Assalamualaikum wbh...
Kita sambung cerita percutian ni untuk hari yang kedua.
| 1 Sept 2016 | Khamis
Tak sabar betul bangun pagi ni sebab mengikut planning kami, hari ni memang pack jadual daripada pagi sampai petang. Fuih, Adam.. kuatkan semangat tau! Hihi..
Pagi tu jam 5.30 pagi kami dah bangun bersiap-siap untuk mandi dan solat subuh. Sambil-sambil incik suami bersiram, aku buatkan milo panas untuk aku dan Adam dan secawan kopi O untuk incik suami. Siap dia mandi dan solat, aku pulak mandi dan solat. Adam masih syok tidur dengan sweater tebalnya. Hihi. Sweater beli kat Cameron Highlands masa umur dia berapa bulan ntah. Muat lagi. Jimat la mommy tak payah beli sweater baru. Ayah mandikan Adam sebaik dia sedar. Ayah ambil peluang uruskan Adam sepanjang percutian sebab ini je masa Ayah bonding ngan Adam. Sobss. Kami pasangan PJJ tau.. tapi chill saje lah. Ayah di KL, mommy di Kota Bharu. Tak yah tragis sangat... heee.. 8 jam je perjalanan. InsyaAllah boleh hadapi. Sebab tu, Ayah ambil alih semua pasal Adam sepanjang bercuti ni. :')
DESA DAIRY CATTLE FARM, MESILOU, RANAU
Lebih kurang jam 7.15 pagi, kami keluar dari resort dan terus menuju ke Desa Dairy Cattle Farm. Perjalanan lebih kurang 30 minit sahaja. Tak jauh mana pun. Masa kitorang sampai tu, gate belum dibuka lagi sebab diorang start beroperasi jam 8 pagi so ramailah yang ambil peluang untuk bergambar di depan pintu utama tu dulu. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM5 seorang.
Pagi-pagi ni elok sangat kalau nak bergambar dengan Gunung Kinabalu sebab lepas tu, kabus tebal bakal menyeliputi puncak gunung. Mesti korang nyesal kalau tak ambil gambar terus. Huhu... nasib baiklah kami dijauhkan dari penyesalan macam tu. Muahaha...
Masuk je dalam ni, lembu-lembu ni buat tak tahu je pada awalnya. Tapi lepas kami melilau-lilau depan diorang berkali-kali mencari port menarik untuk posing, akhirnya diorang datang mendekat juga. Alhamdulillah.. jadi, bolehlah gambar ala-ala New Zealand ni.
Dalam ni, sempat la kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam setengah. Beli susu segar, yogurt, puding dan Adam breakfast sosej juga. Tengok orang lain makan aiskrim, teringin juga tapi dah pekena yogurt semua tu, tetiba dah jadi kenyang. Isk, memang rugi tak leh try aiskrim tu tapi apakan daya, perut memang dah kenyang sangat-sangat!
Susu segar di sini pada aku best juga. Adam boleh pulak minum susu Desa ni. Dekat sekotak jugalah dia habiskan, tambah tolak dengan yang tumpah la. Kalau aku beli susu Farm Fresh yang bagi aku sedap sangat tu, tak pulak si Adam ni minum. Tapi diakuilah, susu kat sini rasa dia 'tak tebal' sangat dengan rasa susu macam yang kita minum Dutch Lady ke.. Farm Fresh ke. Susu dia rasa ringan je. Best la.. aku mintak nak try susu kambing tapi out of stock. Eh, datang ladang lembu mintak susu kambing plak.
Dah dia jual, aku nak beli la. Hihihi.. lagipun aku ni peminat tegar susu kambing. Letak susu lembu ngan susu kambing, aku lebih suka pilih susu kambing! Mbeekk...
Kat sini pun ada bela kambing jugak. Adam macam tak puas hati je bila rumput yang dia hulur disentap macam tu oleh kambing. Hihi...
Ni gambar dekat feeding area. Kat sini kita leh bagi makanan atau susu kat anak-anak kambing atau anak lembu. Harga sebotol susu ialah RM1.50 manakala untuk segenggam rumput RM1.00. Bolehlah... nak bagi pengalaman kat anak-anak... dan bapak anak yang nampaknya agak teruja bila kambing makan rumput dari tangan dia. Hahaha...
Sebelum balik, ambil gambar di depan pintu masuk dekat batu asas diorang ni..
"Berbaloi dah ke rasa dok sini dengan fee RM5 tu?," aku tanya suami.
"Berbaloi sangat-sangat!" jawab dia sambil angkat ibu jari. Haaaa... puas hati betul dah tu.
"Haaa... kalau macam tu, meh sayang bawak gi tempat lain pulak. Nasib la ek dapat isteri kelulusan haiwan jadi, kena bawak abang dan Adam main ngan haiwan jek!"
Kuikui.. suami aku adalah seorang yang selamba, sejenis yang pasrah dan baik hati. Haha.. jadi dia bawak diri je ke mana aku cadangkan. Well, lagipun dia terlalu busy untuk fikir semua ni. Nasib aku yang beriya nak bercuti, bolehlah dia cabut lari dari keje dia yang tak pernah habis tu!
Kami terus menuju ke Kg. Luanti untuk fish massage!
