Assalamualaikum
wbh.
Haiii.. Oh, ini
ucapan baru dalam penulisanku (Sebab hari ni terasa mahu melambai).
Aku ada satu
perangai yang aku rasa tak patut aku reveal untuk tatapan umum. Tapi, perasaan teruja ini tak dapat
disembunyikan dan hasilnya, aku terasa berbesar hati nak bagitahu perangai itu.
Aiskrim.
Ye, hari ni
entrinya berkisarkan tentang aiskrim.
ni gambar aku masa dok Australia dulu... ekeke! |
Suatu hari, Abah Tanya harga aiskrim Cornetto yang sedang aku makan.
“Berapa harga
aiskrim tu sekarang?,”
Aku tak ingat
perisa apa yang sedang aku nikmati tu.
Mungkin vanilla, perisa kegemaran.
Berkemungkinan besarlah. Waktu tu
tahun 2002, kot!
“RM2.60,” jawab
aku.
“Owh, dulu masa
zaman Abah sekolah aiskrim tu 50 sen je,” kata Abah.
Okeylah tu. Kenaikan harga sebanyak 3 kali ganda selepas hampir
50 tahun di pasaran. Eh, pandai-pandai pula aku cakap. Entah, itu mengikut usia zaman sekolah Abah aku la.
Aku tak rasa
Cornetto terlalu mahal sebab aku pun jarang makan Cornetto. Aku lebih suka aiskrim yang ada rasa
masam-masam sikit campur ngan ada rasa buah-buahan. So, Mat Kool best. Simple dan multi flavor. Haha.
Kalau makan Cornetto pun, pasal nak dia punya kerepek tu. Ahaks.
Aku suka makan
aiskrim bila hati sedang rasa tak best atau pun sebab happy. Kenapa aiskrim boleh buat kita rasa lebih
baik?
Mungkin kerana
bila kita nikmati aiskrim tu, kita jarang makan dengan gopoh gapah. Malah, kita makan aiskrim dengan cara yang
paling sopan. Jilat satu-satu. Jarang aku tengok orang makan aiskrim, bukak plastic
ke kertas… terus ngap sekelip mata.
Hoho..
Dulu aku selalu
beli Sundae kalau tak Mat Kool tuh.
Tapi, sekarang
aku dah pandai buat aiskrim sendiri.
Hehehe. Tak sangka pula, senang
je sebenarnya. Tak pe, berdasarkan
pengalaman dan kepakaran aku dalam mengesan kesedapan dan kehebatan makan aiskrim selama bertahun dulu, rasanya aiskrim buatan
sendiri ni standard yang boleh diniagakan.
Cuma, mungkin aku perlu sedikit identiti tersendiri kalau betul mahu
dipatenkan. Wakaka.
Macam biasa,
benda baik dan sedap harus dikongsi.
Aiskrim Hoorey
Hoorey
1 biji telur
1 tin susu cair
½ tin susu pekat
manis
1 sudu kecil esen
vanilla
1 sudu besar
ovallette
Pelbagai jenis
perisa kegemaran
Cara-caranya :
Korang campurkan
semua bahan tu dalam bekas mixer (kecuali perisa kegemaran) dan putar dengan
kelajuan maksima selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga adunan menjadi
likat dan kelihatan berkrim.
Kemudian,
asingkan dalam beberapa bekas untuk dicampur dengan perisa peberet. Kalau aku, memandangkan masih ada sebijik
mempelam nenek aku, maka aku hiris dan ramas kasi hancur.
Satu perisa lagi, aku buat perisa coklat
oreo.
Dapatkan beberapa
keping biskut Oreo. Buang inti putih dia dan
hancurkan sedikit. Jangan sampai hancur
lebur tinggal debu, biar ada kepingan sikit.
Kemudian, gaul
sekali dengan adunan tadi. Lepas tu,
bolehlah korang masukkan dalam peti ais bahagian beku untuk dinikmati
nanti. Hehe..
Selamat mencuba!
P/S : Jadi nama Hoorey Hoorey pasal aku berjaya buat. Suka hati koranglah nak panggil ni aiskrim apa pun. Tapi, tak payahlah nak Haagen Dasz bagai kan??.... puff~