah, mana sempat dia nak buat semua tu at least, dapat tolong masak
pun syukur sangat-sangat!
Jadi, supplement yang aku perlu sangat-sangat ialah untuk
tambah tenaga. Dengan Adam kena jaundis
selama sebulan lebih, maka bayangkanlah... selama sebulan lebih tu la aku dok
gi spital, tiap-tiap hari. Nasib baik
bersalin normal. Tidaklah menyakitkan
sangat. Cuma jauh sangatlah kalau nak
cakap berpantang macam orang dulu-dulu.
Baring sahaja di rumah.. makan pun orang hantarkan. Memang tak!
Tapi dalam dok cari supplement untuk tambah tenaga, dapat bonus jadi
milk booster. Lepas aku buat searching,
aku come out dengan beberapa supplement.
EPHYRA
Masa dalam pantang, aku totally amalkan Ephyra. Pada aku, Ephyra memang sedap dan bagus kalau
nak cari supplement tenaga. Rasa buah oren
gitu memang boleh buat kita hilang rasa mual-mual dan sebu sebab telan makanan
pantang. Hikhik.. lagipun, ia juga baik
untuk elakkan sembelit. Seriously aku
memang tak ada sembelit masa dalam pantang walaupun makan biskut kering cicah
Milo tiap-tiap hari! Tak cukup dengan
tu, biskut Munchy’s yang coklat tu pun boleh dikatakan hari-hari jugak
makan. Sobs. Sebab nak makan kek-kek da tak boleh kan..
biskut pun jadi laaa...
Susu pulak memang sakan la baqhang! Sampaikan mak aku cakap suruh jangan minum
lagi Ephyra sebab peti ais kat rumah tu dah penuh berlambak ngan susu yang
diperah. Hahaha.. stress nenek! So, Ephyra
is suggested la untuk korang yang nak jaga kulit sebab ia juga bagus untuk
kulit dan memberi tenaga yang hilang selepas bersalin. J
VCOA TREENEA
Minyak kelapa dara daripada Treenea ni memang aku dah amalkan
lama. Sebelum kahwin lagi dan diteruskan
masa pregnant pun amalkan Treenea untuk mudahkan bersalin. Alhamdulillah, memang mudah. Sakit tu sakit la siapa cakap tak sakit
bersalin tapi Alhamdulillah... proses tu berlangsung dalam 15 minit sahaja
seingat aku. Aku push dalam 3 ke 4 kali
je sebelum Adam menggelongsor keluar dengan bersih! Syukur Ya Allah... bila dikenangkan saat nak
bersalin, tak adalah seriau sangat cuma bab contraction je tak sanggup. Uwaaaa..
So, aku makan Treenea masa dalam pantang juga untuk cepat
sembuhkan luka jahitan dan beri kelembapan pada kulit supaya aku tak
kusam. Bab susu, Treenea tak mengganggu
penyusuan pun tapi untuk cakap milk booster, rasanya tak membantu sangat. Tapi untuk elak anak dan mak mudah selsema,
kulit kering, sembelit, yes.. Treenea helps!
MOMS
Haaaa... coklat ni boleh aku katakan coklat magik! Huhu.. tak sangka jugak dengan makan coklat
seketul, susu boleh melimpah sakan! Al
kisahnya, dah masuk 4 bulan ni, susu macam makin nak menyusut. Aaa.. so mommy is worried. Risau la kot-kot tak dapat nak susukan Adam
sampai 2 tahun. Adehh.. takkan la Mummy
leh susukan Adam sekejap je sedangkan Mummy boleh bagi on demand. Tak nak, tak nak! Actually, susu menyusut sebab minggu
sebelumnya tu, aku tak sihat. Demam...
sakit urat jadi Adam pun jarang menyusu jugak.
Mungkin dia faham Mummy tak larat and nak rehat.
Jadi bila Adam macam dah ‘stop’ kejap tu, kilang susu mungkin
detect Adam dah tak mau. Alaaa..
sedihnya! Tapi, memandangkan Adam makin besar dan dia pun makin aktif,
keperluan pada makanan berzat tu sangat-sangat kritikal la. Jadi, hasben aku suruh makan MOMS. Belilah kitorang MOMS sekotak...
