Assalamualaikum wbh.
Sewaktu aku keluar membeli-belah tempoh hari, ramai juga
penduduk di Kota Bharu ini mempunyai keinginan yang serentak. Hampir penuh tempat parking kereta di
bahagian basement. Aku tak suka parking
di bahagian roof top sebab aku terpaksa pusing-pusing-pusing sebelum sampai ke
tempat parking.
Sungguh membosankan
bermain roller coaster sendirian.
Nak tak nak, aku terpaksa parking kereta di bahagian yang
agak jauh dari pintu masuk mall. Waktu
nak keluar dari kereta, aku pastikan tiada barang-barang yang menarik berada
jelas di mata mereka yang berniat jahat.
Walaupun beg sandang tiada barang-barang berharga, tapi risiko kereta
dipecahkan amatlah besar. Satu hal pulak
nak membaiki cermin yang pecah. Kelak,
bukan setakat cermin kereta yang hancur, hatiku juga bakal retak seribu. Jadi, sila kosongkan seat kereta anda dengan
segala barang yang mencurigakan.
By the way, aku bukan suka sangat shopping. [hehehe…berbau nada hipokrit disitu] Lagipun, sejak kerja ni, peluang bershopping
macam terhad. Haishh.. masa duit
sengkek, rajin benar bershopping. Bila
dah ada seposen dua ni, masa pulak tak ada.
Malas pun ada bila penat seharian membanting tulang empat kerat ni.
Lalu, aku cepat-cepat menuju ke lokasi tujuan. Kedai kasut.
Dah lama aku nak beli kasut, dekat dua bulan sudah hajat tu tak
tertunai. Entahlah, sekarang ni aku
sangat cerewet dalam soal pemilihan kasut.
Susah betul mahu jumpa yang berkenan.
Aku rasa fesyen sekarang tidak sesuai dengan jiwa aku. Kalau dulu aku suka memakai heels dengan
tumit sebatang tu, [maaf, aku buta fesyen kot2 ada nama tertentu kasut jenis
itu] sekarang ni aku suka jenis yang flat.
Oh, sebelum tu minat sangat dengan wedges. Ah, sekarang pun masih minat cuma sukar nak
jumpa yang eye catchy.
Jalan punya jalan; keluar kedai A masuk kedai B; dari aras
satu sampai aras empat; satu hape pun tak melekat di mata. Frust.
Disebabkan sudah hampir Maghrib, maka aku ambil keputusan untuk balik
sahaja dan menambahkan lagi tempoh pencarian mencecah tiga bulan pula. Fuiyyyooo…
Sampai kat aras bawah, tetiba aku rasa nak singgah kat booth
yang ada. Well… belek sana, belek yang
ni.. Maka, dari mencari sepasang kasut,
aku terbeli sepasang, eh silap… dua pasang blouse. Oppss..
Heh..heh..heh… senang pulak rasa hati yang gundah tadi. Shopping is the best therapy.
Tapi, dalam pada aku bergembira dalam hati, tetiba rasa cuak
nak menuju kembali ke kereta. Maklumlah,
kereta aku kat hujung basement kot. Aaa…aaa…aaa…
scarynya! Dan satu lagi kemahiran aku yang
melemahkan ialah, selalu bila tiba saat-saat kecemasan, kepala aku akan pikir
yang bukan-bukan. Laju je nak
mengarut. Segala babak dalam tv mula
terbayang. Ni lah masalah televisyen
sekarang, suka sangat menayangkan babak-babak jenayah. Ciss!
Tapi, aku beranikan diri jugak. Huhu.. nak balik solat. Karang duk main takut-takut, terlepas Maghrib
aku, naya…
Jengket-jengket… pandang kiri kanan… nampak ada seorang dua
budak perempuan, cepat-cepat aku lari sambil membimbit plastic baju baruku menuju
ke kereta. Sungguh, kepala aku dah
sampai klimaks. Kalau dalam drama, time
ni musik background dah bunyi dah ni.
Cepat-cepat aku masuk dalam kereta dan tap! Kunci.
Fuhhh.. selamatt~
Balik tu, sambil aku online.. terbaca doa pelindung untuk
elakkan kita si perempuan ni dari kena rogol.
Ni doa yang dibaca oleh Siti Sarah untuk melindungi dirinya sewaktu
ditinggalkan Nabi Ibrahim kalau tak salah aku.
Yelah, kita kena amalkan benda-benda ni pasal kita tak tahu apa yang
akan terjadi. Sekurang-kurangnya, kita
berusaha.
Semoga kita sang wanita ni dijauhkan dari pandangan
orang-orang yang berniat jahat. Amiiinn.