Masa kecik-kecik dulu, time cuti sekolahlah yang paling kami tunggu sebab nak gi pecah tabung kat bank. Masa kecik, abah buat saving di Arab Malaysia Bank. Sekarang nama dia dah tukar jadi AmBank. Seronok sangat bila dapat kira duit kat atas kaunter tu. Tak dinafikan, Abah ialah orang yang pandai dan suka menabung. Sekrang pun, abah suka simpan duit untuk cucu-cucunya pula. Aku tak tahulah berapa jumlah setiap bulan yang Abah masukkan untuk cucu-cucu dia. Aku pun jenis yang malas nak tgk buku tiap-tiap bulan.
Dan, Abah selalu ingatkan aku supaya jangan habiskan duit gaji. Guna 90% sahaja dan simpan lagi 10% tu. Itu WAJIB la. Kalau nak simpan lebih pun tak apa. Sebab kata Abah, at least kena ada simpanan. Tapi.. mungkin juga aku ni gene Abah kuat. Maka, Abah tak sempat pesan pun.. aku dah buat siap-siap akaun aku, suami dan anak-anak. Akaun simpanan tetap ye. ASB pun aku bukak jugak.
tq tuan roslithnin pinjamkan gambar |
Aku suka duit. Haha.. sape la yang tak suka duit tu kan.. :P
Tapi, sebenarnya aku rasa rugi jugak bila Abah tak didedahkan dengan Unit Amanah dari kami muda. Kalau tak, mesti aku dah membesar dan bergelar jutawan muda dah. Haha.. akaun saving biasa sangatlah berbeza dengan unit amanah pada pemahaman aku. Sebab itu simpanan. Yang satu tu pulak, pelaburan. Haruslah lebih untung (risiko rugi juga) lebih pada unit amanah kan sebab main dengan harga market. Tapi, ko tengok la.. sekarang ni harga barangan tak payah cakap, makin naik dan nilai duit kita makin susut.
Tapi, kalau yang dah simpan dalam unit amanah tu sangatlah beruntung kerana nilai makin tinggi. Sebab dia invest dalam syarikat-syarikat besar. Sebagai contoh, ambil dana yang invest di TNB.. berapa je syarikat pembekal elektrik kat negara kita? Korang pernah dengar? Huhu.. maka saham TNB dominan disitu. Maka, pelabur jugak yang untung.
So, sekarang aku dah beralih pada unit trust untuk anak-anak aku. Tabung Haji pun aku bukak tapi just untuk secure turn dia nak tunaikan haji nanti. Aku harus bertindak segera sebab aku tak nak kerugian yang aku rasa masa kecik dulu tu, terulang kembali. At least, aku bleh la congak-congak sendiri kentungan dividen yang aku dapat nanti based on fund punya performance.
Sebagai contoh, Public Ittikal Fund.. diperkenalkan pada tahun 1997... dan sehingga 2016.. rekod sangat membanggakan dengan graf naik. Keuntungan dia hampir-hampir 400%. Fuihh.. untung kan? Tapi korang jangan la syiok sangat. This is fund based on market price. Jadi, ada juga kemungkinan dia akan jatuh. Tapi, tak jejas sangat la sebab kita letak duit ni di pelbagai tempat, bukan kat satu je. Satu rugi, empat lagi untung. Tak adanya kesemua rugi... apa ko ingat ni skim pelaburan ali baba? Hahah...
Choii!
Ingat aku nak letak leher kat papan pemotong ke.. haruslah pelaburan ni dibawah badan-badan pengurusan profesional seperti FIMM dan Security Commission. Lagipun, nak promote benda ni semua.. consultant kena ada lesen dan pegi kelas tau. Bukan semberono je promote investment. Itu Pelaburan Pak Man Telo... huhu.
Korang dah invest ke belum? Nak details, boleh isi form kat bawah ni. Or else.. korang berminat nak buat side income pun cantik juga.. dengan ekono-money sekarang nie, cari lah pendapatan sampingan yang positif dan berpotensi. Joinlah team aku kalau korang nak bermentor dengan TOP 5 Group Agency Manager di Malaysia ni. Chewaaaah..