Lepas dinner malam tu, aku terus kunyah coklat tu
seketul. Coklat tak adalah smooth dan
sedap giler macam coklat komersil lain tapi tak adalah jugak tak sedap sangat
sampai tak leh telan. Cuma tak smooth
je.. rasa la tekstur dia kasar-kasar.
Tapi pedulikan..yang penting khasiat dia tu. So, tidur la aku dengan harapan pagi esok
susu banyak dan boleh mula perah balik. (Dah lama tak ada stok baru)
Jam 4 pagi.. terjaga dari tidur lepas Adam merengek dan
Alhamdulillah.. lepas Adam menyusu sebelah pastu dah tak nak.. sebelah lagi
boleh perah dan dapat simpan 5oz.
Alhamdulillah.. at least, ada stok baru!
So, aku recommend jugak untuk mak-mak yang suka coklat. Hihi.. dua dalam satu! Korang leh enjoy release stress dan di masa
yang sama, boostkan susu!
NANO CENTA
This is the newest and the best milk booster yang aku
cadangkan! Semenjak aku diperkenalkan
dengan NC ni, memang puas hati. Lepas
aku try MOMS seketul.. aku stop la.
Sebab susu dah banyak semula.
Jadi, aku tak risau dah pasal susu.
Alang-alang dah dapat stok NC, aku cuba NC ni. Niatnya sebab nak ceriakan balik wajah yang
kusam sebab berjaga malam pastu siang pun tak tidur sangat ni. Dah macam mata panda kena tumbuk dah
rasa. Lebam besau betul... huhu. Dark circle memang susah nak hilang tapi
itulah tanda seorang mak yang bertanggungjawab.
Muehehe...
Kandungan NC ni bagus untuk kita sebab dia ada delima,
habbatus sauda, Arabic gum, vitamin C dan yang menjadi penyebab utama nak try,
sebab ada COLLAGEN. Kah! Perempuan sangat~
So, aku minum pagi tu sebelum sarapan. Sambil-sambil siapkan bekal hasben, aku
bancuh la NC ni. Mula-mula tu steady je
tak de apa-apa. Tengah-tengah aku
uruskan stok barang, alamak... tak sedar baju dah basah. Huhu.. rupa-rupanya susu dah bengkak sangat
tanpa aku sedar. Nak tak nak, terpaksa
gi kejut Adam yang tengah syok tidur.
Paksa dia minum dulu sebelum aku perah.
Adam minum sebelah je lepas tu tolak dan menggeleng-geleng. Aduhh... sebelah pun tak habis ni
sayang! Nak tak nak, terpaksalah aku gi
pam. Syukur... rezeki Adam. Dapat 10oz!
Allahuakbar.. nak menangis rasa... yelah, sebelum ni paling banyak pun
8oz lepas tu dua tiga minggu ni merundum, memang terharu sangat.
Esoknya aku stop pulak minum sebab Adam macam dah cukup
susu. Sendawa besar dia lepas
minum. Hihi.. lusanya tu, aku minum
balik. Ye lah.. terbukti kot.. NC ni
sangat bagus untuk milk booster. Aku
perasan, lepas je dua jam minum, mesti bengkak.
Susu melimpah-limpah. Syukurlah..
akhirnya aku dah jumpa supplement yang boleh boost susu sekaligus buat kulit
aku lebih sihat dan cantik. Sebabnya... aku minum tak habis sekotak pun lagi,
parut jerawat yang berlubang-lubang tu dah makin kurang dan tak jelas sangat
dah. Pastu, kulit main halus. Best pulak pegang pipi sendiri. Haha... :P
Siapa tak nak cantik beb.. nanti baru best hasben nak ngadap bidadari
dia yang rupawan. Kahkah!
Harapnya... entri ni membantu mommies di luar sana yang
confuse nak cari milk booster yang mana.
Tapi apa-apa pun, pilihlah mana yang sesuai dan mampu dengan diri
kita... Try and error. J
Allah pasti bantu! Semoga semua
ibu-ibu di luar sana sentiasa segar, sihat, cantik dan rupawan walaupun dah
beranak soploh. Hehe.. bye! Terima kasih sudi baca. Jangan lupa LIKE page DARI MATA HATI di FB
ye. :P
22 Ogos 2015.. 4 bulan 4 hari Kapal terbang landing baek punyaaa.. hihi |