Dalam perjalanan tu, kami singgah makan tengah hari di pekan Ranau. Kat sini boleh dikategorikan sebagai pekan yang lengkaplah kalau korang nak carik ATM, KFC, cari supermarket... mall tak adalah. The Store tu ada.. kira okey la. Kitorang makan lunch di Anjung Selera di Jalan Kibarambang. Makanan dia sedap dan menepati selera! 3.4 bintang.
Actually, jalan-jalan di Sabah especially di Kundasang-Ranau ni tak susah pun..korang jangan risau sangat. Kitorang tak pakai Waze mana pun. Pakai time nak keluar ke jalan utama sahaja dan untuk tahu jarak perjalanan. Lain-lain tu, jalan saje... :)
SPA IKAN TAGAL SUNGAI MOROLI KG. LUANTI
Untuk masuk ke Tagal Luanti ni, bayaran ialah sebanyak RM5 untuk dewasa, RM2 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan korang dihadkan masa selama 15 minit sahaja sekali sesi. Sekejap je kan? Huhu... mungkin diorang nak elakkan terlalu ramai orang pada satu-satu masa dan juga bagi menjaga perasaan ikan-ikan tu. Ikan-ikan kelah dalam ni sangatlah menguji selera aku dan suami. Dahlah besar dan jinak. Rasa macam nak tangkap buat makan sahaja tapi sungai tu dah 'ditagal'.. means sebarang aktiviti menangkap ikan di larang sama sekali. Sabooo je la..
Aku rendam kaki Adam dalam tu. Mula-mula dia seronok je kena serbu. Lepas ayah dia angkat nak bawa ke tempat lain, letak balik dalam air dia dah menangis dah. Haha.. maybe kena gigit pun ye jugak. Kaki aku yang dewasa ni pun kena gigit sakit, apatah lagi kaki si kecik tu. Heeee... apa-apa pun, best jugak kat sini!
budak nangis takut ikan... ikan lagi besar dari kaki Adam... setakat jari kaki Adam tu, ikan NGAP pun tak rasa apa kot. Huhuu... |
Kat sini pun ada gerai jualan untuk korang beli keropok ke, goreng pisang ke... so tak payah risaulah kalau setakat nak alas perut tu, boleh beli. :) Kami ada lagi 2 kotak susu segar Desa tu jadi, kami beli goreng pisang RM3 dan minum susu segar lagi. Sedapnya bila diingatkan balik! Yummeh...
PORING HOT SPRING & NATURE RESERVE, RANAU
Dari Kg. Luanti tadi, kami terus bertolak ke Poring Hot Spring & Nature Reserve untuk mandi di kolam air panas. Perjalanan nak ke sana dari sini ialah kira-kira 30 minit. Aku kira ni untuk mandi tengah hari teruslah. Dah berbau dengan lembu kambing, hanyir ikan.. last check point haruslah bermandi-manda. Yuran masuk ke sini ialah RM3 seorang dewasa. Dalam tu nanti ada banyak jenis kolam mandi. Korang nak yang private pun ada. Kami pilih untuk mandi secara privasi sahaja sebab... aku pun nak merasa jugak air panas original ni! Haha...
Untuk bilik mandi privasi tu, lebih kurang macam korang mandi kat rumah, dalam bath tub dan air water heater. Haha.. tapi, air panas dari sumber asli la. Memanglah seronok mandi ramai-ramai kat kolam awam tapi... aku tetap memilih nak mandi secara privasi! :)
So, bayaran untuk bilik mandi persendirian tu ialah RM25 untuk sejam.
depan chalet untuk bilik mandi persendirian |
Suami aku teringin juga nak mandi kat sini, tapi bila dia nampak ada anjing yang lalu lalang pastu 'singgah sebentar' di kolam ni.. hahaha... terus dia beriya-iya setuju nak mandi di bilik mandi privasi. Hihi..
punca mata air panas. Memang berwap-wap disini... boleh melecur kot kalau kena. Huhu... |
Selesai mandi dalam jam 2.30 petang macam tu. Kami terus bertolak balik ke Ayana untuk berehat, solat dan makan tengah hari. Kami singgah sekali lagi di Pekan Ranau dan tapau KFC untuk kudap-kudap malam nanti.
Di Pekan Kundasang, Khamis malam Jumaat ada pasar malam tau. Lokasi dia dekat simpang nak ke Desa Dairy Cattle Farm tu. Kami singgah jam 7 malam tu, tak banyak lagi gerai yang bukak. Kononnya kami nak cari makanan Sabah la... tapi tak banyak gerai yang ada lagi. Tanya diorang pukul berapa start sebab kami dah confused gerai ni dah tutup ke baru bukak? Huhu... rupa-rupanya kami terawal. Pasar malam ni start kol 12 tengah hari Khamis sampai 12 tengah hari Jumaat. Tapi, jam 7 malam pun masih tak banyak gerai yang bukak. Hurmm... maybe, ni ialah downtown Kundasang. :)
Akhirnya, Adam terlentok di bahu aku petang tu. Ayah Adam pun nampak dah penat. Jadi, cukuplah rasanya aktiviti untuk hari kedua di Pulau Borneo. Selamat beristirehat semua... thank you sudi baca! Jumpa di part 3 ye?...