Assalamualaikum wbh.
Mula-mula sekali, kepada sesiapa yang ada anak dan selalu bagi iPad ke tepon kat anak-anak, mohon jangan baca entri ni sebab idea aku kali ni sangat bertentangan dengan amalan korang. Huhu.. Sejak ada anak ni, aku selalu fikir apa bentuk mainan dan didikan yang aku nak bagi sebagai pendidikan awal pada dia. Aduuhh... susah juga ni. Cabaran besar. Ibarat kain putih yang kita corakkan.. salah lukis atau buruk lukis, alamak, buruklah pandangannya. Aku kalau boleh, tak mahu dan tak suka anak-anak diberi jenis-jenis iPad bagai tu... Aku cuba. Bukan aku cakap aku tak akan buat benda tu semua. Mana tahu kalau terdesak aku perlukan bantuan robot tv untuk menenangkan anak aku, tapi sebolehnya aku cuba nak elakkan. Aku terseksa hidup sebagai budak rabun sejak usia 9 tahun. Hukhuk... Tapi Alhamdulillah, aku syukur kerana aku masih boleh melihat. T_T Ya Allah, besar sungguh rahmatMU.
Selain daripada masalah kerabunan, aku tengok budak yang diberi iPad ni biasanya pasif dan tak peramah. Aku suka budak yang becok. Budak yang potpet-potpet ni biasanya cerdik. Aku tak tahulah memang kena bagi atau pun stail, ataupun dah tak ada pilihan.. Ye, mungkin mak bapak diorang nak senang makan... nak senang borak tapi, still... pada aku, there must be another way out rather than bagi anak-anak ngadap iPad! Mungkin aku sedikit ortodoks la. Tak maju dalam mengajar anak era millennium ni. Aku ikut cara makpak aku kot. Bawak mainan macam Lego ke, drawing pad ke, atau kete kecik-kecik untuk hilangkan daya amukan. iPad pada aku, tetap a BIG NO.
Lagipun, menurut kajian psikologi dan paediatric, tak elok kasi benda-benda tu semua sebab ia akan mengurangkan daya sensitive budak-budak tu. Mengadap skrin terlalu lama boleh mengurangkan perhatian kanak-kanak sebab mata mereka tertumpu pada satu titik tumpu dan cahaya dari skrin tu boleh buat rabun. Satu lagi, bila anak-anak tak belajar guna anggota, mereka tidak akan reti nak guna anggota badan. Bunyi macam tak logik. Anggota badan sendiri, otomatik kita pandai guna kan? Nerves diorang akan lambat detect sebab tiada latihan kerap. Lagipun sebenarnya banyak permainan untuk kanak-kanak sekarang like Magnetic Sand. Menarik jugak tuuu... dalam rumah pun boleh main pasir!
Ada satu kes yang aku terbaca, kanak-kanak tu tak pandai nak pegang sudu pun sebab tidak dilatih macam tu. Jari dia tak boleh dilipat dan menggenggam kemas sudu untuk makan. Yelah, bayangkan kalau mata si anak mengadap laptop atau iPad, pastu nak makan mak suapkan. Anak tunggu nganga.. bila dia nak pandai? Budak.. bila diajar makan sambil tengok cerita, selagi tak bukak iPad selagi tu la tak mau makan. Its happened. I saw it! Pada aku, its good to train kids main puzzles or something like that. I likeeeee. Tapi itulah, lain orang, lain cara didikan. Jangan marah aku. Kan dah cakap awal-awal, kalau tak setuju jangan baca. Huhu...
Sekarang ni, cabaran aku ialah mendidik Adam. For now, Adam kecik lagi.. kalau kat luar, dia tak ada buat perangai pun. Baru 5 bulan. So far, kalau aku bukak booth ke.. keluar jumpa client ke.. pergi makan ke.. Adam jarang buat perangai. Kalau habis-habis terik pun, dia akan menangis mintak susu. Itupun tak de meraung-raung. Merengek sekejap, terus aku bagi and dah kenyang nanti, dia main sendiri lah. Alhamdulillah... mudah sangat jaga Adam. Rasanya, kalau anak-anak macam ni, ramai-ramai pun insyaAllah takde hal la. Hihi... Kalau kitorang stay dekat luar, dia tak meragam jugak malam-malam. Standard la budak kalau nangis nak mintak tukarkan pampers ke, nak susu ke, nak mintak alihkan tempat tidur ke... dah memang bahasa dia menangis, kau nak marah buat apa? As long as aku dan hasben dapat sambung tidur dan kitorang tak terganggu, its okey. Mata aku pun dah lebam. Eye bag tak usah cakap tapi dah anak kita. Rezeki dan amanah dari Allah. Jaga je la. Huhu... semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Alaaa... kita dulu tak tahu tahap mana meragam ngan mak pak kan?
Sementara Adam masih toddler ni, aku cuba sediakan bahan-bahan pembelajaran yang aku rasa itu yang aku nak terapkan. Cari punya cari, hari tu terjumpa pasal Quiet Book atau Busy Book, atau Craft Book ni. Aku dah lama nak buat macam ni cuma sebab aku tak kreatif sangat, jadi kena amek idea dari orang lain la. Dulu aku buat benda ni untuk simpan gambar-gambar Adam... tapi rasanya bolehlah kerja keras sikit buat Quiet Book Alphabet, Numbering, Iqra’ dan sebagainya untuk Adam. Aku bajet kena siapkan sebelum umur dia setahun. Sebab nanti dah setahun dia dah start nak explore macam-macam, dari situ kena latih biar dia minat something yang educating.
Aku simpan kat blog la contoh-contoh Quiet Book ni supaya korang yang nak buat jugak dapat sedut dan kongsi idea ni sama-sama. Sumber dia dari macam-macam. Aku Google je pastu kumpul dan masukkan kat sini. Simpan. Ada masa buat sikit-sikit. Lagi 7 bulan to go! Chaiyok mummy! Adam is waiting..
Credit to :
www.quietbookblog.blogspot.com
www.lapappadolce.net
www.so-sew.easy.com