Saturday, July 29, 2017

Cara Nak Cerai Susu

Assalamualaikum wbh.

So lepas 3 bulan lebih berjaya cerai susu dengan Adam baru aku ada kesempatan nak dedicated cerita ni untuk bacaan Adam esok-esok.  Manalah tahu nanti zaman Adam dah ada anak kang mencari juga kaedah nak bercerai susu atau wean off ni.

Sebelum keadaan bercerai susu, aku selalu baca keluhan kawan-kawan pasal susu berkurang dan tak sempat nak menyusukan anak hingga 2 tahun which is ramai yang nak sangat kesempatan tu.  Alhamdulillah, Allah beri rezeki tu pada aku dan Adam betul-betul menyusu cukup dua tahun.  Walaupun lahiriahnya dua tahun satu bulan, tapi kalau ikut biologi dia, umur Adam betul-betul dua tahun la waktu dia stop tu (Adam prem sebulan).

Masa nak wean off tu, aku ada kursus di Johor selama seminggu.  Maka antara kesempatan dan kesakitan, itulah pada aku saat yang terbaik.  Mau tak sakit... aku dah bawak pengepam susu aku sendiri dari rumah.  Ingatkan dah lengkap la satu set tu.  Sekali tak perasan yang injap kecik dia tu tak ada.  Huwaaa.. susu dah bengkak sakan.  Mau demam aku di perantauan.  Eceh!

Nasib baiklah aku tumpang rumah abang aku.  Jadi aku pinjam Medela yang akak ipar aku punya..  Fuihh.. lega la sekejap.  Tapi Medela dengan aku macam tak berapa sesuai.  Sedutan dia tu tak tahu la nak kategorikan slow ke apa.. memang lambat sangat even aku dah tekan level yang paling laju.  Tak tahulah saiz cup tak kena ke macam mana.  Huhu..  jadi, meranalah juga sehari dengan bengkak susu.

Dahlah aku pergi kursus untuk lulus exam.  Dalam kepala ni fikir macam-macam pasal nak exam.  Makin stress, makin sakit.  Malam kedua tu, aku dah tak boleh tidur.  Aku tuam, sikat dan urut supaya cepat-cepat lega.  Alhamdulillah.. menjadi juga.  Tapi macam biasa, susu terpaksa dibuang sebab kalau simpan pun.. Adam memang tak minum susu perah dan dari botol.  Dia betul-betul exclusive bf.  Thats why aku ada anak susuan.  Dari membazir kan.. meramaikan adik beradik lain mak lain pak untuk Adam.

Jadi balik dari kursus tu, Adam kembali menempel ngan aku.  Ingatkan dah dapat lepaskan dia.  Tapi betullah...  Allah itu beri apa yang kita nak, kita fikir.  Aku selalu bayangkan yang Adam menyusu penuh cukup 2 tahun.  Kuasa Allah, betul-betul cukup 2 tahun.. Adam stop dan dah tak mencari langsung.  Walau pun time nak stop tu dengan bantuan, tapi okeylah.  Aku tak adalah struggle sangat sebab proses tu berjalan 2 kali sahaja.

Kali pertama mungkin belum tiba masa dia.. jadi walaupun aku calit getah Batang Wali (Tinospora crispa) tu.. Adam tetap gigih mencari dan meraung nakkan 'nanak' nye.  Kali kedua, pada ulang tahun kedua dia..  aku calit sekali lagi malam tu... Alhamdulillah, terus Adam reject.

Lupa nak bagitahu.. aku guna Batang Wali.  Bukan ambil banyak pun.. just patahkan batang tu dan calit sikit getah dia tu sekeliling p**ing, bukan kat puting tau.  Benda tu pahit yakmat.. tapi tak bahaya pun sebab orang tua-tua makan buat ubat je.  Akar kayu gitu..

Untuk korang yang tak kenal...  aku tepek gambar dari Google je la sebab aku buat entry ni dah malam.. malas plak nak turun ambil gambar real.  Huhu..


So, korang yang dah kelu idea nak cuba wean off anak dengan ubat gigi... boleh cuba yang ni.  Sebab aku dah gagal buat kaedah ubat gigi sebab Adam jilat-jilat je Kodomo Lion tu.  Hukhuk...