Wednesday, September 14, 2016

Bercuti Di Sabah Dengan Baby Adam (part 3 - last)

Assalamualaikum wbh.

| 2 Sept 2016 | Jumaat

Rasa macam malas sangat nak bangkit pagi ini.  Suhu sejuk begini memang takkan sekali-kali sama dengan penghawa dingin di rumah.  Aku betulkan gebar yang menyelimuti Adam.  Dia menggeliat kecil tapi kembali menyambung tidur.  Aku cium ubun-ubunnya.  Suatu hari nanti, pasti aku akan merindui bauan ini, bisik hati kecilku.  

Pernah suatu ketika Al-Aqra' bin Haris melihat Rasulullah saw dan beberapa orang Badwi bertanyakan kepada Baginda saw,

"Ya Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu?"

"Ya," Nabi saw menjawab.

Lalu mereka kembali menjawab, "Kami tidak mencium kanak-kanak kami."

Rasulullah saw bersabda lagi, "Apa yang mampu aku buat, seandainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu."

Aku peluk Adam lagi sambil tangan meramas-ramas lembut lengan suamiku.  Dia menggeliat malas.  Adoi, yang dah tua nak comel-comel macam si kecik juga ke?.. aku cubit lengan suami aku.  Dia mengaduh.  Tup-tup mata terus terbuka.  

Aku sengih sambil tunjuk ke arah bilik air.  Dia mendengus kecil.  

"Sedapnya tidur.....," incik suami menggeliat membetulkan urat.  Aku menggesa dia untuk segera mandi.  "Cepatlah.  Kita perlukan masa 2 jam ni untuk ke jeti.  Kang dah tengah hari, panas nak ke pulau."

Sambil incik suami bersiap diri dan menyiapkan Adam juga, aku mengemas apa yang patut.  Wahhh... banyak juga ni baju yang nak didobi.  Kami check out dari Ayana Holiday Resort jam 8.30 pagi.  Aduhh.. aku dah cuak ni sebab ikut jangkaan, mesti sampai dalam jam 10.30 pagi.  Sempat ke nak ke pulau?....

JESSELTON POINT, KOTA KINABALU

Kami akhirnya sampai di Jesselton Point betul-betul 10.30 pagi.  Kami terus parking kereta dan ke kaunter yang menjual tiket.  Ramai orang yang berkerumun di beberapa kaunter.  Aku agak, mungkin itu agensi yang bagus-bagus untuk ke pulau.  Aku menuju ke kaunter yang kurang sedikit orang.  Nak tinjau harga je asalnya... tapi, kata-kata penjaga kaunter tu membuatkan aku tersentap.

"Tiket dah habis.  Tutup.  Tutup."

Alamak!  Patutlah ramai je yang menyerbu satu-satu kaunter tu.  Rupanya kat situ sahaja yang ada jual tiket.  Adusss.. aku KENA juga dapatkan tiket ni.  Ber'sun-bathing' di pulau adalah salah satu impian aku ke Sabah ni.  Kena usaha juga ni.  Aku pulak melilau-lilau depan kiosk kali ni.  Haha..

Tiba-tiba, akak di kaunter Island Hope Express memberi aku hope. Dia melambai-lambai memanggil aku.  Sambil mengendong barang-barang yang nak dibawa ke pulau, aku menggamit pada suami aku yang juga sedang cuba menyelit di anatar orang ramai untuk mendapatkan tiket selang beberapa kaunter daripada aku.

Dipendekkan cerita, dapatlah juga kami tiket untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan dengan harga RM121.20 untuk dua orang, lengkap dengan 2 life jacket dan 2 set snorkelling. 

Harga untuk ke 2 pulau : RM33/dewasa
Harga set snorkelling : RM20.00/set
Harga caj Terminal : RM7.63/seorang  


Lega.  Akhirnya dapat juga tiket berharga ni.  Hehe.  Aku membeli sedikit makanan di kedai serbaneka dan beli juga satu set mainan untuk Adam.  Sambil-sambil nak ke jeti untuk menunggu bot, singgah lagi di kafe membeli puff ayam dan burger.  Sebelum ke pulau, dinasihatkan terus beli makanan di daratan ni sebab kat pulau dengar kata agak mahal makanannya.  Jadi, aku pun malas nak ambil risiko tu terus beli sahajalah. 

Memang leceh sikit nak bawak banyak barang tapi aku akan rasa lagi menyesal kalau harga di sini biskut berharga RM2.50.. kau kena bayar di pulau nanti RM5!  Aku memang jenis tak berkira bab makanan tapi kalau melampau sangat, aku rasa macam tak redha plak.  Hahaha..

Dalam gembira nak ke pulau, dalam hati aku... terselit rasa bimbang.  Huhu.. macam mana la Adam naik bot nanti?  Tengah laut kot.  Huhu.. semoga kami dilindungi Allah swt.  Ameen.  Aku berdoa tanpa putus.  


jeti
  
baru bertolak dari jeti untuk ke pulau.

Kami bertolak ke pulau 30 minit lepas menunggu di jeti.  Actually, ni first time aku naik bot laju.  Haha.. takut tapi seronok.  Giler laju bot dia.  Tengok la mata Adam xleh nak bukak tu.  tudung aku pun dah kelepet.  Rasa macam rapat je bontot dengan air laut ni.  Gayat kot.  Hihi.

Adam at first okey je layan angin.  Sekali bot memecut, dia meraung terus peluk aku.  Yang si Ayahnya pulak, duk gelakkan anak.  Eeeee...  Untuk yang seterusnya, korang layan gambar je la okey.  Yelah, aktiviti normal sahaja di pulau tu.  Mandi manda, berjemur... hehe.  Tapi satu perkara yang menjadi kenangan, suami aku buat kapsul masa dengan menanam spek dia dalam laut di Pulau Sapi,..

Hurmm.. aku tak tahu la tu zaman bila akan bertemu kembali.  Bumi ni, 70% adalah air.... pasrah sahajalah.  Lepas mandi-manda di Pulau Sapi, kami terus ke Pulau Manukan.  Sejam setengah sahaja di Pulau Sapi tapi dah rasa lama.  So, 11 pagi hingga 3 petang di dua buah pulau tu rasa berbaloi sangat dah!  Best!  Cuma lagi best kalau aku ada kesempatan dan keberanian nak berenang bersama ikan-ikan kat sini.  Nampak gaya, kena belajar berenanglah dulu.  Baru berbaloi sakan.  

Adam dengan kereta pelampungnya.  Hihi..  beli kat 11Streets je..

Pulau Sapi

Pulau Manukan

Adam layan angin di Pulau Manukan

Sedih bila gambar edit jadi camni.  Huhu.. ni di Pulau Manukan.
resort di Pulau Manukan.  Hubby teringin nak dok sini.. :) one fine day okey?

Balik sahaja daripada pulau, hujan turun.  Alhamdulillah.. nasiblah tak hujan time kami masih di pulau.  Kami terus ke hotel untuk check in.  Aku booked hotel di tengah-tengah bandar KK ni tapi pada harga percutian bajet.

De Galleria Hotel.  RM 83 untuk satu malam, standard queen.  Pada aku sangat-sangat best hotel ni dari segi kebersihan, keramahan staff dan juga lokasi dia yang betul-betul tengah bandar.  Dekat sangat dengan Jesselton Point ni, dalam 5 minit sahaja.  Pastu, untuk makan-makan pun senang.  Sebelah hotel je dah ada 3,4 buah restoran selain daripada just a walking distance dengan Pasar Filipina dan Anjung Senja, tempat makan seafood yang digilai ramai!






ANJUNG SENJA, KOTA KINABALU

Dinner kami malam ni haruslah dengan seafood.  Kami ke Anjung Senja yang terletak di persisir laut.  Malam ini, hujan masih turun dengan renyai-renyai sewaktu kami sampai di sini.  Tapi berhenti sebaik sahaja kami ke gerai-gerai makanan.  Sebenarnya, kami tak makan di Anjung Senja ni.  Korang boleh saje nak makan kat sini tapi bila aku tanya makcik yang jual ubat di jalanan, dia kata.. kat depan sana lagi sedap masakannya dan lebih murah.  

So, kami parking kereta di depan Pasar Krfatangan Filipina dan jalan kaki menyusuri kedai-kedai untuk ke kawasan yang disebut.  Macam pasar malam gitu.  Kami memilih untuk makan di gerai Haji Manja kerana keramahan pekerjanya walapun harga sedikit mahal dua tiga ringgit dari gerai lain.  See.. pentingkan layanan especially bila kau berniaga sama produk dengan gerai depan belakang kiri kanan.  Soft skill tu penting.  Heee...


udang

lala

siakap masak stim halia untuk Adam

lobster 3 ekor

udang lipan

Semua makanan kat atas ni campur ngan minuman, lebih kurang RM180.00.  Hurmmm... pada aku, tak murah sangat pon?.. sebelum balik hotel, kami singgah di Pasar Filipina untuk beli sedikit cenderahati dan makanan.  Aku beli Amplang, kuih cincin dan rumpai laut.  Kemudian, mestilah ada sedikit perhiasan untuk aku.  Heee..  aku beli gelang mutiara untuk koleksi.  

Apa-apa pun, malam tu... aku layan Maggi cup sorang-sorang sambil tengok movie.  Suami aku dah insaf.  Dia dah kurangkan makan dan mee segera macam ni, tak berapa nak layan.  Jadi, dia terus tidur sebaik sahaja solat Isyak.  

| 3 Sept 2016 | Sabtu

Kami check out dari hotel lepas pekena roti canai kedai sebelah ni haaa...  lepas tu, terus mencari kedai dobi untuk mendobi semua baju-baju ni tapi sayangnya, kedai dobi layan diri di KK ni masih kurang bercambah.  Tak macam di Semenanjung.  Yang ada pun, dengar komen orang sekitar.. asyik rosak je.  Aku jumpa satu di One Borneo, tapi ko pehal makan gaji buta?.. duit telan, tapi mesin tak jalan.  Huwaaaaa...

Aku tolong nangis untuk budak perempuan tu.  Kesian dia. 

Demi menenangkan diri, aku ajak suami naik One Borneo ni untuk shopping.  Heeee.. kami makan tengah hari disini sahaja.  Dengan harapan, bila siap makan nanti.. mesin basuh baju tu dah okey.  Alangkah hampanya, dah siap makan pun tak okey lagi.  Orang yang uruskan mesin tu pun tak sampai-sampai lagi.  Apa punya slow ler servis.. huhu. Budak perempuan tu pun.... dah dekat 2 jam baju dia dalam mesin tu duk pusing-pusing camtu je.  Air tak keluar.  Adoiii...

Akhirnya, kami ambil keputusan untuk terus ke airport.

Dengan penuh harapan, kami berharap baju belacan ni tak lebih muatan luggage.  Berat kot baju basah-basah nie..  Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.  Lagi 0.5kg save.. haha.

Akhirnya, kami mendarat di KLIA jam 10 malam lepas delay di KKIA hampir 40 minit.  Air Asia oh Air Asia..  Apa-apa pun, syukur semuanya selamat dan dipermudahkan.  Suatu hari nanti, nak pergi Sabah lagi.  Tapi ke mana, kena survey cantik-cantik.  :)

Thanks for reading!